♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label Tunang Nikah Kawin. Show all posts
Showing posts with label Tunang Nikah Kawin. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Bicara seorang ayah buat anak yang dibuai perasaan. ^^

No comments:
Wahai anakku,
Semasa engkau sering termenung dan murung, aku sedar kamu sekali lagi terkena masalah yang sama. Masalah engkau terlalu mudah membiarkan hatimu terikat pada seseorang.




Wahai anakku,
Sedarlah waktu hati engkau terikat pada seseorang, kamu akan melakukan segalanya untuk menggembirakan mereka dan membuat mereka senyum. Kamu akan terlupa mengenai kehendak kamu, kehendak orang lain menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada kehendakmu sendiri.

Tatkala ini, wahai anakku, engkau akan sentiasa memberi peluang kepada mereka, walaupun kamu tahu tidak berbaloi kerana tindakan mereka sering melukai hatimu. Kadang-kala mereka juga mengambil kesempatan pada engkau, dan kamu menjadi seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi.

Tapi kerana rasa sayang di hati, wahai anakku, kamu merelakan dirimu dilayan sebegini, kerana kamu merasakan asalkan mereka tetap berada di dalam kehidupanmu, kamu dah cukup berpuas hati. Walaupun mereka mengecewakanmu berkali-kali, kamu tetap berada di sisi mereka waktu mereka memerlukan kamu. Engkau merasakan itulah kamu, dan itulah siapa kamu yang sebenarnya.




Ingatlah tatkala kamu terikat dengan seseorang, di hatimu sentiasa ada tempat untuk mereka. Sebab itulah kamu susah melepaskannya walaupun mereka merompak senyumanmu.

Wahai anakku,
Aku sedar masalah kamu kerana aku juga pernah berkali-kali mengalaminya ketika waktu muda aku. Aku faham engkau malu bercerita pada aku mengenai perasaan di hatimu walaupun aku sedikit terhiris kamu merasakan aku tidak dapat memahami perasaanmu.

Ingatlah wahai anakku, kamu hanya insan biasa, dan kamu tidak mungkin dapat lari daripada terikat perasaanmu pada seseorang. Tapi kematangan dan pengalaman boleh membantu dalam menguruskan gelora emosimu tatkala kamu semakin membesar.




Aku nukilkan ini untuk engkau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar. Usah rasa malu pada aku, kerana aku tidak akan mencemuh mahupun memandang rendah padamu kerana kamu anak kesayanganku.

Jika kamu susah bercerita pada aku, ceritalah pada Tuhanmu. Mohonlah Tuhanmu membuka hatimu dan memberikan petunjuk padamu. Pastikan ikatan kamu pada Tuhanmu melebihi segala ikatan dengan manusia, dengan itu kamu tidak akan mudah terjerat dengan gelora hatimu yang terikat pada seseorang yang tidak mengerti untuk menghayatimu.

Dan kongsilah nukilan ini pada sahabat handaimu jika kamu terasa ini seolah-olah terkena pada sanubari hatimu.




Senyum


Bingkisan Ustaz Tuan Ibrahim benar-benar meyentuh sanubari anak muda. Tepatnya anak remaja yang sedang mencari diri. Jangan tidak mengaku perkara ini pernah berlaku pada kita. ^^

Saya mengaku. Ia pernah terjadi, malah sering terjadi. Bukan sekali dua. Dulu. Tapi sekarang, ia lebih berbeza. Mungkin kematangan dan pengalaman yang mematangkan kita. Tepat sekali kata Ustaz Tuan. Pengalaman dan kematangan membuatkan kita berbeza menangani perasaan yang sedang terbuai.

Semoga kita semua cepat matang dalam hubungan sesama manusia. Bukan saja berkenaan hubungan berlainan gender. Malah hubungan sama gender juga memerlukan kematangan.

Bersahabat untuk akhirat. Hati kita sama-sama digantung pada satu matlamat. Yakni matlamat tauhid yang ingin melihat Islam berdaulat. Insya ALLAH.


Semoga ALLAH merahmati Ustaz Tuan Ibrahim untuk tulisannya yang sentiasa menjadi ubat. Semoga ALLAH memberkati kita semua yang sentiasa mencari iktibar dan penawar buat hati yang sering terluka.

Salam 20 Ramadhan! <3 p="">


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Titipan mencari cinta buat yang masih single. ^^

No comments:
Susahnya mencintai manusia.

Kerana manusia itu tidak sempurna.
Sentiasa tidak lekang dengan kesilapan.

Mencintai manusia akan sentiasa membuatkan kita terluka.
Dan kecewa.

Terkadang aku tertanya-tanya.
Apakah yang membuatkan seorang kekasih setia pada kekasihnya?

Sering benar aku melihat sahabat perempuanku menangis kerana kekasih hatinya.
Malah sanggup berkorban pelbagai untuk kekasih hatinya.

Aku jadi tertanya sendiri.

Mencintai manusia itu tidak salah.
Asalkan kasih kita pada si dia tidak melebihi cinta kita kepada yang Esa.

Yang menjadi tanda tanya dihatiku,
kalau benar berkasih itu kerana ALLAH,
kenapa jalan yang dipilih dimurkai ALLAH?

Aku tidak tahu jika seorang perempuan itu tidak berdosa jika bergayut dengan kekasih hati.
Yang aku tahu, ianya berdosa.
Malah ditegah oleh agama seandainya suara wanita dimanja-manjakan dan tiada urusan penting antara mereka.


Aku tidak tahu jika kasihmu pada manusia bisa menggadai peraturan Tuhan manusia.
Aku benar tidak tahu.
Yang aku tahu,
jika kasih,
pasti mahu sama-sama ke syurga.
Jika cinta,
pasti mahu pimpin tangan bertemu yang Esa
dalam keadaan yang paling istimewa.

Aku terkadang curiga.
Kenapa manusia memilih cinta yang tidak halal.
Sedangkan ia tidak menguntungkan.
Malah cuma memberi beban.

Beban yang bagaimana?
Apa kamu tidak tahu apa bebannya?

Bebannya,
setiap dosa itu satu persatu, kecil ke besar,
semuanya dihitung Tuhan.
Dicatit pencatitmu kiri dan kanan.
Bukan dicatit semata-mata,
malah setiap tindakan tersebut,
dibalas dengan yang selayaknya.
Jika pahala, nikmat.
Jika dosa, azab.

Itulah bebannya.

Apa sanggup kamu menanggung azab seksa Allah semata-mata demi seorang yang kamu cintai di alam yang sementara ini?


Ahhh,
sedang cinta itu tidak kekal.

Berapa ramai yang bercinta bagai nak gila,
tapi bila sudah tua,
rasa cinta hilang entah kemana.

Tak perlu tunggu tua,
setahun dua,
hubungan cinta dah mula hambar.
Kasih sayang telah disambar.

Engkau tahu siapa yang menyambar?
Nah, itulah bahang neraka.
Yang digelakkan syaitan.

Berhentilah becinta yang tidak halal.

Susahnya teramat mencintai manusia.

Melainkan mencintai manusia mengikut yang disuruh Tuhan.

