♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label Nukilan Buat Mereka. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Buat Mereka. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

Kenangan mendaftar di UIA Kuantan, 2011.

2 comments:
Bila jadi komiti taaruf program, rasa terimbau-imbau segala jenis kenangan sewaktu first time nak register jadi pelajar Kuantan.

komiti taaruf program 2013/2014.
Waktu tu, hati still berbelah bagi. Series ke nak sambung Kuantan ni? Ke nak fly? Ke nak fly?

Tapi lepas istikharah istisyarah segala bagai, hati strong nak register UIA. Alhamdulillah.

Waktu tu raya masih bersisa, dah kena bertolak ke UIA. Dua buah kereta bertolak. Satu kereta Ayah, satu kereta Abang.

Like a nice journey, dari Kelate ke Kuantan, we were staying at homestay di Sungai Isap. Banglo yang memang selesa dan kami suka. Sampai sekarang kalau datang Kuantan, mesti menginap kat situ. Satu sebab orang Islam, kalau dok hotel, tabur duit kat orang cina ja. Lagi satu sebab, buleh masak sendiri. Sebagai sebuah family yang makanan rujinya adalah megi, maka peluang memasak sendiri memang digemari. Ehhe. Bukan sebab tu, sebab Ayah tak suka sangat maka luar. Susah kot nak cari restoran yang ikut selera ayah. Melainkan Mamak. Kalau dah keturunan tu India, tak lari lidah Mamak tu kan. ;)

Ada satu tips yang Ibu ajar sejak dari nak masuk DQ, nak masuk CFS dan sampailah dah nak masuk Kuantan waktu tu. Ibu kata, sebelum masuk (register) tempat baru, kena banyak mohon dengan ALLAH agar Allah mudahkan semua urusan kita sepanjang empat tahun di Kuantan. Dan Ibu juga minta supaya perbaharui niat dengan ALLAH agar tujuan kita datang belajar ni tak lain tak bukan Lillahi Taala.

Maka sejak dari mula-mula nak masuk DQ, then matrik PJ, then Kuantan, memang bangun seawal 4 pagi, untuk berkhalwat dengan ALLAH. Itulah waktu nak minta macam-macam dari ALLAH.

Orang kata, kalau permulaannya indah, insya ALLAH lepas-lepas ni pun indah.

Satgi adik-adik buleh la cuba buat. Insya ALLAH, untuk register dan masuk Kuantan nanti, hati kita lebih tenang. Langkah kita lebih terarah. Kita tidak terpesong. Dan yang penting, kita dilindungi ALLAH sentiasa.

Kalaupun kita register belajar di tempat paling hebat kat dunia ni, tapi kalau Allah tak bagi 'hebat' tu pada kita, takde gunanya juga. Maka, apapun jua, mintalah pada ALLAH.

Prinsipnya, jangan meminta selain dari ALLAH. Dan kalau perlu meminta dengan manusia jangan berbuat demikian selain tidak terlebih dahulu meminta dengan ALLAH. Banyaknya bercerita dan meminta dengna ALLAH, insya ALLAH hidup kita lebih terarah. ^^

We did spend our time together di homestay. Dengan anak saudara yang menceriakan suasana, abang bagi ceramah panjang.

Memang tak dinafikan, mereka risaukan saya. Di Kuantan, tidak ada saudara mara terdekat. Berbeza di PJ sebelumnya, ada ramai saudara mara.

I did said, "DOnt worry, ramai kawan kot. Kawan yang dah macam adik-beradik dah."

Apalah yang mereka nak risaukan, bukanlah ALLAH sebaik-baik penjaga? ;)

Banyak pesanan abang.

"Jangan kawan dengan lelaki. Lelaki ni semua bukan boleh percaya. Nak kawan dengan sape bagitau abang dulu"

Skeptikal. Padahal dia jeles. ^^

Tapi sebab nasihat tu, bila dihitung, memang takdak kawan lelaki, melainkan yang berkawan sebab bekerja. Itulah pentingnya peranan seorang abang. Mesti selalu bagi nasihat kat adik dia. ;)

"Nak gi mana-mana, kena bagitahu dulu."

Dah macam kena buat polis repot pun ada bila nak kemana-mana. Positifnya, dia tahu kita tak buat benda tak elok. Bila selalu pergi tempat baik-baik, mereka pun boleh start percayakan kita.

Kat UIA ni, nak jadi baek, mudah sangat. Yang penting,kita ada keinginan untuk berubah jadi lebih baik. Kalau diri kita sendiri tak mau jadi baik, memang susahlah. I cant do nothing for you. Except you yourself yang nak benda tu untuk diri you sendiri.

Lepas dah register, tak terasa apa sangat sebab kebanyakan orang, memang kita dah kenal. Lagi lah dengan sahabat seDQ yang dah bertahun kenal. Rapat pulak. Memang tak rasa awkward langsung waktu register.

Tapi bila part dapat asrama kat luar, jauh dari kampus, tanpa pengangkutan. Lepas tu, culture di UIA yang agak baru, buat hati jadi seram. Waktu tu rasa nak balik Kelate semula pun ada jugak.

Then mum said,

"Dok mana-mana pun, akan tetap ada masalah. Yang penting, kita kena handle masalah tu, bukan kita kalah dengan masalah."

Sampai sekarang ingat pesanan keramat ni. Kat mana pun akan ada masalah. Study lah luar negara ke dalam negara ke mana mana sekalipun, masalah akan ada. Tetapi yang penting, kita kena berjiwa besar, jangan tewas dengan masalah. Ok? ;)

Then, lepas hantar ke asrama, tengok bilik, dan kami sekeluarga pergi makan. Waktu makan,rasa syahdu. Tak lalu pun kot nak makan. Ehhe. Ingat lagi dok kais nasi di restoran saji rahmat. Ayah paksa juga suruh makan. Tapi perut tak boleh nak terima waktu tu. ^^


Lepas makan, mereka hantar saya ke Grandhall untuk mengikuti Taaruf Program. Kat sini, entah kenapa termenangis. Oh lawak. Padahal, kena tinggal kat DQ dulu, tak menangis pun. Kat PJ pun tak. Eh, Kuantan jadi manja terlebih pulak. Adeh. Lawak jugak waktu tu. ;)

Nostalgik semua kenangan tu. Susah nak cerita kat mana nostalgiknya. Tapi memang nostalgik. ;)

A few days nanti, nak sambut kedatangan adik-adik baru.

Semoga kedatangan mereka penuh semangat. Bawa matlamat besar untuk menuntut ilmu di garden of knowledge and virtue. ;)

Insya ALLAH. Sehingga kita bertemu nanti. :)


Sambil tu, nak ucapkan selamat pengantin baru pada Syababullah Yusuf, sahabat masa di Petaling Jaya atas terbinanya Baitul Muslim bersama zaujahnya, Hafsah beberapa hari lalu. Maaf Syabab, tak dapat hadir walimah. Bertembung majlis dengan sepupu pada tarikh yang sama.

tahniah Syabab dan Hafsah

Terkejut kot Syabab kawen. Rasa kat PJ dulu, sesama tak matured je dengan dia. Alih alih dia dah kawen. Cepat Syabab matang. ;)
Tapi tak acilah, family Syabab memang semua kawen awai. Start dengan kak Nurul dengan Abang Imran yang kawen lepas habeh DQ. ;)

Ala kulli hal, kahwin itu rahsia ALLAH. Bila, dengan siapa semuanya percaturan ALLAH.

