♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label cerpen kisah cerita. Show all posts
Showing posts with label cerpen kisah cerita. Show all posts

Thursday, August 01, 2013

Review : Novel Atas Nama Cinta. Osem!

No comments:
Sejak dari kecil, saya suka membaca. Kalau dilihat dalam almari-almari buku di rumah ini, semuanya hasil 'jala' saya di kedai-kedai buku. Kalau buku-buku akademik, banyak disumbangkan oleh abang-kakak. Kalau buku yang selain akademik, kebanyakannya tertulis nama saya. Hampir semua. Kecuali buku berbahasa inggeris yang kebanyakannya merupakan koleksi abang. Saya kurang minat buku bahasa inggeris. ^^

Bila dewasa, hobi membaca tidak lagi boleh dijadikan HOBI. Tapi ia harus dijadikan satu keperluan untuk minda. Tarbiah fikriah adalah satu tarbiah yang tidak boleh tidak PERLU pada seorang muslim. Lebih lagi muslim yang menggelar dirinya daie haraki.

Dewasa ini, membaca tidak lagi boleh bahan-bahan ringan seperti majalah dan novel. Harus membaca buku-buku terisi yang perlu sistem penghadaman yang complete. Penat membaca buku-buku haraki dan kepimpinan, saya sesekali menjengah kedai buku untuk membeli novel. Melepaskan gian. ^^

Zaman jahiliah dulu kala, saya antara 'kaki novel'. Novel cinta pulak tu! Hah, i dont know how it was. Ehhe..

Di KB Mall, saya masuk ke sebuah kedai buku. Sebagai orang yang berprinsip, saya mesti memilih dengan tepat buku yang saya mahu baca. Kerana buku yang dibaca itu, akan membentuk jiwa kita. Meskipun hanya sebuah novel. Kalau baca novel pasai kawen, satgi jiwa asyik duk berangan nak kawen. Teringat dulu waktu saya gila novel cinta, abang selalu mengusik saya asyik khayal dan berangan. Penangan novel cinta memang menggila!

Saya sedikit tergoda dengan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Novel yang sudah didramakan ini hangat diperkatakan orang. Tapi saya cuma sempat menonton satu episod sahaja. Itupun kebetulan di rumah sewa di Temerloh ada televisyen. Bukan jenis saya untuk download drama. Novelnya tebal, harganya RM33. Sungguh saya tergoda. Begitu juga novel Teduhan Kasih dan Suamiku Seorang Ustaz. Semuanya dipegang dan ditimbang-timbang di tangan kiri dan kanan.

Saya akhirnya meletakkan semula buku itu di rak. Saya malu pada mad'u kalaulah mad'u tahu daienya seorang yang melepak dengan novel cinta ala-ala drama. Maka, saya bergerak ke rak novel islami. Akhirnya saya ketemu novel Atas Nama Cinta. Sebagai seorang dewasa yang berjiwa muda, persoalan cinta tidak dapat lari dari fitrah hati. Cuma kita mesti memilih penulisan yang mana soal cintanya dibincangkan dengan lebih matang.

Saya tertarik dengan coverl buku yang tampak sopan dan sentimental. Juga sinopsisnya yang lebih bernada tarbiah. Akhirnya saya capai buku tersebut dan bawa ke kaunter untuk dibayar.


Kebetulan esoknya saya ada temujanji dengan doktor pakar di HUSM. Lumrah ke hospital adalah menunggu, maka buku itu dijadikan umpan untuk saya tetap bersabar menunggu. Saya beberapa kali juga menitiskan air mata saat membaca novel ini. Bukan sedih dengan kisah cintanya. Tapi saya tergoda dengan bait-bait indah yang memujuk jiwa sang pembaca.

Sungguh, penulis buku ini iaitu Wahyu Sujiani benar-benar ber'wahyu' buat hati.

Secara ringkasnya, diceritakan berkisar seorang pemuda bernama Mustafa. Yang hidup dalam sebuah keluarga yang jauh dari Islam, sedang dirinya sangat dekat dengan ALLAH. Ditakdir pula jatuh cinta dengan seorang yang bernama Puteri. Tapi disebabkan Puteri menyertai pertandingan ratu cantik, Mustafa memilih untuk putuskan hubungan dengan Puteri. babak ini paling saya gemar. Walaupun ia bukan babak utama dalam novel ini.

Di babak ini, bagaimana Mustafa memujuk hatinya melupakan cinta manusia dan kembali mencari cinta ALLAH. Mustafa yang putus cinta benar-benar menemukan jalan mengubati cintanya dengan cara yang paling agung. Saya banyak kali tersentuh dengan bait yang digunakan penulis. Ayat-ayat ALLAH dioleh menjadi enak dibaca dan menyentuh kalbu pembaca.

Sehingga penghujung kisahnya, Mustafa yang mencari cinta ALLAH, akhirnya dicintai sekalian makhluk. Berduyung-duyung cinta wanita solehah melamar cinta Mustafa. Begitu dekat dengan ALLAH, lantas dihadirkan jalan untuk kebaikan dunia dan akhirat.

Antara kata-kata yang ada di novel tersebut, "Kamu berhasil mencuri cinta Tuhan, sehingga nyata semua orang sangat mendambakan cintamu."

Ia sebuah prinsip utuh yang OSEM.

Masih banyak lagi ayat-ayatnya yang menyentuh hati. Saya sendiri beberapa kali tersentuh malah disertakan dengan linangan air mata. Kerana kadang-kadang kita lupa meletakkan cinta ALLAH yang utama. Sehingga kita tenggelam mencari cinta manusia. Kita lupa mendahulukan mengejar cinta ALLAH. Kita banyak berbicara menakluki hati manusia. Itulah yang membuatkan saya sering termuhasabah saat membaca novel islami bergenre tarbiah ini. Sungguh, novel indonesia memang celik agama! ^^

Masih banyak mahu saya tulis, tapi nampaknya jam sudah mencemburui saya untuk terus menekan-nekan papan kekunci. Ada banyak urusan yang perlu saya selesaikan. Urusan yang sengaja saya cari supaya saya sibuk dan kurang berangan-angan dengan sesuatu yang boleh melalaikan hati. Semoga ALLAH memberkati. ^^


Kalau ikutkan hati, ingin saya terus menulis. Kerana ia adalah satu kepuasan setiap kali saya mampu menulis. Entahlah kepuasan yang  bagaimana. Walaupun tulisan yang dihasilkan tidaklah mantap dan jadi pengubat buat pembaaca, tapi saya tetap merasakan kepuasannya yang tersendiri. Its called a SATISFACTION.

Malah Ibu tahu benar, bila saya menulis, langsung tidak diganggu. Dia tahu anaknya ini gian menulis dan PUAS hati sekiranya dapat menulis. Alhamdulillah.

Insya ALLAH, doakan saya terus menulis dan ditambah kreatif untuk terus menulis. Antara yang ada dalam list-to-di saya adalah, menghadiri kursus penulisan dan membaca buku untuk menjadi penulis yang baik. Menulis itu, jika kena caranya boleh jadi saham akhirat yang sangat menguntungkan!

Doakan saya ya.

Insya ALLAH, berkat Ramadhan yang mulia, ALLAH beri saya peluang untuk laksanakan apa yang saya impikan. Semoga semua cita-cita saya dan perancangan saya , selari dengan perancangan ALLAH. Namun sekiranya ia tidak selari, saya akan berlapang dada dengan apa saja perancangan Rabbul Izzati. Allahumma Amiiin. Kerana apa saja yang datang dari ALLAH itu adalah yang terbaek untuk hambaNYA atas rahmat kasih dan sayang ALLAH.

Wallahu a'lam. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, July 21, 2013

Daie : Dia penzina!

2 comments:

xxxxxx

Mus'ab berpuas hati dengan balutan buku yang berwarna biru laut itu. Berkali-kali dia membelek buku yang kemas dibalut di bilik tadi. Lantas dia mengambil sekeping kertas, menulis nama bakal pemilik buku tersebut dan sekaligus menulis namanya sebagai pemberi.

DI tepi tangga, Sumayyah sedang menunggu. Dengan menundukkan pandangan, Mus'ab menghulur bungkusan kecil yang berbalut cantik itu kepada Sumayyah. Sumayyah menyambutnya dengan tangan kanan. Sambil menghadiahkan senyuman. Walaupun senyuman itu tidak dilihat oleh Mus'ab.

Wafirah yang kebetulan lalu di birai koridor ternampak kelibat mereka yang sedang bertukar tangan mengambil hadiah yang berbalut indah itu. Wafirah mengangguk dan terus berlalu dari tempat kejadian.