Tuhan suruh kita mencintai sahabat kita.
Mencintai saudara mara kita.
Mencintai keluarga kita.
Mencinta para guru kita.
Mencintai yang halal.

Itulah yang selayaknya buat manusia.

Bukan mencintai yang membawa murka.

Bersabarlah menunggu yang halal.

Kelak pasti akan tiba waktunya.
Andai bukan didunia.
Di syurga nanti tak terhitung nikmatnya.
Yang penting,
harus terus dan terus bersabar.
Menunggu penuh iman.

Insya ALLAH.

Allah tidak akan mengecewakan hambaNYA yang sanggup meninggalkan dosa keranaNYA.

Allah sentiasa ada, buatmu yang merindukanNya.

Semoga yang menjaga cinta, sentiasa terjaga.
Semoga yang menjaga cinta, dirahmati yang Esa.
Semoga yang menjaga cinta, dipertemukan cinta yang teragung buat manusia.
Semulia cinta Muhammad buat Khadijah.


Ya, bersabarlah.
Bersabarlah.

Sementara itu,
bercintalah dengan Yang Maha Esa.
Yakni Allah yang perkasa.

Itulah kecintaan yang hakiki.

Bercintalah dengan ALLAH, sampai akhir usia.
Sampai merentasi alam manusia.
Sampai syurga. ^^


Tinta permata,
Husnataqwa.
Penunggu cinta halal. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, July 21, 2013

Memilih : yang dicintai atau yang mencintai?

2 comments:
Semalam saya sempat berusrah dengan beberapa junior. Saya singgah sekejap cuma di masjid tempat mereka berusrah. Itupun atas permintaan. Saya tak sempat duduk di dalam halaqah tersebut lebih lama walaupun ianya sangat membahagiakan. Sebab terpaksa bergerak untuk ambil abang yang balik dari Kerteh. ^^

Sungguh seronok berada dalam halaqah yang penuh cinta tersebut. Rasa damai dan tenang meskipun ternyata kami tidak begitu rapat. Tapi dakwah dan matlamat itu yang mendekatkan hati-hati kami. Sedekat lutut yang bertemu sewaktu berada dalam bulatan gembira. Alhamdulillah.

Seusai saya berkongsi tentang perang Ain Jalut yang berlaku dalam bulan Ramadhan, saya meluangkan sedikit masa sekiranya mereka mahu bertanya dan berkongsi apa-apa dengan saya. Memandang masa sangat terbatas, saya terpaksa being very random. ^^

Pelbagai soalan yang mereka bangkitkan. Soal istiqamah, soal mujahadah dan pelbagai. Tapi satu persoalan yang paling lama dibincangkan apabila salah seorang dari mereka bertanya,

"Kak, saya nak tanya. Antara orang yang kita cinta atau orang yang cintakan kita, mana yang patut kita pilih?" soalan yang membuatkan mata saya terbeliak. 


Lama saya diam. Dan tersenyum berfikir. Susah menjawab soalan yang subjektif begini. Jawapannya bukan A. Jawapannya juga bukan B. Tiada jawapan yang tepat untuk soalan seperti itu.

"Kak, saya minta pendapat akak saja. Pendapat takde yang betul dan takde yang salahkan? Saya nak dengar pendapat akak." Dia bertanya lagi setelah saya sengih bagai kerang busuk yang mati idea untuk menjawab.

"Detail kan sikit lagi soalan boleh?" Dalih saya. Taktik untuk mencari ruang masa berfikir jawapan yang sesuai. Mereka baru habis sekolah. Masih belum cukup matang untuk saya berikan jawapan yang biasa. Saya perlu cari jawapan yang tepat buat mereka. Supaya mereka mengerti, hidup itu bukan saja berkenaan pilihan. 

"Ummi minta saya pilih saudara lelaki saya. Ummi kata dia dah lama sukakan saya, sejak saya kecil lagi. Tapi, saya sebenarnya dah lama sukakan classmate saya kak."

Saya tersengih panjang. Muda-muda pun dah rumit persoalan hidup mereka. Saya yang dah tua ni, haruslah ada persoalan hidup yang lebih rumit. ^^

"Ketepikan kedua-dua persoalan itu. Ia bukan soal memilih yang mencintai kita, atau yang kita cintai. Tapi ini soal memilih siapa yang lebih dicintai ALLAH."

Mata mereka berlima tidak berkelip memandang saya. Tutur kata dan ayat saya cuba jaga sebaiknya. Saya sedar, saya sedang berbicara dengan jiwa yang masih muda dan berkobar mahu memulakan sebuah kehidupan sebagai DEWASA.

"Maksud kakak?" soal salah seorang dari mereka. Kelihatannya mereka tertarik dengan pendahuluan saya, alhamdulillah.

"Iyalah. Cinta bukan segala-galanya. Rasa hati kita, dan rasa hati si dia, belum tentu tepat. Yang penting, kita memilih kriteria yang ALLAH mahu. Mana antara keduanya lebih dicintai ALLAH, itulah yang kita pilih." terang saya.


"Kalau yang mencintai kita lebih baik agamanya berbanding yang kita cintai, kenapa kita mesti memilih yang kita cintai? Mestilah kita pilih yang lebih baik agamanya. Kerana dia tentu lebih dicintai ALLAH. Bukan begitukah sepatutnya kita meletakkan harga cinta kita?" soal saya, menarik perhatian mereka agar berfikir.

"Kehidupan kita kan untuk ALLAH.." kata salah seorang dari mereka. Saya tersenyum. Mereka makin dekat dengan apa yang ingin saya sampaikan.

"Adik-adik, memilih jodoh itu bukan sekadar soal hati antara kita dan dia. Tapi ia adalah soal kehidupan selepas mati. Dan juga kehidupan sebelum mati. Dua-dua penting. Tapi kita kena pentingnya kehidupan selepas mati. Tak boleh abaikan kehidupan sebelum mati. Sebab? Sebab kehidupan sebelum mati yang menentukan kehidupan kita selepas mati. Jadi, itulah pentingnya memilih. Dan itulah dasarnya dalam memilih." terang saya panjang lebar sambil melihat telefon bimbit. 

"Maksud kak Husna, rasa hati kita bukan segalanya lah ya?" soal salah seorang dari mereka.

"Dik, rasa hati dan detik hati ni semuanya datang dari ALLAH. Tapi kadang-kadang ia bercampur nafsu. Bercampur bisikan syaitan. Dan bercampur kehendak peribadi. Sehingga kita menafikan yang hakiki. Rasa yang ada dalam hati itu lebih elok kita pandu dengan syariatullah dan sunnatullah."saya terus cuba menarik hati mereka agar memahami apa yang mahu saya sampaikan.


Mereka mengangguk. Saya risau jika anggukan mereka sekadar anggukan mengambil hati. 

"Faham tak apa akak maksudkan? Berperasaan itu tidak salah. Malah rasa itu tetap dari ALLAH." saya cuba memancing respon mereka.

