♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, March 13, 2010

Tidak ku kenalinya.

Hampir seminggu saya tidak menulis. Setelah laptop saya dihantar ke 'workshop' untuk di'upgrade' kepada WINDOW7,saya semakin aktif meneroka aktiviti baru laptop saya. Tambahan pula nikmat kesihatan yang dipinjamkan ditarik seketika olehNYA selama beberapa hari memang membuat saya bertambah tenat. Segala aktiviti menjadi tergendala. Task yang saya terima,terpaksa saya tangguhkan kepada cuti akan datang. Tapi terfikir juga,bila lagi saya bercuti? Maafkan saya kepada semua yang terlibat. Saya tak minta untuk diuji dengan kesakitan pada waktu nikmat kesihatan ibarat PERMATA buat kita semua. Panggilan dari Pusat juga terpaksa saya abaikan. Program yang ingin dijalankan, tak mampu saya teruskan. Saya benar2 terlantar. Nasib baik dirumah,bukan hospital. Satu kerugian yang besar bagi saya dalam perjuangan Islam. Jagalah kesihatan anda dan pintalah dari Allah kesihatan yang baik. Sesungguhnya saya merasai bagaimana peritnya apabila segala benda dalam perjuangan seolah2 terhalang dek kerana ditarik nikmat kesihatan. Namun,saya masih bersyukur, diberi peluang memberi apa yang saya mampu. Saya memang kalah pada kesihatan saya,namun kesihatan saya tewas pada semangat saya.







Terima kasih kerana ramai yang bertanya khabar,begitu dan begini. Terharu jua saya dikelilingi orang-orang yang mengambil berat akan hamba yang hina. Tidak ketinggalan abang saya yang senantiasa menjadi dahan yang kukuh untuk saya tumpang berpaut. "Kesakitan itu ujian,penawarnya adalah kesabaran.." sejakdari dulu,saya suka mendengar ungkapan ini. Dan abang saya sentiasa meniupkan semangat untuk saya,tidak pasti samada untuk menyindir mahupun beliau serius mahu saya bangun berjuang. Saya tetap mengucapkan terima kasih. Dan tentunya yang tidak terhingga buat kedua ibu dan ayah saya. Tidak pernah jemu merawat dan melayan karenah saya yang tak pernah habis. Bagaimana saya mampu untuk membalas kasih sayang mereka.. Tidak mampu rasanya..


Saya jua mahu mengucapkan tahniah seinfinitinya buat junior saya di SMKAL. Atas kejayaan besar mereka,saya sangat gembira tiada terkata. Paling mengujakan, adik2 debat saya, mendapat kejayaan yang membanggakan.

Dari kiri: Afif, Halim, Haris, Nizam.





Zaman muda-muda

Tahniah Halim(11A), Haris(9A) dan Afif(10A). Dan seorang lagi debater kami, Khairunnizam, semoga Allah mencucuri rahmah keatasNYA. Saya mendapat berita pemergiannya sewaktu saya sibuk melatih dari jauh adik2 debat untuk ke medan peperangan peringkat NEGERI Kelantan. Dek kerana kehilangan permata yang memegang peranan sebagai MENTERI KETIGA, pasukan kami kalah, ditambah emosi ahli pasukan yang sangat tidak stabil dengan pemergian arwah Khairunnizam. Akk sentiasa mendoakan kesejahteraan Nizam. Alfatihah.


Salam TAHNIAH kepada semua rakan di CFS IIUM samada Nilai mahupun Petaling Jaya dengan kejayaan result masing-masing. Sesungguhnya saya masih belum berpeluang melihat keputusan peperiksaan saya, tidak pasti kenapa. Masalah di pihak saya atau di pihak pentadbiran,tidak mampu saya teka. Nak kata ada saman yang belum dijelaskan,rasanya alhamdulillah rekod disiplin saya masih 'suci' di CFS. Tapi benar2 tidak pasti. Apapun,semoga siapa2 yang belom berpeluang tengok result, saya doakan, semoga khair-khair saja.


Cuti bakal berakhir. Hari ni sudah menjadi SABTU. Dan Ahad malam, saya bakal bertolak ke Kuala Lumpur. Medan pertempuran saya bakal bermula kembali. Namun, masalah berlaku lagi. Nama saya tiada dalam senarai nama yang diterima untuk mengambil subjek Basic Theme of Quran. Bermakna saya akan mengambil subjek itu dalam semester panjang. Dalam kata lain,saya kemungkinan tiada semester pendek dan bakal bercuti sehingga bulan 5. Allah. Saya tidak mahu. Segala jenis 'kebuhsanan' telah melanda saya sejak beristirahat di kampung yang permai. Saya mahu semester pendek. Malah sangat semangat kerana ia boleh cover pointer yang tak berapa 'anggun'.

Sepanjang cuti selama 2minggu, saya hanya berpeluang mengemudi beberapa kem sahaja di sekolah-sekolah rendah. Dan kem untuk sekolah menengah terpaksa saya tangguhkan atas sebab yang memang tak boleh saya elak. Saya cuba juga gagahkan diri, namun mata yang berpinar-pinar menghalang saya daripada memandu kereta. Pelbagai aktiviti yang indah dirancang benar-benar terbatal. Sebagai 'pioneer',apabila saya tidak hadir, semua aktiviti tergendala, bukan hanya pada saya,malah orang lain. Perasaan bersalah memang hadir,namun tiada daya saya menghalang perancangan Allah Taala yang hebat dan indah. Dan sesungguhnya DIA Maha Tahu yang TERBAEK buat saya dan seluruhnya.


