♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, January 09, 2011

Aku isteri seorang pejuang.




Menjenguk laman sesawang seketika sambil menunggu azan Isya' berkumandang. Terpanggil untuk berkongsi harapan dan cita-cita masa hadapan.

Moga perkongsian tak menjadi kontrovesi yang terhangat di pasaran. J

Sedang asyik melihat updates keluarga dan kawan-kawan dari FB, terkesan dengan satu status dari Kak Nurul Syuhada;zaujah Ustaz Syaari. Membacanya saja membuah pelbagai harapan dan cita dalam hati.

"Lama tak update status FB,rs jemu pulak dgn FB ni kdg2. Di Kuantan skrg,menemani suamiku yg asyik bg talk weekend ni. Kdg2,kesian sgt tgk suami yg selalu tak cukup tidur dan keletihan dek krn jadualnya yg sgt 'pack'. Namun,hati ni jg rs gembira, bahagia bila melihat dia bahagia berkongsi ilmu dan pengalaman bersama audiens. Ya Allah,dia bukan milik mutlakku, dia milik ummah jua, dia pinjaman buatku.."
gambar diambil daripada blog kak Nurul.


Kemudian mendapat panggilan dari ibunda tercinta. Panggilannya terputus-putus pada awalnya. Saya menelefon ibu kembali. Dan kami berborak panjang. Pelbagai kisah saya ceritakan pada ibu. Itu dan ini. Ada yang menggembirakan. Ada yang mengecewakan. Ada yang menakutkan. Ada yang menyedihkan hati. Ada yang tak memuaskan hati. Ada yang..ahh.. macam-macam. Pengalaman yang dilalui saya ceritakan. Ibu kadang-kadang menyuarakan kerisauannya, tapi kadang-kadang ibu tergelak mendengar saya semangat bercerita. Biasalah tu, saya sendiri mencuba untuk mengawal diri dari suka becerita. Kalau dah bercerita tu, memang excited dan real punyalah! Kadang-kadang tak terkawal. Kalau apa-apa terjadi, kakak abang memang suka dengar saya bercerita. Semangat sangat. Menghiburkan hati,kata mereka. J

"Kakak ni macam-macam.. tak payah la kecewa. Itu urusan Allah, kakak dah buat yang terbaik.. Kakak banyak dosa lah tu. Allah kafarahkan melalui cara itu. Takpelah, berlapang dada dengan aturan Dia." Kata ibu memujuk bila diceritakan kekecewaan yang dirasai. Meluahkan rasa bersalah dengan apa yang terjadi dan rasa segan sebab buat benda tak menjadi. Serta rasa tak guna pun ada. Tapi ibu memujuk memang terbaek. Pandai. Patutlah anak dia macam ni. J

"Tah.. takpelah ibu, memang dosa banyak pun. Maksiat tak terhitung.. hemm.. tapi kecewalah jugak. Pastu dah la orang bukan nak tegur kakak depan-depan. Bagitau orang lain dulu,lagilah kakak kecewa.."

"Kakak tak baik fikir orang macam tu. Mungkin orang nak jaga hati kakak. Takpe, kakak tak salah dah. Kakak kena perbaikkan sikit je lagi apa-apa yang kakak buat lepas ni. Jangan sebab kecewa dengan yang ni tak nak buat apa-apa pulak. Kakak tengah buat apa tu?"

"Tengah tengok FB ni.. tengok updates kawan-kawan. Hemm. Ibu, kakak rasa nak jadi isteri seorang pejuang la ibu. Ada status FB orang tu kan, dia dah kawen lah, suami dia memang hebat bagi ceramah sana sini. Suami dia memang busy. Pastu dia setia je dok dengan suami dia. Sokong semua suami dia buat walaupun suami dia mesti kurang masa dengan dia kan ibu.."



"kakak nak jadi isteri seorang pejuang?"kedengaran tawa ibu dihujung ayatnya. Pergh! Ketawa pulak dah ibu orang tengah layan angan ni. J

"Tu cita-cita lah. Bukan kakak kata nak kawen sekarang. Kakak Cuma rasa teringin je nak berkhidmat kat suami yang busy berjuang. Lawakkan kakak ni.. takde apalah. Kakak cakap-cakap je."

Ibu diam sebentar. Menarik nafas panjang.

