♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, September 19, 2013

Letak cita-cita setinggi bintang.

"Dulu cita-cita awak apa?"

"Pensyarah. Tapi waktu tu,saya tak tahu pun pensyarah tu apadia." jawab saya,senang.

"Sekarang dah tahu?"

Angguk kepala,laju-laju.

"Sekarang cita-cita awak masih pensyarah?"

"Yes,indeed!" penuh bergaya saya memberi jawapan.

"Kenapa nak jadi lecturer?"

"Sebab macam best. Jadi pendidik ni,besar pahala. Tapikan, goal saya yang paling besar sebenarnya.. Nak jadi Menteri Pendidikan!" separuh berbisik saya berkongsi cita.

Gelak besar orang yang mendengarnya.

"Patut ada gaya macam YB!"

Saya senyum. Orang kata saya jenis yang susah senyum. Jadi, sekarang saya belajar untuk jadi orang yang pemurah dengan senyuman. Dalam usrah, selalu diingatkan agar bermanis muka bila bertemu saudara-saudara muslim. Start belajar untuk bagi senyuman yang manis dan menyenangkan hati.

"Cita-cita saya tak logik ke?" soal saya, keliru.

"No. I didnt mean so. Baguslah Husna ada cita-cita yang tinggi. Itulah yang sebaeknya untuk seorang mukmin. Tekun dan bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Yang penting, make sure ultimate goal adalah untuk dapat?"

"Keredhaan Allah.." saya menyambung bait hikmah beliau.

"Bagus.. Bagus.. Belajar ni sebab tuntutan agama. Allah suruh. Tapi jangan lupa dakwah. Full time daie!" pesannya penuh hemat,penuh cinta.

Saya mula rasa lebih termotivasi.

Bila orang tanya, bagaimana nak kekalkan momentum semangat,
Jawapan saya,
"kita yang mesti cari semangat dan inspirasi berterusan."

Contoh, kalau saya sendiri, sekarang ni sokmo really inspired by academician. Especially yang ada di UIA. Fresh graduate yang hebat-hebat macam lecturer KAHS dan sebagainya. Belajar untuk cemerlang dengan menginspirasikan diri sendiri. Saya teruja dengar cerita lecturer sewaktu mereka belajar and how they survive. All the story really inspired me!

Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di lsngit. Kerana menjadi yang terbaek adalah matlamat orang yang beriman. ;)

Mari jadi yang terbaek, Lillahi Taala!

Pilihlah jalan yang boleh beri ruang untuk kita menyumbang kepada agama,negara dan anak bangsa.

Jangan pilih cita-cita yang hanya menguntungkan diri sendiri. Asal diri kita kaya raya, tanpa fikir langsung sumbangan yang kita mahu beri.

Orang yang tak beri sumbangan untuk agama adalah orang yang paling fakir. Fakir di negeri akhirat!

Sehingga bertemu lagi. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

Anonymous said...

Cita2 nek flight dgn husben g aussie x nk abadikan kt blog je? Haha

husnataqwa said...

Huk tu kn tunggu direalisasikan dulu bru bulih tulis. Heh

Anonymous said...

oooooooo...
X sabar nk tunggu k.husna tulis kisah cinta pahni. Konfem sweet. Kisah dakwah pun very sweet da.. Huhu

husnataqwa said...

Ngarut..

Anonymous said...

Upsss,sorry k.husna. Hehe.

Doa sy, smg sume cita2 tercapai.. Nt jgn lupe share kt blog ye. Craving to read ur story. :)

NJihe.am said...

Assalamualaikum akak, semua orang ada cita-cita cuma nak realisasikan itu ramai yang tak sanggup. Semoga cita-cita kita untuk menjadi mujahidah agama terlaksana. Amin. Studioous.blogspot.com

Femmy said...

thanks Kak Husna atas ingatan. Memang tak dapat nak dinafikan,kisah yang disampaikan lecturer kat PJ ni walaupun tak ramai yg bergelar Prof atau Dr membuatkan saya pun terinspirasi sama.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.