Di dalam bilik mesyuarat, Mus'ab mengetuai perbincangan kem jati diri yang bakal dijalankan minggu hadapan. Sebagai pemimpin berjiwa amiin, Mus'ab memang terkenal seorang yang sangat efektif dan kreatif mengetuai apa-apa sahaja program dakwah yang dijalankan.

Nama Mus'ab meniti di bibir sekalian muslimat. Siapa yang tidak jatuh cinta dengan kesolehan seorang lelaki yang berjiwa daie seperti Mus'ab. Wafirah tidak senang dengan keadaan tersebut.

"Heh, korang ni dok puji-puji Mus'ab, korang tak tahu apa perangai Mus'ab sebenarnya." Wafirah galak membuka cerita.

"Maksud Fira apa?" soal Jawahir.

"Ja, Fira pernah nampak Mus'ab bagi hadiah kat Sumayyah. Tersengih-sengih Sumayyah dapat hadiah dari Mus'ab." jelas Wafirah.

Lima orang muslimat yang berada di situ terkejut. Semua mata tertumpu ke arah Wafirah.

"Enti biar betul Fira. Ana tak percaya Mus'ab macam tu. Besar fitnah ni Fira.." kata Dahlia, pembantu setia Mus'ab.

Wafirah tidak berpuas hati. Terus diulang ceritanya melihat adegan kasih sayang antara Mus'ab dan Sumayyah. Malah ditokok tambahnya sedikit demi sedikit supaya ceritanya lebih menarik.

"Lepas Mus'ab bagi tu, Sumayyah sengih-sengih dan ucap terima kasih kat Mus'ab. Mus'ab pun balas senyum Sumayyah. Aduh, menyampah ana tengok perangai Mus'ab yang sebenarnya. True color Mus'ab tu dah ternampak jelas dah depan mata ana." cerita Wafirah, lantang.

"Kalau betul apa yang macam Fira cakap, kita kena tegur Mus'ab dan Sumayyah. Mereka bawa fitnah pada dakwah dan perjuangan kita. Ini tak boleh dibiarkan." Jawahir lebih rasional.

Cerita Mus'ab dan Sumayyah terus tersebar tanpa sempadan. Rasa hormat mereka terhadap Mus'ab kian pudar dengan tersebarnya kisah cinta Mus'ab dan Sumayyah. Mus'ab mula terasa sesuatu yang tidak kena apabila banyak arahannya yang tidak diendahkan oleh ahli jawatankuasa yang lain. Mus'ab mula rasa tidak sedap hati dan cuba untuk mencari asbab.

Mus'ab terus dibenci. Sumayyah pula dipulau tanpa khabar cerita. Kisah mereka jadi perbualan di segenap tempat dan setiap masa. Seolah-olah silibus usrah yang perlu dihabiskan.


Dalam satu mesyuarat, Wafirah ditaklifkan untuk menyampaikan tazkirah sebelum bermula sesi mesyuarat. Wafirah menggunakan ruang dan peluang tersebut untuk menghentam Mus'ab.

"Fitnah yang terbesar dalam dakwah adalah fitnah lelaki dan wanita. Kalau lelaki tersebut tidak mampu menjaga diri dari fitnah wanita, dia tak layak nak jadi pemimpin. Kata-kata dan arahannya tak layak ditaati. Sebab dia seorang pendosa. yang melakukan maksiat dengan mendekati zina." tazkirah Wafirah mendapat perhatian ramai ahli jawatankuasa. Lantang Wafirah bersuara dan sengaja hujung matanya mengerling Mus'ab yang tenang di kerusi hadapan.

XXXX

Itulah situasi yang kerap kali berlaku. Kita terlalu cepat menghukum dan terlalu cepat meletakkan persepsi sendiri pada sesuatu yang kita tidak tahu. 

Kita mengaku kita daie, tapi kita sering cepat melatah bila berhadapan dengan pelbagai situasi. 

Kita bersikap skeptikal. Kita penghukum.

Apa kita lupa bagaimana kisah Rasulullah apabila seorang lelaki datang kepadanya dan mengaku bahawa dia berzina? Bagaimana Rasulullah berusaha untuk menafikannya dan tidak mahu menjatuhkan hukuman sehingga lelaki tersebut mengaku sebanyak empat kali.

Ada seorang lelaki, yang sudah masuk Islam, datang kepada Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam mengakui dirinya berbuat zina. Nabi berpaling darinya hingga lelaki tersebut mengaku sampai 4 kali. Kemudian beliau bertanya: ‘Apakah engkau gila?’. Ia menjawab: ‘Tidak’. Kemudian beliau bertanya lagi: ‘Apakah engkau pernah menikah?’. Ia menjawab: ‘Ya’. Kemudian beliau memerintah agar lelaki tersebut dirajam di lapangan. Ketika batu dilemparkan kepadanya, ia pun lari. Ia dikejar dan terus dirajam hingga mati. Kemudian Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam mengatakan hal yang baik tentangnya. Kemudian menshalatinya” (HR. Bukhari no. 6820)

Rasulullah adalah contoh daie yang paling agung. Sikap pemaaf dan sangka baik yang baginda tunjukkan adalah qudwah yang perlu kita contohi sebagai seorang daie.

Bersangka baiklah pada mad'u dan orang sekeliling. Jangan terlalu cepat kita menghukum. Kita seronok menghukum sehingga kita terlupa untuk BERDAKWAH.

Kalau benar kita DAIE, dekatilah mereka. Tanyalah dulu apa urusan mereka. Selidiki dahulu tujuan mereka. Jangan terlalu cepat melatah, wahai daie. ;)

Berapa ramai orang yang lari dari ISLAM kerana kesilapan para DAIE itu sendiri?

Bermuhasabahlah.

Kadang-kadang, kerana sikap kita yang jumud dan tidak selari dengan apa yang ISLAM ajar, membuatkan orang jadi benci pada ISLAM itu sendiri. Sedang kita mengaku kita daie. Kitalah pendakwah paling agung! Kita penyampai risalah suci.

Wahai para pendakwah sekalian, jangan kerana kita, orang menjauh dari ISLAM.
Jangan kerana kita, ISLAM dipandang serong dan diburukkan.
Sentiasalah perbaharui ILMU dan NIAT sebagai pendakwah.
Jangan semborono melakukan dakwah tanpa ILMU yang berterusan di cari dan digali.

Mintalah petunjuk ALLAH dan pandulah hati dengan WAHYU ALLAH. Agar tanggungjawab sebagai daie bukan kita jalankan sewenangnya. Tapi, tanggungjawab sebagai daie itu kita tunaikan penuh hemah dan tepat.

Saya sudah terlalu sering bertemu dengan daie yang suka menghukum. Malah kadang-kadang diri sendiri juga termasuk dalam kalangan tersebut.

Saya mula sedar, tugas daie adalah MENYAMPAIKAN KEBENARAN. Bukan menghukum dan menyalah tafsir. Kemudian hidup dengan dilemma dan penuh umpat keji pada peribadi yang tidak berdosa.

Kita suka salah tafsir. Kita rasa kita manusia paling sempurna. Sebab tu kita suka hukum orang.

Subhanallah.

Mari kita ambil iktibar dari kisah ini. Kita jadikan diri kita daie yang benar-benar daie. Daie ilallah!

^^

Wahai sekalian sahabat, maafkan saya jika saya pernah tersalah hukum. Maafkan saya jika hati ini sering tersalah tafsir. Sedang kita sepatutnya diajar untuk bertanya dan menyelidiki sesuatu sebelum menghukumnya.

Maafkan aku, dunia. Kerana aku menjadi daie yang skeptikal. Mengaku menyeru kepada ALLAH, tapi boleh jadi aku sebenarnya membuat manusia semakin jauh dengan ALLAH. Dan aku sebenarnya meletakkan diri sendiri JAUH dari ALLAH!


Apa yang kita lihat belum tentu seperti apa yang terlihat.
Apa yang kita dengar belum tentu seperti apa yang didengar.
Apa yang kita rasa belum tentu benar dan tepat fatwanya.

bertanyalah!
Siasat dan selidiklah.
Itu yang sebaeknya.

Allahu Akram! ;)
 


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 01, 2012

Kuatnya aku kerana adanya dia. ;)

1 comment:
Sejak dari kecil, aku rasa, akulah anak yang paling menyusahkan Ibu Ayah.

