♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, May 30, 2010

Noor Fatihah Fatin Jaffri

8 comments:
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini
Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku
C/O : Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Buat adik beradik MH ku,
Fatihah Fatin Jaffri,
Perpisahan antara kita berulang lagi,
Engkau pergi bukan kerana tewas,
tapi engkau pergi dengan gagah,
Citamu berjaya engkau gapai,
memenuhi harapan mama serta papa,
meskipun kita bakal jauh terpisah,
kita bakal susah ketemu,
kita bakal jarang berbual mesra,
namun,
biarlah dunia dan isinya yang menjadi saksi,
bahawa diriku yang hina ini,
sentiasa mengharapkan engkau disisi.
Anje yang memahami,
perginya engkau susah dicari ganti,
perginya engkau hilanglah penawar rajukku,
tapi perginya engkau dari sisiku,
membawa harapan mereka dan aku,
semoga engkau memikul tanpa ragu,
sebuah kejayaan dunia serta akhirat yang hakiki.
Anje yang menyenangkan hati,
Engkau dipuji semua manusia sekelilingku,
Engkau disanjung mereka yang mengenalimu,
namun,
aku yang paling hampir denganmu,
seringkali terlupa betapa bertuahnya aku,
kerana adanya engkau disisiku,
nasihatmu menyejukkan kalbuku,
menawar buntuku serta meraih keyakinanku.
Anje,
meskipun dunia kita bakal terpisah,
engkau di GOMBAK aku di KUANTAN,
namun apa yang kita mahu kejarkan,
untuk mati dan akhirat kita,
tetap sama dan selamanya sama.
Anje,
kita sama-sama di didik sebagai pejuang.
Malah engkau lebih mafhum dariku,
kita sama-sama berikrar untuk berjuang,
malah engkau lebih maaruf dariku,
maka dari itu anjeku,
jangan lupa didikan serta ikrar kita.
Sekali kita berjuang,
selamanya kita akan terus berjuang,
meskipun kita tak sama medan juang,
namun matlamat kita tetap satu tiada dua.
Anje,
Engkau di sana penat dengan projek,
Engkau disana bertimbun dengan coursework,
aku di sini penuh dengan lab,
aku di sini berlambak dengan lab report,
engkau bakal Architext terkemuka,
aku bakal saintis terpopular,
tapi kita sama-sama,
bakal penghuni syurga selamanya.
Ameen ya Rabbal 'Alamin........
Anje!
lagu ni adek bagi khas untuk Anje!
Adek sayang anje jugak.
Adek tak lupa anje.
Adek tak lupa Ayong, Along, Uda, Angah, Alang.
Apalagi Anje, Ateh, Acik dan Ucu.
Adek sayang semua.
Walaupun Adek macam otai dan jahat,
tapi korang tetap MH yang disayangi,
bukan saja hari ini,
malah insyaAllah Abadi....
Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku
Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati
Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan
Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

....

5 comments:
tatau nak tulis tajuk ape.
Hari tu aku update blog.
Aku tulis tentang shortsem.
Dah best dah aku karang ayat.
Tapi bila aku post,
post tu tak publish la pulak.
Aku pun tatau kenapa.
Mana tak bengang kepala otak.
Punya lah panjang aku berceritera.

Esok aku dah nak balik UIA.
Selasa pagi aku sampai UIA.
Aku tanak balik pun ke UIA.
Macam la best sgt kat UIA.
Tapi hati aku sayang UIA.
Agaknya sebab UIA tu UIA.
Jadi aku pun sayang UIA.
UIA kan best macam UIA.
UIA adalah UIA tetap UIA.

Ape tah ak merepek.
Semalam abang aku balik.
Yehhaa!
Best nak mati.
"Terasa hari semalam adalah mimpi. Aku balik dan aku terpaksa pergi. Tapi kasihku buat kalian tetap abadi. Betapa bahagianya aku dikelilingi keluarga seperti kalian dan bertuahnya aku memiliki kalian sebagai kenangan terindah buatku. Kalianlah penyeri hidupku. Pewarna kanvas harianku..keluargaku...."-abang
(waaaa........sedih....)

Ok lah. Nanti kita jumpa lagi. Hutang kisah shortsem tertunggak banyak ni.
Semester depan, roomate ku Nadiah Hassan(sekali lagi) dan Farah Adlina.
Roomate lama aku tinggalkan. Ramai yang marah.
Tapi aku terpaksa. Terpaksa dan terpaksa
100 kali terpaksa.

Ok lah. Ayah aku suro bagi makanan kat kucing tu. nanti bising plak kalau aku tak bagi.
Yoish!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, May 27, 2010

Sape kate shortsem tak best?

No comments:
Dulu, waktu aku tau aku kena buat shortsem, memang panas segala perasaan. Dah lah dari tempoh pengajian setahun setengah menjadi dua tahun. Tiba-tiba kena amek semester pendek pulak tu. Tapi,selepas 7 minggu aku bersemester pendek,(tade la pendek sangat pon), baru aku tau,tak de la tak best sangat shortsem ni. Nak kate best tu, macam tipu la pulak. Dengan satu subjek, enam jam seminggu, tanpa apa-apa program, memang hidup tak diwarnai pelangi langsung.







Bila ada semester pendek,



1-aku dan kawan-kawan dapat pergi pesta buku Antarabangsa. Mereka yang tade shortsem semua putih mata je la,kecuali budak KL. Macam Bahiah dan Nadiah. Yang laen sume,sorry to say la korang tak dapat rasa KLIBF tu. Dah la bukubuku murah. Kalau untung,dapat pulak jumpa artis/penulis buku. Paling best,banyak kesah lucu dalam pengembaraan aku ke PWTC tu. Daripada keluar ikot Masjid semata-mata nak dapat makanan free hinggalah tersalah amek tren. Hah,panjang pulak nak cerita. Tapi yang bestnye,dapat jumpa Hidayatul Saadiah. Dah lame dah aku tak jumpa dia. Setahun kot. Maklumlah dia dok seberang.(Sabah la.) Kalau dulu,aku selalu lepak bilik dia sampai dia boring tengok wajah aku ni, sekarang nak tengok wajah dia pon tak tahu sempat ke tak masa hidup ni. Ahhaa. Apapon, kenangan dengan dia waktu p PWTC ari tu mmg aku yakin dia ingat sampai bila2. harap-harapnya macam tu lah. *~*
















2-Aku jugak dapat buat team pengembaraan tujuh kolah! Wah,best sangat pengembaraan ni. Disertai Husna,Muna,Atiqah dan Yeni Mardhiah. Satu team lagi Illeya dan Siti Khadijah. Kitorang pegi jelajah tujuh Masjid yang ada kolah untuk curi air kolah tu. Sebab-sebabnya ada lah! Tapi pengembaraan ni mmg mencabar. Tapi memberi banyak pengalaman. Haa,kalau korang teringin nak tengok video tujuh kolah ni,mintak je!