Kata kawan yang dah kawen,
"Dalam bab jodoh ni, kita serah pada ALLAH. Kalau urusan kita mudah, smooth, hati kita tenang, teruskan saja. Jangan buat susah. Jangan buat banyak songeh. Kawen tu benda molek.Bahagia kot kawen. Cuba hang try."


Memang orang yang dah kawen suka buat orang terbakar. Sabar sajalah. ^^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, July 28, 2013

Bicara seorang ayah buat anak yang dibuai perasaan. ^^

No comments:
Wahai anakku,
Semasa engkau sering termenung dan murung, aku sedar kamu sekali lagi terkena masalah yang sama. Masalah engkau terlalu mudah membiarkan hatimu terikat pada seseorang.




Wahai anakku,
Sedarlah waktu hati engkau terikat pada seseorang, kamu akan melakukan segalanya untuk menggembirakan mereka dan membuat mereka senyum. Kamu akan terlupa mengenai kehendak kamu, kehendak orang lain menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada kehendakmu sendiri.

Tatkala ini, wahai anakku, engkau akan sentiasa memberi peluang kepada mereka, walaupun kamu tahu tidak berbaloi kerana tindakan mereka sering melukai hatimu. Kadang-kala mereka juga mengambil kesempatan pada engkau, dan kamu menjadi seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi.

Tapi kerana rasa sayang di hati, wahai anakku, kamu merelakan dirimu dilayan sebegini, kerana kamu merasakan asalkan mereka tetap berada di dalam kehidupanmu, kamu dah cukup berpuas hati. Walaupun mereka mengecewakanmu berkali-kali, kamu tetap berada di sisi mereka waktu mereka memerlukan kamu. Engkau merasakan itulah kamu, dan itulah siapa kamu yang sebenarnya.




Ingatlah tatkala kamu terikat dengan seseorang, di hatimu sentiasa ada tempat untuk mereka. Sebab itulah kamu susah melepaskannya walaupun mereka merompak senyumanmu.

Wahai anakku,
Aku sedar masalah kamu kerana aku juga pernah berkali-kali mengalaminya ketika waktu muda aku. Aku faham engkau malu bercerita pada aku mengenai perasaan di hatimu walaupun aku sedikit terhiris kamu merasakan aku tidak dapat memahami perasaanmu.

Ingatlah wahai anakku, kamu hanya insan biasa, dan kamu tidak mungkin dapat lari daripada terikat perasaanmu pada seseorang. Tapi kematangan dan pengalaman boleh membantu dalam menguruskan gelora emosimu tatkala kamu semakin membesar.




Aku nukilkan ini untuk engkau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar. Usah rasa malu pada aku, kerana aku tidak akan mencemuh mahupun memandang rendah padamu kerana kamu anak kesayanganku.

Jika kamu susah bercerita pada aku, ceritalah pada Tuhanmu. Mohonlah Tuhanmu membuka hatimu dan memberikan petunjuk padamu. Pastikan ikatan kamu pada Tuhanmu melebihi segala ikatan dengan manusia, dengan itu kamu tidak akan mudah terjerat dengan gelora hatimu yang terikat pada seseorang yang tidak mengerti untuk menghayatimu.

Dan kongsilah nukilan ini pada sahabat handaimu jika kamu terasa ini seolah-olah terkena pada sanubari hatimu.




Senyum


Bingkisan Ustaz Tuan Ibrahim benar-benar meyentuh sanubari anak muda. Tepatnya anak remaja yang sedang mencari diri. Jangan tidak mengaku perkara ini pernah berlaku pada kita. ^^

Saya mengaku. Ia pernah terjadi, malah sering terjadi. Bukan sekali dua. Dulu. Tapi sekarang, ia lebih berbeza. Mungkin kematangan dan pengalaman yang mematangkan kita. Tepat sekali kata Ustaz Tuan. Pengalaman dan kematangan membuatkan kita berbeza menangani perasaan yang sedang terbuai.

Semoga kita semua cepat matang dalam hubungan sesama manusia. Bukan saja berkenaan hubungan berlainan gender. Malah hubungan sama gender juga memerlukan kematangan.

Bersahabat untuk akhirat. Hati kita sama-sama digantung pada satu matlamat. Yakni matlamat tauhid yang ingin melihat Islam berdaulat. Insya ALLAH.


Semoga ALLAH merahmati Ustaz Tuan Ibrahim untuk tulisannya yang sentiasa menjadi ubat. Semoga ALLAH memberkati kita semua yang sentiasa mencari iktibar dan penawar buat hati yang sering terluka.

Salam 20 Ramadhan! <3 p="">


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, July 21, 2013

Memilih : yang dicintai atau yang mencintai?

2 comments:
Semalam saya sempat berusrah dengan beberapa junior. Saya singgah sekejap cuma di masjid tempat mereka berusrah. Itupun atas permintaan. Saya tak sempat duduk di dalam halaqah tersebut lebih lama walaupun ianya sangat membahagiakan. Sebab terpaksa bergerak untuk ambil abang yang balik dari Kerteh. ^^

Sungguh seronok berada dalam halaqah yang penuh cinta tersebut. Rasa damai dan tenang meskipun ternyata kami tidak begitu rapat. Tapi dakwah dan matlamat itu yang mendekatkan hati-hati kami. Sedekat lutut yang bertemu sewaktu berada dalam bulatan gembira. Alhamdulillah.

Seusai saya berkongsi tentang perang Ain Jalut yang berlaku dalam bulan Ramadhan, saya meluangkan sedikit masa sekiranya mereka mahu bertanya dan berkongsi apa-apa dengan saya. Memandang masa sangat terbatas, saya terpaksa being very random. ^^

Pelbagai soalan yang mereka bangkitkan. Soal istiqamah, soal mujahadah dan pelbagai. Tapi satu persoalan yang paling lama dibincangkan apabila salah seorang dari mereka bertanya,

"Kak, saya nak tanya. Antara orang yang kita cinta atau orang yang cintakan kita, mana yang patut kita pilih?" soalan yang membuatkan mata saya terbeliak. 


Lama saya diam. Dan tersenyum berfikir. Susah menjawab soalan yang subjektif begini. Jawapannya bukan A. Jawapannya juga bukan B. Tiada jawapan yang tepat untuk soalan seperti itu.

"Kak, saya minta pendapat akak saja. Pendapat takde yang betul dan takde yang salahkan? Saya nak dengar pendapat akak." Dia bertanya lagi setelah saya sengih bagai kerang busuk yang mati idea untuk menjawab.

"Detail kan sikit lagi soalan boleh?" Dalih saya. Taktik untuk mencari ruang masa berfikir jawapan yang sesuai. Mereka baru habis sekolah. Masih belum cukup matang untuk saya berikan jawapan yang biasa. Saya perlu cari jawapan yang tepat buat mereka. Supaya mereka mengerti, hidup itu bukan saja berkenaan pilihan. 

"Ummi minta saya pilih saudara lelaki saya. Ummi kata dia dah lama sukakan saya, sejak saya kecil lagi. Tapi, saya sebenarnya dah lama sukakan classmate saya kak."

Saya tersengih panjang. Muda-muda pun dah rumit persoalan hidup mereka. Saya yang dah tua ni, haruslah ada persoalan hidup yang lebih rumit. ^^

"Ketepikan kedua-dua persoalan itu. Ia bukan soal memilih yang mencintai kita, atau yang kita cintai. Tapi ini soal memilih siapa yang lebih dicintai ALLAH."