Mana tidaknya, semuda 15 tahun, aku kerap berulang-alik ke HUSM. Masih segar diingatan aku, sewaktu menunggu di ruang tunggu di HUSM. Lenguh aku menunggu, aku berbaring di riba Ibu. Tapi Ibu, saban waktu menunggu tanpa jemu. Berkali aku kata pada Ibu,
"Jom la balik. Sihat je ni."
Tapi, susuk tua itu tetap sabar dan jua, turut mengajar aku bersabar.


Tidak pernah bosan dia minta cuti untuk temankan aku ke hospital. Saban minggu. Saban waktu.
Kebetulan, waktu itu, nenekku juga di bawah tanggung jawabnya.
Dalam seminggu, boleh jadi 2 kali dia 'bertapa' di HUSM. Menunggu di ruang daftar. Menunggu di tempat menunggu. Menunggu di kaunter ubat. Kemudian balik. Bukan sekejap. Boleh jadi 6-7 jam.

Tapi aku tengok, Ibu tak pernah mengeluh. Berulang alik ke HUSM dari rumah, bukan dekat. Jaraknya memakan masa boleh jadi lebih satu jam, bila jalan jem.

Jumpa pakar itu, jumpa pakar ini, demi KESIHATAN anak dan ibunya. Walhal, kesihatan dirinya sendiri tidak diambil berat.

Pernah satu ketika, aku sakit agak teruk. Ibu terus membawaku ke hospital swasta. Perbelanjaannya, bukan kecil. Tapi bila Ibu sakit, aku syorkan untuk ke hospital swasta, tapi dia tetap menolak. Lantas terbuktilah, betapa sayangnya seorang Ibu pada anaknya. Melebihi dirinya sendiri. ;)

Pernah juga ak berputus asa dengan kehidupannya yang tidak seperti remaja lain,kala itu.

"Mati je lah. Senang sikit. Penat la macam ni."

Tidak pernah dia marah setiap kali keluar dari mulutku perkataan itu. Malah, dengan sabar dia memujuknya, untuk kuat dan tabah.

Sewaktu aku merasakan Allah menghantar terlalu banyak ujian untukku, dia mendengar segala rintih sayu. Aku tahu, dalam hatinya, jauh dia lebih sedih berbanding aku.
Sehingga dia pernah berkata kepadaku,
"Sebab dosa Ibu ke anak Ibu kena tanggung semua ni?"

Dan berkali juga aku kata pada Ibu,
"Insya ALLAH tidak. Allah nak kuatkan iman ibu, iman kakak. Kalau betul sebab dosa kita, bersyukurlah. Allah mengurangkan beban di akhirat dengan memberi ujian di dunia."

Sewaktu di Darul Quran, Kakak pernah menelefonku dan bercerita. Katanya, tadi Ibu solat Subuh di bilikku.
Seusai solat, Ibu ternampak gambarku di meja tulisku. Sakan Ibu menangis teringatkan aku dan ujian Allah untukku.
Waktu itu, aku terlalu yakin, Ibu juga sakit melihat aku sakit. Allahu Allah..
Tapi di depanku, tidak pernah Ibu tunjukkan rasa itu. Sedikit pun rasa gelisah itu, tidak pernah terpamer di wajahnya.


Sehingga kini, aku sudah besar panjang. Dah jadi anak dara pun. ;)

Dalam setiap kesusahanku, dia ada menemaniku. Tidak pernah bosan mendengar ceritaku. Walaupun cerita orang-orang yang tidak pernah dia kenal disini (UIA).

Dia mendengar, seperti dia mengenali mereka.
"Kawan kakak tu, nama dia ...... . Dia macam tak suka kakak je. Dia selalu buat muka dengan kakak..bla.. bla.."

Dan nasihat Ibu pasti neutral.
"Takpelah. Kakak buat biasa sudah la. Kakak buat tak tahu pun. Biar dia sakit hati sorang-sorang. Kita kena buat baik dengan orang, biarlah apa orang buat pada kita."

Nasihat Ibu yang membentuk akhlak seorang aku. Aku menuruti semua nasihat Ibu, sedayaku.

"Kakak jangan jadi orang yang suka meminta-minta. Allah tak suka orang yang meminta-minta. Kelak di hari akhirat, akan dapat seksa orang yang suka meminta-minta ni."

Setiap kali nak meminta-minta, nasihat Ibu inilah yang bermain di mindaku.

Dan satu lagi nasihat yang paling aku ingat,

"Kalau orang meminta, kita kena usaha beri. Kalau ada orang minta sedeqah, bagilah walau seringgit. Jangan diherdik orang yang meminta. Kalau ada orang minta tolong, bantulah selagi kita mampu. Kalau lihat orang susah, tolong, nanti Allah tolong kita."

Aku seorang yang 'mudah marah'. Setiap kali marah, Ibu tempat yang aku meluahkan lava gunung berapi itu. Tidak pernah dia bosan melayan semua karenahku. Malah, setiap luahanku, pasti dibalasbalik dengan nasihat bermakna dan peringatan yang baik. ;)


Pernah aku tak puas hati bila selalu kena menunggu orang yang lambat dalam berjanji.
Kata Ibu,
"Dia lambat, itu urusan dia dengan ALLAH. Yang penting kakak datang awal. Kakak teruskan disiplin kakak, nanti semua orang akan terikut-ikut. Jangan putus asa. Tepati janji.. Insya ALLAH, setiap kali kakak tepat janji, ada rahmat Allah untuk kakak. Jangan marah mereka yang lambat, kakak tegurlah mereka. Kata pada mereka, Allah tak suka orang yang bila berjanji, dia mungkiri. Itu munafiq. Kakak jangan jadi munafiq ya."

Bukan soal itu sahaja, soal hati pun aku kongsi dengan Ibu.

"Ibu, ada budak laki tu dia mesej kakak. bla.. bla.."

Nasihat Ibu selalu bernas.


"Jawab yang perlu saja. Yang tak perlu, abaikan. Jangan sombong sangat, nanti dibenci orang."

Malah, kalau saya meminati seseorang pun, saya kongsikan dengan Ibu.

"Kakak minat la tengok dia. Macam baik je."

Jawapan Ibu pula,
"Berdoalah kakak.. Lagipun kakak muda lagi."

Semua cerita aku kongsi. Sehingga aku terlupa dengar cerita Ibu. Aku selalu ingatkan diri sendiri, nanti call Ibu nak tanya cerita Ibu lah.
Tapi biasanya sebaliknya yang akan berlaku. Ibu yang akan menjadi pendengar setia. Dari cerita selipar hilang dalam kereta sewa waktu pergi KL, sampailah cerita aku minta kebenaran nak beli selipar baru. Semuanya Ibu dengar, dengan sabar. ;) Walalupun aku bertanya soalan bodoh, seperti,
"Selipar harga berapa kakak nak beli ni Ibu?"
Ibu tetap jawab,
"Yang selesa kakak pakai. Ok lah mana-mana pun. Asalkan boleh pakai lama."

Hebatkan Ibu aku. Sangat. ;)

Seperkara lagi yang aku paling terharu dengan Ibu.

Dalam soal perjuanganku. Sedikitpun dia tidak pernah menghalagku. Ibu menaruh kepercayaan yang tinggi terhadapku. Dia percayakan aku. Sangat. Dia harapkan aku, sangat. Dia yakin dengan aku, sangat. ;)

Dia percaya, aku tidak akan buat perkara yang tidak elok. Aku menjaga amanah 'percaya' ini.

Bila aku katakan aku bakal bermusafir kemana-mana, dia dengan pesanannya untukku, jua kiriman doa yang berterus buatku. Tidak pernah dia menghalang segala usaha baik yang aku mahu lakukan.

Malah, setiap kali aku lelah dan penat, pada dia jugalah aku mengadu.

"Lamanya meeting tadi. Tensi kakak. Adui."

Ibu tidak pernah berkata, "Tak payahlah pergi meeting lagi!"

Sebaliknya, dia menyuruh aku rehat secukupnya. Study bila sudah segar. Beli aiskrim untuk menghiburkan aku. Malah, menyarankan aku membeli supplement untuk aku kuat dan hebat. ;)

Malah, bila aku ditimpa kesusahan, dialah yang pertama akan membantu aku. Tidak pernah dia menyalahkan 'perjuangan'ku, sebaliknya dia yang mengingatkan aku, semuanya adalah aturan dari ALLAH. Dialah yang mengingatkan aku, semua yang ALLAH beri adalah yang terbaek dan pasti ada hikmahnya. ;)


Inilah apa yang Ibu saya selalu pesan. ;)

Dan sering kali ayat ALLAH ini menjadi peringatan,
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi...” [QS. al-Qashash (28) : 77]

Masih terngiang-ngiang syarah Ibu akan ayat ini. Kata Ibu, perkataan 'wabtaghi' didatangkan dalam bentuk fiil Amr. Maksudnya wajib cari AKHIRAT DULU. ;)
Rindunya nak dengar Ibu memberi motivasi. ;)

Katanya lagi, kita tidak bahagia dengan kekayaan harta, tapi kita tentu bahagia dengan kekayaan amal ibadah.

