♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label Clinical Practice. Show all posts
Showing posts with label Clinical Practice. Show all posts

Sunday, July 01, 2012

Selamat tinggal, Year 1. ;)

2 comments:
Alhamdulillah. ^__^

Semalam (30 Jun 2012), perjalanan menuju ke Kelantan seawal jam 10 pagi. Tiba di Kelantan tepat jam 4.15 petang. Gembira, tapi terbantut dengan rasa penat memandu tanpa henti.

Sahabat-sahabat Highbrow Caliph masih belum pulang. Mereka ada 'holiday' ke Terengganu. Ibu Ayah pula sangat susah memberi kebenaran untuk saya keluar bersuka ria. Walaupun dipujuk berkali-kali, mereka tetap tak bagi. Natijahnya, saya terpaksa balik dulu, dan sahabat sekelas sedang bergembira di Terengganu.

Result sudah keluar, alhamdulillah tidak ada subjek yang sangkut. Walaupun pointer jatuh 0.1, tapi perjuangan masih di landasan yang betul, kata Br Zainul.


Jumaat hari tu, bersamaan hari terakhir posting di HTAA, sewaktu lunch break and jumaah prayer break, saya ke UIA campus. Bertemu Madam Narina, our HOD. She gaves me a lot of advice, as usual. Nak balik tu, cari Br Zainul. Tak jumpa pulak kat biliknya. Tapi on the way balik terjumpa tengah jalan. Gembira sangat bila Br Zainul berhentikan kereta tepi jalan and we had a nice talk kat tepi jalan tu. Sampai guard pun datang ingat ada eksiden ke apa. Lama juga borak dengan Br Zainul, dah terlambat nak masuk HTAA. Lastly, at 4pm baru ada kat HTAA. Sepatutnya masuk semula after break pukul 2.45pm. Tapi dengan kebenaran HOD. ;)


last day at HTAA.
In the frame : hajar, sarah, En Akmal, En Jo, Nabilah, Ezzatul.




Minggu lepas, kami keluar dinner satu kelas. For the last time. Kalau kelas lain buat rehlah ke Pantai Sepat. Buat ekspedisi tawan Bukit Panorama. Tapi kelas kami ni asyik makan ja. ;)

highbrow caliph @ tanjung lumpur


What a beautiful when my classmate said, "Setahun kita bersama, dah terasa lama, tapi kita masih ada tiga tahun untuk terus bersama. What will happen next, kita tak tahu."

Tiga tahun lagi perjalanan ini akan berlangsung. Walaupun setahun itu dirasakan sekejap, tapi tiga tahun itu tentu banyak benda boleh berlaku.

Sorang lagi kawan kata, "Maybe next two years, susah dah nak gather macam ni. Semua orang sibuk kena posting merata-rata. Kalau ada yang dah kawin, komitmen keluarga lagi."

Dan saya ketawa. Jauhnya fikir!

Year 1, sweet memory. Kita anak bongsu. Kita adik. Kita baru. Semangat kita pun masih berapi-api.
Nanti Year 2, semangat kita lagi berapi api tau. Walaupun nanti kita dah tak jadi bongsu. Kita ada junior. Kita dah tua.

Bila saya balik kampung, sedang saya mengeluarkan barang-barang dari kereta, seorang jiran bertanya,

"Na dah habis belajar ke?"

Mahunya saya tergelak.  Memanglah ramai kawan-kawan satu batch SPM dulu dah habis belajar, tapi perjalanan hidup saya agak berbeza.

Sepupu saya, dulu kami sama-sama belajar di kelas yang sama di sekolah yang sama. Sama-sama amek SPM dan sama-sama dapat result SPM yang serupa.
Alih-alih bulan 12 nanti beliau sudah habis belajar. Dan bulan 9 nanti dah nak bertunang.
Of course lah semua orang keep on comparing saya dengan dia. ;)

Sepupu saya itu pun satu, asal datang rumah saja, buat soalan maut.
"Kau bila nak move forward ni? Tara tu ja.."

Takpe, jalan yang Allah beri pada seseorang itukan berbeza. Tak sama. ;)

Cuti pun bermula, officially.
Kalau orang lain dah start cuti lama dah, kami baru nak merasa cuti.
Merancang apa nak buat cuti nanti. Apa yang nak dicapai. Apa objektif dan matlamat.

Bila dalam kereta saya cakap kat Ibu saya nak set up kan saya punya objektif dan matlamat serta KPI untnuk cuti ni. Ibu saya kata,
"Awak ni complicated lah!"

