♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, October 07, 2013

Miskin buat kerja Islam.

Hujung minggu, saya ke Johor. Bukan balik ke rumah abang kakak. Tapi menyertai program tarbiah.

Pulang dari Johor,saya terlalu penat. Muka pucat dan kurang bermaya.
Lumrah bermusafir.

Saya ditegur seorang hamba Allah,

"Penatnya muka. Tu laa,sape suruh pergi Johor. Tade keje lain. Ha,tu dah penat, balik tu terus tidur lah,tak study lah tu."

Saya senyum. Tidak ada tenaga untuk bertikam lidah. Apalagi membela diri.

Saya kira, beliau concern terhadap saya.

Tidak perlu makan hati dengan perkara sebegitu,kan? ;)
Isnin, kelas bermula seawal jam 8 pagi. Saya tidak lewat, tapi masuk sedikit lambat sebab ambil peluang masa sebelum kelas untuk solat Dhuha.

Satu suara berkata,

"Pergi program,pastu penat. Datang kelas lambat. Adoiii."
Saya juga tetap diam dan ukirkan sedikit senyuman, sebagai tanda tidak terkesan dengan sindiran yang mungkin bertujuan untuk menyakitkan.

Dalam hati saya beristighfar. Tidak pernah saya diuji dengan ujian sebegini, mungkin ini kalilah Allah mahu menguji.

Seusai kelas,saya tidak sanggup beratur membeli makanan di kafe. Saya mahu memilih untuk berehat sebelum kelas seterusnya tengahari nanti,maka saya ambil keputusan untuk makan maggi sahaja.

Apabila saya mendapatkan maggi,suara yang sama berkata,
"Haaiii,habeh duit gi program ke makan maggi je?"

Saya kira saya tidak ada masalah dengan sindiran beliau. Boleh jadi beliau sekadar mahu bergurau senda dengan saya. Refleksi diri, kita pun kadang-kadang bergurau juga yang kita tak tahu kita menyakiti saudara kita dengan gurauan kita. Mohon jauh dari Allah. ^^

Tapi saya kira ada persepsi yang perlu diubah.
Tidak miskin orang yang bergerak,berkerja di jalan Allah.
Tidak fakir orang yang bekerja untuk Islam.
Saya tidak mahu memetik kisah orang lain,biar saya dekorasikan kisah saya sendiri sebagai tatapan para pengkritik tegar.

Benar, untuk ke Johor, selama dua hari, menelan belanja RM180. Kalau tak pergi Johor, dua hari belanja cuma RM30 paling maksima.

Kita harus yakin benar dengan rezeki itu dari Allah.
Kalau tak pergi Johor, adakah kita yakin duit kita tak habis?
Siapa yang boleh beri jaminan duitnya tak habis?

Boleh jadi kereta rosak, memerlukan belanja yang jauh lebih besar.
Boleh jadi musibah lain menimpa, yang memerlukan duit yang lebih banyak.

Jadi siapa boleh beri jaminan dalam bab rezeki ini?
Tidak ada. Melainkan mengharap hanya pada Allah.

Saya bercerita bukan untuk meninggi diri,tapi cuma sebagai pengajaran.

RM180 perbelanjaan,saya guna duit simpanan, tidak minta dengan parents.
Balik saja dari program, SMS Ibu berbunyi,

"Ibu ada masukkan duit untuk kakak. Bonus RM 50 untuk belanja pergi Johor."

Betapa gembiranya saya, meski jumlahnya tidak menampung keseluruhan perbelanjaan. Lafaz syukur saya dahulukan. Syukur kerana mempunyai seorang Ibu yang sangat memahami. Malah, sebelum ke program, saya agak 'liat' untuk pergi ke Johor, tapi Ibu yang memberi semangat. Masih ingat kata Ibu,

"Gerak hati Ibu rasa Ibu benarkan kakak pergi,walaupun kakak tak sihat, Ibu rasa takpe. Kakak boleh buat. Pergilah kakak. Takde apa pun yang berlaku. Kalau kakak sakit, abang kakak ramai di Johor. Kakak tak perlu susahkan orang lain.."

Ibu tahu benar sikap saya yang tak mahu menyusahkan orang lain. Selagi boleh saya buat sendiri, selagi itu saya usahakan. Selagi boleh saya survive, selagi itu saya buat. ;)


Malamnya, abang menghantar whatsapp untuk saya selepas menelefon sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari Johor.

"RM200 dalam Maybank. Untuk jihad fisabilillah."

Total kesemuanya adalah RM250. Melebihi jumlah yang saya 'habis'kan.
Satu persepsi yang perlu kita pegang, tidak akan miskin orang yang beekerja untuk Islam.

Rezeki bukan saja datang dalam bentuk duit. Boleh jadi datang dalam bentuk lain, seperti;

  • Mudah belajar,
  •  jodoh yang baik, 
  • mudah urusan hidup,
  • senang buat ibadah, 
  •  kesihatan yang baik
  • rasa tenang dan lapang hati
semuanya adalah rezeki.

Dapat bangun solat Subuh awal juga rezeki!

Jadi,jangan takut fakir bila melakukan sesuatu untuk Islam.

Yakinlah, kita tolong agama Allah, Allah akan menolong kita.

Saya tahu,mungkin ada yang berkata, "Takpelah family hang banyak duit."
Bukan itu ukurannya. Banyak duit, tak semestinya begitu.
Yang menjadi ukurannya adalah keberkatan rezeki kita.
Kalau total gaji puluh ribu, tapi tidak berkat, tiada gunanya.

Yang penting,kita jaga keberkatan rezeki. Takpe gaji tiga empat ribu je pun,kalau berkat,boleh mencukupi. Yakinlah! ;)
 
Saya berharap,tidak ada persepsi negatif.
Duit bukan segalanya. Tapi keberkatan duit kita,boleh memberi bahagia buat kita. Insya Allah.

Post ni bukan nak cakap saya banyak duit,tidak sama sekali. Kalian yang membaca jauh lebih kaya raya berbanding saya!
Jangan lupa solat Dhuha. Itu cara menjemput rezeki paling seronok. ;)
Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

NuR said...

Subhanallah. Terbangkit sedar, tersentuh hati baca artikel ukhti kali ini. Barakallahu fik.

Semoga terus thabat di jalanNya.

Rintihan HambaMu said...

Subhanallah..
cukup baik perkongsian kali ini.
insyaAllah,bila kita di jalanNya..
Allah pasti membntu..^_^
semoga terus melangkah menggapai redha & cintaNya.

Anonymous said...

Bila aku kayaaaaa.....

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.