Aktiviti indah bakal saya ceritakan. Rehlah bersama BANAT DQ GEN9 sudah pasti panjang kisahnya! Dan seronok tiada hingga. Allahu akbar.


Pelbagai mehnah dan tribulasi dalam hidup. Namun, saya tidak pernah kenal 'putus asa'. Siapa dia? Dalam mengayuh sampan kehidupan berlayarkan kegemilangan Islam saya tidak pernah kenal 'putus asa'. anda pernah mengenalinya? Jika pernah, tinggalkan dia. Dia bakal membuatkan bahtera kehidupan anda karam di tengah lautan. Dia bisa membuatkan kejayaan anda bertukar menjadi kegagalan. 'putus asa' atau nama modennya 'give up' atau 'futur' benar2 tidak perlu ada dalam kamus hidup kita. Pergi. Dia ibarat DADAH. Bisa membunuh. Kita pilih,kita sengsara. Dan jika mampu, dalam hayatku,aku tidak mahu mengenali siapa itu 'putus asa' dan rakan2 seanggotanya.

Nampaknya ibu saya telah mula bising mengarahkan saya mengambil ubat. Walaupun kesihatan saya sudah stabil, namun pilihan yang ibu beri tetap dua,
"Ambil ubat atau tidak ke CFS.."



Khair ibu..
Saya faham bagaimana seorang ibu mahu lepaskan anak perempuannya yang 'hensem' ini dalam keadaan yang kurang stabil. Maka,saya turutkan saja apa yang ibu mahu. Baeklah ibu,saya datang sekarang....
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

14 comments:

Anonymous said...

very strong inteligent n independent girl.
watch ur mouth, takdok maso i want to sindir2 u. i know u better lah. proud of u.

caliph.*its me*

crispy enak tapi boikot said...

so that why tengok status YM macam2.
yang paling diingati,"sakit kepala menggila"

semoga tabah2 hendaknya. kesakitan menjenguk agar kite tidak lupakan DIA.

Husna kan kuat. Very strong ^-^

Suke kate2 tentang 'putus asa',
same2 buktikan kite tak de kawan name 'putus asa'.

Good motivator. tak lama lagi jadi YB? ana nak undi! ganti ibrahim ali di dun pasir mas. itu cita2 kan?

u deserve it.

love u see ur smile this monday. Come. Uhibbuki fillah.

_end_

(tak pernah komen,selalu jadi silent reader, tapi post kali ni macam menarik. "putus asa".)

husnataqwa said...

caliph- abang mmg selalu cantu. tau abg tak sindir. saje cakap,nak tngok ape reaksi. ding*

crispy-name panjang sangat. yelah,saya tak makan crispy lagi.
thanks. saya kuat dengan adenya penyokong seperti kamu..~

husnataqwa said...

lupe nak respon tentang YB. Its make me smile..
YB. oh YB.
Ibrahim ali? Pasir Mas?
hem. eh agaknya umur brapa buleh jadi YB eh? Die nak sijil SPM ke?

deem said...

tengok husna selalu buat lawak.
jadi YB tak pakai sijil SPM lah.
Ko jadi lah YB paling muda. Ko kan bangga sangat dengan umur ko yang 18 tuh.
jadi YB pun kena ade sijil ke?
dah tu ibrahim ali pakai sijil jugak ke?
Kalau pakai sijil spm kena kelayakan cammane?
kena lulus math kot?
macam tak logik je tengok sijil spm.

tnegok orang undi lah.
ko mesti ramai orang undi, kan terkenal,femes,disukai ramai.
sah menang!
majoriti tinggi.
haahahah.
pegi cek ape syarat nak masok pilihanraya.
YB ye..

husnataqwa said...

*smile*

YB cekak pinggang sambil smile sampai mata ^------^

tengok sijil kawen kot?

*ah,susah la macam ni!

Anonymous said...

ape susah daa.. cari suami yang YB jugak. senang cerita.

sukung dean said...

jangan nak mengarut. tak takut kena cekup dengan dean ke?

YB,sabar sket kalau nak jadi YB. Tunggu kawen dan habis belaja.
belum ade sejarah pelajar jadi YB.
matrik pun baru nak masuk second year.(belum masuk pun lagi).

Anonymous said...

sabar ye YB,jangan putus asa. bole cube lagi. hehe

Anonymous said...

semoga ustazah diberkati allah.



*memang tak letak link ye orang yg komen kat sini?

crispy enak,husna jgn makan lagi said...

tak letak sebab tak ada blog. kalau ada pun segan nak letak. takut orang hebat2 baca,tak layak. lainlah ustazah husna ni..

nurul nadia said...

patutlah sms tak balas,tak sihat rupanya. amacam? dah ok?

uda asilah said...

salam adik, mg dalam pemeliharaan ALLAH sokmo;-)

husnataqwa said...

terima kaseh semua orang..

*no mood to reply better. next time maybe.

pray for me.

love allah. love allah.
i love allah..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.