Complicated ke?

Sepanjang dalam kereta, Ibu kerap mengingatkan saya supaya belajar menjadi surirumah. Belajar memasak, kemas rumah dan uruskan rumah. Kata Ibu, saya sudah tua, bukan budak-budak, walaupun saya 'adik', tapi nanti kalau kawin bukan suami kira pun kau adik ke tak adik.
Gelak besar saya dalam kereta. ^__^

Sesiapa yang ada tawaran kerja untuk saya, bolehlah PM saya. ;)

Insya Allah, cuti kali ini sungguh bermakna. Cutinya bermula di Syaaban, melalui Ramadhan dan berakhir di bulan Syawal. Ketiga-tiga bulan ini adalah bulan yang istimewa. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang penuh pahala dan rahmat. Rugilah mereka yang menyia-nyiakannya. Mari kita mengambil peluang cuti ini untuk menjadi yang TERBAEK. Allahumma Ameeeen. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, June 29, 2012

Terima kasih, Ibu!

No comments:
Semalam, saya borak-borak dengan Ibu. Tiap tiap hari bergayut dengan Ibu. Macam-macam cerita saya kongsi. Semua cerita yang berlaku dekat hospital, Ibu tahu. Ibu juga penasihat tegar yang baik.

"Kalau orang ajak keluar makan, tak payah la. Kata pada dia, kalau nak belanja, beli nasi, bawa ke hospital. Tak comel keluar-keluar makan ni."

Lantaran itu juga Ibu melarang saya ber'holiday' bersama classmates ke Terengganu. Agak liat sedikit kaau nak ber'holiday', tambah pula dengan kawan-kawan.

Kata saya pada Ibu,
"Jumaat nanti habislah 1st year, tak lama lagi 2nd year dah.."

Ibu pula dalam nada yang sama menyahut,
"Tak sangka cepat masa berlalu kan. Dalam sakit, perit, payah, berjaya juga. Alhamdulillah. Rupanya dah dekat 4 tahun dok bergayut dengan kakak setiap malam. setahun setengah di DQ, dua tahun di Petaling Jaya dan sekarang, setahun di Kuantan!"

Saya kerap diejek sebab setiap hari bergayut dengan Ibu.

Itu lagi baik daripada bergayut dengan orang yang haram dengan kita kan. ;)

Tak kisahlah anak manja ke apa, janji setiap kali kita gembirakan hati Ibu, kita dapat pahala. ;)

Setiap kali kita tanya khabar Ibu, kita dapat pahala. ;)

Wah, gembiranya.

Saya terfikir, agaknya berapa Ibu habis menelefon saya saban malam?
Saya miss call saja, lepas tu Ibu call semula.

Dah lah setiap bulan Ibu masukkan duit, walaupun dah ada 'sumber pendapatan', Ibu tetap masukkan wang poket.
Saya berkira-kira, agaknya dah berapa banyak Ibu laburkan untuk aku?

Itu belum kira lagi setiap kali sakit, pergi hospital swasta. Ubat yang gedabak mahal.

Tak terbalas jasa aku pada Ibu.
Walaupun hari hari aku cuba hiburkan hati Ibu, gembirakan Ibu, tapi aku yakin semua tu tak menandingi kasih Ibu pada aku.

Satu saja cara yang aku boleh gembirakan Ibu, aku akan jadi seorang yang Ibu selalu canang. Seperti Sumayyah. Seperti Aisyah. Seperti Khadijah. Seperti Asma Abu Bakar.

Aku mahu jadi mukmin yang terbaek, sebagai saham akhirat Ibu yang besar. Insya Allah.

Sejak dua minggu lepas, sebelah mata Ibu tidak dapat melihat. Dalam dua minggu ni, Ibu muga sebelah mata saja untuk memandu dan buat apa saja kerja.

Menangis waktu aku tahu Ibu dalam perjalanan ke hospital.
Terfikir, aku kat sini tengah bermesra dengan patient kat segala jenis hospital, tapi Ibu aku kat rumah, pergi hospital pun sorang-sorang.

Dalam keadaan Ibu macam tu pun, Ibu tetap nak datang Kuantan ambil aku. Macamanalah Ibu ni tak buat aku menangis. ;p

Aku kata pada Ibu, nanti aku cuti, aku temankan Ibu ke hospital. Jadi driver. Jadi nurse. Jadi semualah.

Selama ni aku boleh jadi driver orang lain, buat baik dengan patient kat hospital, tapi takkan untuk Ibu aku tak boleh kan?

