♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, December 15, 2012

Dr Hanan, selamat bertugas!

"Dah dapat posting di Hospital Sultan Ismail. Johor, alhamdulillah...... Lusa Ayub hantar ke Melaka,ada induksi."

Whatsapp dari kakak,membuatkan saya hujan. Dalam hati, saya terbayang segala susah payah kakak di perantauan. Terbayang bagaimana dia selalu tidak bersama kami setiap kali ada gathering keluarga. Terbayang pahit maung di Indonesia. Dua tahun berjauhan dgn suami sewaktu menuntut ilmu. Di operate di Indonesia,tanpa Ibu disisi, tanpa keluarga menemani.

6 tahun bukan satu tempoh yang sekejap. Munir baru lahir,belum kenal siapa Mok Teh. Sampailah Munir dah sekolah, baru Mok Teh betul-betul wujud dalam keluarga bahagia kami.

Saya terbayang wajah Ibu Ayah. Saya bertambah hujan. Perit mereka menanggung rindu pada seorang anak. Kala hari raya, semua bergembira, namun hati mereka tetap ada untuk anak di peantauan. Apa saja keperluan kakak, mereka turutkan. Ibu Ayah orang yang wajib kakak kenang sampai mati, pengorbanan mereka bukan sedikit, terlalu banyak malah infiniti.

Akhirnya, 171212,kakak bakal memulakan khidmatnya di bumi Johor. Semua orang gembira untuk kakak. Kami sekeluarga gembira. Walaupun saya tidak disisi Ibu kala ini, saya tahu Ibu menangis, lebih dari saya.

Tahun ini tahun yang begitu menggembirakan untuk kakak. Dapat fully bersama suami selepas dua tahun berpisah. Dapat menetap di Johor,berdekatan rumah Abang. Dapat rumah. Dapat Honda Civic. Dapat title Dr officially. Congrates dan alfu syukr. Semoga tidak ada kata yang didahulukan melainkan ALHAMDULILLAH.

Meskipun saya tahu disudut hati kakak, ada satu ruang yang masih belum diisi sebagai seorang isteri. Yakni cahaya mata. Terus-terusan saya berdoa agar Allah mrmakbulkan permintaan mereka yang inginkan zuriat. Hampir dua tahun setengah pernikahan mereka, dan saya tahu luka dihati kakak setiap kali ditanya tentang zuriat. Buat Kakak dan Abang Ayub, bersabarlah dan kyatkanlah kesabaran kalian.

Kakak sudah pergi begitu jauh dari saya,meskipun beza umur kami cuma empat tahun. Kakak sudah kahwin dan bekerja. Sedang saya masih ditahun dua pengajian. Tapi ia tidak menjadi halangan untuk kami menjadi akrab. Mungkin keadaannya sedikit berbeza sekarang, tapi kasih sayang seorang adik buat kakaknya tidak pernah berubah, masih sama seperti dulu, masih sanggup susah kerana dia. Berbeza dengan kakak, dan saya harus memahami. Kakak sudah bersuami, kasih sayangnya mutlaq untuk suami. Harus saya faham,terima dan bahagia dengan kebahagiaannya.

Keluarga kami makin membesar dan pergi jauh. Kalau dulu kami bercakap tentang sekolah terbaek, pencapaian SPM,PMR.. Tapi sekarang topik perbualan adik beradik adalah kereta,rumah,kerja,simpanan wang dan rumahtangga.

Selepas ini,keluarga kami akan terus membesar. Saya juga akan menjadi salah satu puzzle yang akan menambah besarnya keluarga kami. Dua tahun lagi,keadaan keluarga pasti lebih besar. Apapun keadaannya, hiduplah dengan bahagia.

Kakak, selamat menjadi doktor muslim yang profesional. Sematkan dalam hati, berbakti untuk memberi, bukan memberi untuk gaji. Ikhlaskan niat,untuk membantu. Insya Allah setiap langkah kakak bernilai ibadah.

Kakak, menjadi doktor itu cabarannya besar. Letaklah Allah sebagai tempat mengadu,tempat mohon perlindungan, tempat mohon kekuatan, insya Allah kakak tidak akan kecundang.

Kakak, hiduplah dengan bahagia meskipun kita punya banyak alasan untuk berduka. Letaklah syukur perkataan tang paling kita lazimi.

Kakak, persiapkan diri untuk bertemu Allah. Amanah dan tekunlah dalam bekerja. Moga pekerjaan yang mulia ini tidak menjadi fitnah buat kakak dan kami sekeluarga.

Kakak, semoga semya cita-cita kakak tercapai, semua doa kakak dimakbulkan Allah.

Satu perkara untuk kakak tahu, saya sayangkan kakak, walau apapun yang terjadi, meskipun kalau selepas ini jasad ini kaku,ruh ini sudah pulang kepangkuan Rabbi, percayalah kakak,saya sayang kakak dan tiada henti doakan yang terbaek buat kakak.

Selamat berkhidmat kakak.

Wallahu a'lam.

Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

aida said...

Selamat bekerja kak nani.. Best nye ade adik pandai menulis,kite baca pun sedih,huhu.

AIMIRA said...

Husna, terkesan. Uhuk thanks dear.

husnataqwa said...

Eya, yelah awak pun bakal bekerja taklame lg. All the best!

AIMIRA said...

Comel. Huhu. Take care Husna. Eya doakan awk cepat kawen,hehe. Nk doa cepat kerja,pelik plak,kn tunggu habes blajo dulu.. Smg dpt jodoh yg plg baik. Untung sape dpt awk. Surely.. Huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.