♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, August 30, 2011

Jangan rosakkan AidilFitri anda!


Lepas ni mesti dah susah nak update blog. Kalau lappy ON pun, yang ada depan lappy ni mesti budak empat orang tu (anak saudara). Diterkamnya dengan begitu ganas walaupun nak tekan ENTER je pun. Aduh. Sabarlah!
Makan berpada-pada
Bila hari raya, tidak ada lagi sahur di awal pagi. Dan asal raya je mesti banyak makanan sodap-sodap. Nasi impit, biskut Almond London, soto, nasi minyak, sate, macam-macam lagi lah. Waktu ni, dinasihatkan untuk makan berpada-pada. Kalau dah kenyang, jangan sumbat lagi. kadang-kadang, bila hari raya, semua orang jadi malas nak beribadah sebab makan banyak sangat. Bukan tak boleh kalau nak makan semua jenis makanan, tapi setiap jenis tu makan sikit-sikit pun dah memadai. Esok lusa makan lagi. jangan hari raya pertama, semua benda nak makan. Kita juga mesti jaga kesihatan. Nanti ada pula yang cirit-birit, muntah-muntah akibat makan banyak sangat. Kena jaga kesihatan, tuntutan tu. J Jadi anda semua dinasihatkan mengawal nafsu makan. Tunjuklah akhlak seperti orang muslim yang bertaqwa. Jangan makan macam esok dah tak boleh nak makan. J

Makanan selalu membuat manusia malas. Malas beribadah adalah penyakit yang patut kita takut!

Pakaian lawa-lawa
Bila raya, kita disunatkan memakai baju baru. BAJU BARU tak bererti baju yang melilap-lilap macam artis dok pakai tu. Kadang-kadang, bila raya penat nak tengok baju cantik-cantik, tapi sayang tak tutup aurat. Dengan cara begitu ke kita meraikan kemenangan kita selepas sebulan berpuasa menahan nafsu? Waktu nak shopping hari raya hari tu, saya tengok, banyaaaak sangat dijual di pasaraya, baju yang jarang, kain tak cukup, sengaja di kecikkan di bahagian-bahagian tertentu dan macam-macam lagi la fesyen zaman Dajjal ni. Baju kurung pun dah jadi seksi bila pakai. Maklumlah, jarang sangat kainnya. Malu nak tengok.

Di samping itu, berhati-hati juga bila kita berpakaian. Kalau dah menutup aurat, takut nanti tabarruj pula. Tak perlulah nak tampal mekap dua inci kat muka. Gincu merah menyala. Kening melentik panjang. Tak perlu rasanya. Kalau pakai tudung tu, tak payah nak bergaya lebih-lebih sampai orang tengok pun terkejut.

Berpakaianlah ala-kadar. Jangan pula bila hari raya, tapi tak pakai baju baru. Pakai seluar track dengan t-shirt putih yang dah nak berubah jadi hitam. Jangan macam tu pula.

Ambil sunnah, jangan sampai punah.

Tak guna lawa di dunia, tapi seksa di akhirat.

Ziarah dan silaturrahim
Bila hari raya, amalkan ziarah menziarahi. Jangan duduk terperuk habiskan biskut raya anda seorang diri. Kemudian, kalau ada orang datang bagi salam pun, anda diamkan diri dalam rumah, sebab malas nak layan tetamu. Masya ALLAH. Jangan pandang remeh dengan bersilaturrahim.

Kalau ada sepupu-sepapat buat open house, rajinkan diri anda untuk memenuhi jemputan. Jangan jadi kera sumbang yang tidak suka bersosial dengan orang lain.

Waktu ni kita nak kenal semua saudara-mara kita. Yelah, bila hari raya biasanya semua orang ada di kampong halaman masing-masing.k kalau ziarah, bolehlah jumpa ramai-ramai. Bertemu mata, berjabat tangan, bertegur mesra. Itulah hari raya. Bukan pesta makanan. J

Bukankan menyambung silaturrahim itu tuntatan ISLAM?

Muamalat dan Ikhtilat
Bila dah bertemu saudara-mara, kena jaga batas pergaulan. Walaupun dengan sepupu, kita tetap ada batas-batasnya. Tak boleh bersalaman dengan berlainan jantina. HARAM tetap HARAM. Jangan pula bila hari raya, semuanya jadi OK dan BOLEH BELAKA! Nanti keberkatan Aidilfitri terbang dek kerana ikhtilat tidak terjaga.