Aku tak kisah kalau aku tak dapat bekerja untuk cari wang lebih, asalkan aku jaga Ibu.

Sebagai satu-satunya anak perempuan yang belum berkeluarga, tentu aku punya paling banyak masa bersama Ibu. Sementelah adik aku juga masih kecil, kecil kecil pun dah 15 tahun dah. ;)

Aku janjilah aku nak jaga Ibu. Waktu aku sakit, Ibu jadi the best companion untuk aku. Why not me? Tentu aku kena jadi lebih-lebih lagi.

Dulu, aku selalu sedih bila tengok kat hospital, orang tua datang hospital sorang-sorang. Mana pergi anak-anak dia?

Sungguh, aku kagum dengan ketabahan Ibu. Aku kagum dengan kesabaran Ibu. Aku kagum dengan pergantungan Ibu pada Allah, seringkali aku tewas dalam urusan pergantungan ini. ;)

Aku nak jadi anak yang benar-benar bermakna buat Ibu. Sementara aku masih bujang dan belum mempunyai perancangan untuk berkahwin, elok benarlah aku menemani dan berbakti pada Ibu. Nanti dah kawin pun, aku harap suami aku tu sayangkan Ibu aku macam aku sayangkan Ibu. Dan seperti itulah aku akan sayangkan mertua aku. Wah, jauh pulak fikir. HAHA.

Malam ni, aku teringat sangat pada Ibu. Malam ni malam Jumaat. Aku tak sempat ke Masjid Afzan. Bertimbun course work yang kena siapkan sebelum last day posting esok. Tambah pula aku berazam nak submit semuanya esok. Insya ALLAH. Doakan Allah mudahkan urusan aku ya. ;)

Dan urusan semua.

Nasihat aku bagi mereka yang memandang remeh pada Ibu mereka, percayalah. Berbakti pada Ibu adalah kebajikan. Kebajikan yang nilainya besar disisi Allah Taala.

Berbaktilah kepada orang tua anda sebelum terlambat dan menyesal.

Ya Allah. Lindungi Ibuku. Kasihilah Ibu ku. Ameeen. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, June 28, 2012

Diary Posting : Memahami tugasan 'buruh' di hospital.

6 comments:
Dulu, setiap kali saya ke hospital, saya pelik kenapa 'buruh-buruh' hospital selalu masam dan mudah marah.

Sekarang saya faham kenapa. Dan teramatlah faham. ;)

Bila patient terlalu ramai, kerja tak berhenti, terpaksa 'burn' lunch (tak keluar lunch), curi-curi masa untuk solat, memang patut muka masam macam nak makan orang. HAHA.

Dulu, saya terfikir, kenapalah 'buruh-buruh' hospital ni suka buat orang tunggu. Penat tau menunggu. Patient ramai, nombor lambat gerak, apa mereka buat kat dalam tu?

buruh-buruh hospital.
From right with black tudung, my classmate, Liyana, next is Fateha with white tudung.

Sekarang, bila dah menjadi salah satu 'buruh' di hospital tu, baru rasa macamana perasaannya.

Tak pernah sekalipun kaki berhenti menapak bila ada patient. Setiap patient datang dengan masalah yang berbeza, memerlukan teknik yang berbeza dan benarlah, ia mengambil masa.

Saya kadang-kadang ke hadapan menjaga kaunter, sebab dah terlalu ramai kat dalam bilik pemeriksaan, datang seorang lelaki. Waktu itu tepat pukul 12.45 tengahari.

Lantas saya kata padanya.
"Maaf cik, kami tak terima patient dah. Nanti pukul 2 datang semula ya."

Lelaki yang agak muda itu bersuara lantang,
"Apa? Awak nak suruh saya tunggu sampai pukul 2? Awak tahu tak pukul 9 pagi lagi saya tercongok kat hospital ni? Habis tu awak nak saya balik pukul berapa?? Saya tak kira, saya nak sekarang juga!"

Waktu ni dah buat 60 kes. Ada berbisa 15 kes lagi. Sedangkan waktu makan tengahari dan berhenti solat zuhor masih bersisa.

Kalau ikutkan hati, mahu saja saya membentak pada lelaki itu,
"Cik, saya kat sini pukul 7.30 pagi lagi dan balik pun tak tahu pukul berapa, patient ramai sangat ni."

Tapi dahulukan iman. Lantas saya menjawab,
"Cik, patient ramai ni. Kami memang tak sempat nak buat."

Kata lelaki tersebut pula,
"Kenapa? Pukul 1 semua orang nak pergi makan ke? Tak boleh ke tolong mudahkan kerja saya? Sekejap je pun!" Bentaknya kasar.