Mata mereka berlima tidak berkelip memandang saya. Tutur kata dan ayat saya cuba jaga sebaiknya. Saya sedar, saya sedang berbicara dengan jiwa yang masih muda dan berkobar mahu memulakan sebuah kehidupan sebagai DEWASA.

"Maksud kakak?" soal salah seorang dari mereka. Kelihatannya mereka tertarik dengan pendahuluan saya, alhamdulillah.

"Iyalah. Cinta bukan segala-galanya. Rasa hati kita, dan rasa hati si dia, belum tentu tepat. Yang penting, kita memilih kriteria yang ALLAH mahu. Mana antara keduanya lebih dicintai ALLAH, itulah yang kita pilih." terang saya.


"Kalau yang mencintai kita lebih baik agamanya berbanding yang kita cintai, kenapa kita mesti memilih yang kita cintai? Mestilah kita pilih yang lebih baik agamanya. Kerana dia tentu lebih dicintai ALLAH. Bukan begitukah sepatutnya kita meletakkan harga cinta kita?" soal saya, menarik perhatian mereka agar berfikir.

"Kehidupan kita kan untuk ALLAH.." kata salah seorang dari mereka. Saya tersenyum. Mereka makin dekat dengan apa yang ingin saya sampaikan.

"Adik-adik, memilih jodoh itu bukan sekadar soal hati antara kita dan dia. Tapi ia adalah soal kehidupan selepas mati. Dan juga kehidupan sebelum mati. Dua-dua penting. Tapi kita kena pentingnya kehidupan selepas mati. Tak boleh abaikan kehidupan sebelum mati. Sebab? Sebab kehidupan sebelum mati yang menentukan kehidupan kita selepas mati. Jadi, itulah pentingnya memilih. Dan itulah dasarnya dalam memilih." terang saya panjang lebar sambil melihat telefon bimbit. 

"Maksud kak Husna, rasa hati kita bukan segalanya lah ya?" soal salah seorang dari mereka.

"Dik, rasa hati dan detik hati ni semuanya datang dari ALLAH. Tapi kadang-kadang ia bercampur nafsu. Bercampur bisikan syaitan. Dan bercampur kehendak peribadi. Sehingga kita menafikan yang hakiki. Rasa yang ada dalam hati itu lebih elok kita pandu dengan syariatullah dan sunnatullah."saya terus cuba menarik hati mereka agar memahami apa yang mahu saya sampaikan.


Mereka mengangguk. Saya risau jika anggukan mereka sekadar anggukan mengambil hati. 

"Faham tak apa akak maksudkan? Berperasaan itu tidak salah. Malah rasa itu tetap dari ALLAH." saya cuba memancing respon mereka.

"Faham kak, faham.. Maksud akak kita kena pandu hati kita dengan ALLAH kan? Apa saja yang terdetik di hati, kita kena amik guideline yang ALLAH sediakan.." terang salah seorang dari mereka.

"Pandai. Ahsanti! Bukan soal cinta saja tau. Dalam semua perkara.." puji saya. Aspek pujian dalam dakwah adalah seni yang essence untuk menyegarkan hati para mad'u.

"Then, kiranya saya kena buat pro and cons for both lah akak? Mana yang lebih baik disisi ALLAH, itu yang akan saya pilih.." kata orang yang bertanya. Alhamdulillah, ucapannya begitu menyenangkan hati saya. 

Benarlah, tiada yang lebih baek melainkan itu yang terbaek disisi ALLAH.

"Akak tahu tak, selama ni semua orang saya tanya, mereka jawab pilih yang sayangkan saya. Itu lebih baik kata mereka. Tapi hari ni saya dapat jawapan yang terbaik. Syukur sangat."luah orang yang bertanya.

"Mereka jawab tu betul dah. Mereka jawab pilih yang sayangkan awak kan? Hence, who love you more than ALLAH? No one. Only Him. So thats right!" saya memujuk hati mad'u. 


Dia datang sebelah saya dan memeluk bahu saya. Saya kaku. Kaku dengan tindakan drastik sebegitu. Waktu itu jugalah telefon bimbit saya memainkan lagu Sungai Lui nyanyian Aizat. Menandakan ada panggilan masuk. Panggilan dari Abang, yang saya nanti-nanti. Tepat pada masanya. :)

"Akak kena pergi. Abang dah tunggu di Kota Bharu." kata saya, alu-aluan untuk mengundur diri. Muka mereka kecewa.

"Sekejap sangat akak datang." luah salah seorang dari mereka. Saya tersenyum. Memang sekejap.

"Maaflah. Bukan tak mahu luang banyak masa. Bukan tak mahu.. Nak sangat sebenarnya.." saya cuba membuatkan mereka faham keadaan saya yang sangat ketandusan masa. Meskipun sukar untuk mereka memahami, tapi saya mohon dalam hati agar mereka berlapang dada dengan saya.

"Janji kakak datang lagi?" salah seorang dari mereka bertanya. Saya diam, tidak mampu memberi pengikat janji, bimbang tidak mampu ditepati. Bahaya berjanji. Memang ia manis didengari, tapi andai dimungkiri, itulah kata-kata yang akan dikenang dan boleh membuat manusia membenci. Itulah bahayanya berjanji.

"Nanti kita cuba cari masa. Kalau ada masa sesuai, kita jumpa lagi dialam realiti. Kalau tak, kita akan selalu berjumpa di FB.." play safe adalah moto hidup saya. ^^

Sebelum saya mengundur diri, 

"Akak bukan orang yang sempurna. Kalau entum tahu dosa apa yang akak buat, tentu entum tidak sudi mendengar apa pun dari akak. Tapi maha suci ALLAH yang memberi akak peluang bercakap dan berkongsi dengan entum. Apa yang akak kongsi dengan entum, semuanya dari ALLAH. Kalau dari akak, untuk mengeluarkan satuperkataan yang baik pun boleh jadi mustahil. Ingatlah, sandarkan semuanya dalam hidup ini kepada ALLAH. Kerana dari DIA kita datang. Untuk DIA kita hidup dan kepada DIA kita akan kembali."


Mereka sungguh tekun dan fokus. Saya kagum dengan kesungguhan mereka. Sedang saya tidak punya apa-apa, mereka sudi memberikan telinga untuk mendengar. Sedang saya hina dan pendosa, mereka sudi meluangkan masa bersama. Masya ALLAH. ^^

Itulah pertemuan pertama kami di alam realiti. Itupun permintaan kali keberapa dari mereka untuk bertemu di alam realiti. Hanya sekali mampu saya tunaikan. Kekangan belajar di UIA tidak membenarkan kami sering bertemu mata. Tapi insya ALLAH terikat hati dengan matlamat yang sama yakni menjadikan diri lebih baik.

Terima kasih buat adik-adik yang sudi menerima kehadiran saya yang banyak kekurangan. Yang sudi meraikan saya yang serba tidak sempurna ini. Alhamdulilla ala kulli hal. 

Harapan saya, moga adik-adik yang dirahmati ALLAH terus istiqamah mencari jalan mendekati ALLAH. Juga istiqamah mencari identiti diri muslimah yang terbaek disisi Rabbul Izzati. Doa saya buat mereka tiada henti. Dan moga saya dan mereka kelak diterima sebagai penghuni SYURGA yang indah. Allahumma Ameeeen. ^^




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, November 05, 2012

A call from Australia. ^_^

2 comments:
Hari ini seorang sahabat dari Australia menelefon, bertanya khabar berita.
Selepas berkongsi rasa dan cerita, beliau bertanya pada saya,

"Apa masalah enti?" soalnya, seperti tahu apa yang berlegar di kepala.


