♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, February 05, 2010

buat GEN11: thabatlah pada marhalah perjuangan..





Hari Khamis merupakan hari yang menyenangkan. Sebab untuk hari Khamis memang takde subjek CORE, dan hari Jumaat plak, kebiasaannya tade kelas. Melaenkan KELAS TALAQI bersama Ustaz Muhadir.

Satu panggilan dari seorang Ustazah dari DQ, berbelah bagi ana nak jawab panggilan tersebot. Risau di'tebok'!! Malu ber'lubang'!!
Konflik hati ana berfikir, agaknya ustazah nak tanya AMANAT yang beliau bagi ke? Pening nak cari jawapan!

Tapi akhirnya ana angkat jugak.
Ustazah sekadar bertanya khabar. Terasa malu. Apa punya anak murid, ustazah yang tanya khabar?

"Husna,dah berapa lama tak datang DQ?"

"Oh,sejak hari konvo tak pegi lagi. Tapi perancangan nak pegi tu ade.."

"Saya nak minta tolong. Turunlah DQ, tengok adek2 awak kat sini."

"Kenapa ustazah? Mereka bermasalah ke? Muqarrar?"

"Adek2 awak yang baru masok ni.. Muqarrar sume ok,alhamdulillah. Mereka ok. Tapi saya tak nampak keikhlasan,kesungguhan.. Mereka seolah2 tak paham. Memang berbeza dengan apa yang saya nampak pada awak dan kawan2 awak dulu. Biasalah,hakikat, makin lama, permata yang dilahirkan makin kurang serinya. Sistem kat sini pon banyak berubah.."

"Adek2 GEN11 eh.. Ye ke. Sedih plak. Tapi saya bukan PIMPINAN IQRaC ustazah.."

"Saya thiqah pada awak. Ajaklah kawan2 awak turun padang. Bagi nasihat selaku orang yang pernah berada kat tempat mereka. Bagi tasji'. Mereka kena paham Husna. Saya tak nak mereka sekadar hafal.. Walaupon awak bukan PIMPINAN, tapi ia tetap tanggungjawab awak jugak kan? Saya kenal awak. Saya tahu kesungguhan awak nak dapatkan QURAN walopon dengan keadaan awak ulang alik keluar masok hospital, awak antara yang paling awal khatam, dan kawan2 awak.. Kesungguhan dan keikhlasan tu saya nampak pada wajah kamu semua. Tapi kali ni saya rasa laen la Husna.."

"Insya Allah Ustazah. Saya cube usahakan."





"Mereka ni cepat down. Cepat lemah dan putus semangat. Saya tak reti dah nak asah mereka ni. Saya ingat awak lagi pakar la dalam hal ni sebab awak pernah ada kat kerusi mereka kan.. Lagi satu, saya hangin kalau mereka nak masok persatuan. Adek2 awak ni pon bakal berpersatuan. Saya risau muqarrar mereka tak terjaga. Kena tendang macam sahabat2 awak dulu,kan malu.. Pegang jawatan IQRaC, muqarrar entah kemana. Saya bukan nak marah orang pegang jawatan,tapi kalau mampu,laen cerita!"

"Hem.. Mereka aktif sangat ke? Tapi persatuan ni baek jugak ustazah untuk mereka."

"Memang Husna.. Saya dulu pon berpersatuan. Saya dulu pon pegang tampuk PIMPINAN PERKEMAT. Tak jadi masalah kalau AKADEMIK kite cemerlang. Tapi yang saya risau, pegang persatuan sebagai PIMPINAN, tapi kebajikan diri sendiri tak terjaga, macamane kite nak jage kebajikan orang laen? Saya suka kalau anak2 didik saya jadi pemimpin, saya gembira, tapi saya nak mereka pandai jaga masa mereka, jaga kepentingan diri mereka juga.."

"Hem.. Mungkin slack kat beberapa part la tu. Tapi boleh baiki insya Allah. Tape,insya allah saya cari mase sesuai untuk turun padang. Kena bincang jugak dengan sahabat2 yang laen. Tapi kami dalam FATRAH nak exam sekarang ni. Tape2. Tu pon tanggungjawab kami jugak, insya allah saya usahakan. Kalo saya tak turun pon, PIMPINAN turun insya allah. Tapi saya cube jugak untuk turun nanti. Nak janji rasa tak sedap plak. Tapi saya cube la ustazah.."