3-Pastu jugak,aku buat majlis bacaan Yasin setiap hari Khamis malam Jumaat. Nak hidupkan Musolla Mahallah aku. Alhamdulillah. First time aku buat lepas dapat kebenaran principal,memang melimpahruah penyertaannya. Tak sangka! Ramai rupenya yang berkehendak dengan benda-benda macam ni. Baru aku tahu! *~*

Pastu, dah dapat sambutan hangat,aku teroskan sesi ni. Dengan Maghrib, Isyak dan Hajat berjamaah serta bacaan Yasin ramai-ramai. Waktu tunggu Isyak ade jugak aku buat tazkirah. Alhamdulillah. Khadijah, Afiqah Zulkifli, Fauhatuzzahrah, Fathy Nabila Najla, Lyana Arsani membantu. Tak lah muka aku je yang selalu bagi tazkirah. Aku gembira jugak buat macam ni,kadang2 kalau aku 'terlupa' nak buat, mesti ramai yang ingatkan. Mungkin sebab dah jadi tradisi kut. Kalau aku mampu, insya Allah aku nak teruskan untuk semester depan dan depan. Itu pun kalau ada yang sanggup sokong. Kadang-kadang aku jadi lemah sebab susah nak cari pengganti bila aku ada kerja lain. Kadang-kadang,aku lah imam maghrib,aku lah pentazkrah,akulah lead bacaan yassin. Orang laen mngkin punya hal masing-masing. *~*


4- Pastu geng UKJ ade jugak buat tazkirah kat level 1 Mahallah Khadijah. Kecik-kecik ja. Tapi alhamdulillah. Semakin lama semakin meriah tazkirah tu dengan pertanyaan ahli majlis Surau tersebut. Walaupun masing-masing ada komitmen masing-masing(Khadijah,Muna Adila,Atiqah Razak),namun alhamdulillah, apa yang kami rancangkan berjalan dengan baek. Sangat baek! Dan kelebihannya, kami kena bersedia dengan tajuk yang ditetapkan. Tazkrah ni seminggu dua kali ja. Tapi penuh dengan pengisian bermakna. Menjurus dari semua aspek, aqidah,akhlak,ibadah dan sirah. Syukur,ada jugak golongan yang mencintai ilmu seperti ahli-ahli majlis Surau ni. Semoga golongan sebegini,semakin ramai! Maju Islam....... Pelbagai mehnah juga sebenarnya. Kadang-kadang satu masalah bila aku nak tentukan sapa yang akan jadi moderator, pentazkirah dan penyampai pengisian. Apapun,kerjasama dari mereka memberangsangkan,jadi kami semua terus semangat. Semangat waja. Kalau berkemampuan jasadiah dan rohaniah,kami nak teruskan untuk sem depan. Insya Allah. Doakan Allah bagi kekuatan.



5-Dalam sejarah untuk shortsem, kami menjemput seorang ustaz dari Perubatan Darussalam untuk bacakan Yasin. Beliau mintak kumpulkan 40 orang. Seharian aku rekrut 40 rang untuk bacaan Yasin.tenat jugak. Tapi,yang paling mengejutkan, 40 orang yang aku senaraikan untuk datang, tiba-tiba aku lihat hampir 100 orang pelajar yang hadir. Sampai tak cukup roti malam tu. Nasib baek air sarsi banyak! *~*. teruja nak ucap thanks pada Banat-banat DQ. Mereka beri sukongan penuh. alhamdulillah.



6-Lagi menyerunukkan,ada liqa' banat DQ. Hem. Best sangat bila jumpa sesama budak DQ. Ni bukan niat nak assobiah ke happaa. Dah tu.. Kami dah bersama setahun setengah dah,memang ikatan hati tu benar-benar terasa. Dengan sambutan hari ulang tahunkelahiran dan kesah Ayam dan Harimau. Benar-benar menghiburkan. Terasa aura yang berlaenan. Alhamdulillah. Kalau nak tahu lanjut,baca je kat sini.


7-Tak lupa juga lawatan adik-adik GEN10 ke CFS IIUM PJ. Le Tour De IIUM. Selama sehari semalam mereka bermalam di PJ. Bermula dengan aktiviti Sharing Moment dari Banin dan Banat GEN9,wakil dari setiap Kuliyyah. Alhamdulillah. Berbangga dengan wakil Medcy (Siddqi dan Azam). Wirdah wakil Bio Sains. Yang lain tak ingat. Wakil dari Nilai Abdul Malik Abdul Razak. Wakil AED,wakil Intech, wakil Engin.. dah lupe.. Apepun,meriah Musolla KC dengan kehadiran mereka. Aku tukang angkat Microphone ja. Pastu tolong setup untuk Multimedia presentation. Video dari Akh Syafiq Kamil pun alhamdulilah. Serunuk. Sangat mengimbau kembali kenangan lalu. Adik-adik GEN10,mereka sporting sangat. Bila habis sesi sharing moment banin banat, masing2 pecah kepada gender masing-masing. Banat best jugak. Kakak-kakak GEN9 siap nyanyi lagu Stand Up by Muadz lagi kat adik-adik. Mula-mula aku suro nyanyi lagu CFS,kantoi sume orang tak ingat. Hah. Apepun tahniah kat Nizar dan Muna Adila selaku pimpinan tertinggi IQRAC dan tak lupa jawatankuasa IQRAC yang laen juga!





8-Dengan MEDCY pun,ada kenangannya. Kami buat jamuan MEDCY 1st year. Alhamdulillah kehadiran memuaskan. Najwa dan Inamul saje yang tak hadir. Dengan sesi bersama ENGINIUS,meeting malam tu sangat best. Walaupun dihalau Pak Guard,terpaksa pindah tempat. Tapi kenangan mmg takle lupa. Sume comm Medcy sporting ja. Dengan makanan yang memang menteliurkan sesapa je termasuk ENGINIUS. Alhamdulillah. Harap-harap lepas ni MEDCY terus maju. Sayang MEDCY~





9-Pastu aku ada jugak pergi melawat DQ. Lawatan IQRAC ke DQ bersama Muna Adila,Nurul Bahiah dan Nadiah Hassan. Best jumpa adik-adik GEN11 dan GEN10 jugak. Dan alhamdulillah,sampai jugak hajat jumpa dengan Ustazah Fatimah. Cuma,tak berkesempatan je nak jumpa Ustaz Wan. Mungkin lain kali kena atur lagi trip ke DQ. Untuk jumpa UStaz Wan yang pasti dirindui semua budak Attaibat! Kan? Lagi best bila dapat peluang cakap depan Auditorium. Bukan senang tu. Dulu kat DQ,aku dapat ada sekali je kat situ, waktu debat Banin Banat mase Ribathul Mawaddah. Kali ni berapi-api dapat cakap depan audi. Best! Tak tipu lah! Walaupon sampai UIA lewat malam,tapi serunuk sangat! Tak tipu jugak! Sape tak rendu DQ angkat tangan? Hah,kan betul semua rendu DQ!



10ang laen pun banak jugak. Jamuan UKJ. Jalan-jalan. Makan-makan. Balik Seremban. Balik JB. Kuliah Talaqi Ustaz Muhadhir. Dan macam-macam lah! Senang kata, shortsem ni macam ASTRO. Macam-Macam Ada! Pasar Malam pun best!!


Lepas ni kalau ada shortsem lagi aku mesti......(sambung sendiri)

*~*




Namun begitu, part DUET,memang tenat sket lah. Maklumlah elaun tak dapat. Merana sengsara jugak nampak gayanya. Apepun, kena belajar jimat-cermat dan belajar makan dengan zuhud. Bak kata seorang hamba Allah, jangan asyikk makan TOMYAM ja tiap-tiap petang. Belajar jimat jugak. Haik! Betul tu.


Okailah. Itu perkongsian ikhlas aku. Korang jangan menyesal ye takde shortsem! Wallahu'alam!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 25, 2010

Hari ini ulangtahunnya lagi!

No comments:
dia suka buat rambut pacak.
Selalu buat kat kampung,
bercita-cita nak jadi ultraman.
*~*










rajin buat kerja sekolah.






Dah pandai mengira,tambah tolak.






*-*












asal nak gi sekolah je suro aku amek gambar dia.