Dalam hati saya terdetik, nak pergi lunch pun tak tahu lah sempat ke tak ni.

Akhirnya selepas saya bertegas tak dapat menerima patient, lelaki tersebut memasamkan wajahnya dan berlalu pergi sambil memberi warning pada saya.
"Saya nak report Pakar. Awak taknak ambil xray saya."


Saya masih menjawab dengan tenang,
"Nanti suruh Pakar tu telefon sini ya, saya pun nak jugak cakap dengan dia."

Kawan disebelah menepuk bahu.
"Apa kau cakap tu?"

Saya geleng kepala. Bukan menyindir. Tapi saya yakin, 'buruh' akan memahami kerja 'buruh' bagaimana. Walaupun mungkin si pakar itu taraf 'buruh'nya lebih tinggi.
Berhaklah tarafnya lebih tinggi, bukan senang tu nak belajar sampai PAKAR. Yang nak ambil degree ni pun terhoyong hayang dah.

Saya mengerti, semua 'buruh' mahu beri perkhidmatan yang terbaek. Tapi mereka juga punya rasa penat, dan letih. Maka, kadang-kadang termasam muka, janganlah berkira sangat.

Pesanan buat para 'buruh' pula, ikhlaskanlah hati, sediakan stamina yang tinggi dan yang paling penting, minta doa kita cinta dengan kerja kita.

Insya Allah, kalau cinta, kita susah merasa penat.
Ibaratnya kalau kita cintakan seseorang, kita tidak akan penat menunggu, walaupun hasil penantian itu entah bagaimana.

Saya, nak kata sudah jatuh cinta pada hospital, rasanya hampir 4 tahun  yang lalu lagi saya menyemai rasa suka pada hospital. Tapi sayang rasa cinta tu tak mai-mai jugak. Macamana nak mai, asyik pi hospital dapat ubat ja. ;)

Tapi akhir akhir ini, kata sahabat saya,
"Kalau nak cintakan 'buruh' hospital, kena cintakan hospitalnya dulu."

Apa maksud dia pun saya tak faham. HAHA.

Berkias sangat. ;)

Sekarang, tinggal sehari saja lagi sebelum saya menghabiskan posting tahun pertama yang berakhir di HTAA.

Walaupun hati agak galau nak ke HTAA, tambah kecewa tak dapat ke HoSHAS, tapi saya tetap gembira. sampai 4 hari, masih survive dengan senyuman. Mana ada 'hell' sangat HTAA ni. Ok saja. ;)
The only guy, En Akmal atau dipanggil Bro Bai. Pun tak tahu kenapa. Next to him is Liyana Shaharudin, my partner at ACC. Next to her is Kak Yati. Dah kawin dengan radiologist UIA, bila tanya apa nama suami dia, tamau pulak dia cakap. Next to kak Yati pulak Fateha. My partner also at ACC. She is from UiTM. Saya? Cuma ada labcoat saya yang ada di atas meja sebelah En Akmal. ;)
Learn from a lot of people.
Kak Yati, Kak Fatin,Kak Ila, En Akmal, En Khod, En Farid dan En Kamal.

US with En Kamal. Last day with him for this year. He is very nice. Baik sangat bila mengajar, tak pernah marah, apa lagi meninggikan suara. Kelantanese, again. ;)

Sometimes, when we meet a lot of people, we will know how much we know how to build a relationship with different kind of people.

Yelah, tak semua yang kita jumpa, asalnya dari UIA. Ada yang dari pelbagai background. Yang tak berkeluarga, yang sedang bertunang, yang tengah cari jodoh, macam-macamlah.

Thats how we learn. ;)

Bila bercakap dengan orang yang dah kawin, macam tu ceritanya.
Kalau bercakap dengan orang yang dah bertunang, macam tu gayanya.
Kalau bercakap dengan orang yang sedang cari jodoh, erk, sebolehnya dielakkan, nanti lain jadinya. Ehhe. ;)

Talking about a lot of topics make us more matured actually.

