Alhamdulillah.
Setelah lama tak menjenguk, apatah lagi peluang untuk mengupdate, terasa rindu juga pada blog ni. J
Kebiasaannya, setelah lama tak berupdate, sesetengah blogger muncul dengan rasminya sebagai tunangan orang ataupun isteri orang.
Tapi, berbeza dengan saya tentunya.
Hamper dua minggu tak berupdate, dengan rasminya menjadi pelajar undergraduate UIA Kuantan. J
Syukur kepada ALLAH, akhirnya dapat juga merasa perasaan menjadi pelajar degree. Alhamdulillah Allah panjangkan umur. Berapa ramai yang Allah panjangkan umur, tetapi menghabiskan sisa umurnya dengan lain-lain urusan, maka bersyukurlah diberi keberkatan untuk menghabiskan umur dengan menuntut Ilmu, insya ALLAH. J
Kehidupan yang saya impikan, bukanlah kehidupan yang senang, malah sangat mencabar. Saya bayangkan duduk di kerusi pelajar degree adalah empuk dan seronok. Ternyata, sangkaan saya meleset. Ya, seronok. Tapi mendambakan keseronokan itu memerlukan setinggi-tinggi pengorbanan. Dan sedikit pun cabaran itu tidak menjadi pelemah dan penghapus semangat saya. Malah, semakin mencabar, semakin saya perlu menjadi kuat. Dan saya mahu menang pada cabaran. Kerana impian saya serta impian kedua ibu bapa saya tidak boleh tewas dengan ujian, apatah lagi dengan ujian hawa nafsu. Maka, perlu mujahadah!Sekadar ini buat masa sekarang. Saya akan terus menulis. Insya ALLAH. Doakan diberi kemudahan dan dikuatkan IMAN menempuhi segala cabaran. Ameeeen! J
Sehingga bertemu lagi….. J
2 comments:
btol k.husna.. dulu rase mcm dah d zon selesa kalau dapat duduk kat kusi dgree tu..
tp skrg, baru rase, nk seselesa tu xkn mudah nye.. terase gerun jugak, seram, kecut perut semua ade..hehe
pape pon, selamat berdegree kak!
walla weh, ingat officially apa tadi. takkan cepat sangat dapat calon. hehe.
all the best ye.
Post a Comment