Macam-macam gaya dia posing.






Saje la tu tak bagi aku tido lepas subuh.






*-*




















Anak tunggal.






Dia nak adik,tapi tak sampai rezeki lagi.






Doakan dia dapat adik ye,semua orang.






Sian dia,dia ada sakit jugak.






Bila sakit,dia selalu doa kat Allah.






Sweet.






*~*















Selamat menjadi 5 tahun














Abdul Munir Abdul Muttalib.
(26052005)


Sekarang, dia dah sekolah. Baru tadika lah!

Dia suka dengar perkataan HOLIDAY.

Pegi sekolah mesti tanya cekgu, bila holiday?


Semakin cumel dan semakin pintar.




Dah pandai solat. *-* walaupun tak sempurna.

klo dia ikot kitorang solat,nescaya tak kusyuk solat kitorang.

dia pandai baca Al-Fatihah.

Dan bile rukuk dan sujud,bunyi macam jampi serapah!


Dan sekarang impiannya minta seekor lembu dari AYAHNYA(bapak aku la tu,datuk dia).





(pening ayah aku pikir,mana nak cari lembu. Lembu sekor bukan murah. Ingat beli lembu macam beli tayar beskal ke?)




Tatau la ape dia nak buat dengan lembu tu. Tunggang pegi tadika kut.







Apepun,dia anak saudara sulung aku,

memang aku sayang.

Tak jumpa dia lama,buat aku jadi rendu.

Dia sweet dan selalu sebut

"Ya Allah.."

bila aku kate aku rendu dia.







Aku sayang semua keempat-empat anak saudaraku.







Munir,Aleeya,Naim dan Ali.








ini Ahmad Naim.


Aku belum tunjuk lagi kehenseman dia pada korang.


Cumel kan?


Orang kata,muka dia macam muka aku masa aku kecik.


Orang kata,bukan aku kata.


Wah..


*~*

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, May 20, 2010

Aku, Kau, SMKAL dan Kehidupan lah!

8 comments:
Alhamdulillah.
Hari ni akhirnya jadi jugak plan aku nak jejak SMKAL. Dah banyak kali plan,tapi tak tahu kenapa hampeh je selalu.

Rombongan kali ni disertai seramai 6 orang. Tapi malangnya, golongan hawa cuma 2 orang. AKu dan Zahraa Hanafe.

Rombongan sebelah muslimin pula, Asyraf Abdullah, Ashamdie Hakimi, Faris Sakimi dan Azrul Kader.

Alhamdulillah, mengenang kembali saat persekolahan, memang manis. Rasa nak duduk lagi kat kerusi kayu berwarna biru, lepas tu time rehat pegi kantin makan nasik lemak dengan air oren. Tak fikir benda lain pun, masuk kelas blaja, dapat kerja rumah tapi tak buat. Pastu pegi makan kedai makan, datang balik untuk study dengan budak-budak prep. Dulu, hidup macam senang je. Pegi maktabah baca buku,pastu balik. Tido. Bangun bukak buku kimia. Penat. Tido. bangun lagi sekali bukak buku Biologi. Penat. Tertido. Sampai pagi. Bangun, siap-siap, start motor, racing ke sekolah. bahagia.

Kali ni rombongan kami bawa student istimewa. Sejak lepas SPM, ini kali pertama Asyraf Abdullah menjejakkan kaki ke SMKAL. Beliau belajar di Vanderbilt USA. Jadi, cikgu-cikgi semua semangat jumpa beliau. Terpinggir pulak rasanya kita yang belajar kat Malaysia. Aku,Shamdi dan Faris belajar UIA. Manakala Azrul pula pelajar UPM dan Zahra belajar kat UiTM. Kami yang belajar kat Mesia ni mmg rasa hampeh la. Apapun, dah jadi lumrah la macam tu kan?

Apa yang paling aku suka bila pegi sekolah, mestilah Ayah Angkat aku. Encik Hatta. Beliau sangat baek sampai sekarang walaupun 2tahun aku dah tinggalkan sekolah. Terima kaseh Abah. Anaknda kenang jasa Abah.

Lepas jumpa semua guru, kami pegi makan kat Kedai Moksu. Sejak akhir-akhir ni Kedai Moksu jadi febret aku pulak. Abang aku yang ajar, tiap-tiap hari Sabtu, bila Abang aku cuti, dia mesti bawak aku makan kat situ. Air Kelapa Gelas Besar tambah Eskrem Vanila jadi menu wajib, memang aku suka air kelapa lah! Nanti kalau korang datang Kelantan, hello-hello aku. Nanti aku bawak korang makan kat kedai Moksu ni,febret aku. Hari tu aku dah bawa Zakirah dengan Wirdah. Kami sambut besday Zakirah kat situ. Best. Worth lah! *-*
Ada gambar tapi malas nak upload. nanti-nanti lah,.
Nanti ada pulak yang jeles. *-*
Heh,nanti datang lah Kelantan. Tapi kalau ramai-ramai kering jugak poket mak bapak aku nak bayar. Datang lah! Rumah aku buruk je, tapi insya allah aku bagi layanan terbaeek punya! *-*

Tapi hari ni aku banggalah. Sebab aku tolong Zahraa repair kete dia. Kete dia rosak,tak dapat nak start. Tak sangka aku masih ada skill nih. Best dapat tolong orang. Bila kereta dia dapat 'hidup',dia peluk aku macam nak mati. Huh,tak tahan. Mesti dia rasa menyesal sebab tadi dia belanja Asyraf makan,tapi tak belanja aku. Yelah,sapa je aku nih.

Tetiba aku cerita semua kat korang. Aku pun tatau kenapa. Mungkin sebab bapak aku asyik tade kat rumah je tiap-tiap malam,. Jadi aku pulun lah streamyx dengan bahagianya. Apapun, aku harap bapak aku keluar tiap-tiap malam lah. *-*

Ok lah. Aku nak buat jus Mangga untuk adik aku. Tadi aku pegi amek dia kat Pondok. Dia cabar aku. Kalau dia tebuk,sapa tak leh jawab kena buat jus Mangga. Soalan pertama kedua ok lagi. Masuk soalan ketiga aku hampeh. Tak ingat kepala ayat lah,itu alasan aku dari dulu,kata abang aku. Bila aku tebuk dia, sepuluh soalan sume dia boleh jawab. Hampeh betol. Jaadi aku kena buat jus Mangga sekarang. Dia mintak gelas besar lagi! Menyampah betol! Haih, kenapa la aku tak masyi-masyi lagi ni. (jawapannya aku sendiri yang tahu, sebab mengulang jarang-jarang sekali!)

Malunya aku kat adik aku tuh! Part buat jus Mangga aku tak kisah, tapi part takleh jawab soalan surah Al-Ankabut tu mmg aku kesah. Aku rasa aku ingat, tapi aku tak ingat. Heh, aku ni asyik perasan masyi,sebab tu malas nak ngulang, jadi bila aku tewas 2-10 dengan adek aku, aku rasa malu. Naseb baek abang aku tak saksikan perlawanan tak sengit ni,kalau tak sampai mati dia sindir aku dengan modal sama. *-*

Ok semua orang. Selamat bahagia dunia akhirat.