Kejar akhirat, dunia akan mengikutmu di belakang. ;)


Tsabatnya saya berdiri hari ini, dengan adanya sokongan dari seorang Ibu seperti DIA,
Che Norisah Norika.

Terima kasih IBU!


Sehingga satu ketika, saat aku meminta izin untuk ke 'medan perang' baru-baru ini.
Awalnya Ibu melarang. Aku yakin, larangannya kerana dia risau pada aku. Pada kesihatan aku. Dia tahu, betapa 'fragile' nya seorang anaknya yang bernama 'aku' ini. Dia terlalu tahu.
Lantas aku kata padanya, 
"Kakak nak pergi berjihad. Kakak minta kebenaran Ibu. Kakak sedih tengok semua kawan kakak pergi. Kakak nak sangat pergi. Kalau Ibu bagi kebenaran, kakak akan pergi. Tapi kalau Ibu tak bagi, kakak tak pergi. Ibu istikharahlah. Esok Ibu bagitau kakak, boleh join mereka atau tidak."
Esoknya Ibu membalas SMS aku,
"Semoga ALLAH mudahkan urusan kakak. Pergilah jika mudah..."

Terharu. Aku yakin, bukan mudah dia memberi kebenaran untukku pergi. Sebelum ini, dia cukup particular dalam soal 'medan perang'. Tapi aku yakin, atas dasar "PERCAYA", dia benarkan aku pergi, malah dengan doa. Sepanjang perjalanan ke 'medan tahrir', doa Ibu aku mohon melalui SMS. Tentunya, seorang Ibu di rumah tua di Pasir Mas itu tidak pernah berhenti mendoakanku. Lantas, kerana doa Ibu, aku selamat dan segala urusan dimudahkan ALLAH. 
Pulang dari "medan tahrir", aku sakit seluruh badan. Nak ke kelas pun, terpaksa 'berjihad'. HEHE. 
Bila aku khabarkan pada Ibu, tidak sedikit pun dia menuding jari padaku. "Sapa suruh pergi cari pasal kat sana."
Tidak sesekalipun dia berkata begitu. Malah, dia suruh aku beli ubat, jumpa doktor. Katanya, 
"Itulah pengalaman!"
;)
Hebat sungguh Ibu aku. Terlalu hebat. 

Ujian yang ALLAH beri pada Ibu, aku sendiri tidak kuat mendengarnya. Tapi Ibu cukup tabah. Bukan aku seorang anaknya, malah dia ada lagi enam orang anak yang lain. Yang ada pelbagai mehnah dan masalah. Tapi wajah tua itu tetap tenang. Tetap tidak jemu memberi peringatan dengan nama Tuhan. 
Kuatnya aku hari ini, kerana ada seorang 'perempuan tua' yang sedang mendokongku. Mendoakanku. Memberi semangat dan inspirasi untukku.
Senyuman aku hari ini, kerana adanya seorang 'perempuan tua' yang menjadikannya indah dan bermakna. ;)
Hebat seorang Ibu. Hebat. Sehingga aku terfikir, mampukah aku menjadi Ibu sepertinya?
Aku selalu kata pada Ibu,
"Lepas ni kakak kawin, kakak harap suami kakak pun selalu sokong kakak. Selalu bersama kakak dalam medan ni. Ibu doakan kakak dapat suami yang baik ya. Insya ALLAH, yang paling penting, suami kakak sayangkan Ibu dan keluarga kakak macam kakak sayangkan Ibu dan keluarga."
Jawapan Ibu,
"Insya ALLAH, Ibu selalu doakan. Kalau nak suami yang sayangkan keluarga kita, kita pun kena sayangkan keluarga suami macam kita sayangkan keluarga kita. Insya ALLAH kakak dapat yang terbaek."
Terima kasih Ibu, atas semua pengorbananmu. Atas semua dorongan dan semangatmu. Atas semua bantuan kewanganmu. Aku tidak mampu membalas segala pertolonganmu. Tapi untukmu, aku sentiasa kirim doa istimewa buat ALLAH. 
Pada DIA yang Maha KUASA itu, aku mohon agar dilindungi seorang Ibu yang hebat. Aku mohon agar dijauhkan bala dunia dan akhirat. Jua, diberkati dan dirahmati senantiasa. ;)
Sekeping doa wajib untukmu Ibu,
"Ya ALLAH, pertemukan kami di syurga, Ameeen"

Seloka ni Kakak saya yang buat. ;)
orangnye garang pagi ke petang
Hebat memasak juga berperang
Kalau bising habisla kitorang
Tapi bak tetap disayang

Seindah secantik bulan purnama,
Cantik lagi ibuku tercinta,
guru agama yang paling disuka
kalau bercerita semua ketawa.

orangnya tegas suka tertawa
Dapat isteri kakza yang cantik
ali dan alya nama anaknya
hebat berbisnes penuh taktik

ini cerita benjamin button
makin berusia makin muda
Anaknya munir kawan bertimbun
ely dirumah diluar fiza

orangnye ensem manis dipandang
kawen ngan juriyah naim di dapat
khairil sedqi manager kilang
tegas orangnya suka menyakat

khalifa taufiq orang panggil die
cari isteri tak dapat-dapat
engineer pun die enjoy pun die
tapi kalau nangis dialah terhebat

Ini hanani yang suka makan
orang kate fotostat muka bu
rajin belajar rajin berjalan
dokter yang cantik juga pemalu

husna ini pelik orangnye
kadang manje kadang garang
penyakit die sume ade
tapi die tak henti berjuang

imam masjid nabawi cita-cita die
memang ridha anak yang bungsu
kalau bercakap palingla tak suke
manje tidak tapi rajin tolong bu

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, December 04, 2011

Mengenang Peristiwa 10 Muharram. ^__^

1 comment:
Jika berbicara tentang 10 Muharram, tidak ada yang dapat menghalang saya daripada mengingati pemergian Nenda terchenta setahun yang lalu. Kehadiran beliau dalam keluarga kami, sungguh bermakna. Pemergian beliau kami tangisi, kerana sejak perginya beliau menemui ALLAH, rumah kami tidak lagi menjadi 'pusat bacaan kitab'. Kalau dulu ramai orang datang, talaqi kitab dengan Nenda. Belajar macam-macam. Dari satu-satu kitab kuning Nenda baca dan ajar. Sungguh, merindui saat-saat kena buat air teh kat tetamu-tetamu. Tapi dulu waktu buat tu punya lah rasa tak ikhlas. Aduh. Ruginya. Sekarang rumah itu sudah sunyi. Masing-masing penghuninya sibuk dengan urusan masing-masing. Sesekali berkumpul, riang-riuh, cuma tahlil yang kami sekeluarga mampu hadiahkan. Ya, Nenda tidak perlu risau, beliau memang mewariskan anak-anak yang soleh. Cucu-cucu yang tak kurang soleh-solehahnya. Alhamdulillah.


Raya terakhir bersama Nenda. ^__^
Ya, saya rindukan Nenek. Semoga Allah mencucuri rahmat buat Arwah di sana. Pemergiannya 10 Muharram, hari yang mulia, Insya ALLAH. ALFATIHAH.










Teringat lagi waktu itu pengebumian Nenda, dan saya gagahkan diri berpuasa. Dengan harapan Nenek sihat daripenderitaannya. Tapi Allah mahu Nenek kembali. Gagahkan diri berpuasa, dan kenangan yang cukup indah apabila selepas balik dari kubur, saya, Abang dan Kakak pulang agak lambat, dan dengan penuh feeling naik motor beriringan, tiba-tiba azan. Waktu tu seronok sangat buka puasa. ^__^


Dan sekarang 10 Muharram bakal menjelma. (Selasa Nanti)


Mari kita berpuasa JOM. 


ALLAH SWT berfirman (maksudnya), "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu." (Surah at-Taubah, 9: 36)

Nabi SAW bersabda, "Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.

Kata Nabi SAW, "Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.

Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)

Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.




`Abdullah B `Abbas r.a berkata, "Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa `Asyura (hari ke-10 Muharam)." Nabi bertanya, "Puasa apakah ini?"