"bagus cita-cita kakak. Tapi sebelum kakak nak jadi isteri seorang pejuang, kakak kena berlatih dari sekarang. Bukan senang nak jadi isteri pejuang. Nak kena tinggal sokmo. Suami dahulukan dakwah. Semua tu kakak kena bersedia awal supaya nanti kakak tak tewas tengah jalan. Nak jadi isteri seorang pejuang ni bukan mudah kakak. Kena ada pengorbanan tinggi. Kena ada usaha jaga kebajikan suami pun tinggi. Sabar pun kena tinggi. Kakak ingat tak sejarah Hanzalah? Yang dia tinggalkan zaujah untuk pergi berperang pada malam pertamanya? Kakak boleh jadi macam tu? Ibu yakin kakak boleh, tapi kena latih sekarang la. Kena kuat. Kena belajar sabar yang tinggi. Kena ada ilmu. Kena ada iman tinggi."

"Kakak teringin nak jadi isteri pejuang. Mesti besar pahalanya kan ibu? Mungkin kakak tak mampu nak bergerak selincah kaum Adam, tapi sekurang-kurangnya nanti kakak membantu. Lawak lah kakak ni ibu kan?"

"tak lawak pun. Ibu suka dengar cita-cita kakak macam tu. Lepas ni kakak kena berubah. Tak boleh mudah tension. Tak boleh mudah putus asa. Tak boleh mudah kecewa. Tak boleh jadi kanak-kanak manja. Kalau kakak manja, mudah putus asa, nanti macamana kakak nak melengkapkan hidup seorang pejuang? Orang yang ada disisi seorang pejuang itu mesti kuat. Membantu suami bangun dan berdiri tegak dalam apa saja keadaan. Ibu setuju kalau kakak nak lengkapkan hidup seorang pejuang, tapi ibu kasihan pada pejuang yang bakal kakak hidup bersama dengannya nanti kalau kakak tak mampu menjadi perangsang terbaek buatnya. Kalau kakak tak mampu membantu gerak kerja dia."

"itulah.. ibu jangan ingat kakak nak kawen esok lusa pulak. Kakak cakap saja. Ini cita-cita je dulu. Persediaan dan strategi belum lagi disusun dengan kemas. Kan nak buat semua benda mesti ada strategi. Kakak tengah fikir plan dulu ni. Ibu doakan yang terbaek buat kakak dalam hal ni deh. Betullah ibu kata, kakak perlu persediaan mantap sebelum mengharapkan berdiri setia disisi seorang pejuang. Kakak suka kalau lepas ni kakak bukan saja jaga kebajikan suami, malah kakak boleh bantu dia dalam usaha dakwah dan perjuangannya. Besar sungguh harapan kakak. Tanpa doa ibu, mungkin susah kakak nak capai. Mohon restu ibu ye dalam usaha kakak mencari yang terbaek."

"Insya Allah. Ibu selalu doakan yang terbaek buat anak-anak ibu. Kakak jangan risau, ibu tahu anak ibu ni extraordinary. Anak ibu serba-boleh. Anak ibu kuat-kuat. Ibu yakin kakak mampu bersedia untuk menjadi isteri pejuang. Ingat kakak, bukan senang. Kena belajar redha,ikhlas, sabar bermula hari ini. Lepas ni suami kakak tak jadi milik kakak. Tapi jadi milik agama. Milik ummah. Mungkin kakak sorang boleh pegang tangan dia, tapi bukan kakak sorang boleh dapat kebaekan yang Allah bagi pada dia. Dah ada calon ke kakak?"

"Buat lawak pulak ibu ni. Ibu lagi tahu kan anak ibu ni. Kakak tak pernah rahsia pada ibu apa-apa. Semua kakak bagitau ibu. Sebelum ni semua yang kakak bagitau, haa, itulah keadaannya. Ibu doakan saja yang terbaek pada kakak. Kakak ni tak baek sangat, tapi harapan dan cita-cita kakak tinggi sungguh!"

Kedengaran tawa ibu lagi di hujung talian. Nafas ibu ditarik panjang. Saya juga menghembus nafas panjang, bukan mengeluh, tapi terasa lega dengan segala nasihat ibunda.