Oh,tapi doktor dari USM (Pakar Otopdik) call mak aku,dia kata aku kena tunda tarikh diagnosis, dari 25hb Mei jadik 26hb Mei. Hah, korang doakan aku lah! Yang terbaek! Aku nak jadi macam korang,sihat dan tak kena jumpa doktor selalu! Yang lagi best, tak kena telan 20 pil sehari-hari!!
Doakan aku tau.
Terima kaseh semua orang!
Jumpa lagi semua orang.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, May 19, 2010

Cerpen: jangan rasa bangga jika anda mulia

3 comments:
"Hah, Ja! Awak dah tengok awak dapat biro mana untuk tenure ni?" Soal Farisya,bertanya tentang kedudukan biro Badan Dakwah untuk tahun hadapan.

"Alhamdulillah. Saya dapat biro Dakwah dan Rohani. Awak?"

"Saya dapat Biro Penerbitan. Tapi kan.. Tadi saya cari nama Jazlina. Tak jumpa pulak dia biro mana."

"Takkan orang popular macam Jaz tu boleh teringgal nama kot! Betul awak dah cek elok-elok?"

"Betulla. Saya nak tahu jugak Jaz dapat biro apa. Dia kan kawan baik kita. Ataupun dia dapat pegang Pimpinan kot nanti.."

"Mungkin.."