"Faham kak, faham.. Maksud akak kita kena pandu hati kita dengan ALLAH kan? Apa saja yang terdetik di hati, kita kena amik guideline yang ALLAH sediakan.." terang salah seorang dari mereka.

"Pandai. Ahsanti! Bukan soal cinta saja tau. Dalam semua perkara.." puji saya. Aspek pujian dalam dakwah adalah seni yang essence untuk menyegarkan hati para mad'u.

"Then, kiranya saya kena buat pro and cons for both lah akak? Mana yang lebih baik disisi ALLAH, itu yang akan saya pilih.." kata orang yang bertanya. Alhamdulillah, ucapannya begitu menyenangkan hati saya. 

Benarlah, tiada yang lebih baek melainkan itu yang terbaek disisi ALLAH.

"Akak tahu tak, selama ni semua orang saya tanya, mereka jawab pilih yang sayangkan saya. Itu lebih baik kata mereka. Tapi hari ni saya dapat jawapan yang terbaik. Syukur sangat."luah orang yang bertanya.

"Mereka jawab tu betul dah. Mereka jawab pilih yang sayangkan awak kan? Hence, who love you more than ALLAH? No one. Only Him. So thats right!" saya memujuk hati mad'u. 


Dia datang sebelah saya dan memeluk bahu saya. Saya kaku. Kaku dengan tindakan drastik sebegitu. Waktu itu jugalah telefon bimbit saya memainkan lagu Sungai Lui nyanyian Aizat. Menandakan ada panggilan masuk. Panggilan dari Abang, yang saya nanti-nanti. Tepat pada masanya. :)

"Akak kena pergi. Abang dah tunggu di Kota Bharu." kata saya, alu-aluan untuk mengundur diri. Muka mereka kecewa.

"Sekejap sangat akak datang." luah salah seorang dari mereka. Saya tersenyum. Memang sekejap.

"Maaflah. Bukan tak mahu luang banyak masa. Bukan tak mahu.. Nak sangat sebenarnya.." saya cuba membuatkan mereka faham keadaan saya yang sangat ketandusan masa. Meskipun sukar untuk mereka memahami, tapi saya mohon dalam hati agar mereka berlapang dada dengan saya.

"Janji kakak datang lagi?" salah seorang dari mereka bertanya. Saya diam, tidak mampu memberi pengikat janji, bimbang tidak mampu ditepati. Bahaya berjanji. Memang ia manis didengari, tapi andai dimungkiri, itulah kata-kata yang akan dikenang dan boleh membuat manusia membenci. Itulah bahayanya berjanji.

"Nanti kita cuba cari masa. Kalau ada masa sesuai, kita jumpa lagi dialam realiti. Kalau tak, kita akan selalu berjumpa di FB.." play safe adalah moto hidup saya. ^^

Sebelum saya mengundur diri, 

"Akak bukan orang yang sempurna. Kalau entum tahu dosa apa yang akak buat, tentu entum tidak sudi mendengar apa pun dari akak. Tapi maha suci ALLAH yang memberi akak peluang bercakap dan berkongsi dengan entum. Apa yang akak kongsi dengan entum, semuanya dari ALLAH. Kalau dari akak, untuk mengeluarkan satuperkataan yang baik pun boleh jadi mustahil. Ingatlah, sandarkan semuanya dalam hidup ini kepada ALLAH. Kerana dari DIA kita datang. Untuk DIA kita hidup dan kepada DIA kita akan kembali."


Mereka sungguh tekun dan fokus. Saya kagum dengan kesungguhan mereka. Sedang saya tidak punya apa-apa, mereka sudi memberikan telinga untuk mendengar. Sedang saya hina dan pendosa, mereka sudi meluangkan masa bersama. Masya ALLAH. ^^

Itulah pertemuan pertama kami di alam realiti. Itupun permintaan kali keberapa dari mereka untuk bertemu di alam realiti. Hanya sekali mampu saya tunaikan. Kekangan belajar di UIA tidak membenarkan kami sering bertemu mata. Tapi insya ALLAH terikat hati dengan matlamat yang sama yakni menjadikan diri lebih baik.

Terima kasih buat adik-adik yang sudi menerima kehadiran saya yang banyak kekurangan. Yang sudi meraikan saya yang serba tidak sempurna ini. Alhamdulilla ala kulli hal. 

Harapan saya, moga adik-adik yang dirahmati ALLAH terus istiqamah mencari jalan mendekati ALLAH. Juga istiqamah mencari identiti diri muslimah yang terbaek disisi Rabbul Izzati. Doa saya buat mereka tiada henti. Dan moga saya dan mereka kelak diterima sebagai penghuni SYURGA yang indah. Allahumma Ameeeen. ^^




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, December 22, 2012

Isteri.

2 comments:

Hari ni sepupu yang kahwen hari tu,menelefon.

"Kak Una,seronoklah kawen. Hari ni Abang Imi bawak pergi Sudara beach resort."

Seronok dengar suara bahagia pengantin baru. Saya sekadar mengucap tahniah dan mendengar cerita beliau.
"Kak Una nak cakao apa-apa tak? Ada nasihat??"

"Huu,tengah busy ni. Nak pesan apa ya? Hem, dah ada suami ni, kalau betul sayang kat suami, jangan buat Allah marah. Kalau kita buat dosa,suami kena tanggung nanti. Sama-sama berusaha jaga rumahtangga. Kirim salam suami ya."

"Ok, kak Una. Thanks doakan. Semua orang tungu turn kak Una ni. Maaflah terlangkah bendul. Uhuk."

"Adeh, kak Una takkisah pun la. Tade istilah langkah bendul. Dah jodoh,masing-masing punya rezeki. Ok je nak langkah bendul-bendul ni. Asalkan kawen dengan cara baek dan terhormat."

"Haha, dah agak kak Una takkisah pun. Kak Una takpe, belajar tinggi. By the way, best sangat jadi isteri, ada orang sayang, ada orang jaga, ada orang ambil berat. Hooo,so sweet kak Una."

Saya diam. Otak tak sempat berfikir. Memang layaknya tempat seorang isteri disisi suami, dilundungi dan disayangi.

Bersyukurlah buat yang dapat suami penyayang,penuh cinta. Bersyukurlah dengan Allah atas nikmat yang besar.

Konspirasi nak 'cemburu'kan saya dengan cerita beliau tidak berjaya nampaknya.

Kerana bagi jundullah, perkahwinan itu bukan sekadar memenuhi tuntutan kasih sayang sesama manusia. Malah lebih dari itu.

Perkahwinan itu bukan sekadar untuk rasa disayangi dan dilindungi, malah matlamatnya jauh lebih besar dari itu.

Suka saya tegaskan dengan sahabat, perkahwinam tidak semestinya atas dasar cinta semata-mata. Cukup andai dilihat pada agama,akhlak dan perjuangannya. Hidup dengan orang yang kita cinta, belum tentu bahagia. Tapi hidup dengan orang yang mampu buat kita bahagia,pasti mendatangkan cinta. Dan sungguh, bahagia itu tidak ada selain dari lahir dari agama yang sempurna, akhlak yang mantap dan fikrah perjuangan yang jelas.