"Saya faham,awak pon banyak komitmen. Macam yang saya cakap, saya thiqah pada awak, syaa yakin awak boleh pulihkan semangat adek2 awak ni. Kawan2 awak pun. Emielia, Fadiah.. Naekkan semangat mereka. Cerita pada mereka bagaimana kehidupan yang bakal mereka tempuh kat UIA seperti yang sedang awak tempuh sekarang. Payah kan? Sukarkan? Quran tak sempat dah nak layan macam dulu, betol tak? Saya nak mereka betol2 cair dan mampu adaptasi QURAN tu dalam peribadi mereka. Saya nak bakal graduate DQ nanti sume hebat2 dari segi ALQURAN nya. Insya ALLAH hebat dari segi akhlak dan ciri pimpinannya.."

"Ustazah, fadiah dah pegi maktab dah sekarang.."

"Oh, ye ke.. Kat mana2 pon QURAN tu tetap AMANAT ye.. Husna nanti mesej lah pada saya. Buat sharing moment sket dengan adek2 tentang kehidupan kat UIA. Tentang perjuangan awak dulu2 bersama kawan2.. Insya allah jadi pedoman untuk mereka. Anak saya menangis tu, nanti mesej ye Husna."




"Ok2. Terima kaseh ustazah ingat saya lagi. Maaf la lame tak tanya khabar."

"Eh,tape2,saya tahu awak sebok. Ok2. Assalamualaikum.."

Demikianlah perbualan ana dengan UStazah dari DQ. Terasa ingin terbang berjumpa adek2 di sana. Tapi keadaan kurang mengizinkan.

Buat adek2ku, GEN11,
ALQURAN itu bukan satu 'benda' yang biasa. Tapi ia adalah MUKJIZAT yang luar biasa. Menjadi HAMALATUL QURAN bukan pada 'masyi'nya ALQURAN pada bibir antum, tapi HAMALATUL QURAN itu pada kesungguhan mendapatkannya, pada keikhlasan mentadabburkan ajarannya. Menjaga ALQURAN itu tak smeudah yang kita fikirkan. ALQURAN itu lebih cepat lari daripada BINATANG TERNAKAN. ALQURAN itu boleh menjadi LAKNAT buat kita.
ALQURAN itu benar2 CAHAYA andai pandai kita menberikan HAK nya.
Ana tidak bercakap sebagai seorang yang HEBAT mahupon orang yang ALIM dalam bidang ini, ana sekadar bercakap sebagai MANUSIA yang pernah berada di tempat antum. Andai ana diberi peluang akembali ke tempat itu, berada didalam kelas yang kononnya 'panas' itu, duduk di bilek yang selesa itu, iktikaf di MASJID yang IZZAH itu, pasti ana takkan sia2kan walau SEDETIK pon saat ana di sana. Pasti ana infakkan seluruhnya pada ALQURAN. Ana menyesal. Walaupon ana antara orang yang KHATAM AWAL pada waktu itu, tapi yakin sekali, 30 JUZUK ALQURAN tidak cair semuanya. Bukan ana menghalang antum berpersatuan. Ana antara orang yang aktif berpersatuan. Ana tak boleh dok diam. Ana paham matlamat kita berpersatuan. Tak tipu, ana pernah berada di tempat antum. Berpersatuan lah! Tapi, seorang PEMIMPIN mesti bijak dengan MASANYA, bijak dengan PENGURUSANNYA, bijak meletakkan sesuatu pada TEMPATNYA. Bijak mengetahui KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN dalam hidopnya. Jadilah PEMIMPIN! Tapi biar tahu menjaga kebajikan diri sendiri. Biar tahu memikirkan capaian diri sendiri. Ana tidak mengutuk, memandang hina pada sesiapa yang memegang IQRaC dah jatoh dalam AKADEMIK. Itu adalah UJIAN, itu adalah TARBIAH untuk kite sedar dan mengubah PENGURUSAN kita. Jangan jumud. Jangan hanyut. Antum semua bakal menjadi HAMALATUL QURAN, bakal menggenggam senjata ISLAM, menerobos segala matlamat dalam PERJUANGAN. Maka, kuatkanlah KESABARAN antum. IKHLASKAN NIAT antum. Dan thabatlah pada jalan yang ALLAH tetapkan untuk antum. Pastinya, jalan ini TERBAEK buat antum. Kita bakal berjumpa adek2, jika TUHAN izinkan pertemuan kita nanti. Moga2 ia bakal membawa BARAKAH buat kite semua! Insya Allah...

Siiru 'ala Barakatillah.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

murabbi said...
This comment has been removed by the author.
murabbi said...

salam kak...
punca futur ialah tiada kesungguhan...
tiada kesungguhan kerana cepat putus asa..
cepat putus asa kerana tiada keimanan yang kukuh dalam diri..
jadi,
bagaimana dapat mlahirkan insna yg mapan imannya biarpun dek cabaran yang hebat alaf ini

murabbi said...
This comment has been removed by the author.
murabbi said...
This comment has been removed by the author.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.