♥♥♥ Follow me ♥♥♥

The Owner

Nurul Husna Binti Kamarudin.
 Dilahirkan hasil perkongsian hidup Che Norisah Sheikh Ahmad dan Kamarudin Ab Rahman pada tanggal 14 Jun.

 Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak (1996-2001). 

Meneruskan kembara ilmu ke Maahad Muhammadi Pasir Mas Kelantan (2001-2005) dan mengembara pula ke SMKA Lati Pasir Mas Kelantan (2006-2007). 

Kecintaan kepada Al-Quran membawa patik yang lemah ke Bumi Barakah Darul Quran JAKIM (2008-2009) dalam bidang Persijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM/UIA.

 Alhamdulillah selepas menamatkan pengajian 18 bulan di Darul Quran, patik meneruskan kembara ilmu di Centre For Foundation Studies, IIUM, Petaling Jaya dalam bidang Allied Health Sciences (2009-2011). 

Syukur kepada Allah kerana telah berjaya menamatkan dua tahun di Petaling Jaya dengan gembira.

Sekarang, sedang meneruskan jihad ilmu di bumi Kuantan, UIAM Kampus Indera Mahkota dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Radiography And Diagnostic Imaging (2011-2015) insya ALLAH.

Boleh dihubungi melalui FB 'Abdullah Hanzalah.
Ataupun melalui emel,
husna_taqwa@yahoo.com

Semoga Allah merahmati segala yang tertulis di lembaran maya ini dan menjadi saham untuk ke negeri abadi. Insya Allah. ;)


DONT JUDGE THE OWNER BY HER BLOG. =)

kerana hati ini yg menulis, hati ini yg menyeru, hati ini yang pertama membaca tulisan itu. mana mungkin hati ini tidak ditarbiah dengan kata-katanya sendiri? Bantulah hamba yang dhaif untuk mentarbiyyah diri dengan penulisan-penulisan sendiri. Mencuba. Ya, sedang mencuba sebaik mungkin. Usah menghukum saya melalui blog saya. Mohon dengan sangat.
Hamba masih dalam proses memperbaiki diri. Berjalan, berlari dan ingin terbang tinggi. Tapi pasti, tidak semudah yang dirangka. Kuatlah jiwa. Kuatlah jiwa. Jiwa ini jiwa tarbiyyah. Harus kuat dan tabah. Mohon diberkati Allah. =)
[ini cabaran pada diri]

Salam perkenalan. 
^__^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.