♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, September 12, 2013

Nasihat kehidupan

Adik junior bertanya,

"Kak Husna, cuba bagi satu nasihat untuk saya."

Saya yang ketika itu sedang seronok menghabiskan yogurt blueberry kegemaran terus berhenti, lantas berkata dengan penuh konfiden,

"Dik, one thing yang awak kena tahu tentang hidup, kita tak semestinya dapat apa yang kita mahu."

Saya terus menyambung menyudu yogurt dengan penuh minat. Menghabiskan ke titisan yogurt yang terakhir. Adik junior masih khusyuk memandang saya.

"Kalau kita sangka kita akan dapat apa yang kita mahu, tentu hidup kita penuh dengan kecewa!" sambung saya sambil penutup yogurt dengan penutup plastik,kemudian bangun mencari tong sampah. Buang sampah di tempat yang betul adalah manifestasi akhlak yang baik. Itu yang saya belajar dalam usrah.

"Maksud kakak?"

"Hem.. Hidup ni, Allah tak beri apa yang kita mahu dik. Tapi Allah beri apa yang kita perlu. Kita nak aiskrim coklat. Belum tentu kita dapat. Boleh jadi dapat aiskrim strawberi. Atau boleh jadi tak dapat pun aiskrim,tapi dapat yogurt. Dan,boleh jadi kita tak dapat apa-apa. Adik, semat dalam hati, hidup ini tak semestinya semua yang kita mahu kita akan dapat."

Junior itu masih khusyuk memandang saya. Matanya berkelip. Memohon pencerahan.

"Tapi, takpe kalau kita tak dapat apa yang kita mahu. Sebab Allah akan bagi yang lebih baik untuk kita." sambung saya, agar berkurang sedikit urat yang tegang di wajahnya.

"Scary nasihat ni."

"Tak dik. Nasihat ini tak scary. Yang penting,kita ikhlaskan hati terima segala takdir Allah. Tapi ingat, jangan buang usaha. Usaha tetap usaha. Selepas usaha, kita kena redha."

Adik junior memegang tangan saya dan berkata,
"Terima kasih kak Husna. Nasihat yang baik."

Saya meleraikan pegangan tangannya dan memegang lembut bahunya,
"Agama itu adalah nasihat. Apa yang akak kongsi, adalah pengalaman sendiri. Banyak benda dalam hidup tak seperti yang kita mahukan. Itulah LESSON terbaek buat mukmin sebenarnya. Supaya kukuh bertandang rasa berTuhan."

Terima kasih kembali buat junior. Kehadiran anda memberi sinar buat saya.

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

NJihe.am said...

Betul tu.

Femmy said...

thanks Kak Husna atas nasihatnya. nasihat yang baik :)

husnataqwa said...

Zul, cita2 enta audiologist?

Alakullihal,smg Allah beri yg terbaek ya, junior. ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.