***
"Salam, Jazlina. Esok jumpa saya di bilik gerakan dakwah." tegor Izzati dengan wajah mencuka. Aku hanya mengangguk. Aku tahu apa yang bakal terjadi. Semalam Fariza memberitahu aku bahawa namaku tiada di board Badan Dakwah. Aku yakin kes aku bercinta dengan pimpinan Badan Dakwah pasti telah dihidu mereka. Aku tahu kekurangan aku. Aku bercinta dengan seorang pimpinan Badan Dakwah. Sedangkan aku juga ahli Badan Dakwah. Aku pasti perkara ini bakal diketengahkan. Apapun, aku tidak risau kerana aku bakal meninggalkan sekolah ini nanti.Keputusan PMR aku melayakkan aku meneruskan pelajaran di sekolah terkemuka di seluruh Malaysia. Jadi,aku tidak risau.
Keesokannya, aku menapak ke Bilik Gerakan Dakwah. Banyaknya kasut! Aku mula berdebar. Berapa ramai yang nak jumpa aku ni? Mereka nak cincang aku halus-halus ke?
"Assalamualaikum."aku beri salam,halus. Sambil aku beristighfar panjang, menapak saja kaki ke dalam bilik itu,aku terasa bahang kepanasannya. Mungkin aura mereka yang membahang! Dulu bilik Gerakan ini menjadi saksi aku melakukan kerjaku untuk Islam. DUlu,bilik gerakan ini tempat aku bermalam setiap kali aku menguruskan Qiam. Dulu,aku terasa tenang memijak bilik ini,aura keimanan! Tapi hari ini aku rasa berbeda. Mungkin kerana kehadiranku kali ini sebagai seorang pesalah. Pesalah yang melakukan jenayah CINTA dengan pimpinan Badan Dakwah Sekolah.
"Masuk. Duduk." Arah seorang lelaki berserban putih, berkacamata kelabu. Dia, Zakri Zubaidi! Semalam Izzati tak memberitahu bahawa aku akan berhadapan dengan 'serigala' yang sangat hebat di medan Dakwah sekolah. Aku tersenyum pahit seraya menghulurkan salam kepada 'jemaah juri' muslimat yang bakal menghukumku hari ini. Mereka turut senyum,menyambut salamku,mesra. Tapi sayang,penuh pura-pura.
"Jazlina, ana nak tanya anti. Apa hubungan anti dengan Falah?"soal Zakri Zubaidi merupakan Presiden Badan Dakwah sekolahku.
"Yi, anta tak patut tanya apa hubungan. Anta kena tanya sejauh mana hubungan.." sampuk Fikri Zain. Fikri merupakan setiausaha kehormat Badan Dakwah. Wajahnya serius sekali. Berbeda dengan waktu dulu setiap kali dia mengusikku apabila aku ke Bilik Gerakan.Sekarang dia juga menjadi 'serigala'! Aku mula rasa cuak. Mataku melirik wajah Pimpinan Muslimat. Mereka merenungku tajam dan mula mengalih pandangan apabila mata kami bertembung. Dulu,mereka selalu meminta tolongku setiap kali mereka bermasalah dengan komputer bilik gerakan. Dan mereka selalu meminta jasaku setiap kali merekaperlukan tenaga tambahan. Tapi kini semuanya berubah. Mereka seolah tidak mengenaliku sama sekali!
Zakri memandangku. Kenapa Zakri tak menjaga pandangan mata hari ni? Rasa kelakar pula dalam hatiku,memercikkan senyuman nakal di bibirku. Dulu Zakri pantang pandang perempuan. Senyuman itu mengundang bara 'para jemaah juri' yang memandang setiap gerak geri perilakuku.
"Lah! Gelak pulak orang tanya! Macamni lah, pihak Pimpinan nak berterus terang, pihak Badan Dakwah tak boleh menyimpan ahli seperti anti dalam jemaah. Anti langsung tak ada personaliti seorang pendakwah. Anti bercouple. Anti berdating." tempelak Fikri Zain. Aku tersentak. Pada waktu itu, air mataku menitis. Tidak laju. Setitik dua. Kerana maruahku diinjak-injak seperti manusia yang paling hina.
"Menangis pulak. Anti patut dah lama menangis sebab tiap-tiap hari anti buat dosa. Anti berzina hati. Zina mata. Zina anggota ana tak tahu lah kan.."sampuk Pimpinan tertinggi belah Muslimat, Nik Aida Farahah.
"Kak Da, tak baik tuduh saya bukan-bukan.." aku membela diri sepatah. Air mata masih perlahan. Aku mesti kuat. Aku takkan kalah depan lembaga persis 'serigala' ini.
"Tuduh? Kenapa? Salah ke kenyataan yang awak tu couple dengan pimpinan Badan Dakwah? Awak dah heret Pimpinan Badan Dakwah ke lembah cinta awak? Salah? Atau ada kenyataan yang lebih tepat dari mulut awak?" Jadi,aku yang mengheret si lelaki itu? Begitu rupanya.. Jadi aku hundred percent bersalah atas apa yang terjadi? Jadi Pimpinan itu terlalu mulia untuk mereka tuduh couple,lalu segala kesalahan diletakkan ke bahuku?
"Tudung labuh yang anti pakai ni tak ada guna Jazlina. Anti hipokrit. Kami harapkan anti jaga batch anti. Tapi anti buat kami macam ni. Anti hampakan harapan kami. Anti calarkan maruah Badan Dakwah. Anti hipokrit sangat." tutur Juwairiah, Timbalan Ketua Biro Dakwah dan Rohani.
"Pagi-pagi anti dok bagi ceramah kat sini, petang-petang anti dok dating kat belakang stesen bas? Macam tu ke pendakwah? Kami harap maaf, kami tak boleh terima pendakwah macam anti. Anti ada nak kata apa-apa untuk membela diri?" Tutur Zakri, lembut.
"Bela diri apa lagi Yi. Anta patut cepat-cepat bagitau hal sebenar kat Jazlina." kata Ghafar, bendahari Agung Badan Dakwah.
"Ana tak pasti tujuan ana dipanggil. Ana dipanggil sebab ana nak dihina ke? Macam tu ke Kak Da? Abang Zakri, ana minta maaf. Ana mengaku kesalahan ana. Ana couple. Ana couple dengan Pimpinan kita. Falah Irfan. Abang Zakri, ana rasa tu jawapan yang Abang Zakri mahu. Tentang sejauh mana hubungan ana dengan Falah Irfan, tak sampai tahap hubungan suami isteri seperti yang dituduh Abang Zakri. Ana masih jaga batasan. Namun ana tetap mengaku ana salah. Dan ana rasa penjelasan ana memuaskan kalau itu tujuan Abang Zakri dan barisan pimpinan memanggil ana."tuturku perlahan.
"Jaz, Kak Ima bukan nak hina Jaz, tapi Jaz buat salah. Kak Ima tak sanggup nak dengar cakap-cakap budak-budak sekolah kita tentang Jaz. Kak Ima dapat laporan Jaz 'bertukar' bila Jaz nak keluar dating? Jaz tukar tudung kan? Nampak tak Jaz.. Jaz malu pakai tudung macam sekarang nak keluar dating. Jelas itu satu kesalahan Jaz. Orang macam kita ni Jaz, mana boleh ada dwi wajah. Kita kena pakai tudung labuh ni Jaz. Ni imej kita. Ni imej Islam Jaz." Kak Hazimah memberi penerangan,kuno. Penjelasan yang lembut tapi tetap bermesej menghina.
"Zakri, ana rasa anta dah jelas kan dari mulut Jazlina tentang hubungan dia dengan Falah Irfan kan?" soal Fikri. Zakri mengangguk.
"Ada apa-apa lagi?"soal Zakri kepada barisan pimpinan yang lain. Semua memandang antara satu sama lain.
"Senang sikit kita round the table lah ya,lepas ni kita nak meeting pimpinan pulak."sambung Zakri.
Nampaknya semua orang tak puas untuk meninggalkan aku begitu, masing-masing memberi pesanan 'tajam' mereka.
"Lepas ni jangan nak mengaku badan Dakwah kalau tudung tu dok main tukar-tukar."
"Blajar agama lagi, anti ni tak cukup didikan agama kot."
"Ingat ni bukan menghina, tapi pesanan. Anti kena faham."
"Jangan dok mengaku Badan Dakwah lagi lepas ni. Malu ana ada anak buah macam anti."
"Anti baik letak jawatan sebelum dipecat."
Demikanlah kata-kata azimat pimpinanku, tiada seorang pun yang mengajak aku kembali ke jalan kebenaran. Aku terima. Air mataku laju apabila aku melangkah keluar dari bilik gerakan tersebut.
"Jaz,ingat tau, jangan bagitau Falah Irfan tentang perjumpaan kita hari ni!" sergah Kak Da dari belakang. Aku mengangguk. Aku menuju ke kelas. Semua bertanya tentang post yang bakal ku pegang untuk tenure depan. Mereka sangat positif. mereka fikir aku bakal memegang tampuk pimpinan untuk pimpinan akan datang. Tapimereka silap. Akumengeluh.
Keesokannya aku mendapat surat pemecatan jawatan aku sebagai Ketua Batch Muslimat Tingkatan 3. Aku redha. Langsung mereka tidak datang berjumpa denganku. Malah surat itu dipostkan dari tangan ke tangan. Aku tidak pasti sudah berapa tangan yang memegang surat ini, bagai dijaja satu sekolah! Malah, musabbab aku dilucutkan jawatan jelas ditulis disitu dengan pen merah.
1) salah laku di luar kawasan sekolah
2) bercinta dan berdating
3) biadap dan mengkhianati amanah.
Aku terima segala musabbabku. Nasib baik hari aku menerima surat tersebut merupakan hari terakhir aku disekolah itu. Permohonanku untuk meneruskan pengajian ke sekolah terkemuka di Malaysia diluluskan. Maka, aku meneruskan pengajianku ke KISAS dengan keadaan masih bercouple dan jahil!
***
Selama dua tahun perjalanan aku di KISAS, aku banyak menerima tarbiah. Aku mula belajar tentang erti dakwah yang sebenarnya. Di KISAS aku menapak setapak demi setapak ke arah kebaikan. Kak Ha sering menolong aku. Membimbing aku. Malah beliau banyak mendengar kisah silamku. Kisah percintaanku dengan Pimpinan Dakwah di sekolah. Beliau tidak sesekali menyalahkan aku. Akan tetapi beliau sentiasa memegang tangan aku ke medan perjuangan. Beliau mengajak aku bersama dengan beliau. Aku mula sedar kesilapanku. Aku mula sibuk dengan aktiviti dakwahku dan dalam masa yang sama aku memutuskan hubungan dengan baik dengan Pakwe Pimpinanku! Aku belajar banyak tentang hidup dan kehidupan. Selama dua tahun aku memantapkan diri dan peribadi, aku keluar dari KISAS dengan wajah baru. Aku seorang yangdikenali ramai. Diminati semua pelajar. Aku memegang jawatan tertinggi di KISAS sebelum aku keluar. Malah keputusan SPMku membanggakan. Aku berubah. Malah, aku turut terlibat aktif dengan aktiviti dakwah di luar sekolah. Alhamdulillah. Aku menyedari kesilapan aku dan kejahilan aku sewaktu dahulu. Sekarang, aku yang memang mudah tercabar, mahu kembali menemui mereka yang dulunya menghina aku. Mereka yang mengatakan aku hipokrit dan jahil. Aku ingin kembali kepada mereka, mahu aku buktikan bahawa manusia yang mereka hina dulu menjadi manusia hari ini. Dan sekiranya mereka sudi,ingin aku menghulurkan tangan menyumbang tenaga untuk membantu kerja Dakwah di sekolah lamaku.
Aku kembali ke tempat asalku. Aku menjejak mereka. Namun kemudiannya aku hampa dan kecewa. Pelbagai cerita yang aku dengar dari sahabat-sahabatku. Kejatuhan Pimpinan Dakwah selepas pemergianku ke KISAS mengecewakan aku. Kekhilafan antara mereka menyebabkan sistem Badan Dakwah yang dulu hebat kini sangat tenat. Beberapa orang yang aku sempat temui,malu untuk memandang wajahku. Kebanyakan Pmpinan sudah keluar dari Sekolah dan meneruskan pengajian ke menara gading.
Aku jumpa dengan Kak Da, tudung labuh tidak lagi sebati dengan dia. Aku lihat Izzati berpimpin tangan dengan seorang lelaki hensem. Aku lihat Kak Ima dengan perubahan yang sangat 'hebat'. Zakri belumku temui. Dengar cerita, Zakri meneruskan pelajaran sebagai seorang Peguam Sivil. Manakala Fikri pula langsung khabar berita tidakku dengar. Aku kecewa. Dulu,mereka mencabarku. Kata-kata mereka aku pegang sebagai janji dan cabaran. Tapi rupanya mereka yang meninggalkan aku dengan peninggalan yang nyata. Mereka mengkhianati perjuangan.
Sewaktu Kak Da melihat aku berjubah lengkap dengan tudung labuh, Kak Da mengusap kepalaku lembut. Kak Da senyum sinis sambil bertanya tentang Falah Irfan. Lalu dengan bangga aku katakan, aku langsung tidak mengambil tahu tentang Falah Irfan sejak aku melangkah ke KISAS. Kak Da meninggalkan aku begitu sahaja. Aku tidak menyindir Kak Da. Aku berjanjimahu membawa Kak Da kembali ke medan perjuangan. Mungkin kak Da terleka sebentar.
Aku menggunakan kuasa yang ada sepupuku yang memegang Pimpinan tertinggi di sekolah itu untuk memanggil semua mantan berkumpul di sekolah. Namun harapanku untuk mengajak mereke kembali ke medan dakwah berkecai. Mereka hadir dengan keadaan yang kurang menyenangkan. Malah ada yang hadir di akhir majlis,hanya untuk makan-makan. benar,aku kecewa. Ini mereka yang dulu berada dalam pimpinan sekolah yang terhormat. Aku kecewa. Namun aku hanya mampu berdoa.
Dan sejak hari itu aku sering memantau gerak kerja badan dakwah sekolah tersebut. Apa yang mampu aku cuba tolong dalam masa yang sama aku mahu mengajak mantan pimpinan kembali. Tapi sayang usahaku seakan sia-sia.
Sejak dari itu,banyak pengajaran yang aku dapat, aku mengerti bahawa setiap manusia yang berada dalam melakukan dosa tidak patut dihina,tidak patut dicerca. Kerana kita tidak pasti keadaan kita pada masa akan datang. Dan seringkali aku mengingatkan diriku bahawa Allah itu Adil dan Maha Bijaksana.
Dan satu perkara yang membuat aku reti pada hari ini,
"Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi hidayah kepada yang Dia hendaki." Surah Qasas.
Rasulillah tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudaranya. Apatah lagi kita sebagai seorang manusia biasa. Penuh dosa dan noda. Hari ini kita mungkin insan mulia, tapi akan datang mungkin kita yang lebih hina. Benci pada maksiat yang dilakukannya, jangan benci kepada pelaku. Malah, ajaklah pelaku tersebut. Berilah dia peluang memperbaiki kesalahannya. Berilah dia sedikit pedoman dan ilmu agar dia tahu apa yang dia lakukan adalah salah, berbanding anda menghina dan mencerca dirinya.
Salam dakwah buat semua. Semoga cerita ini dijadikan pedoman. Yang penting,jangan berlagak dengan hidayah yang anda dapat pada hari ini. Tetapi berdoa dan bersyukurlah pada Allah saban malam agar hidayah itu kekal dan bertambah untuk anda. Kerana Dia yang memberi dan menarik hidayah itu. Dan kita manusia, hanya hamba, Dialah TUHAN>