"Akademik. Study. Belajar. 2nd year tough more than i tough. *Sigh" Luah saya, senafas.

Tapi gelak beliau bergema dari Australia.

"Heh, tak baek gelak kuat, dari Australia dengar sampai Malaysia tau." bertambah lagi gelak beliau.

"Satu perkara yang ana belajar di Australia, dalam belajar ni, kita kena berjemaah. Ok fine, enti lone ranger, tak suka study group, tapi make sure dalam belajar ni, jangan kedekut. Jangan kedekut untuk bertanya dan jangan kedekut untuk ditanya."

"Bagilah lagi tips belajar cemerlang!" kata saya, senang mendengar motivasi beliau.

"Enti tahu tak, kadang-kadang kita lupa, bila kita terkehadapan, kita tinggalkan orang di belakang kita dalam belajar. Pentingnya dalam menuntut ilmu ni kita banyak memberi, tambah lagi bila orang minta tolong kita ajarkan sesuatu, jangan kedekut."

"Lagi?"

"Niat belajar dan menuntut ilmu must be always on the right track. Selain tu, jaga keberkatan dengan lecturer, jaga keberkatan dalam kelas. Ha, dalam kelas jangan main henset tau. Except for very very important problem."

"Lagi?"

"Kalau nak lagi enti kena datang Australia dulu. Enti kata nak datang kan? Ana tunggu enti di sini."

Ok, ini motivasi paling OSEM.

here i come, Australia!

"Tunggu ana di Australia ya." sebuah harapan berbaur impian, mungkinkah jadi kenyataan? Monolog dalaman.

"Datang berdua ya, jangan datang sorang." Sambung beliau lagi. Adehh =.='. Mentang-mentanglah dia dah nak kahwin.

Perhaps, beliau telefon sebab nak inform, "Finally i got engaged!"

Ok fine. Busyralana buat saya dengan berita tersebut. Alhamdulillah. ;)
Congratulations, dear friend. ;)



Seronok ada kawan seluruh dunia, banyaaaak benda kita boleh share.

Eh jap, beliau ni sahabat bulatan gembira saya tau. ;)

See, how much bulatan gembira benefit us. ^_^

Nice kan? ;)

p/s : Cuba kalau fatrah minggu nak exam, pukul 11 dah collapse dan nak mati. Bila fatrah tak exam ni, pukul 2 pagi pun tamau lelap lagi. Adehh.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, October 06, 2012

Memiliki bahagia sebelum memberi bahagia

4 comments:
Wajah bahagia Munir. =)
Pernah anda ditanya, "Kau pernah sedih tak?"
Soalan tersebut terlalu sarkastik, mustahil ada manusia yang tidak bersedih. Sedangkan siang,ada malamnya, panas ada hujannya.

Semalam, seorang adinda menghantar mesej ke inbox FB saya,
'Saya tengok kak Husna macam bahagia. Apa rahsianya? Kongsikanlah..'

Saya senyum sendiri. Dalam hati termenyanyi lagu Hakikat Kebahagiaan dari UNIC.

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang "

Penilaian adinda tersebut mungkin terlalu random atau lebih tepat dikatakan, boleh jadi beliau belum megenali saya lebih dekat. Saya bukan orang yang mampu membahagiakan orang lain.

Kata ustaz saya, "Orang yang bahagia, adalah orang yang mampu membuat orang lain turut  bahagia apabila memandangnya." 

*Terlalu jauh untuk berada di situ.


Saya sekadar berkongsi, cara untuk menjadi bahagia. Adinda tersebut sepertinya tahu, saya sedang mencari jalan bahagia, dalam pelbagai mehnah. Haruslah mencari bahagia, kerana hati yang bahagia, lebih tenang dan dekat dengan Rabbi Insya ALLAH.

Kalau kita tengok orang bahagia,sometimes we tend to assume, dia dapat semua yang dia mahu. Sebab ada assumption macam tu lah hati kita tak bahagia.

Pandanglah semua orang dengan perspektif bahagia. Tak mungkin ada orang yang dapat semua yang dia mahu,agak mustahil. Dan semua orang ada kelemahan/masalah masing-masing. Termasuk saya,begitu juga anda.

Kehidupan ini adalah persoalan tentang bagaimana kita memandang apa itu hidup.


Hidup ini bukan syurga. Hidup ini adalah dunia. Di dunia, ujian/cabaran/masalah itu adalah normal. Syurga pula,tempat istirehat yang paling sempurna,segala keinginan ditunaikan,segala kemahuan terlaksana. Itu syurga.

Ketahuilah,ini dunia,bukan syurga. Maka,segala masalah dan sebarang kekurangan bukan sesuatu yang pelik. Ia bukan hanya ada pada anda,tapi pada semua orang!

Bahagia itu datang dari hati. Bahagia itu tidak boleh dibuat-buat.


Maka, hati itulah yang perlu dijaga untuk mendapat kebahagiaan. 

Suka untuk saya syorkan kalian membaca buku Terapi Penyakit Hati, karya Ibnul Qayyim Al-Jauzi. Buku ini lebih baek dibaca sebelum kita membaca buku rahsia kebahagiaan yang laen. Saya sendiri,ternyata menemui sesuatu yang begitu berharga padanya.

Cinta pada dunia adalah penyakit hati yang paling susah diubati dan paling besar akibatnya,sengsara.
Macamana cinta pada dunia?

Kayu ukur saya sendiri adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu,tidak ada yang dapat menandingi tanggungjawab kita kepada Allah. Contoh, belajar sampai lewatkan solat dan terbabas Subuh. Dimana kita meletakkan suruhan Allah dihati kita? Adakah ia priority atau sebaleknya?

We tend to set our alarm untuk remind kita for class/meeting, tapi kita selalu lupa nak set alarm untuk bangun solat bila kita tidur. Tidur malam tu satu hal,tidur tengahari pun sama. Tidur pukul satu, bangun pukul empat untuk solat Zohor. Dimana kita letak Allah di dalam hidup kita?

Orang yang matlamatnya adalah mardhatillah, sedikitpun dunia tidak menggugat ketenangan hatinya. Disaat itu,tenang itulah yang memberinya bahagia. Allahu Allah,saya masih jauh untuk sampai ketahap ini,tapi teringin merasainya. Harus gigih berusaha!

Setiap kali datang masalah atau ujian, kurangkan masa meratapi nasib,tapi banyakkan masa mencari penyelesaian dan mengadu pada Tuhan. Saya kerap kali diuji ujian kesakitan dari Tuhan. Dulu,saya sering menangis di birai jendela mengenangkan nasib diri tidak sebertuah orang laen. Rupanya itulah tindakan bodoh yang saya sangat menyesal melakukannya. Meratapi nasib adalah manifestasi tidak redha dengan takdir Tuhan!

Sejak sudah mula dewasa,saya kurangkan masa meratap nasib,tapi saya banyak berbincang dengan keluarga untuk menyelesaikan masalah. Surely,my family help me a lot to stand up!

Satu persatu masalah dapat diselesaikan. Tidak lupa doa dan meminta bantuan dari Tuhan. Dan alhamdulillah,terlalu banyak yang dipermudahkan.

Kadang-kadang, berfikir terlalu panjang hanya membuka ruang kita bersangka buruk pada Tuhan.

Seterusnya, banyakkan senyuman. Sekalipun besar masalah yang mendatang,jangan berhenti senyum. Susah sebenarnya untuk senyum dalam sendu,tapi ia tidak mustahil dan possible untuk dilaksanakan!