Berhati-hati juga dengan sahabat berlainan jantina. Kadang-kadang ternampak bila aidilfitri, keluar beraya bersama sahabat satu sekolah, satu university ke, tapi sayang, macam-macam terjadi. Tidak menjaga pergaulan dan tidak peka dengan ikhtilat. Minta jauh… J

Berhati-hati dalam bermuamalat, jangan sampai menjadi ikhtilat!

Jangan memBAZIR
Aidilfitri memang kaya dengan makanan. Banyak biskut raya, banyak makanan, dan serba banyaklah. Pastikan anda dan keluarga mengelak pembaziran. Jangan terlalu diturut nafsu, kelak yang menanggung ruginya diri sendiri.

Ingatlah, ada golongan yang tidak bernasib baik tidak mampu untuk hidup mewah dengan makanan seperti anda. Beringat-ingatlah agar kita tidak hilang rasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Pembaziran itu amalan syaitan. Jangan hari raya nanti anda pula menjadi sahabat syaitan!

Hantu Televisyen
Sempena hari raya ni, terlalu banyak siaran TV yang terpampang di dada televisyen kita semua. Rumah saya yang tak ada astro pun dah rasa terlalu banyak iklan rancangan TV yang menarik sempena aidilfitri. Kalau yang ada astro tak tahulah macamana.

Jangan rosakkan aidilfitri anda dengan terlalu membuang masa menonton TV. Memang banyak cerita menarik yang disiarkan di TV, dan biasanya tiada di hari-hari biasa. Tak mengapa. Tak rugi pun kalau tak tonton. Rilek la.

Kalau ada masa lapang dan terluang tu, boleh la tilik-tilik TV tu, tapi jangan sampai menunggu rancangan TV berjam-jam sampai tak terziarah rumah saudara-mara.

TV itu adalah SYAITAN kecil yang selalu menggoda manusia menjadi alpa dengan MASA!

Istiqamahkan 'Ramadhan'
Kalau waktu Ramadhan kita istiqamah melakukan solat sunnat tahajud, solat sunnat taubat dan solat sunnat rawatib, jangan pula bila hari raya, kita seolah-olah lupa dengan amal ibadah kita. Teruskan membuat amal ibadah. Malah, kalau boleh gandakan lagi. sebab bulan Ramadhan, ALLAH lipat gandakan pahala. Buat sikit, dapat banyak. Kalau bulan biasa, nak dapat banyak pahala kena buat banyak amal soleh kan? Jadi jangan berhenti melakukan ibadah yang anda lakukan seperti waktu Ramadhan yang baru saja melabuhkan tirainya.

Waktu Ramadhan dulu, kita mampu solat terawih paling sedikit 8 rakaat, apa salahnya kita kekalkan momentum solat sunnat walaupun untuk 2 rakaat? Boleh. Anda boleh. Kita semua boleh. Bergantung pada kemahuan dan keinginan anda sendiri! J

Ramadhan pergi, tetapi IMAN mesti lebih MENINGGI!







*Demikianlah penulis meninggalkan semua sahabat alam maya dengan pesanan-pesanan serta inzar untuk kita saling menjaga keberkatan aidilfitri kita. Jangan rosakkan aidilfitri anda. J
Di samping itu, suka untuk penulis mengambil kesempatan yang ada untuk memohon jutaan ampun dan maaf. Bukan sekiranya melakukan kesilapan, tetapi saya yakin saya melakukan kesilapan kerana saya terlalu dhaif dan hamba biasa yang tidak lari dari salah silap dan dosa. Maka, lapangkanlah dada kalian untuk memaafkan semua kesilapan saya.
*saya amat berbesar hati sekiranya ada apa-apa perhitungan yang masih belum selesai dengan saya, saya jemput kalian mampir dan kita hitung semuanya. Saya risau, kelak di akhirat, saya terlalu banyak perhitungan sehingga boleh menyebabkan saya ke neraka jahannam kerana tidak menjaga hubungan dengan manusia. Nauzubillah.
*kalau ada hutang duet, boleh contact dan minta bagitau saya. Mungkin saya terlupa. Kerana saya manusia yang terlalu dhaif.
Akhirul kalam,

Saya dan keluarga mengucapkan,

SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
kepada semua yang mengenali insan dhaif ini.


p/s: Saya menjemput semua hadir ke rumah terbuka pada hari raya pertama di teratak saya di Kubang Batang Pasir Mas Kelantan. Nak datang, SMS dulu. J


wallahu A'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.