Orang-orang menjawab, "Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

" Nabi SAW pun berkata, "Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua." Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sejarah penetapan puasa `Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa `Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, "Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.

Ibnu `Abbas r.a berkata, "Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara."

Maka Rasulullah SAW berkata, "Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya." Ibnu `Abbas berkata, "Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu." (Hadis Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.

Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa `Asyura sebagaimana sabdanya, "Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Hadis Riwayat Muslim)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Jatuh Cinta : Fitrah Manusia Biasa ^__^

1 comment:
"Kak... Asma' jatuh cinta pada seseorang!"

"Jadi?"

"Asma' melihat potensi dirinya, Asma' mengharapkan dia menjadi imam buat Asma'."

"Jadi?"




"Asma' tidak tahu bagaimana mahu memulakannya."

Aisyah diam. Biar Asma' melepaskan gugup, biar Asma' tenangkan sejenak relung hatinya yang terbuai-buai perasaan.

"Asma' adikku sayang, berapa umur Asma'?"

"22 tahun."

"Di usia begini, wajarlah Asma' mempunyai perasaan ingin menyayangi dan disayangi oleh seseorang yang berlawanan jantina. Dalam erti kata lain, mempunyai rasa untuk berkongsi kasih dengan lelaki. Bezanya, Islam memberi garis panduan kepada manusia bagaimana untuk menyalurkan kasih sesama manusia diantara lelaki dan wanita."

"Jadi?"

Asma' memandang tepat ke wajah Aisyah.

"Kalau benar Asma' mahu, pinanglah dia!"

Hujung kata Aisyah memberi penegasan tetapi terselit dengan ketawa kecil.

'Ahhh... Masakan kak Aisyah suruh aku meminang lelaki.'

"Maafkan akak. Bagi akak, kalau Asma' benar-benar mahu berkahwin... Mahu memulakan langkah bagaimana, maka... carilah pasangan yang paling beriman mengikut pandangan Asma' untuk merisik status lelaki tersebut."

"Asma' malu lah kak!"




"Cuba Asma' lihat, berdasarkan apa yang dilakukan oleh suri tercinta baginda Rasul s.a.w., Khadijah r.a :

1) Khadijah mula mendengar kebaikan Muhammad s.a.w. melalui cerita-orang ramai yang sampai ke telinganya.

2) Khadijah menyaksikan sendiri akhlak Rasulullah s.a.w. melalui perbincangan bisnes.

3) Sinergi usahasama bisnes yang berlaku menjadi jalan mudah antara Khadijah sebagai pemilik perniagaan dengan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang diamanahkan membawa barang perniagaannya menjadi 'jalan mudah' untuk Khadijah mengukuhkan pandangannya tentang ketinggian akhlak baginda. Ini berlaku melalui pengamatan wakilnya yang bersama ke tapak niaga ( Syam ) dan melalui laporan perniagaan yang disampaikan secara langsung oleh baginda sendiri kepda Khadijah sebaik pulang dari berniaga.

4) Menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hasrat hatinya demi menjaga kehormatan dirinya sebagai wanita bangsawan, sudah pernah bersuami dan ketika itu bergelar janda.

6) Akhirnya, Rasulullah s.a.w. menghantar lamaran untuk mengahwini Khadijah r.a.

Cara ini halus, bertahap dan masih menjaga batas syara'. Mungkin ini boleh diijadikan panduan untuk seorang muslimah menyatakan hasrat hatinya kepada seorang lelaki yang diyakini akhlak dan agamanya.

Wallahu'alam." (credit : FB UmmuHusna)





"Apabila adik jatuh cinta, jalan disalahkan cinta tetapi tiliklah dulu bagaimana hubungan adik dengan Pemberi cinta. Kalau cinta manusia menghuni kanvas hati, memanglah payah nak menikmati cinta Ilahi. Kerana itu adanya perkahwinan, untuk menjadi tapak semaian kasih sayang yang haram kepada halal. Sebagaimana berdosa memegang tangan sebelum berkahwin, samalah juga mendapat pahala apabila menggenggam tangan pasangan."

Terkedu lagi.

"Apabila adik jatuh cinta, jangan disalah-salahkan kepada cinta tetapi musahabah kembali... Adakah cinta yang dirasakan itu hanya dengan nafsu atau terpandu dengan kompas dari Tuhan? Cinta itu indah dan hanya yang bercinta akan merasakan keindahannya tetapi cinta yang berteraskan nafsu dan maksiat akan merasa hangatnya cinta seperti bara api neraka. Semakin lama semakin panas dan membakar diri sehingga hangus. Cinta yang disandarkan kepada Rabbul Izzati insha Allah akan sentiasa terasa manisnya walaupun sekadar suam-suam kuku. 






Credit to : Puan Insyirah Solehah ^__^
Wallahua'lam
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 19, 2011

Kisah : Qaradhawi dan Misyar

No comments:


Qaradawi dan Misyar..

SEANDAINYA seorang wanita berhasil menggenggam dunia, berhasil mendapatkan semua anugerah penghargaan dari dunia dan berhasil mendapatkan semua kehebatan dunia, namun tidak mempunyai suami, sebenarnya wanita tersebut sangatlah miskin.

Dalam-dalam saya tanamkan persepsi itu ke jiwa saya. Persepsi itu didatangkan dari lidah seorang nisa yang sudah memacakkan besi tekad yang tidak boleh digoyang gugat. Sebagai rafik yang setia, saya cuba menghulurkan seulas persefahaman.

Namun ruang fikir saya yang waras ini payah untuk menjumlahkan persetujuan. Saya risaukan nasibnya pada hari-hari mendatang. Nasib bakal zuriatnya yang akan dikemudi seorang pendayung sahaja. Sepatutnya, berat dayung di tangan suami, berat jugalah dayung di tangan isteri dalam menongkah samudera kehidupan yang sesekali dipukul gelora.

Biarlah masa depan itu datang sendiri. Jangan cemas dengan hari esok. Kalau hari ini aku mampu lakukan yang terbaik, insyaallah esok akan baik juga Nafeesah, kan?

Zulaikha yang saya kenali memang bijak menangkis hujah. Barangkali kerana kebijaksanaan itu jugalah tiada lelaki yang berani menitipkan cinta. Zulaikha, wanita bijak yang sudah terlajak usia, payah diajak mencari cinta kerana istiqamahnya terhadap kerjaya payah diinjak-injak dan sukmanya hanya terletak kasih ayahanda bonda. Cuma akhir-akhir ini dia telah terserempak dengan satu rasa yang menggetarkan tetapi indah!

Zulaikha menggilai Yusuf? Saya menduga. Polos.

Bukan menggilai. Mengagumi. Aku, Zulaikha, cintakan kesolehan seorang Yusuf. Aku pencinta akhlaknya! Aku mahu Yusuf menuntun aku ke pintu jannah.

Ayat Zulaikha tampak bersungguh. Saya memancing lagi.

Jangan kau carikkan pakaian takwanya, Zulaikha.

Insya-Allah tidak sama sekali, Nafeesah. Aku bukanlah Zulaikha yang mencintai Yusuf kerana ketampanannya hingga sanggup mencemar maruah! Aku sedar tanggungjawabnya untuk bahtera yang lebih berhak. Aku tidak akan membiarkan bahunya sendeng di akhirat nanti kerana gagal berlaku adil.

Iman

Saya rasa terpukul. Saya mafhum, ucapan itu mewakili perasaannya sendiri. Benar, Yusuf idaman Zulaikha tidaklah setampan mana. Kalau dibandingkan dengan Zulaikha, bagaikan pekatnya langit malam dan cerah bersinarnya suria pagi. Yusuf bukanlah jejaka pujaan gadis. Apatah lagi, Yusuf hanyalah penjual ikan di pasar borong. Namun, setelah mengenali Yusuf yang bergelumang dengan kehanyiran ikan itu, persepsi saya lantas gugur terjunam! Yusuf itu memiliki kewangian iman yang tidak jemu untuk dihidu! Yusuf itu memiliki sepersil ketenangan yang menjalarkan kebahagiaan!

Mata saya menombak ke wajah Zulaikha. Kecantikan yang sulit saya zahirkan. Wajah putih mulus, kening bertaut dan berhiaskan dua lekuk di tebing pipi, rupanya masih sulit untuk membeli hati lelaki. Barangkali kecantikan yang dilengkapkan dengan setambun ilmu dan kerjaya yang mantap itulah menjadikan lelaki ketakutan. Maka jadilah Zulaikha, peguam hebat yang bukan saja digeruni di dunia perundangan, malah turut digeruni oleh kumbang untuk cuba-cuba menghinggap di hatinya!