Saya kata pada Ibu,
"Tadi sepupu call,cerita seronok kawen."

Ibu tanya,
"Kakak jeles ke? Nak kawen jugak? Bawaklah calon.."
Saya gelak besar.

"Ksalau kakak nak kawen pun bukan sebab dia cerita seronok kawen Bu.. Kawen tu sehari dua nak rasa seronok bolehlah.. Matlamat kawen tu bukan nak seronok-seronok."

"Matang sungguh dah anak bongsu perempuan Ibu ni......."

Sungguh, menjadi isteri bukan sahaja untuk disayangi dilindungi. Malah,untuk membantu si suami membina mahligai untuk hidup bersama di syurga. Huh,tugas berat tu. Sebab tu kena mantapkan fardhu muslim! Jom?
Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, November 29, 2012

Baitul Muslim : Erti sebuah MIMPI

10 comments:
Penangan penat berhujan di tengah malam, terpaksa telan ubat sakit kepala. Apabila masuk waktu Dhuha, saya tidur, untuk hilangkan sakit kepala sebagai preparation untuk ke kelas petangnya. Walaupun hati sangat ingin melangkah ke library untuk persediaan kuiz Jumaat nanti. Apapun,migrain ni perlu di'raja'kan dulu.
Sekejap saja kepala mendarat ke bantal empuk, saya terus terbang ke dunia separa sedar.


"Bulan ni awak habiskan baca buku ni ya." kata Encik X sambil menghulurkan tiga biji buku.

Saya diam. Mengambil buku tersebut,membelek dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.

Saya menuju ke sebuah rak buku di tepi tingkap berhampiran sinki berwarna hijau. Kelihatan di situ, sebuah rak buku penuh dengan buku-buku sehingga tiada ruang untuk saya letakkan buku yang baru.

Belum sempat saya pusing ke belakang dan berkata, suara Encik X berbunyi,

"Takpe, nanti kita beli rak buku baru."

Saya tersenyum lagi. Saya pun pelik kenapa saya asyik senyum. Realitinya saya seorang yang talkative teramat, suka cakap, mengomel dan suka buat bising.

Tapi,satu perasaan yg saya rasa, begitu puas melihat rak buku yang dipenuhi buku itu. Perasaan yg tidak dapat dibicarakan.

you and me, sharing and giving. ;)
Kemudian Encik X berkata,

"Saya ada usrah malam ni, lepas tu ada meeting. Kita makan sebelum Maghrib ya?"

Lagi saya mengangguk dan senyum. Pelik,kenapa saya tidak bercakap.

Akhirnya jam loceng henset mengganggu ketenteraman tidur saya. Bila saya sedar, "Eh,kenapa rasa macam tak tidur pun?"

Sakit kepala berkurang, saya bingkas bangun. Saya ada date dengan Tuan Library hari ini. Mesti tunaikan.

Bila di library, saya terpandang rak buku yang penuh, teringat mimpi tadi.

 Saya tersenyum, "Cehh, nak sangat datang library sampai termimpi rak buku." Saya senyum sorang diri sambil menghadap nota Pharmacology.

Tiba-tiba terfikir, "Best jugak kalau mimpi tu jadi realiti kan. A house with thousands of book. Bestnya dapat suami yang cintakan ilmu!"


Tapi, lihat keadaan diri sendiri. Aku ni cintakan ilmu ke tidak? Atau asyik mengelak dengan majlis ilmu? Tu baru majlis ilmu, belum cerita berapa buku ilmiah yang dah habis dibaca. Tak cerita lagi keadaan ummat di Mesir, di Rohingya, di Palestin. Sejauh mana aku update?

Kalau buku akademik,sanggup berhempas pulas baca sampai hadam. Buku Manhaj Daurah Tadribiyyah pun tak habeh baca. Adehh.

Belum cerita Quran. Mengulangnya bila ada semangat. Kalau malas mengulang, nak sedapkan hati, buka MP3 Quran. Hampeh betul.

Part Encik X minta kebenaran nak pergi usrah, siap minta masak awal, boleh pula saya tersenyum. Indahnya rumahtangga kalau begitu. Aku meredhai perginya dia di jalan dakwah. Malah,membantu segala persiapan dia di jalan harakah. Bila fikir semula, diri sendiri pun kadang-kadang liat menghadiri usrah, rasa 'terpaksa' menghadiri daurah, penuh rasa malas datang program tarbiah. Ada hati nak dapat suami yang setia di lorong dakwah?

Kalau diri sendiri masih beralasan untuk ditarbiah, bagaimana nak relakan suami berpergian menunaikan tanggungjawab harakah? Diri sendiri masih belum memahami peri pentingnya gerak kerja tarbiah, bagaimana mahu menjadi tulang belakang kepada pencinta dakwah?

Memang isteri untuk dibimbing. Suami adalah pembimbing. Alangkah bertuahnya aku mampu meringankan tanggungjawab suami dalam mendidik isteri.  Sebagai tanda cinta dan kasih aku pada suami, tidaklah beliau berdosa kerana dosa isterinya.

Akhirnya, aku menerima hakikat diri yang masih serba kekurangan dan perlu banyak belajar. Perlu banyak memahami dan mendalami. Bercakap soal baitul muslim, bunyinya indah dan gah. Tapi pasti, menghiasinya perlu mujahadah dan tadhiyah.

Aku perlu banyak memberi di medan harakah, agar aku terbiasa untuk terus memberi meskipun kelak keadaannya berbeza.

Aku perlu banyak mencari manisnya berada di jalan tarbiah, agar kelak kemanisan itu berganda bilamana aku sudah 'berdua'.

Soal jodoh adalah peramcangan Allah. Aku cuma mampu bermimpi dan berimaginasi. Mengharap yang datang adalah rijalul harakah, syababul dakwah, yang hatinya terikat dengan Quran, jatuh cinta dengan masjid. Kelak,apabila datang ia kepadaku, aku harus tahu, dia bukanlah malaikat, yang sempurna dan cukup sifat. Tapi, aku dan dia akan menjadikan baitul muslim tapak rasmi menjadikan kami lebih hebat, lebih mantap. Perkahwinan bukan penyatuan jiwa yang sempurna. Tetapi, aku mahu jadi pelengkap dimana kurangnya dia dan berharap dia menjadi pelengkap dimana kurangnya aku.

Nota Pharmacology masih bersih. Aku ambil sekeping kertas dan aku tulis,

"Encik, one day we will walk along the way to Jannah."

 

Simpan kertas tersebut, di tempat yang sukar dicapai. Aku tidak boleh kerap hanyut dengan perasaan dan angan-angan. Didepanku ada pelbagai urusan yang perlu segera aku titikberatkan. Sedang soal jodoh itu, bila ia datang, alhamdulillah. Dan jika belum sampai detik waktu, aku tetap akan menunggumu di batas waktu.

Tarik nafas dalam-dalam. Hembuuuus. Fokus pada nota Pharmacology dengan khusyuk. Dengan harapan my other half juga begitu itqan menuntut ilmu. =)

Such a very jiwang post. Sorry. It just comes from the bottom of the heart. Mimpi yang memberi erti sejuta muhasabah buat diri!


Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, October 03, 2012

@ Terengganu : Walimah Dalila dan Rafiq

6 comments:
Kelihatannya saya sedikit sibuk akhir-akhir ini,lantas blog pun jarang dipaut. Berbanding FB yang senang dicapai menggunakan aplikasi android.

Sibuk dengan akademik. Itulah yang paling ketara. Mana tidaknya, dengan contact hour yang agak mencabar dan dengan subjek yang memang pergh*, asyik ada presentation saja. Minggu ini saja, ada 3 presentation. Cool, cool. Memang rasa cool setiap kali presentation. ^_^


Sabtu yang lepas, saya bersama Fathiah Radzi, Nurul Aimi, dan Zakirah Khairudin menjejakkan kaki ke bumi Terengganu. Dengan satu harapan, mahu memenuhi jemputan walimah sahabat GEN9 di Batu Buruk, Terengganu.

Perjalanan berbekalkan sehelai sepinggan dan beberapa keping not sebagai persediaan.

Sepanjang perjalanan pergi, everyone dalam hati rasa gembira. Eksaited kot nak attend majlis kawen sahabat. Dulu kat DQ main kayak sama-sama, iadah kat masjid sama-sama, pergi program sama-sama, dan yang terpenting kena marah dan torture dalam program haluan siswa dan ribatul mawaddah sama-sama. Oooh, kenangan kot semua tu.

And all those things yang mengikat hati kami sampai hari ini dan selamanya, insya ALLAH. Selain ikatan Quran itu sendiri. Walaupun hampir 3 tahun tak bertemu muka, rasa nak attend majlis walimah beliau sangat tinggi. Itulah hebatnya ukhuwwah. ^_^

Setibanya di Terengganu, agak malang sebab tak sempat nak dengar lafaz sakinah dari Encik Rafiq. Sampai di Masjid Terapung, mereka sedang bergambar dengan riang gembira. Allah, terlepas lagi. Bahiah kawen pun terlepas, kali ni pun terlepas. Wajah semua orang sedih sebab tak sempat dengar khutbah nikah. Ahha. ^_^

Selepas akad nikah di masjid, kami terus follow kereta pengantin ke rumah beliau. Dekat saja dari masjid tersebut. Sampai kat rumah pengantin, perut dah bunyi-bunyi. Maklumlah dari Kuantan tak jamah apa-apa lagi. Jimat duit. ^__^ Bila tuan rumah ajak makan, takde dalih-dalih dah, terus pergi makan. ;p

girl talk.
jeng jeng jeng
Selepas makan, we are waiting for the bride beserta rombongannya datang. Waktu ni, we had a girl talk, OK. Very nice girl talk. Waktu ni semua jadi eksaited nak dengar cerita pengantin. Macamana kenal. Bila kenal. Bila tunang. Kenapa pilih dia.

Dan dalam banyak-banyak soalan, soalan kenapa pilih Rafiq paling saya suka jawapannya.

"Kenapa Uda terima Rafiq? Mean.. secepat ini? Dan how about ur family?"

Biasalah, soalan psiko. ^_^

Agak cepat sebenarnya. Walaupun beliau sudah mengenali Rafiq dalam persatuan di bumi kinanah Mesir, tapi secara officially kenal sangat baru. Kenal aje, terus bertunang pada Syawal yang lalu. Dan Aidil Adha belum pun lagi, mereka sudah diijabkabulkan.

Saya sekadar tertanya-tanya, apakah kekuatan yang ada pada beliau.

Jawapan pengantin yang membuat saya kagum,

"Entahlah adik. Sebab Allah mudahkan everything. Sebelum ni ada orang masuk, semua macam payah. Tapi kali ni, bila Rafiq datang, mak ayah dan semuanya jadi mudah. Dan Allah mudahkan sampai sekarang."

Subhanallah Subhanallah.

Dalam hati saya, saya berkata, hasil istikharahmu yang berpanjangan. Allah pasti mudahkan jalan untuk yang terbaek buatmu, Uda!

Antara soalan lain yang saya eksaited nak tahu, kenapa kawen awal? Why dont wait for another year, maybe?

Jawapan pengantin, "Rafiq taknak berkawan lama-lama."

Rafiq looks like very gentleman in this story. *alhamdulillah. He is the right person for my Uda Dalila. Alhamdulillah.

Saya tumpang gembira dengan perkahwinan mereka. Encik Rafiq yang pada awalnya kelihatan agak kekok, tapi rupanya sporting juga. Beliau melayan saja rakaman video temuramah dari kami yang nakal-nakal ini.

Soalan saya buat Rafiq pula,
"Apa harapan Rafiq buat Dalila?"

"Semoga jadi isteri solehah. Penjaga kewangan yang baik. Ibu yang mithali buat anak-anak."

Pergh* Perancangan lagi jitu dan rapi. Jauh sisi pandang Rafiq.

Konklusi, M.A.T.A.N.G. Patut dah boleh kawen. ^_^

Both of pengantin kelihatan sangat malu-malu antara satu sama lain. Walaupun sudah berkenalan di dalam persatuan, perkenalan tersebut adalah atas dasar kerja dan profesional, tentunya. Perkenalan yang serius ini sangat baru bermula. Haruslah masih malu dan segan antara satu sama lain.

Saya kerap mengusik Uda bila beliau asyik memanggil suaminya dengan panggilan 'awak'.

"Uda, panggil ABANG la.."

Mukanya terus merah padam. Malu sangat Uda aku ni. ^_^

Very nice moment, walaupun sekejap, tapi berpuas hati menghadiri wedding ini. Dapat bersama pengantin dan berborak mesra.

Majlis mereka cukup simple. But nice. Full with barakah insya ALLAH.

Alfu Mabruk Uda Dalila dan Rafiq.

Kami bertolak balik sekitar jam 4 petang. Sempat merayau ke Giant Terengganu. Jalan di Terengganu sangat jem sesak. Teruk sangat jem. Stress. Seriously stress.

Kata Fathiah,
"Tak payah nak stress sangat, terkahwin dengan orang Terengganu kang baru ternganga."

Ceyt, takde terkahwin terkahwin nya dalam cerita ni.

Dalam perjalanan pulang, semua pakat dok layan lagu syahdu. Berbeza dengan perjalanan pergi tadi, lagu Barakallah dan For The Rest of My Life dari Maher Zain diputar tanpa bosan. Aish, bila balik pakat buka lagu syahdu pulak.

"Sorang lagi dah kawen. Kita bila pulak?" Soal salah sorang dari kami.
Semua pakat diam. No answer for that such FUTURE question.

Bila didesak, saya jawab juga,
"Dalam masa terdekat ni aku takde pun perancangan nak kawen. So, aku serah kat korang la dulu untuk tahun depan punya wedding. Make sure jangan guna warna biru, itu tema aku. haha."

What a nice journey to Terengganu. Having a nice trip and alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Syukur dan syukur.