"Ok lah kakak. Pergi siap-siap nak solat. Ibu pun nak letak dah ni. Nanti telefon lagi esok-esok. Anak ibu selamat mencari yang terbaek ye. Jangan risau, anak ibu ada dalam doa ibu, selalu, juga bakal menantu ibu, sesiapa pun dia, ibu doakan dia menjadi pejuang yang hebat bertemankan anak ibu sebagai pembantunya dalam perjuangan. Jaga diri. Jangan lupa makan ubat. Jangan tidur lambat. Rehat dulu, badan tengah penat tu. Jangan fikir sangat benda yang dah berlaku, hadap hari esok dengan semangat yang sentiasa segar dan baru. Anak ibu kena berjuang jugak ye sebelum dapat suami seorang pejuang. Ibu off dulu. Assalamualaikum."


Sungguh, hati terasa tenang mendapat tasji' dari ibunda tercinta. Sungguh ibu sentiasa memahami anakanda. Dan memberi mutiara nasihat yang berharga buat anakanda. Terima kasih ibu sebab menyokong semua jalan yang anakanda pilih. Walau jalan itu susah dan payah, tapi ibu tak pernah menghalang anakanda daripada berhenti di jalan ini. Malah ibu sentiasa membantu dengan taujihat yang berharga walau kadang-kadang anakanda tahu ibu terlalu risau pada anakanda. Kerana Allah anakanda berada di daerah perjuangan, maka pada Allah ibunda serahkan segala urusan. Sungguh, itulah kata ibu pada saya.

Cita-cita saya pula, terlalu besar untuk direalisasikan. Mahukah seorang pejuang beristerikan seorang wanita yang manja dan tidak kuat? Tentu tidak. Mahukah seorang pejuang beristerikan seorang wanita yang lemah jiwa dan tidak membantu? Tentu tidak. Ya, kini saya tahu cita-cita itu terlalu tinggi untuk dipetik dengan tangan. Maka, saya harus berlari dan melompat untuk menggapai dan memeluknya girang. Ooh, cita-cita, hari ini aku mengungkapkanmu terlalu teruja, moga-moga usaha aku kearah menggapai cita-cita itu berterusan dan bermakna kelak disisi DIA. Mohon Allah mudahkan jalan.

Tidak bermakna saya mahu berkahwin esok lusa. Tapi ini dikira satu persediaan untuk hadapi hari mendatang. Juga satu fantasi yang ingin saya jadikan reality. Moga-moga saya Berjaya. Dan menjadi sayap kiri yang berharga buat sang suami yang tercinta. Bukan mudah mencoret cita, kerana selepas ini pelbagai strategi perlu dirangka, untuk memastikan cita-cita menjadi nyata.

Anda tak mahu bersama saya menjadi yang terbaek?

Mari kita mengorak langkah perubahan bersama.

Moga Allah membantu segala usaha.

Insya ALLAH.



berfikir-fikir untuk mendapatkan buku ini. Dah melihat dan membeleknya berkali-kali. tapi setiap kali nak beli, mesti terfikir, "Ah, awal lagi.." kemudian buku itu diletakkan kembali. sungguh, buku ini sesuai dibaca buat isteri para pejuang. bertimbang tara untuk memilikinya. Entah dimana boleh dicari.

LAMPIRAN:
ISTERI PERKASA Mereka mahukan muslimat perkasa Yang mampu berdikari Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi Yang lantang bersuara memberi pandangan Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan Cuma dia rasa seperti mahu bertanya Mahukah mereka pada isteri perkasa? Acapkali terkena sejuknya angin malam Kadang- kadang panas terik dan juga hujan Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan Yang selalu memberi pandangan atau kritikan Namun dia berserah dan cuba untuk tidak ambil kisah Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah Kuat hatinya seperti Nusaybah Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang Kerna musuh itu sedang menyerang Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme Jadi dia perlu terus bergerak Mempertahankan Islam dan kebenaran Membantu para muslimin di medan juang Walau kadang dia bertanya Perlukah sebagai muslimat, isteri, ibu Untuk terus berdiri di medan perjuangan? Apapun dia sentiasa katakan pada diri Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan Manusia itu hanya sandaran Jadi biarlah tuhan yang menentukan Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang Jika mahukan muslimat perkasa, Bersediakah anda menerima isteri perkasa? ( diambil dengan izin dari http://www.rehlah2syahid.blogspot.com/)
suka membaca post Kak Nurul yang ini.


buku ini pernah dibaca. Menarik. tapi segan nak beli. Takut disindir dan diusik tak tentu pasal.
berhasrat memilikinya, mungkin suatu hari nanti.


p/s: sila bersihkan sangkaan anda terhadap saya. tujuan post ini sekadar manifestasi pengharapan dan pengislahan. itu saja. mohon penjernihan fikiran. Peace!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