Beri senyuman pada orang sekitar kita, insya Allah, senyuman kita berbalas dan rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Awas,senyum berpada-pada,terutama untuk yang berlaenan gender!

Next,fokus dengan apa yang kita laksanakan. Setengah orang,ada masalah dengan kereta,contoh kereta rosak. Tapi masalah tu,sampai dalam bilik, ke tempat meeting dan dalam facebook pun dibawa bersama.

Sepatutnya,dalam bilik, fokuslah pada situasi bilik,tak perlu dicampur adukkan dengan masalah kereta rosak. Dalam meeting,tak perlu fikir soal kereta rosak sampai nak emo tak pasal-pasal, nak masam muka segala bagai. Tak perlu, bukan selesai pun masalah kereta rosak tu,kau masam+emo pun,kereta tu tak elok dengan sendiri!

Minimakan dosa. Dosa adalah punca hati gelisah dan hilang bahagia. Kurangkan bercakap perkara sia-sia. Jaga aurat dengan sempurna. Elak mengumpat dan mengata. Banyak baca quran dan solat sunnat. Banyakkan puasa sunnat dan yang paling penting, jaga ibadah wajib dengan sempurna. Terlalu jauh untuk saya sendiri sampai ketahap ini,tapi tak salah gigih berusahakan?

Orang yang banyak dosa,akan selalu gelisah dan hilang ketenangan. Sedangkan tenang itu adalah sebahagian dari kebahagiaan.

Antara laen,resipi untuk bahagia adalah banyak menghitung nikmat yang Tuhan anugerahkan. Hitung nikmat sampai kita rasa banyaknya Allah sudah beri pada aku, apalah sangat dengan sedikit ujian dan musibah ini.

Contoh,kita hilang henset yang berharga tujuh ratus ringgit. Untuk menghilangkan rasa gelisah dan tidak tenang, cuba hitung berapa banyak Allah beri nikmat pada kita. Lebih berharga dari tujuh ratus tersebut.

 Sebagai contoh, Allah beri kita keluarga yang bahagia, Alkah beri kita akademik yang stabil. Tentu sekali nilai semua itu melebihi tujuh ratus ringgit yang hilang. Kan? Hati akan kebih tenang dan redha.


Hitunglah nikmat Tuhan,usah kerap membilang ujian semata-mata!

Saya, cuba jadi bahagia. Sebab saya yakin, kebahagiaan saya adalah kebahagiaan ibu,ayah,abang,kakak dan adik saya. Juga kebahagiaan sahabat-sahabat saya serta orang sekeliling saya. Saya senang bila menyenangkan mereka,damai sekali rasanya. Erti hidup inikan pada memberi!

Sebarkan aura yang positif. Anda akan mendapat aura yang positif. Mana mungkin memberi najis dibalas bunga. Begitulah perumpamaannya!
Memaafkan adalah ubat kepada kecewa dan derita. Maafkanlah, anda pasti rasa bahagia. Kadang-kadang, masalah kecil pun boleh memberi gelisah pada hati kita.


Contoh, "Ibu, tadi dalam meeting, muslimin itu jahat dengan kakak. Buat muka. Macam tak puas hati je dengan kakak. Tak tahulah apa kakak salah dengan dia. Kakak benci dia buat macam tu pada kakak."


Jawapan Ibu, saya yakin dan pasti, "Kakak, maafkan dia, kakak akan bahagia. Kakak lupakan apa dia buat pada kakak. Maafkan dia."

Hampir setiap kisah/cerita yang saya kongsikan dengan Ibu, pasti itu jawapan Ibu.
Sehingga satu tahap, saya meyakini, kuasa maaf itu benar-benar memberi bahagia.
Sewaktu kita memaafkan semua orang, beban di hati kita hilang dan tenang. Subhanallah, perasaannya begitu hebat sekali. Cubalah! Maafkan semua orang yang menyakiti kita. Samada dalam sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara.
Maaf itu satu perkara yang membahagiakan. Cubalah!
Mana mungkin Rasulullah sendiri menyuruh kita memaafkan kesalahan semua orang sebelum kita tidur, andai  memberi kemaafan itu sia-sia. Rupanya, Rasulullah nak kita kekal bahagia dengan memaafkan kesilapan manusia. Percayalah, its work! Really work!

Saya sendiri kadang kala tetap gagal menguruskan emosi,walau berkali ingatkan pada diri untuk mengawal emosi. Lumrah manusia, sesekali gagal dan terkandas. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti berusaha menjadi bahagia. Percayalah. Kadang-kadang ada waktunya saya overstress, terbawa dalam meeting, dalam persahabatan dan kadang kala dalam medan akademik. Muka jadi masam. Emosi tidak stabil. Jiwa berserabut selirat. Waktu ini, mohonlah bantuan Tuhan,agar Dia beri kita kekuatan untuk mencari tenang dan bahagia. Waktu peak hour macam ni,saya suka bawa diri ke masjid. Tapi tentu sekali tidak lama. Jangan ambil masa berminggu-minggu untuk recharge energy.

Ada orang beranggapan,kita akan bahagia bila sedang bercinta dengan manusia. Eh,bercinta dengan Tuhan berganda bahagia tau. Sebab kita takkan kecewa,terluka atau terseksa. Eh,sape kata orang single tak bahagia?
Saya single, saya OK dan saya bahagia!

Kadang-kadang persepsi orang yang buat kita menderita.
Cool. Cool.
Sekadar itu tinta bahagia dari saya. Kalau boleh,selamanya dan sampai bila-bila saya mahu bahagia,kerana hanya orang yang bahagia yang boleh memberi kebahagiaan kepada orang laen.

Sape yang terfikir nak kawen, kena jadi orang yang bahagia dulu. Sebab how can you make your love one bahagia kalau anda sendiri tandus dengan kebahagiaan.


"Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki"


Sehingga bertemu lagi,dengan bahagia!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, August 18, 2012

14 Ogos : Iftar Tarbawi Kenangan Terpatri

6 comments:
Bismillahi Walhamdulillah.

Lama juga rasanya tak menulis. Kaku tangan nak menari di keyboard. Online pun jarang benar. Sejak 'timeline' facebook, rasa malas nak online.

Termotivasi dengan sorang orang tu. FB dia hidup, tapi suci bersih. Orang kata, FB ni melambangkan peribadi. Kadang-kadang kalau banyak sangat menulis di FB, risau terkeluar semua benda yang tak perlu dan tak penting.

Memulakan 14 Ogos bersamaan 25 Ramadhan dengan debaran. Rasa macam hari bahagia nak tiba pulak. Berdebar-debar. Rasa macam banyak benda dalam kepala tak setel. Sebagai salah seorang mastermind dalam cerita ni, wajar dah rasa tak lena nak tidur. Nak kata perfectionist, tak juga. Tapi biasalah, muslimat ni tak se'simple' muslimin. Bahagia apa hidup dengan orang 'simple'. Learn a lot!

12 tengahari perjalanan dimulakan. Ambil towel hadiah baituddakwah Nurul Bahiah di kedai tempahan. Dan juga towel Geng Konvoi yang kattang.

Selepas solat Zohor, kami ke Salor, rumah seorang sahabat. Kat rumah ni, daripada seorang driver yang berhemah, kami berubah menjadi tukang masak yang cermat. Menu utama iftar adalah nasi ayam, seperti yang dipersetujui majlis syura.


Selepas tolong siapkan barang-barang nak memasak, saya keluar cari barang-barang teknikal. Waktu ni muslimin semuanya busy. Tak dapat nak buli. Alhamdulillah, jalan tak jem sangat.