Nafeesah, kebahagiaan itu tidak terletak pada keturunan, harta benda dan kecantikan lahiriah, tapi kebahagiaan itu terletak pada agama, ilmu pengetahuan, kesopanan akhlak dan tercapainya cita-cita. Dalam hadis riwayat Imam Tarmizi pun ada menyatakan, semulia-mulia seorang suami ialah yang memberi agama kepada isterinya.

Begitulah kilah Zulaikha tatkala saya mempertikaikan mengapa mesti Yusuf? Yusuf yang kurang pada material, wajah, kedudukan, malah paling menjengkelkan kurang pada usia. Sedangkan Zulaikha dilebihkan segalanya, apatah lagi, Zulaikha yang telah dilebihkan usianya 10 tahun daripada Yusuf!

Ketika di dunia kampus bukan tidak ada yang cuba-cuba memetik mawar semerbak mengharum itu. Tetapi dia sendiri yang memejamkan mata terhadap panahan mata arjuna. Tidak hairanlah dia telah menukilkan dirinya sebagai pelajar terbaik.

Pengetahuan adalah tempat untuk kita berehat dan tempat berlindung pada hari tua. Jika kita tidak menanamnya semasa masih muda, ia tidak akan memberi perlindungan bila kita tua nanti, Nafeesah.

Itulah alasan sahabat saya yang degil itu. Apabila melangkah ke alam guaman pula, dia komited tanpa mahu menoleh-noleh lagi kepada cacamarba warna kehidupan.

Bekerja itu adalah medium yang terbaik supaya manusia cinta kepada penghidupan. Walaupun bekerja itu akarnya pahit Nafeesah, tetapi buahnya amat manis!

Itu falsafahnya sesudah mengejar cita-cita. Falsafah itulah menghadiahkan sebuah firma guaman yang gah, kereta dan rumah mewah hingga dia terlupa akan perjalanan sebuah naluri yang memerlukan sebuah perhentian. Dia lupa untuk jatuh cinta dan mengabaikan manis senyuman sang Adam. Dia membuat anologi, jangan tertipu dengan senyuman kerana sesungguhnya racun itu kadangkala dalam manisan juga.

Cuma akhir-akhir ini, setelah gemulah ayahanda bonda kesayangannya berangkat pulang ke alam barzakh, Zulaikha telah dihimpit kesunyian. Kesunyian itulah mendorongnya secara tiba-tiba mencari pelengkap hidup.

Betullah Nafeesah, orang pernah cakap, semua pengetahuan diperoleh melalui proses pembelajaran. Kecuali cinta. Cinta itu tumbuh sendiri tanpa perlu berguru.

Buat pertama kalinya dalam ukhuwah kami ini, dia tiba-tiba bersuara membenarkan cinta! Sungguh-sungguh buat saya rasa terpana.

Jangan terpaksa berkahwin kalau untuk hilangkan status andartumu, Zulaikha.

Nafeesah, kau tentunya arif sirah Khadijah dan Muhammad, bukan?

Soalannya sinis. Saya termalu. Ternyata Zulaikha cuba mengirimkan cintanya kepada Yusuf sebagaimana Khadijah cuba melakukannya kepada Muhammad. Khadijah, saudagar wanita yang sudah berusia, namun diberikan kekayaan oleh-Nya, terpikat dengan Muhammad yang jujur membawa barang-barang dagangan Khadijah yang diniagakan di Syam. Lalu, Zulaikha menjadikan saya seperti Nafisah binti Muiyyah, teman Khadijah untuk memanjangkan lamaran. Ya, saya mewakili Zulaikha untuk meleraikan hasrat kepada Yusuf. Bunyi macam sumbang, tapi itulah realitinya. Dan, reaksi Yusuf sendiri, terkebil-kebil, linglung, gumam dan hampir kehilangan diksi.

Nafkah

Tetapi kisah ini bukan benar-benar menyalin sirah Khadijah-Muhammad. Zulaikha menginginkan Yusuf yang sudah beristeri. Ketidakmampuan kewangan Yusuf, membuatkan Zulaikha merelakan sebuah perjanjian. Perjanjian bertulis, Yusuf sebagai suami hanya perlu memberi nafkah batin, sedang nafkah zahir sepenuhnya akan ditanggung oleh Zulaikha. Zulaikha tidak kisah Yusuf jarang-jarang bermalam di rumahnya. Sedangkan, Muhammad-Khadijah susah senang bersama.

Zulaikha mencuplik pandangan Mufti Mesir, Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali Jum'ah, yang menyatakan jika rukun-rukun nikah telah sempurna, maka sahlah perkahwinan itu dan dibenarkan jika wanita mahu menggugurkan hak yang berhak diperoleh daripada hal yang berkaitan dengan kewajipan suami. Seperti Sayyidah Saudah binti Zam'ah yang tidak mengambil hak bermalam bersama Rasulullah, sebaliknya memberikan hak itu kepada Aisyah r.a. Buat Zulaikha, dia berhajatkan ada buah cinta yang bakal tumbuh daripada pohon cinta mereka dan dia mahu membesarkan sendiri buah cintanya.

Cinta sejati tidak memandang wang, Nafeesah. Tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta, bukan?

Itu pendiriannya berkaitan prinsip-prinsip yang harus berdiri bersama cinta. Ya, kerana punya wang Zulaikha merelakan Yusuf tidak memberikan sesen sekalipun. Dia hanya menagih statusnya sebagai isteri yang dimuliakan dan dijanjikan jannah oleh-Nya.

Kau tahu, Nafeesah, wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pula pintu-pintu syurga. Wanita boleh masuk dari mana-mana pun pintu yang dia hajatkan tanpa dihisab. Malah, wanita yang taat pada suaminya, berpuasa dan bersolat, semua ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar buatnya.

Kelihatan Zulaikha mengumbar senyuman tatkala menceritakan sabda-sabda Nabi s.a.w itu kepada saya.

Zulaikha, perjanjian sebegitu tidak memenuhi maksud sebuah institusi perkahwinan. Surah An-Nisa' ayat 34 jelas mengatakan suami diwajibkan mencari nafkah untuk isteri dan keluarganya. Lagipun, nanti apa kata masyarakat? Masyarakat kita tidak boleh terima perkahwinan sebegini, Zulaikha.

Aku hanya akan fikirkan tentang orang-orang yang aku cintai. Sedetik pun aku tidak izinkan waktu aku untuk memikirkan tentang orang-orang yang aku benci. Kita diciptakan di alam keimanan yang begitu luas, namun acapkali kita menyempitkan jiwa kita dengan ketakutan, kesedihan dan ketidakpastian, Nafeesah?

Saya terkedu dengan hujah Zulaikha. Betapa beruntungnya hati yang dijadikan kediaman cinta, kerana cinta membuatkan Zulaikha melupakan urusan dunia!

Aku ingin menjadi seorang ibu. Aku amat berharap benih cinta kami segera subur dan menjadi buah yang boleh dipelihara penuh kasih sayang. Doakan aku, Nafeesah!

Pahit saya menelan impian Zulaikha. Zulaikha dan ibu tunggal tiada bezanya. Cuma beza dari segi istilah. Tetapi dia tetap adalah ibu yang ditinggalkan. Punya suami tapi boleh pulang sesuka hati saat mengidamkan tubuhnya. Pastilah benih yang akan lahir itu tidak akan mempunyai ayah sebagai model hidupnya. Berkali-kali saya mengingatkan tentang nasib anaknya yang pastilah akan kekurangan kasih sayang ayah andai dia memilih perkahwinan begitu. Saya terimbas ujaran Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily yang mengklasifikasikan perkahwinan pilihan Zulaikha ini sebagai makruh dan wajar dielakkan. Hukumnya makruh jika pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam keadaan yang sempurna.

Mendidik adalah pekerjaan hati, Nafeesah. Cukuplah doa solehnya sentiasa mengiringi aku dan anak-anak. Di luar sana, betapa ramai ibu tunggal yang mampu mendidik anak-anaknya hingga menjadi sebaik-baik umat. Tidak mustahil pun sekarang ni, seorang ibu dapat mendidik sepuluh anak tanpa suami.

Ahh, Zulaikha terlalu realistik. Hujahnya payah dipatah-patah. .. Dia terburu-buru mahu merasai perit nikmat mengandung. Dia terlalu menagih janji-janji pahala olehNya. Zulaikha tidak sabar saat mengandungkan janin dalam rahimnya, para malaikat akan beristighfar untuknya. Dia mahu Allah mencatatkan setiap hari dengan 1,000 kebajikannya dan menghapuskan 1,000 kejahatannya.