15 comments:

Anonymous said...

moga akak dapat apa yang akak nak.. hebat tu cita-cita. tapi sesuai dengan orang yang hebat..

saya menunggu pasangan seperti Us Syaari dan Kak Nurul muncul dari Kak Husna dan Us. S (S jugak ke? hanya allah yang tahu)
apapun, moga akak dapat yg paliiiiing baik...

husnataqwa said...

cita-cita mmg indah. tinggal lagi merealisasikannya, yang pasti bukan mudah. :))

syukran atas taujihatnya.
insya allah~

Aisyah said...

errrr.. Ustaz S???

kontrovesi disini.

moga kelak penyarung cincin di jari manismu itu benar2 pejuang yang hebat. Insya allah. doa untukmu dan untukku juga.

Anonymous said...

to Aisyah -

kita tak tahu sape. tak maksudkan sesiapa disitu. sekadar menulis saja.

Ust Syaari

Kak Nurul Syuhada.

jadi sekadar menulis imaginasi, kelak akan muncul pasangan hebat AL-FATEH seperti Ust Syaari dan Kak Nurul.

Kak Nurul Husna

Ustaz S (ini sekadar gurauan je, bukan maksudkan sesiapa.. tapi kalau kak husna rasa ada sesiapa, bagitau le. hehe) tapi mungkin huruf S tu bukan S. mungkin orang lain. sebab tu kata Wallahua'lam.. kan..

sekadar penjelasan je.

sila berbalik pada tajuk.

tak perlu kita buat kontroversi murah disini. :))

Muhammad Hamidi Zamri said...

insyaAllah terbaek.. jika mahukan pasangan yg soleh/ah, jadilah insan yg soleh/ah terlebih dahulu..

keduanya, jika mahukan suami pejuang, kena siap sedia dimadukan dengan dakwah.
sekadar pandangan.. (",)

Anonymous said...

perjuangan - memerlukan pasangan yang serasi untuk beroleh kemenangan dam kejayaan. selamat membentuk baitul muslim yang gemilang dan serasi. semoga allah membantu usaha baik dan cita-cita mulia.

[21 tahun membuatkan kamu bercakap sungguh jauh dan jelas!]

husnataqwa said...

ust midi - dimadukan dengan dakwah lebih manis dari madu. :))

anonymous - 21 tahun... hemmm... moga Allah aminkan segala doa.. moga tercapai cita-cita.. lambat ke awal ke... wallahua'lam...

husnataqwa said...

ust midi - dimadukan dengan dakwah lebih manis dari madu. :))

anonymous - 21 tahun... hemmm... moga Allah aminkan segala doa.. moga tercapai cita-cita.. lambat ke awal ke... wallahua'lam...

mujahidah solehah said...

Insyaallah akak :)

k.a.k.a.k said...

adikku.......... what hepen to u?? betul ke ini post u yg tulis???
ape nak jadiiiii......

husnataqwa said...

lek aa. orang dah dewasa la.. (padan muka)

k.a.k.a.k said...

dewasa laa sangat............

husnataqwa said...

tabaek la kak pandang rendah pada orang. dah2. tayah gado2. jumpa di seremban nanti ok.

k.a.k.a.k said...

pastikan calon menantu ibu tu lulus dengan kakak abang dulu.

lagi satu, jangan lupa pesan abang. ingat lagi?

husnataqwa said...

tabaek la demand2. terima apa saja yang Allah beri. ada orang nak pun dah kira bertuah. sape laa kita nak demand2 ni..

"kalau nak cari pasangan, bermusafirlah dengan bakal pasangan. lihatlah bagaimana dia menjaga solatnya, lihatlah bagaimana dia menjaga hubungan sosialnya, lihatlah bagaimana dia menjaga dirinya dalam permusafiran.kalau tak mampu untuk bermusafir, berkampunglah untuk mengenali dirinya.supaya kelak bakal pasanganmu itu telah kamu tahu sikap,perangai dan gaya hidupnya. dan tidak perlu susah payah untuk kamu menemuramahnya dengan bercinta seperti muda-mudi hari ini.lihatlah dia sewaktu kamu berkampung dengannya,paling kurang 3hari. abang doakan adik abang ketemu jodoh yang terbaek. dan mampu memahami dan menjadi isteri/suami yang baik serta diredhai Allah.."

ingat kak...dan masih simpan ayat abang dalam emel sampai hari ini.. selalu baca.. huuhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.