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 18, 2010

mari baca semua wanita.

6 comments:
Salam.
Kali ini hamba menjengah dengan kisah sirah. Sebenarnya, hamba cemburu dengan pos saudari Najwa Hamali, perihal Isteri Keduanya. Anda semua patut baca. Sebelum anda meneruskan bacaan untuk post ini. Ana cemburu bukan kerana blognya yang cantik. Tapi dengan postny yang sekaligus memberi makna pada semua muslimah. Dulu, ana pernah bertanya kepada Ibunda,

"Kenapa kak jadi pompuan, kalau kak laki,mesti kak boleh gi belajar silat macam abang. nanti kak boleh gi perang." (waktu ni 6 tahun tak silap).

Lantas, Ibunda tersenyum, lalu Ibu menceritakan kisah Asma' Abu Bakar. Sejak itu, kisah Asma' Abu Bakar aku ingat. Keberaniannya menghantar makanan buat Ayahandanya,Saidina Abu Bakar dan Rasulillah sewaktu mereka bersembunyi di Gua Thur.
Hamba kagum.
Dan hamba pernah menyebarkan aura ini sewaktu hamba diminta memberi tazkirah di AMF Hall sewaktu Sister's Night.
Tapi penyampaiaan hamba mungkin kurang bertenaga. :(
(sebab mereka macam tak paham apa yang ana nak sampaikan.. ;) )

Lalu, kemudian, Ibunda menghantar hamba belajar Martial Art. Sebab Ibu kata, nanti boleh jadi macam Asma' Abu Bakar. Masa tu hamba tak paham. Hamba buat sebab hamba nak jadi kuat. (sekarang nak jadi kuat,minum je tongkat ali. :) )

Bila hamba dah masuk Universiti, hamba makin paham. Wanita pun tak kurang hebatnya. :)
Wanita punyai peranan tersendiri. Siapa kata wanita insan yang lemah?
Wanita tak perlu jadi gagah, tapi tanpa wanita, lelaki mesti susah.
Jadi, betullah, "disebalik kejayaan seorang lelaki,pasti ada perempuan."
Tapi kali ni, hamba rasa, hamba tak mahu menjadi yang 'sebalik'. Hamba mahu 'selari'.
Hamba yakin, kekuatan tenaga tak memberi apa2 makna buat hamba,
yang penting,
iman dan kesungguhan dalam jiwa hamba.
Seperti Sumayyah. Hebat. Srikandi yang cukup ana kagum dengan pengorbanannya.

Sekarang,ana nak jadi perempuan yang wanita. Sebab ana tahu, wanita punyai keistimewaannya tersendiri. Kita, sayap kiri. Kita, sayap kiri. Ingat perkataan ni sampai bila2,
kita,wanita;sayap kiri..

Jadi. Kali ni ana hidangkan kisah Nusaibah. Ana nak jadi macam Srikandi Nusaibah. Heish, jangan ingat Nusaibah ni nama Hisbah Mahallah Khadijah pulak! :)

*-*

Nusaibah ni hebat. Hamba tak tahu hamba mampu atau tidak jadi seperti beliau. Sekarang, perang2 takde, hamba kena berjuang. Sampai hamba mati. Sampai hamba yakin hamba masuk Syurga. Sampai hamba yakin, hamba Syahid. Walaupun hamba tahu, susah sangat nak capai tahap tu. Tapi jalan menujunya perlu kita tempuh kan? *-*
Okeyh. Hamba banyak kurang. Jangan cari kesempurnaan pada hamba. Tak mungkin ketemu.
Tolong hamba, bina diri hamba, bina keimanan hamba.
Lepas ni hamba nak infaq habis-habisan untuk AGAMA.
Hamba harap Allah kekalkan dan tambahkan HIDAYAH yang Dia bagi pada hamba malam ni sampai bila2, hamba harap Allah tak tarik HIDAYAH ni. Hamba harap sangat.. *-*

Jadi semua orang.

Hamba harap, adik beradik Usrah ana, Ayong Hafiza, Along Syahadah, Angah Farah Haseenah, Alang Humaira, Acik Amanina, Ateh Qurratu, Uda Dalila, Anje Noor, Ucu Hanisah sahut cabaran untuk sama2 contohi perjuangan Nusaybah!

Tak lupa sahabat2 seperjuangan di CFS IIUM dan semua wanita yang ada kat dunia.
Kita boleh mengulang sejarah. Sama2 kita contohi Nusaybah di dalam perjuangan. *-*

Selamat membaca kisah Nusaibah. Jadi pedoman ya!

Seorang wanita yang ikut dalam bai’at aqobah,perang Uhud,perjanjian Hudaibiyyah,perang hunain, dan perang Yammamah.
Seorang yang berjuang dalam menyebarkan dakwah islam dan memberikan kontribusi yang sangat banyak dalam islam.
Seorang wanita yang terputustanganya ketika dalam peperangan.
Seorang yang mengalami 11 luka dalam perang uhud, mengalami 11 luka pada perang Yammamah ditambah terpotong tanganya.
Teman Rasullulah SAW di Surga.. Telah bersinar cahaya Ilahi dan telah datang kebahagiaan yang sempurna kepada Nusaibah,anak-anak,dan suaminya. Mereka mendapat jaminan masuk surga menemani Rasullulah SAW Di Surga.Itu terjadi pada perang Uhud.
Anak-anaknya, Abdullah bin Zaid bin‘ashim r.a. bercerita “ Aku ikut dalam perang Uhud bersama Rasullulah SAW, ketika kaum muslimin melarikan diri dari medan perang. Aku dan ibuku melindungi Rasullulah SAW. Beliau berkata ‘wahai Ibnu Ummu‘Ammarah!’Aku menjawab,’Baik ya Rasullulah.’‘lempar!’ perintah Rasullulah kepadaku. Lalu aku melempar batu kepada salah satu kuda yang di tunggangi pasukan kafir dan batu itu bersarang ke mata kuda itu. Kuda itu jatuhbersama penunggangnya. Aku langsung melempari penunggang kuda itu sehingga langsung mati. Rasullulah SAW langsung melihatku dengan senyuman bahagia. Ketika itu ia melihat luka yang ada di tubuh ibuku,
lantas berkata,’ Bantu ibumu.ubati lukanya, semoga Allah memberkahikeluarga kalian. Kedudukan ibumu lebih mulia daripada si fulan dan sifulan. Semoga Allah memberikan rahmat kepada keluarga kalian dan kedudukan suami ibumu lebih baik dari si Fulan dan si Fulan.’
Ibuku berkata, ’mohonkan kepada Allah agar kami menjadi pendampingmu di Surga’. Lalu Rasulullah berdo’a ya Allah jadikanmereka pendampingku di Surga.’ Lalu ibuku berkata ‘sekarang aku sudah tidak takut lagi dengan musibah di dunia. Demikian Ummu‘Ammarah nusaibah binti ka’ab anshari kepada surga. Impianya telah tercapai meskipun ia masih hidup di dunia..