Kembali ke Salor dan terus memasak sementara menunggu kedatangan muslimin untuk final touch meeting. Sungguh comel. Meeting tak macam meeting pun, lebih banyak berukhuwwah. Sambil buat gift untuk para penceramah.

meeting  final touch sambil berukhuwwah
4.15 petang, dikerah untuk ke Kota Baru. Tempat iftar bakal berlangsung. Dikhuatiri jalan sesak, maklumlah KB. Tapi alhamdulillah, lepas angkut-angkut segala masakan, kami sampai di sana agak tepat pada masanya.

tadabbur al-mumtahanah.
Terus solat Asar. Dan selepas Asar, sempat berukhuwwah sebelum dimulakan dengan taujihad dari senior. Kemudian diteruskan dengan tadarus dan tadabbur Al-Mumtahanah ayat 6-9. Ayat tadabbur ini adalah ayat rasmi kerajaan negeri Kelantan untuk Ramadhan kali ni. Siri ke-20. Tapi ini baru 1st time saya dapat kitabnya. Malu juga, orang Kelantan sendiri pun tak tahu. Terima kasih lah pada orang yang memperkenalkannya kepada kami semua. Nice. ^_^

Selepas tadabbur, kami teruskan dengan taujihad kedua. Isu semasa dibedah dengan begitu faqih oleh penyampai. Alfu Mabruk!

Kemudian, tibalah saat yang paling comel dan termotivasi, iaitu penyampaian istimewa bertajuk 'PEMUDA YANG DIRINDUI SYURGA'.

Insya Allah, tajuk yang dipilih oleh majlis syura terasa dekat di hati. Termotivasi diri sendiri. Nak sangat jadi pemuda acuan Al-Quran. ^_^

terinspirasi

Kemudian, waktu pengisian ni saya tak berapa nak fokus sangat, sebab kami dah sibuk siapkan makanan iftar. Maklumlah, kakitangannya 5 orang saja. Dua orang muslimin, 3 orang muslimat. Kelam kabut juga dibuatnya. 5 orang inilah yang pening kepala, tunggang terbalik, tensi, meeting pun 5 ketul manusia ini juga. Sampai dah rasa macam adik beradik. Last-last tu, meeting pun dah tak formal. Banyak berukhuwwah. ^_^

santapan juadah berbuka sebelum solat maghrib
Simple but nice
^_^
Berbuka dengan kurma, 'akok', dan tembikai. Tak lupa sunquick yang sangat sedap. Wah, konflik betul sunquick ni. Indah apa. ^_^

Diteruskan dengan solat Maghrib dan menyantap menu utama iaitu nasi ayam yang sungguh lazat. Tapi sayang, penat sangat, makan pun tak lalu. Penat tu campur gembira sebenarnya, sebab after all the hard-work, berjaya juga menjayakan iftar tarbawi ni.

Awal-awal dulu, main-main je nak buat iftar ni. Selepas Konvoi ke rumah kawan-kawan dalam Jaulah Kelate, kami nak eratkan hubungan, kami nak buat iftar. Tapi tak sangka, idea 'gila-gila' ni akhirnya bagi kami 'kerja amal' sepanjang Ramadhan. Terima Kasih Allah atas tarbiah ini!

Kalau dilihat dari namanya 'iftar tarbawi', memang program ini banyak mentarbiah diri kami berlima. Kalau di UIA, nak meeting senang je, cari satu bilik, semuanya dekat nak pergi. Tapi kalau kat Kelate ni, nak meeting, kena mujahadah banyak pergi tempat meeting. Biasanya kami meeting rumah orang. sekali saja meeting di KFC sambil iftar. Nak pergi meeting kena mujahadah, masa lagi, minyak petrol lagi, jalan sesak lagi. Waktu ni terbaek untuk latih semangat berkorban kan? Tadhiyah kena tinggi, Geng Konvoi. ^_^

Orang kata, nak dapatkan sesuatu yang besar, kita mulakan dengan yang kecil. So, saya kira ini adalah satu permulaan yang baik untuk kami. Bukan orang lain.

Seusai makan, kami kemas dan berukhuwwah. Banyak betul berukhuwwah, kerana itulah bekalan istiqamah. Kalau kita ramai-ramai, kita tak rasa liat. Kita payah rasa malas. Saya cukup yakin. ^_^

Ditanya, adakah kami akan mengadakan jamuan hari raya? Orang yang ditanya menjeling saya. Tak ada jawapan. Tanya time semua orang tengah penat, memang rasa tak larat nak jawab. ^_^ Tapi insya Allah, tak kan stop sampai sini saja program ukhuwwah ini, insya Allah  berterusan. Kami buat deal, nanti pergi Kuantan, nak serbu TC pulak. ^_^

Seronok, walaupun penat. Sampai rumah dah pukul 11 malam lebih. Nasib baik Ibu Ayah tak bising. Kalau program dengan Geng Konvoi, selalu lepas, Alhamdulillah. Sebut saja nama Geng Konvoi, Ibu terus sejuk hati. Mana tidaknya, Geng Konvoi semuanya pemuda yang dirindui dan merindui SYURGA, insya Allah. ^_^

Selesai semuanya rasa boring pula. Hset dah sunyi dengan SMS update dari ahli Geng Konvoi. Malam-malam balik terawih dah tak kena update dengan pemuda yang dirindui Syurga. Bila kepala tak kena berfikir, mulalah benda bukan-bukan datang menyerang. ^_^

Ramadhan kali ini benar-benar istimewa dan terisi. Tidak lagi dihabiskan dengan menjadi suri, tetapi kali ni jadi muslimat haraki. Seperti kebanyakan impian-impian muslimat yang berjuang dalam gerakan. Waktu inilah waktu terbaek untuk melatih diri.

Sesudah segala urusan iftar, bahu rasa ringan, nafas lebih teratur. Sempat menyantap colek buah sebelum menghantar Ainu Mardhiah ke rumah beliau. Belanja mereka sebab banyak bantu kami. ^_^

Tarbiah adalah satu perkara yang berterusan. Setiap perkara adalah tarbiah apabila seseorang itu mahu menjadikannya sebagai tarbiah buat diri. Tangan terkena pisau pun boleh jadi tarbiah.

Kita belajar banyak benda. Biasanya kami biasa buat iftar di UIA, tapi tidak di Kelantan. Berurusan dengan pejabat di Kelate, adalah satu benda baru yang dapat kami belajar.