Kenduri siapa yang keseterusnya?
Dalam hati rasa nak konvoi ke Kedah je. ^_^

Wait and see who comes next for GEN9!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, September 27, 2012

Next Wedding of GEN9: Nordalila Ghazali

7 comments:
Malam itu begitu syahdu. Aidilfitri masih bersisa dan cuti saya di rumah masih ada. Sedang melepak depan laptop, dapat 'buzz' dari seorang adik beradik usrah sejak dari DARUL QURAN.


"Adik, Uda nak kawin, insya ALLAH 29 September nanti. Jemput datang Terengganu."



What? Terkejut. Seriously terkejut. Walaupun dah expected muka kawin awal, tapi bila dapat 'busyra' begini, amat mengejutkan.


Soalan saya pada beliau,
"Kawen dengan siapa?"
Eceh, mana tahu terkahwin dengan........

"Adik tak kenal kot. Bukan DQ pun..."

Alahai,tak semestinya banat DQ kawen dengan banin DQ. Tapi kebanyakannya begitu. jeng jeng jeng ^^
motivasi yang baek untuk Uda dan juga KAMI.
Ala kulli hal, alfu mabrur buat Uda. Akhirnya ada jugak dari usrah kita kawen awal.

Nordalila Ghazali, sedang belajar di tahun 3 di Mansoura Mesir. Bakal zauj juga sedang menuntut di Mesir, beza umurnya setahun. Kalau tak silap, bakal zaujnya ambil dentist, beliau pula bakal doktor muslimah yang gemilang, insya ALLAH.



Sewaktu sedang dalam kelas Pathology, beliau menghantar sekeping SMS kepada saya memaklumkan waktu akad nikah. Erk,kalau dah maklumkan personally ni, macam kena hadir je. ^^
Saya mengambil kesempatan bertanya perasaan yang sedang beliau rasa.

Kata beliau,
"Tak rasa apa-apa, sebab tak kenal sangat pun lelaki tu. Bercinta lepas kawen kan,adik.."
Sweet sangat. Gembira untuk beliau. Sangat gembira.

Kemudian saya kata pada beliau,
"Bercinta lepas kawen ni memang manis, tapi kena tinggi tadhiyah. Apapun, Insya ALLAH Uda bahagia. Dunia akhirat."

Lepas sorang, sorang membawa 'busyra' perkahwinan. Menandakan usia generasi kami dah tua. Uhuk, dewasa lebih tepat.

Ibu telefon dan berkata dengan gembira,

"Kak, ada orang pos kad kawen untuk kakak. Hahaha." Ceyt, gelak pulak Ibu ~

15 September baru-baru ini juga seorang sahabat GEN9 juga bernikah di Kelantan. Nik Tasnim Anuar. Dalam generasi kami, ada dua orang Nik Tasnim. Dan dua-dua dah kawen. Allahu yubarik alaikum!
Nama TASNIM ni memang kawen awal kut. ^^

Seronok dengar cerita sahabat kawen. Seronok juga pergi majlis kawen. ^^
Baru baru ini saya dan sahabat menghadiri majlis perkahwinan Br. Misuari dan Kak Syafizan di Pusat Rekreasi Air, BALOK. Seronok boleh makan sedap. Opss, seronok boleh makan tepi pantai sambil dengar lagu yang best sebenarnya. ^^
at wedding misuari

Insya ALLAH, saya akan mengusahakan diri menghadirkan jasad ke majlis walimah adik beradik usrah tercinta di Terengganu Sabtu nanti.
heading to majlis akad nikah Uda di Terengganu.

Majlis perkahwinan Dalila dan Rafiq akan diadakan di Masjid Terapung pada 29 September 2012, Sabtu nanti. Dalam perancangan, insya ALLAH akan hadir bersama sahabat GEN9 yang laen. Semoga ALLAH mudahkan urusan kami dan doakan selamat perjalanan pergi dan kembali. Sape nak ikut, JOM.



Wah, tak sabar nak jumpa pengantin!

Soalan lazim bila dapat berita perkahwinan, who's next? ^^
who's next?


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, August 27, 2012

3 Syawal : Jaulah Walimah ^_^

7 comments:


dashboard lovely lappy

Alhamdulillah, 3 Syawal bersamaan 21 Ogos merupakan tarikh istimewa buat mereka yang meraikan cinta. Kalau diikutkan, tiga insan bermakna dalam hidup saya, meraikan cintanya hari ini. Pertamanya sahabat baik sejak sekolah menengah, Nurhana. Tapi disebabkan 3 Syawal terlalu 'pack' dengan aktiviti keluarga + aktiviti Geng Konvoi, terpaksa saya meng'available'kan diri menghadiri akad nikahnya sehingga tengah malam. Dan mereka berdua selamat diijabkabulkan hampir jam 11 malam pada 2 Syawal. Tahniah Nurhana dan Muaamar Amin bin Othman. Kekanda kepada Mufidah Othman, sahabat se'DQ' dan se'UIA'. Malam akad nikah sempat beramah mesra dengan Kak Mufi dan keluarganya.

akad nikah My Bestfriend, Nurhana dan Muammar Amin.

 

Keduanya, majlis meraikan cinta sahabat se'DQ', Nurul Bahiah Shakiman dengan pilihan Allah untuknya, Hilmi Hatta. Hari tu janji dengan Geng Konvoi nak pergi akad nikah beliau, tapi disebabkan meeting drag berjela-jela, tak dapat memenuhi hasrat hati. Jadi untuk majlis walimah, kami gagahkan hati meredah segala 'jammed' ke teratak beliau di Jalan Bayam.


nurul bahiah dan zauj, hilmi hatta. 

Ketiganya, majlis trainer saya dalam bidang dakwah, Kak Mastura binti Razali. Kekanda kepada Mazlan Razali. Diijabkabulkan dengan pasangannya, Adham Hilmi. Alfu Mabruk. Waktu ke walimah Kak Mastura, sempat lagi dia tanyakan saya tentang perkembangan anak usrah di IKIP. Aduh, semoga terbinanya baitul haraki. Insya Allah. ^_^

Sebelum menghadiri walimah, saya menggagahkan diri menziarah ke rumah bapa saudara di Pendek, Kota Baru. Open House yang boleh dikatakan acara wajib bagi keluarga sebelah Ibu. 12.30 tengahari kami sekeluarga bertolak ke Kota Baru, Alhamdulillah, jalan sesak tapi tidak sebegitu teruk.

Di rumah Ayah Chik, saya masih dalam pantang. Tidak menjamah apa-apa makanan. Tengok makanan pun rasa nak muntah. Ujian betul di aidilfitri. Makanya, sekadar berukhuwwah dan mengasuh anak saudara yang memang 'lasak'.



Anak saudara saya, Munir bersama sepupunya, Ahmad Naim  di rumah Tok Chik






















Memandangkan berjanji dengan Geng Konvoi untuk berkumpul di depan Balai Islam Lundang, pukul 2.30 petang, maka selepas menunaikan Zuhur berjemaah saya terus bergerak ke Lundang. Nak dijadikan cerita, saya tiba agak awal di Lundang, jalan sesak, tapi untunglah bertolak awal, maka tidak lambat.  Sedang menunggu Geng Konvoi depan Balai Islam, Ibu menelefon, bertanya kunci kereta CRV. Sekali bila saya tengok dalam beg, kunci kereta CRV itu tersenyum dengan bangganya pada saya. Pada mulanya, dari Pasir Mas ke Kota Baru saya pandu CRV. Untuk ke konvoi, saya minta kunci Kancil pada Abang. Tapi terlupa nak buat sistem barter, menyebabkan dua kunci kereta ada pada saya.