Full version>>
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, May 16, 2010

saya nak ucap jugak!

3 comments:
"kami guru malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita..
pada seri paduka,
kami tumpahkan setia,
rukun negara kita,
panduan hidup kami smua,
dibidang pembangunan,
kami tetap bersama,
membantu,
membina,
negara yang tercinta,
amanah yang diberi,
kami tak persiakan,
apa yang kami janji,
tunai tetap kami tunaikan..."
Ingat lagi tak masa sekolah2 dulu,kita selalu dihiburkan dengan persembahan guru-guru kita. Mereka selalu nyanyi lagu ni sehingga saya boleh hafal.(padahal saya rekrut mak saya suruh nyanyikan lagu ni.)

Walauapapun,

pertama sekali,
hamba nak ucapkan selamat hari GURU yang teristimewa buat manusia yang menjadi guru hamba sejak hamba dilahirkan sehingga sekarang. Beliaulah yang mendidik hamba, mengajar hamba kepada erti kehidupan. Beliaulah Ibunda hamba, yang hamba cinta dan sayang.

Selain itu, tak ketinggalan buat ayahanda hamba. Walaupun hamba tidak rapat dengan beliau(kerana beliau garang), tapi tarbiah dari beliau(yakni bila selalu kena marah,kena kurung luar rumah atau kena hukum tak leh makan sama2) memberi impak kepada ana sehingga sekarang, dalam masa yang sama, menjadikan hamba seorang yang berdisiplin seperti hari ini.(ye ke?)

Tidak lupa seluruh ahli keluarga ana, Abang2 dan Kakak2 ana. Yang ana gembira dan bertuah kerana mempunyai mereka dalam hidup ini. Terima kasih kerana memberi ana peluang menjadi adik kalian yang selalu menyusahkan dan teramat nakal sehingga terpaksa kalian kunci hamba dalam bilik(akanku kenang sampai bila2).

seterusnya buat guru2 ana, sewaktu ana di Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak. Terima Kaseh kerana menerima hamba yang tak cukup umur masuk ke sekolah tersebut dan sanggup melayan segala karenah hamba yang hanyalah murid menumpang. Seawal umur 4 tahun hamba berada di situ dan sejak itu sehingga umur ana 11 tahun, cikgu2 tidak pernah mengenepikan hamba malah mendidik hamba lebih istimewa dari pelajar2 lain dan selalu beri hamba anugerah setiap kali ada peperiksaan. Takkan hamba lupa!!

Seterusnya guru2 ana sewaktu ana menjejakkan kaki ke Sekolah menengah.
Maahad Muhammadi Pasir Mas.
Terima Kaseh kerana sudi menerima kemasukan ana walaupun ana satu2nya calon tunggal yang masuk ke sekolah itu tanpa keputusan UPSR. Terima kaseh kerana mendidik ana dengan ilmu agama sehingga 22 subjek. Terima kaseh kerana saman ana sebab selalu datang lewat ke sekolah walaupun berkenderaan sendiri. Terima kaseh juga kerana tak jemu bawak ana ke medan dakwah walaupun waktu itu ana belum tahu apa itu "DAKWAH" sebenarnya. Terima kaseh ustaz dan ustazah sekalian.. kerana akhirnya hamba menjadi manusia..

Tak lupa guru-guru di SMKA Lati. Walaupun hamba berada disana selama 2tahun sahaja.
Namun kasih cikgu terhadap hamba, susah hamba nak cari. KEpercayaan cikgu terhadap hamba,takkan hamba lupai. Segalanya berbeza. Dari Maahad ke SMKA, membuat hamba hilang diri, tapi cikgu tetap membantu dan menggagahkan diri hamba yang hina ini. Terima kaseh cikgu2 sebab selalu tolong hamba setiap kali motosikal hamba bocor. Terima kaseh juga kerana selalu buat tak nampak setiap kali hamba ponteng kelas dan menumpang asrama. Tak lupa jua jasa cikgu mengajar hamba hingga lewat malam wlaupun hamba bukan pelajar asrama. Terima kaseh sebab rakamkan gambar hamba di Sekolah itu sebagai tanda penghargaan terbesar buat hamba. Terima kaseh kerana sehingga sekarang menerima hamba dan mengiktiraf hamba sebagai jurulatih debat dan pidato sekolah. Tak terhingga penghargaan itu. Membuat hamba rasa malu pada diri. Terima kaseh cikgu...

Tak pernah kurang jua ucapan jutaan terima kaseh kepada guru-guru tasmi. Ustaz Wan. Ustazah Hasni. Ustazah Fatimah. Dan Ustazah Aizah.
(kelasku paling unik,punyai paling ramai ustaz tasmi!)
KErana sudi mendengar bacaan hafalanku walaupun kadang2 lekat tak tentu2. Terima kaseh kerana sudi marah hamba setiap kali modal tak cukup 5muka. Terima kaseh sudi denda hamba bila tak siapkan tahriri. Terima kaseh marah hamba bila hamba bangga diri. Terima kaseh pesanan2 buat hamba hingga hamba menjadi seperti hari ini. Terima kaseh cubitan2 manja hingga hamba tahu erti hidup seorang HAMALATUL QURAN. dan terima kaseh kerana selalu mengingatkan hamba sehingga hari ini tentang tanggungjawab hamba kepada Quran serta tanggungjawab hamba kepada dunia hari ini Terima kaseh jua buat tenaga kerja Darul Quran. Terima kaseh Pengarah Darul Quran sudi duduk semeja denganku berbincang tentang masa depan kami. Terima kaseh Pendaftar Darul Quran sudi menerima sahabatku di IKMAS. Terima kaseh Unit Rekod kerana selalu jaga surat yang ibuku poskan untukku. Terima kaseh HEP kerana selalu marah setiap kali aku balek lama ke kampung halamanku. Terima kaseh ustaz Jihadi kerana menerima asbabku tanpa mendenda setiap kali aku meminta kebenaran. Terima kaseh ustaz Dasuki dengan segala nasihat. Terima kaseh ustaz Rauf belanja aku makan kedai kek. Tak lupa Pak Cik Prebet dan Pakcik Guard DQ. Terima kaseh Pak Cik Jo selalu hantar aku pegi KTM. Terima kaseh Pak Cik Zaman sanggup ambil aku kat KTM pagi2 buta. Terima kaseh pak cik Arif Misai kerana tak pernah marah aku walaupun buat salah sedangkan orang laen sume Pak cik hentam. Terima kaseh DQ, ENGKAU GURU TERBAEK UNTUKKU!Walaupun sekejap, tapi kenangan bersamamu paling bermakna buatku!!