Susah payah, pening kepala, semuanya adalah ubat, yang mana pahit apabila mahu ditelan, tapi terasa nikmatnya sesudah ditelan.
Simple je buat iftar, bukan buat program besar pun. But everything start daripada perkara yang kecil bukan? Semua orang yang berlari pasti bermula dengan sejarahnya meniarah, merangkak dan berjalan. Dan sepanjang sejarah itu, pasti ada kejayaan yang ditempa, tapi mustahil tidak ada jatuh yang melanda. Sudah lumrah, sebelum terbang tinggi ke angkasa, kita perlu bermula dari bawah. ^__^
Terima kasih kepada semua yang mencorakkan Ramadhan kali ini. Bermula dengan jaulah Kelate dan sekarang berakhir dengan iftar tarbawi. Hampir sebulan berprogram bersama. Semoga ukhuwwah yang terjalin bukan atas dasar kerja semata-mata. Moga ukhuwwah berkekalan. Dan lepas ni, kami semua berazam menjadi 'starter' dan lebih baek untuk beraksi dan berpencak di alam kampus. ^_^

Terima kasih kepada yang melakarkan lukisan indah di kanvas kehidupan seorang HUSNA. Besar rupanya hikmah yang Allah beri. ^_^

Tahniah buat Geng Konvoi yang memang kattang. Yang menjaga agama dan akhlaknya. Alhamdulillah. Seronok berkawan dengan orang soleh, kita pun terkena tempiasnya. Keep it up, wahai mujahid dan mujahidah sekalian. ^_^

Dear Geng Konvoi, mengenali semua orang dalam kalangan kita adalah satu chapter indah dalam hidup, insya Allah. Semoga kita terus istiqamah untuk terus bersama. ^_^

Berakhirnya iftar, debar hari raya kian terasa. Menyambut kepulangan kakak abang dan anak saudara. Tapi ruh terakhir Ramadhan akan aku abadikan sebaeknya. Rasa macam nak berdoa dalam sujud, tak nak bangun. Nak minta Allah bagi macam-macam, terutama apa yang baek untukku, untuk agamaku, untuk perjuanganku, untuk duniaku dan juga untuk akhiratku. 
Ya Allah, hari raya kali ini, semoga ianya seindah Ramadhan tahun ini. Semoga ianya bermakna dan istimewa seperti Ramadhan yang bakal berlalu. Dear Kuantan, wait for me. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, August 02, 2012

Kad Kahwin : Sebakul untuk Aidilfitri nanti.

4 comments:

Lucu tengok gambar ni.

Berduyung-duyung kad kahwin sampai dalam peti surat rumah.
Baru perasan, dah tua dah.
Kawan-kawan pakat dok buat walimatul urus untuk menghebahkan perkahwinannya.
Kita dok main congkak lagi kat rumah *hiperbola

Saya dah tua atau mereka kawen muda sangat? *headache

Momento-momento yang akan berulang kepada saya, sepertimana berlaku pada kakak dan abang saya.
Waktu kecik-kecik dulu,
selalu tengok kakak abang beli hadiah banyak-banyak.
Rupanya nak bagi kat kawan-kawan kahwin. 

Moment itu sekarang berlaku pada saya.
^_^

Dewasa itu seronok.
A lot of things kita boleh belajar sewaktu kita dewasa.
Pengalaman-pengalaman waktu dewasa inilah kita akan guna bila sudah tua.
So,
gunakan masa dewasa sebaeknya.

**************************************

gambar krusher je ada. Ni pun beli sebab terliur orang tu minum.
tega-tega dia minum sorang-sorang. 

12 Ramadhan / 01 Ogos 2012 :

Pagi pagi lagi dah temankan Ibu ke HRPZ. 
Ada temujanji dengan Pakar Mata.
Lepas teman Ibu shopping kat KB Mall.
Lepas Zohor terus collapse.
Petang ni ada event best. 
^_^
Hari ini dapat peluang ifthar kat luar lagi.
KFC di KB Mall.
Seronok walapun cuma berempat.
Pada awalnya,
nak meeting sebenarnya.
Tapi meetingnya cuma 10 minit,
berukhuwwahnya banyak.
^_^

Alhamdulillah.
Nice moment with all of them. 

Nanti kita buat lagi.
Insya Allah. 
Btw, for those yang iftar sama-sama hari ni,
thanks sangat2, you all make my day.
^__^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, July 25, 2012

Jaulah Kelate : Disini segalanya bermula

2 comments:

Bismillahi Alhamdulillah. Summa Alhamdulillah.

Orang tua-tua kata, hubungan dengan sahabat akan bertambah rapat bila kita kenal keluarga mereka. Bila kita kenal ibu ayah mereka. Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif menziarahi rumah sahabat-sahabat yang available. Atau lebih tepat, sahabat yang jemput menziarahi rumah mereka. Yang tak jemput, takkan nak pergi pulak. 

Aktiviti ini dinamakan Jaulah Kelate.  Siapa yang bagi nama, pun tak tahu. Yang penting, saya bukan orang penting mahupun pengasas kepada program ini. Jauh sekali jadi komiti. Hanya ikut jadual yang sudah disusun oleh organizer terhormat, Ukhti Athirah Ariffin. =)

Program bermula awal pagi dan berakhir selepas Maghrib selama 3 hari berturut-turut.
Tugasan yang perlu dicompletekan adalah : tangkap gambar setiap rumah yang dijejaki.
(banyak sangat tangkap gambar sampai rasa nak muntah dengan flash ;p)


Perjalanan Jaulah Kelate dimulakan pada hari Selasa bersamaan 17 Julai 2012. Rumah pertama yang dijejaki adalah di Kubang Kerian, berdekatan dengan HUSM. Berbaloi tak sarapan, dapat makan Laksa Sarawak dengan Mee Goreng yang sungguh lazat hingga menjilat jari.  (ikut sunnah)


Anggota rombongan tak ramai lagi waktu ni, maklumlah rumah first. Ada 8 orang semuanya. 4 muslimin da 4 muslimat.


Kemudian perjalanan diteruskan ke Lundang. Rumah Alifah, tauke bas Kelate. Tumpang solat Zohor sebelum berangkat ke rumah Cik Izzati Johari di Panji. Waktu ni kelakar, sebab Ibu Izzati Johari sungguh sporting, macam anak dia jugaklah. Lagi kelakar bila ada sorang anggota rombongan terkejut bila tahu lokasi rumah Izzati, rupanya mereka jiran. Jiran tu dalam jarak 40 buah rumah kan? Kira jiran lah. Dari rumah Izzati, boleh tunjuk rumah dia. ;p


Selepas menyantap pisang sira di rumah Izzati, kami berangkat ke Makam Tok Kenali. Dah lupa di idea siapa. Tapi very nice, sebagai peringatan akan kematian. Waktu tengah gembira Jaulah, diberi satu peringatan yang bijak, memang kattang la sep jaulah ni. =)
Selama hidup ni, walaupun ore Kelate tulen, tetap tak pernah sampai makam Tok Kenali. Rupanya Tok Kenali ni wali. Bukan sembarangan orang. Al-Fatihah buat Almarhum Tok Kenali.


Kemudian, stop solat Asar di Masjid Kubang Kerian. Dan meneruskan perjalanan ke Pengkalan Chepa.

Menziarahi bait Dr Ariffin. Abu Athirah Ariffin.
Sudahlah sesat sampai ke airport nak cari rumah dia, tapi terkejut kot tengok nasi kerabu hasil air tangan Athirah terhidang di meja makan. Pergh. Memang hebat dan kattang la. Kagum sungguh. =)



Selepas azan Maghrib, para muslimin menghadiri majlis ilmu di Masjid Kubang Kerian. Para muslimat? Wallahu a'lam. Saya terus balik rumah. Kang kena marah drive malam. Kat Kelantan kurang peluang nak drive malam. Padahal mata bukan kronik sangat pun. Cuma kurang boleh agak jarak dan silau je. ;p

Hari kedua bermula dengan menziarahi rumah sekitar Pasir Mas dan Salor. Yang ni paling tragis dan nice.
Bermula sarapan di Bunut Susu, rumah Ainu Mardhiyah Razali. Seronok boleh pilih nak makan nasi apa. Pergh, nasi ayam pedas sangat sedap OK. Rugilah yang tak pilih ayam pedas. ;p
Lagi best dapat tazkiatun nafs dari Papa Ainu. Sangat nice. Terisilah jugak jaulah ni.