Punyalah dalam hati cuak. Macamana depa nak pergi beraya ke rumah-rumah terbuka? Mustahil untuk saya kembali ke Wakaf Che Yeh dan memulangkan kunci. Jalan sesak, dan terlanjur berjanji 2.30 petang dan wajib menepati janji. Tambah pula orang yang decide masa, adalah diri sendiri. 

Alhamdulillah Ibu dan Abang tidak memaksa saya pulang, sebaliknya banyak amaran keras diberikan supaya balik awal. Kebetulan ada open house di rumah kakak ipar, Kak Farah. Abang kata, wajib pergi. Padahal kalau saya tak pergi, depa rasa sunyi. ^_^ Pastu paksa-paksa orang pulak. Masa minta kebenaran nak pergi kawen kawan pun, dah buat muka. Ceyt.

Setelah berjaya mengumpulkan semua orang, tiga biji kereta dan sebuah LC (macam canggih namanya, ianya sebuah motosikal), kami menuju ke Jalan Bayam. Nak dijadikan cerita yang comel, Geng Konvoi tiba-tiba bertambah dengan kehadiran senior tahun tiga kuliah Farmasi. Dengan penuh tiba-tiba dan suspennya, terkonvoi sama-sama. Ingatkan sapa yang call dan tanya jalan ke rumah Bahiah, rupanya Yang Berhormat beserta kawan-kawannya!

Tapi suasana sedikit suram bila motosikal yang sebuah tu dah sesat sampai ke wisma. Ingatkan depa follow belakang, rupanya dah terkehadapan. Mereka bukan sesat, tapi mereka lagi tahu jalan sebenarnya. ^_^

Dengan penuh sabar menunggu kedatangan mereka. Macam stress petakan jalan pada 'adinda' tersebut, tapi nasib baeklah dia cool. Cool sokmo~ Cakap pasal Jalan Bayam dengan orang Pasir Mas, haruslah. =.=' Saya rasa beliau pun tensi dengan saya. Tapi untunglah kesabarannya tinggi.

Kami masuk bertemu mata dengan pengantin, Nurul Bahiah dan Hilmi Hatta. Erk, yang muslimin jumpa zauj, yang muslimat jumpa zaujah sajalah. Tapi waktu ambil gambar dengan penngantin, sebab nak cepat, tak sempat nak cari muslimin. Rupanya dibawah pokok, menanti 5 MINIT yang dijanjikan. ^_^ Janji ditepati!




Perjalanan diteruskan ke Paya Rambai. Erk, entah betul ke tidak nama tempatnya. Teratak baru Mazlan Razali, adinda kepada Kak Mastura Razali, kami jejak. Walimah Kak Mastura dan Adham Hilmi bertemakan hijau, sampai air minum pun hijau. Darah pun confirm hijau ni. Erk, dan yang penting, undi pun harap-harap HIJAU. ^_^





Tapi kali ni, muslimat pulak tersesat. Gara-gara hilang punca di lampu isyarat. Kali ni yang jadi leader adalah LC, disebabkan LC adalah motosikal, maka beliau akan selalu berada di depan, dan meninggalkan kami dalam kesesakan lalu lintas. Sebagai pemandu yang 'sangat berhemah', alhamdulillah sempat jejak LC, tapi sebiji kereta Myvi hijau tertinggal di belakang. Lama juga tunggu mereka cari jalan. At last, kena hantar tiga orang 'guard' tolong tunggu tepi jalan. Nasib baik semua hati baikdan tak payah suruh pun dengan sendirinya pergi tunggu. Memang calon menantu yang baik. ^_^

Selepas semuanya selamat jejak rumah Kak Mastura, kami bertemu dengan pengantin. Bagi hadiah yang harganya agak 'lumayan'. Haha. Dengar harga hadiah, sebakul muslimin berleter. ^_^

Geng Konvoi with Kak Mastura dan Adham Hilmi.
^_^


Di rumah Kak Mas, saya sekadar minum air. Mana nak tenang, telefon bimbit tak henti berbunyi. Lepas Ibu, Abang pulak yang call. Kami cepat-cepat ambil gambar dengan pengantin dan saya terus bergegas pulang ke Wakaf Che Yeh. Sementara muslimat lain meneruskan sesi menjamu selera di rumah Kak Mastura. Kata Asyitah Idris, tak tahan tengok kerabu perut. Kasihan mereka, disebabkan saya dalam 'pantang', depa tak dapat menjamu selera dengan tenangnya. Bersalah sangat rasa. Sepanjang perjalanan menuju Wakaf Che Yeh, tak henti-henti dihantui rasa bersalah. Ini semua salah kunci CRV yang tersenyum dalam beg biruku. Potong line sungguh. Kalau tak, rasanya family tak kisah pun balik sedikit lewat. Tapi untunglah mereka dapat menjamu kerabu perut. ^_^


Jalan menuju ke Wakaf Che Yeh sangat sibuk. Sejam juga dalam perjalanan yang sepatutnya 15 minit. Dalam hati bukan main cuak takut kena marah sebab sangat LALAI, terbawa kunci CRV. Habis abang kakak ibu ayah susah sebab kita. Planning depa terpaksa berubah sebab kelalaian saya. Mereka juga terpaksa balik lambat sebab saya. Tentulah, mustahil untuk saya bawa dua kereta dalam satu masa.

Dalam hati berdebar, drive bukan main laju, undang-undang jalan raya tak kisah dah + pulak sedih sebab tak sempat berlama-lama dengan Bahiah, dan Geng Konvoi yang kattang. ^_^

Tapi alhamdulillah Allah mudahkan. Ayah Ibu Kakak Abang semua tak marah. Sebut pun tidak. Tapi saya yang mengaku awal-awal, "Maaf, saya lalai. Lain kali tak buat lagi." Semua senyap dan tak respon apa-apa. Sekadar senyum dan paksa saya makan Mee Kari di rumah Kak Farah.

Kemudian kami sekeluarga pulang kerumah, keletihan. Kasihan tengok Aina Nuha tertidur kepanasan menunggu saya. Seriously, sangat rasa bersalah. Bersalah dengan kawan-kawan + bersalah dengan family.

Tapi kata pada hati, ini aturan Allah, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tapi kita manusia yang memang tak sedar akan hikmah Tuhan berikan. Bila saya tanya pada Ibu, "Ibu marah kakak tak? Kakak dah susahkan semua orang. Abang kakak marah kakak tak?" Tapi jawapan Ibu sangat cool, "Tak marah, bukan kakak sengaja kan? Allah yang aturkan begini begini. Tak payahlah kecewa. Kakak bukan jenis yang lalai, tapi kali ni kakak lalai. Peringatan Allah tu, kakak. Ada hikmahnya. Dah la, tak payah nak rasa bersalah. Abang Kakak semua OK, tak marah pun."

