♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, March 17, 2010

Rehlah Banat DQ.(kelate)

Percutian yang hanya 2minggu,wajar diisi dengan perkara yang sewajarnya. Bukankah masa itu amanah dan amanah itu menjadi kewajipan untuk kita sama-sama menjaganya.



Mencari satu aktiviti yang boleh berserunuk dan dalam masa yang masa memberi peluang mengaut pahala sambil melakukannya,tentunya berehlah adalah satu pilihan yg tepat.Melihat keEsaanNya pada ciptaan langit dan lautNya yang biru dan indah,merupakan satu nikmat yang boleh menenangkan hati dan menyegarkan minda. Subhanallah.. Subhanallah.. Aku tidak terhitung nikmat yang Kau kurniakan kepada kami HambaMU. Nikmat yang manakah lagi yang kamu dustakan? (Surah Arrahman)

Indahnya ciptaan Tuhan. Nikmat yang tiada terhitung.

Subhanallah.....

Pemandu; Zainab Aqilah.
Dengan Naza Ria kepunyaan keluarga Zainab Aqilah,kami memulakan perjalanan dari Kota Bharu ke Pantai Melawi Bachok. Dengan kekuatan ahli seramai 7orang dewasa dan satu orang kanak-kanak.



Menunggu di TM Stesen Bas Kota Bharu seawal jam 9 pagi.


Benar,aku percaya, modul ukhwah begini memang boleh melahirkan kebersamaan dan keakraban. Walaupun selalu berjumpa,bertemu di CFS, namun jarang sekali boleh bergelak riang, bersaing lawan, ber'mampuh' senang, dan sebagainya.
Nurul Husna, Wirdah, Siti Zakirah, Nik Tasnim, Zainab Aqilah, Sarah, Hajar dan Iman(adik Sarah Hajar)


terjalin kerana aqidah..


bahan bacaan ilmiah mengisi masa perjalanan..
Ukhwah tidak menipu. Walaupun setahun setengah diikat oleh ikatan ALQURAN, kemudian hampir setahun membawa diri,masing2 mencari haluan walaupun di medan peperangan yang sama, namun, kemanisan, salling memahami antara satu sama laen masih berkekalan. Alhamdulillah.

hak milik persendirian. RADIX CHOCOLATE jadi pilihan. LAZAT!


lakaran indah di pasir pantai. Semoga jadi kenyataan. Tidak hilang ditelan zaman. Tidak lapuk dek hujan, tidak terhakis dek ombak pantai..
Kepada rakan2 yang laen, mari.. Modul ukhwah dengan berehlah merupakan aktiviti yang menarik. BBQ. Walaupun mereka melantik ana menjadi 'YB' dalam rehlah itu, namun ana tetap dibuli menghidupkan api dan membakar ayam serta sotong. Ini dah lebih ni.. Nasihatnya,semua orang kena ade skill mem'BBQ'. Buat malu kalau tak reti. Muslimah. semua orang boleh jadi muslimah. Tapi kite kena jadi muslimah yang serba boleh. serba tahu. Serba mampu. Itulah yang luar biasanya,kan? (pasni sume muslimah kena pandai mem'BBQ',jangan dera'YB' ja.)

Lazat. Alhamdulillah.


Sotong menjadi mangsa.
YB bersemangat. Turun padang.

Tekun.
Indahnya berukhwah kerana Islam.
Kata seorang sahabat,

AL UKHUWWAH QABLA QUWWAH
Benar sekali.





Doa saya buat kite semua,



semoga ukhwah yang kita bina, kita jalinkan hari ini, bukan semata2 kerana nama DQ. Bukan semata2 kerana IIUM(baca dengan nada lagu IIUM).


Tetapi ukhwah antara kita berpaksi kepada Allah, bermatlamatkan ukhwah fillah..
Dan bakal berkekalan ke Jannah.. Insya allah..

abadi terpatri selamanya dihati..

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

tasnimnik said...

salam ziarah yb,
hu3..gmbar ana yg x 'senonoh' mse m'bbq'..hu3
nk kna lapor dalam dewan rakyat ni..

p/s: klu husna jd yb, ana nk jd senator..he3

husnataqwa said...

senyum panjang...
(^^)
tape2,kite pertimbangkan semua dalam dewan rakyat nanti eh. sabar2. kena ikot prosedur. biasalah,negara penuh birokrasi..
*lebih baek banyak raksasa dari banyak birokrasi*

p/s: lepas jadi YB ana nak naek jadi perdana menteri,enti kena jadi menteri pertahanan ye. ana taknak ada enjin kene seludup lagi..hehe

kejayaan said...

pedas3..memang pedas lagi berapi ah ayat husna. trime kasih YB!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.