Selepas rumah Ainu, memang tak tahu nak hang out kemana. Dicadangkan oleh muslimin untuk ke Pantai Seri Tujuh. ON sajalah! Bila lagi nak jelajah pantai dengan budak-budak kattang ni. ;p

Ingat nak buat usrah di tepi pantai, tapi banyak 'berukhwah' pulak sambil minum air kelapa di bawah pokok yang berwarna hijau. Alhamdulillah cuaca pun tak panas sangat. Angin pun tak kuat sangat. Sedan-sedan saja. ;)

"Lepas minum, kita tangkap gambar!"
Rutin.. Rutin. ;p



On the way nak keluar dari Pantai Tujuh, tiba-tiba pemandu yang 'lead', stop tepi tasik. Ingatkan kenapa, rupanya nak main Pedal Boat. Semua semangat nak main. Gembira je semua orang. Macam budak-budak. =)




tiga buah kereta jaulah depan Maahad Tumpat.

Perjalanan diteruskan ke Maahad Tumpat dipandu pemandu bertauliah Saudara Darwish Abd Aziz.
Dan rumah seterusnya adalah berdekatan Pondok Berangan, Tumpat, rumah Cik Maisarah Hadzri. =)
Singgah solat Zohor dan kenal-kenal famili Sarah. Cantik rumah Sarah, macam kat dalam air terjun, tenaaaang sangat. ;)

kereta rombongan jaulah. Kancil saya, dan honda city kat depan kancil tu dipandu Darwish.

Waktu ni tuan rumah seterusnya tak henti-henti mesej suruh cepat-cepat ke rumah beliau. So, kami move ke rumah seterusnya, Abdul Hayyi. Kali ni pun santap nasi kerabu juga, hasil buatan Abdul Hayyi. Kattang molek. Sep Kelate semua pandai buat nasi kerabu. Lepas ni kita pakat buat persatuan Nasi Kerabu la. ;p

Kat rumah ni paling lama lepak. Solat Asar, juga meeting untuk hari esok punya perjalanan. Paling best, jumpa budak kecik nama Nazrul yang sungguh comel. ^_^

"Klik Klik" (tangkap gambar) dan move ke rumah seterusnya di Wakaf Bharu. Rumah Zulhilmi. Sampai rumah beliau dah nak dekat Maghrib. Tapi tak dekat sangat pun, almost la. Sempat lagi tolong-tolong mak beliau sediakan makanan dan kami pun... MAKAN LAGI. Hari kedua ni paling menyeksakan, banyak sangat kena banyak. Tapi semua sedap-sedap. Makan sajalah. ;p
Mula-mula semua orang kata, "kenyang..kenyang". Sekali bila makan, semuanya licin jugak. Aduh*

Azan Maghrib berkumandang. Asalnya niat nak solat disitu. Tapi muslimin nak cepat, muslimat pun nak pergi Bicara Selebriti di Balai Islam. Kami batalkan hasrat nak solat dirumah Zul, dan niat nak solat di masjid.
Sebelum balik, ambil gambar dan salam-salam dengan famili beliau. Bila semua dah masuk kereta, hon hon dan babai-babai, sekali tengok-tengok semua terjelepuk semula naik rumah Zul solat Maghrib. Waktu ni memang tragis.

saat saat tragis
Berlaku sedikit kemalangan. Kereta salah seorang dari kami masuk longkang besar depan rumah Zulhilmi. Sebelah kereta nasib baik bukan semua. Berdebar kot waktu ni. Akhirnya semua masuk solat Maghrib. Malu je masuk semula lepas dah salam-salam. Tuan rumah siap pelawa tido situ sajalah,alang-alang dah ada musibah.

Lepas Maghrib, ramai-ramai masuk longkang tolong tolak kereta. Muslimin sajalah. Muslimat tolong tengok je. Tapi saya kira berjasa jugak tolong halakan lampu kearah mereka. ;p
Gambar pun tak sempat nak ambil sebab semua ketar-ketar cuak kot. =)

Alhamdulillah, tak lama selepas tu keadaan kembali normal. Sekali lagi salam dengan tuan rumah dan babai babai, kali ni yang betul betul real dah nak balik. ;p

Penat tak tipu hari kedua. =)

Hari ketiga pula, perjalanan dimulakan dengan lebih santai. Semua pakai baju gaya-gaya nak pergi rehlah pulak. Sebelum rehlah, kami ziarah dulu rumah Syarifah Hidayah. Lama juga kat rumah Syarifah. Awal lagi lagi dah sampai. Sampai sampai tu semua pakat lapar. Lawak sungguh budak-budak ni. ;p
Dapat tengok bakery factory milik keluarga Syarifah. Tak sangka kot. ;)

cari rambutan
Muhsin, adik Syarifah.
 

Depa ni siap masuk kebun cari rambutan lagi. Memang nice lah. ;)


Lepas dah penat cari rambutan, kami bergerak ke Pasir Putih. Next tentatif adalah ke Jeram Linang. Air terjun Jeram Linang. Kali ni kita ada BBQ session dan mandi-manda session.




Lama jugak spend kat Jeram Linang, macam-macam hal. ;)
Diserikan dengan kehadiran adik kepada Hasanah. Dan juga adik kepada Syarifah.

Alhamdulillah, BBQ best. Makan time pun best. Masuk Asar, kami semua kemas-kemas untuk balik. Hari yang ketiga pun memenatkan.

Balik rumah, solat Maghrib dan sekali lagi bertemu di Kota Baru. Ni klimaks event ni. Paling best dan istimewalah kot.

Dinner at restoran Arab A.M Tarbush, dekat dengan Billion.
Alhamdulillah, ada orang sponsor. ;)

@ A.M Tarbush
Makanan Arab citarasa Malaysia.
^_^

Selepas makan, kami ambil gambar buat kali terakhir dan tangguh majlis dengan tasbih kafarah.
Dengan harapan, semoga jaulah dan rehlah yang berjalan selama 3 hari benar-benar memberi kesan ukhuwwah pada hati. Moga-moga objektif ziarah tercapai. Objektif ukhwwah juga, dicapai.

Yang penting, selepas jaulah, kita lebih mengenali siapa sahabat kita. Maklumlah, tiga hari musafir bersama. Dah kenal dah perangai sorang-sorang. Alhamdulillah, semuanya menjaga solat diawal waktu dan solat berjemaah. Semuanya juga berakhlak dengan Al-Quran, kecuali dalam bab masa masih perlu dipertingkatkan.

Ala kulli hal, alhamdulillah program sebegini mampu menautkan hati-hati yang jauh. Mampu merapatkan hati-hati yang dekat. Mampu membina persefahaman. Walaupun jarang jumpa, tapi kalau hati rapat, tentu tetap rasa dekat.

Pada awalnya, jaulah ini mengambil idea daripada jaulah utagha yang berlangsung dua minggu sebelum jaulah Kelate. ;) Meniru sesuatu yang baik itu baik kan? =)

Semoga dengan apa yang terjadi, semada keriangan yang tercetus atau ketegangan yang tercipta, kita semua sentiasa berusaha untuk terus membina legasi dakwah ini. =)

Oh ya, sejak jaulah, terbentuk Geng Konvoi. Semangat nak ke mana-mana bila ada Geng Konvoi. Kalau ada yang malas, ada yang tolong tarik telinga. Kalau ada yang liat, ada yang tolong push. ^_^

Ibu pun bila saya minta kebenaran keluar, lebih mudah nak lepas. Sebut saja nama-nama Geng Konvoi, terus lepas. Sorang-sorang Ibu kenal. Alhamdulillah. =)

Tiga hari jaulah adalah satu permulaan untuk sebuah perjalanan yang lebih panjang.  

Insya Allah.

Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.