Senyum panjang dengar jawapan Ibu. ^_^

Balik rumah, kena ambil hati semua ahli keluarga. Walaupun depa tak marah, tapi tetap hati mereka akanku tawan. Rajin terlebih malam ni. Itu taktik nak mudah dapat kebenaran keluar selain daripada ceritakan dan kenalkan kawan-kawan kita pada parents dan keluarga. ^_^

Mungkin untuk cuti semester kali ini, inilah kali terakhir Geng Konvoi bersidang dan bertemu seta berkonvoi. Next planning, insya Allah ke Teluk Cempedak di Kuantan.
K.A.M.I


Kadang-kadang Allah beri kita ruang dan peluang untuk mengenali antara satu sama lain, dan Allah akan beri kita jarak. Jarak itu adalah ujian untuk kita. Sebenarnya, jarak itulah yang mendekatkan kita, walaupun mungkin kita terseksa. 

p/s : Tension tengok gambar sahabat rapat, sahabat se'GEN' kahwin. Dah tua bangka dah rupanya. Fokus Husna, Fokus. Jangan hilang fokus. HAHA *sigh




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, August 21, 2012

Bingkisan Aidilfitri ^_^

6 comments:

Alhamdulillah, berakhirnya Ramadhan diraikan dengan Aidilfitri. Hari merayakan fitrah yakni untuk kita semua kembali kepada fitrah, fitrah berTuhan.

Malam Aidilfitri, selesai memasak dan mengemas dengan abang + kakak, kami bersidang. Memperbetulkan niat merayakan Aidilfitri. Antara kata-kata Abang yang terpatri dihati,
Photo: di pagi hari raya......
with abang Ki dan Ahmad Naim.
"Hari raya ni kita satu keluarga dapat berkumpul sama-sama. Allah bagi peluang besar, nikmat yang banyak, berganda-ganda. Sebab tu, dalam segala hal kita kena letak Allah nombor satu. Raya ni kita bersederhana deh?"

 
Menjadikan Allah sebagai matlamat utama tampak senang, tapi melaksanakannya tentu sekali tidak mudah.

Pagi Syawal cukup tenang dan syahdu. Meskipun seorang kakak, Hannani Murni Indah tidak pulang beraya di kampung, suasana tetap damai. Sudah dua tahun kakak tidak beraya bersama kami dek kerana tuntutan jihad ilmu di Indonesia. Semoga Kakak diberi ganjaran yang setimpal dengan pengorbanannya.



Tema pilihan selepas syura adalah purple. Semua orang tampil bergaya dan sederhana dengan busana purple masing-masing. Paling comel kelima-lima anak saudara yang kelihatan sedondon.

Photo

Selepas solat sunat IdulFitri, tetamu mula datang. Sekaligus menjadikan kami adik-beradik sebagai multitasker. Kami semua buat JANJI,

Open House kali ni Ibu Ayah rehat je, biar anak-anak yang buat semua.

Dan janji itu terlaksana. Bermula malam hari raya lagi kami bertungkus lumus memasak nasi minyak. Belajar macam-macam benda baru. Ibu Ayah goyang kaki sajalah, anak-anak dah besar, menantu dah ramai.

Tetamu tidak putus-putus sehingga Isya'. Nak pengsan rasanya! Berapa kali kena masak nasi sebab nasi tak cukup. Yang jadi mangsanya yang perempuan. Abang-abang tu walaupun ramai dan gantang-gantang semuanya, masak nasi tetap nak suruh kita. Sabar sajalah*
Photo
Yang paling tak best bila ada orang tanya,

"Kakak belum bagi Amin duit raya lagi. Nak duit raya!"

Semua ingat saya dah kerja. Ceyt, muda lagi kot. Jiwa kanak-kanak lagi! Baru habis tahun pertama.  Tahun kedua pun belum jejak. Pening nak terangkan kat budak-budak.

Kalau orang tanya pasal jodoh, tak perlu jawab, ramai orang nak tolong jawab.

"Eh, baru tahun satu. Tahun depan pun belum tentu dia kawen. Acik baik tak payah tunggu kenduri dia nak datang ziarah lagi!"

Soalan yang lagi mencabar, orang tua zaman sekarang tanya, macam ni bunyinya,

"Yang nombor enam ni, menantu orang mana?"

"Eh, dia memang kena cari orang Kelate. Wajib dah orang Kelate. Kalau nak kawen orang luar, syarat lebih sikit. Orang Kelate baru kena dengan anak bongsu ni."

Ceyt, suka hati hempedu dia je nak jawab macam tu. Macam la boleh main pilih-pilih nak menantu orang mana. Abang saya memang melampau. Dah banyak kali dia jawab macam tu. Dia kawen orang Johor takpe pulak. Adeh. Nasib la jadi 'adik', semua benda orang nak tentukan bagi pihak kita. Bagi dia, kita ni budak kecik yang tak reti buat keputusan. Sabar sajalah* Yang penting, kita tahu, dia buat macam tu sebab dia sayang kita. Abang mana yang tak sayang adik. 

Raya pertama dihabiskan di rumah sendiri. Memasak, mengemas, dan yang penting makan. Banyak pula makanan sedap terhidang. Nasib baik penyakit nak muntah dari Kuantan masih ada. Makan banyak sikit je, terus keluar balik. Untunglah, dapat jaga makan. Tapi cemburu tengok orang makan macam-macam. ^_^

Raya kedua mula berjalan ke rumah sanak saudara. Ziarah dan bertemu dengan orang yang kita tak pernah kenal. Oh, rupanya dia saudara aku! Something new yang sangat nice. Comel kan? Rupanya kita ada ramai saudara yang macam jauh tapi dekat dengan kita.


Malam 2 Syawal pula saya menghadiri akad nikah sahabat baik sejak di MMPM. Akhirnya terijab kabul juga dua insan yang saya kenal sejak form 3 lagi.

Sejak dulu lagi mereka ni 'kenal', akhirnya kawen. Pelbagai badai rintangan, depa tetap cool je janji nak kawen.
Kadang-kadang saya terfikir, beruntung juga kawan baik saya ni, dalam hidup ni, dia kenal bakal suami dia je. Tak pernah 'kenal' dengan lelaki lain selain suaminya. Sejak form 3 tu, dia dengan suami dia dah rancang nak kawen. Waktu tu saya siap ejek lagi, cinta monyet la segala bagai. At last, kawen pun depa. Comel pulak. Terimbau segala kenangan waktu muda remaja tengok depa berdua kawen tadi. Punyalah gembira. Punyalah tabah kawan saya menunggu suaminya, almost 7 tahun kot! Den tak sanggup tunggu 7 tahun, lamo beno tu! ^_^

Insya Allah hari raya ketiga akan memenuhi undangan walimah sahabat UIA bersama Geng Konvoi. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Insya Allah.

*Gambar hari raya belum masuk lappy lagi. Next post insya-Allah. ^_^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.