♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, September 26, 2013

Saya tak faham..

Saya tak faham.
kenapa kipas itu terbuka walau tiada orang yang menggunakannya.
Sedang membazir itu amalan syaitan.

Saya tak faham.
kenapa sampah itu tidak dibuang di tempat yang sepatutnya.
Sedang tong sampah ada berdekatan.

Saya tak faham.
kenapa tandas tidak di flush selepas digunakan.
Sedangkan itu lambang kebersihan.

Saya tak faham.
Kenapa ada orang boleh membiarkan pakaiannya di ampaian berminggu-minggu.
Sedang ampaian itu untuk kegunaan ramai.

Saya tak faham.
Kenapa parking motor dijadikan parking kereta.
Sedangkan semua pemandu dah belajar di kelas memandu.

Saya tak faham.
Kenapa undang-undang Islam dipandang remeh.
Sedang undang-undang negara dianggap big deal.

Saya tak faham.
Kenapa disusahkan urusan orng lain.
Sedang memudahkan urusan orang adalah akhlak yang baik.

Saya tak faham.
Kenapa orang Islam hari ini menolak Islam.
Sedang fitrahnya Islam sejak dilahirkan.

Saya tak faham.
Memang tak faham.

Sebenarnya,
pentingnya peringatan.
Agar sesama manusia sering diperingatkan.

Apa yang salah,
sama-sama kita perbetulkan.
Apa yang kurang baik,
sama-sama kita perelokkan.

Wallahu a'lam
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

NJihe.am said...

Asslamualaikum akak, puisi untuk renungan bersama. Terkesan sungguh...

Anonymous said...

;)

ananche said...

Saya tak faham,
kenapa 'Abdullah Hanzalah hatinya kering.
Sedang saya rasa sudah tiba masanya untuk berumahtangga.

Best tak saya punya ni Hanzalah?
Hehe

husnataqwa said...

Mengarut jah p..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.