Zulaikha tidak sabar untuk melalui saat-saat sakit hendak bersalin. Keperitan itulah yang dijanjikan Allah kepadanya bagaikan pahala orang yang berjihad kepada jalan Allah. Saat-saat dia melahirkan anak, dia akan dikeluarkan dari dosa-dosa seperti keadaan ibu yang melahirkan. Apabila menyusui anak itu, maka setiap satu tegukan daripada susu ibu akan diberikan satu kebajikan. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Islam. Itulah bunga-bunga impian Zulaikha sedang berkembang.

Saya amat takut andai Yusuf sudah puas, rasa bosan akan menjelma tanpa bertunda-tunda. Saya takut Zulaikha akan dilepaskan tanpa belas, lalu menciptakan rafik saya itu seorang janda. Nauzubillah. Tetapi itulah yang paling saya takutkan. Kesolehan Yusuf belum cukup kuat untuk meyakinkan saya. Seperti sabda Rasulullah: Jika sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat kehancuran.

Adakah Yusuf impian Zulaikha layak menggalas amanah ini?

Sahabat

Wajar atau tidak, ijab dan kabul sudah pun menjadi milik Yusuf dan Zulaikha dalam walimah ringkas. Saya hanya dapat menjadi sahabat yang mendoakan kebahagiaan mereka. Meskipun Yusuf mendapat keizinan isteri pertamanya, namun keizinan itu tidaklah didatangkan dengan nilai kerelaan yang sepenuhnya. Maka mafhumlah saya, mengapa malam giliran Zulaikha bertunda- tunda. Zulaikha pula tidaklah memendam rasa kerana memang itulah kesediaannya selama in. Malah, dia makin memperdiarkan rasa terkilannya apabila dia disahkan bunting pelamin! Maha Mencipta Rabb!

Aku mahu Yusuf sendiri yang mengazankan anak ini nanti.

Itulah doa Zulaikha. Dia tidak jemu-jemu berbual dengan janin itu. Dia semacam tiada kerinduan kepada penanam zuriat itu meskipun sepanjang hampir sembilan bulan mengandung hanya beberapa kali saja Yusuf pulang. Alhamdulillah, mungkin berkat sabarnya juga, saat mengandung

langsung tidak mendatangkan masalah. Sesekali, setiap malam Jumaat Yusuf menelefon, Zulaikha akan menekapkan telefon genggamnya ke perut. Yusuf sedang mengalunkan ayat-ayat al-Quran ke pendengaran anak mereka!

Hari ini, pada 17 Rabiulawal yang indah, Yusuf menelefon saya mengkhabarkan seorang lagi umat Muhammad akan melihat dunia. Saat saya dan suami tiba di wad, syahdu mengiringi suasana tatkala Yusuf sedang mengalunkan qamat dan azan ke telinga suci bayi itu. Saya terkenangkan hajat Zulaikha yang sudah terlunas.

Saya menghampiri Zulaikha. Zulaikha yang masih lemah pucat, dengan lembutnya menggenggam jemari saya sembari tersenyum indah.

ooh, comel sunguh.. :) sangat sangat comel..
subhanallah.

tatau await la suke bayi lelaki berbanding bayi pompuan.. ehem3. fitrah..fitrah.
comelnya masya allah....

Nafeesah, putera bernama Al-Qaradhawi ini, akan aku tarbiahnya hingga menjadi ulama terkenal! Aku mahu tahu pula apakah pandangannya terhadap perkahwinan yang dipilih umminya ini.


Sukma saya sungguh berkocak-kocak tatkala menadah ayat terakhir Zulaikha itu.

Siti Hajar Mohd Zaki

Pembaca yang tekun,
Husnabaek.
Retrieved on 19feb2011. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, January 25, 2011

Kenangan : DQ,titik mula yang istimewa.

5 comments:

Bismillah Alhamdulillah.

Sekadar perkongsian apa yang boleh saya kongsikan. Apa yang menarik untuk dijadikan ibrah, tafadhal alaik.

Saya tertarik dengan pertanyaan anonymous di kotak formspring saya. Insya Allah, mungkin post ini tidak menjawab pertanyaan beliau, tapi sekadar sedikit bercerita. Insya Allah. Sebelum itu, post ini juga bersambung dengan post yang sebelumnya, lihat DISINI jika berminat.

Memasuki DQ tidak ada dalam perancangan hidup saya. Tidak pernah ada. Tapi ada dalam perancangan terhebat Tuhan yang menciptakan. Alhamdulillah. Hujung tahun 2008 kaki saya menjejak ke bumi barakah Darul Quran JAKIM. Bukan senang dan bukan calang-calang orang yang terpilih memasukinya. Ada yang terpilih, tapi terkeluar di tengah jalan. Hanya yang benar-benar bertuah mampu menghabiskan journey di sebuah tempat bernama DQ. Saya kira, rahmat Tuhan cukup banyak untuk saya kerana membenarkan hamba hina seperti saya yang tak henti melakukan dosa untuk berada di dalam sebuah bumi barakah. Besar hikmahnya untuk mentarbiyyah hati dan diri. J

Perjalanan hidup di DQ sungguh mendamaikan. Dengan rutin yang sama. Bangun tidur, bersiap ke masjid untuk solat Subuh. Kemudian dari masjid terus ke kuliah. 8 pagi hingga 11.30 pagi berada di dalam kelas bersama Pensyarah Tasmi'. Balik dari kels, berqailulah. Kemudian makan tengahari dan terus ke masjid untuk solat Zohor. Menunggu Asar di masjid sambil mencari 'modal' untuk tasmi' eso hari. Selepas tazkirah Asar di masjid, makan malam di DM (Dewan Makan). Kemudian balik ke bilik. Rehat. Bersiap untuk ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Kadang-kadang meluangkan masa berjalan-jalan menghirup angin segar di sekitar tasik DQ. Maghrib di masjid, sambung mencari 'modal' sementara menunggu Isyak. Selepas Isyak terus mencari 'modal' dengan bermujahadah di masjid sehingga jam 11 malam. Balik ke bilik, berehat, kemudian sambung mengulang untuk melancarkan hafazan esok hari. Rutin yang sama berulang hamper setiap hari. Ya, saya cukup 'baek' di DQ. Tanpa penglibatan dalam mana-mana gerak kerja. La ba'sa, ada hikmahnya. Tuhan mengaturnya dengan sungguh baik.

Mendengar rutin harian saya di DQ, saya sendiri rasa teruja. Wah, bagusnya saya dulu kala! Di DQ, setiap masa dengan Al-Quran. Nak pergi makan pun sempat mengulang lagi. Tapi sekarang nak baca sejuzuk sehari pun dah liat. Ighfirli yang Rabbil Alamin. L (Antara tips yang saya selalu kongsi bila ditanya, bacalah Al-Quran sejuzuk sehari. Mesti bahagia. Tapi sekarang saya sendiri mula liat untuk mengerjakannya. Dan dalam usaha untuk kembali Berjaya mengalunkan sejuzuk sehari. Sikit je tu. Sepatutnya 3 juzuk beb!)

Setelah 3 bulan saya di DQ, bertasmi' dengan Ustaz Wan Noor. Alhamdulillah. Pengalaman yang sungguh manis sehingga hari ini. Dan ukhuwwah antara kami kekal sehingga hari ini. Alhamdulillah. Ustaz Wan walaupun hanya satu semester menjadi pensyarah kami, tapi nyata rabithat antara kami cukup baik dan membahagiakan. Bukan saja Ustaz Wan malah bersama juga Kak Majdiah dan Busyra serta Asma dan kini ahli barunya, Hajar. J

Saya mula perasan perubahan yang teruk pada kesihatan saya setelah mendapat keputusan SPM. Seperti yang saya jangkakan, keputusan saya tidak sehebat yang ditarget. Sila baca disini untuk penjelasan. Sebelum itu, saya cukup biasa mengalami sakit kepala yang melampau. Doctor kata, itu migraine. Tapi lama-lama, mereka kata, itu bukan migraine. Saya pun penat melayan semua doctor dengan diagnosisnya tersendiri. Dari tingkatan 4 hingga di DQ, ibu ayah tak pernah henti membawa saya mencari penawar untuk segala yang saya rasa. Selepas SPM keluar keputusannya, saya sedikit kecewa dengan pencapaian saya. Tapi Allah sungguh menyayangi saya. Walaupun saya tidak sehebat mereka di DQ, tapi saya masih mampu bersama dengan mereka. Alhamdulillah.

