♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, September 05, 2011

A new journey

Assalamualaikum.

Nampaknya lama juga blog ini tak diupdate. 6 hari dikira lama bagi blog yang selalunya diupdate 2hari sekali. Ehhe. J

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH kerana selepas berakhirnya Ramadhan, kita diberi peluang untuk meraikan Aidilfitri dengan riang gembiranya. Dan kini, tibalah masa dan saat yang ditunggu-tunggu (ye ke tunggu?) untuk meneruskan pengajian di Kuantan. Setelah hamper empat bulan bercuti, untuk memulakan pengajian semula, agak berperang dengan penyakit 'malas' yang kemudiannya diubah suai menjadi 'TIDAK BERSEDIA'. Masya ALLAH.

Selasa, 6 September bakal menjadi tarikh sejarah saya, yakni dimana sebuah kehidupan atau lebih tepat PERJALANAN hidup yang baru bakal bermula. Samada BERJAYA atau GAGAL, sayalah PEMILIHnya.

Sekiranya saya memilih untuk Berjaya, maka segala cara usaha untuk Berjaya perlu dilakukan bermula dari sekarang.
Jika saya memilih untuk Berjaya, tetapi tidak berusaha untuk Berjaya, mana mungkin kejayaan itu menjadi milik saya. Maka, orang yang Berjaya adalah orang yang sentiasa berfikir usaha dan cara untuk mencapai kejayaan dan melaksanakannya dengan penuh rasa ingin Berjaya. Insya ALLAH.

Sungguh, saya tidak teruja, malah berdebar-debar menanti hari pendaftaran. Saya sendiri tidak mampu mengjustifikasikan apakah signifikannya rasa seperti ini. Berdebar kerana apa agaknya. Saya sendiri tidak pasti. Yang saya mampu buat, berdoa dan bersolat memohon perlindungan serta bantuan dari ALLAH ke atas hamba yang ternyatanya DHAIF ini. Ameeeen! J

Tapi ada juga perasaan tidak sabar. Tidak sabar untuk bertemu mata dengan sahabat-sahabat yang lama tidak bersua. Rasanya, pasti macam-macam cerita untuk dikongsikan bersama nanti. Wah, rindunya pada mereka semua. J

Insya ALLAH perjalanan hari Isnin (hari ini) akan dimulakan pada pukul 9 pagi nanti. Konvoi dua buah kereta. Kebetulan abang Ki nak balik ke JB, maka beliau sekeluarga juga bakal singgah di Kuantan. Alhamdulillah. J

Sesekali saya berfikir untuk mengatur strategi. Strategi agar segala kegagalan yang pernah berlaku di DQ dan di PJ tidak berulang. dan segala kejayaan yang pernah tercipta di DQ dan PJ lebih menjulang berjayanya. Insya ALLAH, semuanya perlu pada strategi. Dan strateginya harus dengan ILMU dan digaul sebati dengan PENGALAMAN. Dan puncaknya adalah TAWAKKAL.
Insya ALLAH. Mohon doa semua orang terutama ahli keluarga dan adik beradik serta sahabat handai. Ameeen! J

Oh ya, terlupa pula nak menceritakan Aidilfitri kami. Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ini sederhana sahaja nampaknya. Ini tahun pertama hari raya tanpa Nenek, maka sedikit dukacita itu dirasai. Ya Allah, cucurilah rahmat kepada Nenekku di SANA. Ameeen!

Cerita Aidilfitri nanti kita kongsikan kemudian, insya ALLAH.


 

Yang terlebih penting, journey yang akan bermula esok, wajib dimulakan dengan NIAT yang murni.
Saya percaya, KUASA NIAT sangat memberi impak maksima kepada kita. Dan NIAT mesti sentiasa diperBAHARUi. Insya ALLAH kuasanya lebih lebih lebih MAKSIMA.

Sebelum melangkah keluar dari rumah, disamping berniat musafir ke Kuantan, niatkan juga di dalam hati, apakah KPI anda untuk di Kuantan nanti. Resepinya, niatkan satu matlamat untuk jangka masa PANJANG. Dan jangan lupa selitkan MATLAMAT jangka masa pendek. Pastikan matlamat jangka masa PENDEK anda selari dengan MATLAMAT jangka masa PANJANG anda.

Contohnya,

Matlamat jangka masa PANJANG, nak jadi MAHASISWA yang cemerlang akademik, sahsiah, thaqafah dan ……….. (apa saja yang anda mahukan).

Matlamat jangka masa pendek pula, haruslah selari. Seperti, dapatkan 3.5 untuk setiap semester pengajian. Atau khatamkan buku-buku bacaan sebiji satu sem. (CONTOH SAJA).

Saya yakin, anda punya matlamat dan strategi anda tersendiri. Saya juga mahu mengatur strategi yang lebih berapi. Yang pasti, apa yang terjadi di PJ mesti diperbaiki menjadi jauh lebih baek di Kuantan nanti. J Insya ALLAH. Mohon doanya ya!

Saya rasa, itu saja tinta saya buat kali ini.

Dan mungkin buat beberapa hari tidak dapat menulis.

Bakal me'raya'kan TAWE di Kuantan sehingga hari Ahad. Entah bagaimana TAWE (Taaruf Week) di Kuantan. Di DQ, kalau ingat semula HALUAN SISWA dan Ribathul Mawaddah, MASYA ALLAH! Di PJ dulu, kami (GEN 9 DQ) second intake, jadi tak sempat merasai TAWE. Ini kali pertama kami berTAWE di Kuantan. Harap-harap seronok!

p/s: doakan saya diberikan kesihatan yang baek sentiasa. J


 

sehingga bertemu lagi.

dan kita sentiasa bertemu didalam DOA. Mohon doa semua. J

wallahu a'lam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Huda Idris said...

smg selamat.. abdullah handzalah :)

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi yang besar ! Aku akan tahu tentang hal sebaliknya!

Anonymous said...

Sangat efektif informasi tertulis . Ini akan sangat berharga untuk siapa saja yang usess itu , termasuk saya . Terus bekerja dengan baik - untuk positif saya akan mencoba posting lagi.

husnataqwa said...

syukran kak Huda. =)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.