Tak lupa jua kakitangan UIA dan teristimewa buat pensyarah UIA. Terutamanya Sir Mahadhir sebab selalu jemput hamba pergi bilik Sir tapi hamba tak pernah pergi. Sir Azrul sebab sangat baek. Madam Harlina Damiri. Madam Norafizah. Madam Ayu. Serta Sepupuku, Ustaz Nasiruddin Ahmad. Madam Saodah. Serta lecterur BI.. Terima kaseh atas ilmumu. Ia bermakna buatku. Tak lupa Madam Saayah, Miss Hartini, Madam Asmazura dan semuanya!

"Berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi"
..Memori lama.. Setiap tahun pasti aku mendeklamasikan sajak ini buat GURU2ku. Kini tidak lagi. Aku cuma mampu menulis di alam maya. Dan aku sendiri tidak pasti cikgu,samada engkau membacanya atau tidak. Namun harapanku, hati ini mempu membuat kau rasa betapa aku berterima kasih kepadamu Cikgu! Dan doaku tidak pernah henti buatmu GURUKU..
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, May 14, 2010

bagi saya satu pesanan..

14 comments:
Aku menjengah kaki ke sekolah lama.
"Ustaz,bagi saya pesanan.." ujarku.
"satu je Husna, lakukan semua kerana Allah.."
Aku singgah ke rumah saudara,
"Cik,bagi saya satu pesanan.."
"Jangan couple.. Jaga hati ni.. Kena selalu cuci.."
Aku pergi rumah jiran,
"kak,ada ape2 pesanan tak untuk budak kecik baru nak bertatih ni.."
"Ah,orang hebat,kamu tak perlu nasihat aku, cuma satu, jaga Quran dalam hati kamu.."
Aku pergi sekolah Ibu,
"Cikgu,titip lah pesanan,huhu.."
"Jaga Qiam.. Jaga hubungan dengan Allah.."
Akhirnya hari ni aku pergi ke pondok Lubuk Tapah..
"Tok guru, wasiatkan untukku pesanan.. Moga aku tak lari dari jalan Tuhan.."
"Mek, dulu pesanan ambo, cari kesempurnaan di jalan TAQWA. Jika mek minta wasiat. Cukuplah Quran dan Sunnah. Seperti mana Rasulillah wasiatkan buat kita semua.. Gali betul2,banyak yang belum mek temui. Jagalah ibadat. Tinggal maksiat. Hatimu belum suci untuk sepenuhnya menerima hidayah.."
Dan aku malu.. Hati ini.. Belum suci. Penuh noda barangkali..
Allahu, aku mohon, sucikanlah hatiku.
jadikan hati ini benci pada maksiat, cinta pada ibadat..
Akhir kalam...
Sahabatku.
berikan aku pesanan.....

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, May 12, 2010

erti kehilangan

No comments:
Sepanjang hari bersedih. Mengadu begitu dan begini. Mengeluh dan mengeluh.

Cuba anda bayangkan, anda sayangkan jam tangan anda.. Sangat sayangkan. Bayangkan jam tangan anda sangat istimewa, hadiah dari yang tersayang. Bayangkan juga jam tangan anda harganya tak mampu anda nak beli dengan wang anda sendiri. Bayangkan juga, sepanjang anda di Malaysia, anda belum jumpa jam tangan yang dihadiahkan buat anda,istimewa.

dan anda bayangkan anda kehilangan jam tangan tersebut, siang malam mengeluh. Setiap kali mengangkat tangan untuk melihat jam, rasa marah datang membuak-buak,
"sapa la yang curi jam aku nih."
"jam tu dah lame dah,nak curik lagi."
"mane aku letak jam ni,bengang betol."

tentu kite cari jam kite merata tempat. Bawah katil. Dalam tandas. Kadang-kadang kita sanggup jejak jam kite sehingga ke tempat yang pernah kite pergi. Jauh pun,kita sanggup. Semata-mata nak cari jam tangan. Kerana ape? kerana kita sayangkan jam tangan tersebut dan jam tangan tersebut bererti buat kite,memberi faedah buat kite.
penat mencari,tak jumpa. kat sana tak jumpa, kat sini tak jumpe. akhirnya, aku kate,
"takpe lah. dah hilang,nak buat macamane."

kemudian,aku terfikir, jam tangan, esok boleh beli lagi yang baru.
hilang jam tangan, aku dah pening kepala.

Aku cemburu melihat Syakirah Akyan, Majdi Nadwan, Illeya Ibrahim dan mereka yang kehilangan ayah,ibu, adik,abang kakak aau orang yang mereka sayang.

Mereka kehilangan. Merasai kehilangan yang jauh lebih besar dari aku.
Dan, mereka masih kuat. Berjuang dan berjuang. AKu tak pernah nampak mereka
bermasam muka. Sedangkan aku, kerana seutas jam tangan,habis orang aku hangin, semua kucing aku rasa nak terajang.(hiperbola yang melampau)
kemudian aku tahu kenapa Allah tak uji aku dengan kehilangan ibu dan ayah. Kerana Dia tahu aku belum bersedia. Tapi aku tahu,aku perlu bersedia walaupun aku tidak mahu bersedia.

Aku cemburu melihat mereka yang kuat. Mereka tabah. Diuji pelbagai sudut,mereka tetap begitu.

Aku? Entah baaimana tahap iman aku.
Mereka kehilangan parents, yang pasti,takkan mereka temu ganti didunia. Di akhirat kelak, janji Allah itu pasti.



Post kali ini juga, jawapan buat soalan sahabatku. Beliau bertanya,

"Husna, iman aku macam dah hilang. tolong. ape perlu aku buat."

sahabat,kehilangan iman bukanlah satu kehilangan yang abadi, carilah ia. Kejarlah ia. Jangan bingung dan jangan mengeluh. Fitrah iman, yazid wa yankus.
Sebagai manusia, berusaha sebaek mungkin, semampu mungkin,
mengejar hidayah dariNya Ilahi Rabbi!

Tapi alhamdulillah, aku dah jumpa jam tangan aku.

dan aku bersyukur. kemudian aku teringat,
"Yang buat hilang jam tu Allah, yang boleh kembalikan tentu Allah jugak."

Jadi, senang saje,
kembalilah pada Allah.
Jawapan untuk aku,engkau dan dia. Siapa saja. Itu jalan yang pasti menuju negeri Abadi!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

akhirnya..

2 comments:
bukan pengecut. bukan penakut. bukan jua putus asa.
aku masih ada. disini. cuma, mengambil sedikit sahaja masa,untuk kembali pada diri. mencari erti sebenar tentang apa yang aku mahu.
kini aku pasti. itu dan itu. bukan lagi kepentinganku. tapi ini, pasti aku capai walau apa yang terjadi.
hei,jangan gelakkan aku.
Aku kembali ke rumah. Jejak kaki kembali pada 11 May 2010.
The same date, birthday sahabatku, Zakirah Khairuddin.
And, the same date, birthday presidenku.
Ops, mantan presidenku, 'Abdul Muntaqim Abu Bakar.
Then, cukup dulu untuk pendahuluan. Lepas ni,aku kembali penulis, wlaupun cita-citaku bukan seorang penulis,
Aku tercabar dengan dia. Blognya selalu diupdate. Tunggu, aku pasti bangkit!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.