Bulan Mac 2009, doctor mengatakan saya menghidap penyakit Hepatitis B. penyakit ini sungguh normal. Penyakit ini dikesan apabila saya tak boleh makan. Dan selalu muntah bila makan. Dan sepanjang itu,saya hanya makan buah untuk mendapatkan tenaga. Jarang saya mampu untuk makan nasi. Kalau makan, mesti keluarkan balik semuanya. Lama saya memendam rasa. Pernah saya mengikuti satu program di DQ. Dalam program yang membahagiakan, saya menjadi beban pada orang lain. Saya lembik,pucat dan terketar-ketar. Kemudian saya dihantar ke HUKM. Itu pengalaman yang sunggh memalukan. L Kemudian saya tidak berpeluang menyertai mana-mana program selepas itu. Kekecewaan yang berpanjangan sehingga hari ini. Hanya Allah mengetahui hikmahnya.

Apabila saya di diagnosis, doctor mengatakan kandungan darah saya sungguh pelik. Jumlah sel darah merah, sel darah putih dan platelet sungguh jatuh merudum. Di HUSM, pertama kali setelah mengelak beberapa kali, saya ditahan di wad. Kuasa Tuhan, walauun saya berada di wad dalam keadaan doctor sungguh bimbang dengan diagnosisnya, saya sungguh cergas. Macam tak sakit pun. Tapi pucat muka memang tak dapat disembunyikan. Bila doctor Tanya, "kenapa adik tak rasa lemah ke? Darah adik ada masalah ni.." Jawapan saya mudah, "Allah bantu saya dengan ayat-ayatnya."

Walaupun saya ditahan di wad, saya mampu berjalan sendiri. malah, mampu ke cafeteria dengan keluarga untuk makan sama-sama disana. Memang itu menghairankan. Saya juga hairan. Doctor kata, sungguh mustahil ini berlaku! Tapi bagi saya, apa yang Allah mahu, semuanya tidak mustahil.

Beberapa minggu saya terpaksa bercuti di Kelantan. Meninggalkan kehidupan sebagai seorang Mahasiswi di Darul Quran. Apabila saya kembali ke DQ, saya terpaksa berhempas pulas dengan persaingan mengejar 'modal' dan tahap hafazan. Sabahat-sahabat saya sudah jauh meninggalkan saya. Maka saya terpaksa bertungkus lumus menyaingi mereka. Dan Alhamdulillah. Satu nikmat yang saya sendiri tak terjangka, Allah memudahkan hafazan saya. Kadang-kadang saya mampu mentasmi' 10 muka surat dalam sehari. Pencapaian yang sungguh baik untuk saya, seorang yang baru mula untuk penghafaz. Dari situ, bertambah kekuatan saya. Tidak merasa lemah dengan ujian. Walaupun saya lambat daripada orang lain, tapi saya tetap berusaha. Dan Alhamdulillah. Sewaktu di akhir semester, apabila exam hamper menjelma, kekuatan saya semakin luar biasa. Saya masih ingat kata Ustaz Wan, "Dah tasmi' 13 muka! Bagus!" Ya, saya sendiri tidak tahu dimana datangnya kekuatan untuk menghantar 13 muka surat. Tapi saya yakin ,Allah sebaik-baik penjaga buat saya.

Kehidupan di DQ membuat saya menyedari kepentingan Ukhuwwah. Memandang DQ merupakan asrama pertama dalam hidup saya, maka saya cukup susah untuk menyesuaikan diri. Nasib baik kat DQ sebilik dua orang. Itu pun bilik cukup luas. Lagi luas dari bilik untuk 4 orang di CFS. Nikmat Allah tidak terhingga. J Alhamdulillah. Saya mempunyai masalah untuk berkongsi. Ini masalah yang sampai sekarang saya cuba atasi. Pernah saya mencuba untuk duduk di asrama ketika sekolah menengah dulu, tapi saya gagal. Semalaman saja sudah cukup untuk saya menelefon ibu supaya datang mengmabil saya semula di asrama. Tertekan apabila terpaksa berebut tandas, dan berkongsi banyak benda. Paling saya rasa tak selesa, apabila terpaksa tidur di dalam bilik seramai hamper 22 orang. Masya Allah. Itu dulu. Kini saya mula biasakan diri dan saya Berjaya. Tapi masih ada beberapa benda yang sedang saya perbaiki.

DQ, satu tempat yang damai dan indah buat jiwa. Jauh dari kesibukan kota. Hiruk pikuk bandarraya. Susah nak jumpa benda pelik-pelik. Melainkan kalau kita yag berusaha mencarinya. Kiri kanan bukit. J Malamnya cukup tenang dan mendamaikan. Sunyi dan ada ketikanya merdu dengan alunan Quran dari pelbagai jenis suara, pelbagai jenis surah dan muqarrar. Alhamdulillah. Barakah mmg barakah. J

Terlalu banyak memori yang saya cipta pada semester pertama di DQ. Marjan Hanani antara kenangan yang tak mungkin saya lupa. Usrah yang saya akan kenang sampai bila-bila. Allah. Jagalah mereka. Kini, adik beradik usrah saya sudah bertebaran di muka bumi, kembara ilmu. Alhamdulillah. Ada di Syria, ada di Mesir, ada di India, ada di UK. Alhamdulillah. Moga kalian Berjaya walau dimana kalian berada. Sesiapa yang pernah memasuki DQ, pasti kalian tahu apa auranya. Cukup saya katakan, saya rasa begitu harmonis di sana. J

Alhamdulillah. Saya Berjaya menghabiskan semester pertama. Walaupun keadaan saya cukup nazak saya kira. Darah saya terlalu rendah yang selalu membuatkan saya sakit kepala. Pening dan rasa nak pitam. Selera makan yang totally hilang. Dulu sungguh kurus. J sebelum Imtihan, saya diuji lagi, dua minggu saya balik ke Kelantan. Atas nasihat doctor. Saya masih ingat, saya bertemu dengan pakar dari mana entah. Lupa. J Beliau menasihati saya untuk berhenti belajar dan focus untuk teruskan rawatan untuk kesembuhan saya. Tapi saya menolak. Saya katakan, saya tidak mahu mati di atas katil hospital. Biar saya mati di medan jihad ilmu. Saya rela. Walau mungkin berjauhan dengan keluarga. Setelah itu, pakar tersebut menerima alasan saya. Setelah menyiasat latar belakang saya, saya masih ingat kata-kata pakar tersebut pada doctor saya, "This child is Al Hafizah. She's going well because the Quran. So you no need to worry on her that much. Trust me, she'll be well. And I think you know that this kind of blood is not same with this person who standing in front of us." Atau saya translate ke dalam bahasa mudah, "Budak ini penghafaz Al Quran. Dia akan sehat sebab Al Quran. Jadi awak takperlu risau padanya. Percayalah kata saya, dia akan baik-baik. Dan saya rasa awak tahu kedaan darah yang macam ni tak sepatutnya sama keadaannya dengan orang yang sedang berdiri dihadapan kita sekarang."

Saya lihat doctor saya mengangguk. Dan senyum pada ayah saya. Kemudian, doctor pakar tersebut kembali menghampiri saya, membuang drip IV yang ada pada tangan saya, kemudian berkata, "Just recite the verses one by one well. Then you don't need this anymore."

Saya gembira dengan pesanannya. Kemudian saya dibenarkan meneruskan pelajaran di DQ walaupun waktu itu abang dan kakak sungguh menghalang saya. Saya tahu mereka cukup risaukan saya. Saya tahu. Tapi saya tetap yakinkan mereka, 'I'll be doing well. Don't worry."

Dan akhirnya saya meneruskan perjalanan untuk semester kedua di Darul Quran. Menghafaz juzuk 10-20 daripada Al Quran. Saya sangkakan ujiannya sampai disitu. Tapi sayang, Allah masih mahu menguji kekuatan iman saya. Tidak disitu terhentinya ujian. Masih panjang rupanya jalan ujian yang Dia hadiahka buat saya. Jika dilihat kembali, saya sendiri tida menyangka saya mampu berada di sini seperti hari ini.

Azan Asar dah berkumandang. Nampaknya cerita ini tidak mampu saya sambung. Laungan azan melaungkan seruan untuk smebahyang. Seruan untuk mencapai kejayaan. Maka, saya mahu meyahut seruan itu. Mohon doa supaya mampu menyampung cerita ini untuk episode akan datang. Dan moga ibrahnya dapat dikutip dan seterusnya menjawab persoalan dari yang bertanya. Insya Allah.

Dah solat belum?

'


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.