♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, January 07, 2011

Mari menjadi ghuraba’ dalam bercinta.



atau cinta 'ustaz-ustazah'
(sila klik gambar untuk besarkan dengan lebih jelas)

Ramai orang berpandangan,

kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,

tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,

tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,

mereka sebenarnya terlepas pandang,

dalam Islam ada taaruf dalam tempoh merisik dan bertunang,

yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,

Taaruf itulah mendedahkan keserasian,

cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan,

Islam mengajar manusia bertaaruf yang ada sempadan,

terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,

bukan taaruf melalui bercinta sakan,

Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,

bukan serasi dengan kehendak pasangan,

Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,

lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan...



mari menjadi ghuraba' dalam bercinta mencari si dia untuk mencapai keredhaan yang Esa.

Ghuraba' dalam bercinta, moga kelak kesudahannya bahagia.

Bukan saja didunia yang fana, malah di akhirat yang abadi selamanya.

Mari menjadi ghuraba' dalam bercinta.

Biar kita bercinta, tapi pelik dan tidak sama seperti cinta murahan seperti hari ini.

Biar Allah mengikat jiwa kita, bukan SMS atau panggilan telefon.

Biar Allah menjaga kebajikan si dia buat kita,

Moga disitu ada rahmat yang tidak terhitung indahnya.

Mari menjadi ghuraba'dalam bercinta.

Bukan bercinta untuk menambah dosa,

Tapi bercinta untuk menambah ketaqwaan kepadaNya.

Mari menjadi ghuraba' dalam bercinta.

Biar asing dimata manusia, tapi mulia dimata pencipta yang Esa.

JJJJJJ




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Eera Shera said...

setujuuuuuu...sgt.kalau nak cinta suci lg sejati,kejarlah cinta yang diredhai ILLAHI.baru boleh bercinta sampai ke syurga.insyaALLAH..

Anonymous said...

Salam. . .cinta sbenar ialah cinta ykni ketaatan iklas kta kpada Allah. .cinta mnusia tidak salah tpi ada cacat cela nya. .Kta brusaha dn briktiar tpi Allah jg lah yg mnentu kn. .Allah maha segala Nya

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.