Yeah, it is very nice. ^___^

Till meet again, see ya!

p/s : Tomorrow, my mum is coming. Dia nak ambil anak dara dia. Then, kami akan sama-sama balik dengan kereta ke Kelantan. How much she love me, sanggup datang Kuantan semata-mata nak temankan saya balik Kelantan. Risau katanya kalau saya balik sorang ke Kelantan, walaupun for me, it is OK. Ibu bertegas juga nak datang dan beli tiket. Saya kata pada Ibu, kalau saya selalu saya susahkan Ibu, baik Ibu bagi saya kawin saja. Saya tak sanggup tengok Ibu susah. Ibu kata, kalau ada calon yang baik, bolehlah. Jangan tergesa-gesa, takut nanti kawin bukan meringankan beban malah sebaliknya. Soalan Ibu yang buat saya termenung panjang, "Kalau kakak kawin pun, kakak yakin ke suami kakak tu nak temankan kakak balik Kelantan kalau waktu tu dia pun tak cuti?" Then  i know, how hard to find someone yang sayangkan kita macam mak kita sayangkan kita. What a nice story. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, June 25, 2012

Diari Posting : 1st day at HTAA.

9 comments:
Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau dengan HTAA ni, dah terlebih kenal dah, tapi tak datang juga cinta tu. Aduh, ni salah hati sape yang kering sangat. ;)

Teringat kali 1st day kat Beserah, rasa tak best, rasa penat, rasa macam.. Ibu, saya nak berhenti belajar. Over kan? Kenapa memilih menjadi mukmin yang suka berputus asa? Kan kita ada pilihan untuk menjadi mukmin yang tabah hatinya? ;)

Then bila hari Jumaat, mulalah rasa sebak. Mulalah rasa taknak tinggal jejak. Rindulah kat Beserah. Rindulah kat kak Ila dan Kak Zi. Rindulah dekat patient Beserah. Mana nak dapat petang-petang tengok cerita Suri kat tv3 sebab patient takde. ;)

Nabilah, En Mi, dan saya di Bentong, last day.

Hari 1st di Hospital Bentong, rasa macam, Ya Allah, rindunya kat Beserah. Taknak pindah Bentong. Dengan kerja syifnya. Dengan ramai radiographer lelakinya. Bukan taknak kerja dengan lelaki, tapi lebih selesa dengan perempuan. Normallah tu. ;) Bukan nak jatuh cinta pun dengan yang lelaki tu, tapi sebolehnya dielakkanlah. Kadang-kadang, kalau kita menjaga pun, tapi sebelah pihak lagi tak menjaga, susah jugak ya. Sejukkan hati, dalam tujuan belajar, muamalat lelaki dan wanita dibenarkan. Tapi itu bukan syarat untuk melebih-lebih dan... *headache*

Khamis kat Bentong, rasa tak nak tinggal Bentong. With all the blessing, rasa macam, nak dok Bentong sajalah lepas kawin nanti. *jauhnya fikir*
Sampai hari Jumaat, sedihnya nak tinggal Bentong. With all radiographer yang baik dan mempercayai kami, memang rasa... BEST. ;)
Kak Zila, En Daud, En Zuki dan tak lupa PPK En Mi. ;)
Semuanya menjadi pengajar yang sabar. Dah berapa kali saya tersalah letak flashing tu, sepatutnya di bawah, tapi di atas, gaya Kak Zila marah, "Aiii. Flashing letak bawah ye..."


Tapi pernah juga saya tesalah letak marker, kak Zila kata, "Awak repeat semula di bilik sebelah." Telan air liur jugak. Bilik sebelah maksudnya tanpa bantuan sapa-sapalah. Dah la buat Skull pulak tu, tak belajar lagi. Best kan? Tapi dalam process of learning,kita kena berani mencuba. So, saya cuba dan alhamdulillah berjaya. ;)

Sabtu kembali semula ke Kuantan. Kalau bukan sebab hati ni dah dipujuk untuk jatuh cintakan Kuantan, mahunya saya  lari balik Kelantan. Temankan Ibu. ;)

Maka hari ni bermula posting di HTAA. Alhamdulillah bukan di main building. Kalau kat main building tu, busynya mengalahkan apa.. Nasib baik kena di ACC.
Patient tak ramai sangat. Kadang-kadang waktu free, nak juga pergi menjenguk Pak Cik. Dah berapa kali dia call suruh jumpa dia bila datang HTAA. Tapi saya main ngelat sokmo. Pak Cik saya ketua Jabatan Urologi kat HTAA, Dr Hamid bin Hj Ghazali. Erk, bukan pakcik sangat. Saya pun tak pasti apa hubungan kami sebenarnya. Tapi sama-sama keturunan Tok Bakok. Agak rapat. Hari tu ada juga dia tanya, posting di mana. Saya kata takada posting di HTAA, sebab sepatutnya minggu ketiga saya di HoSHAS.  Tapi tiba-tiba tercampak ke HTAA. Untuk Assesment.

1st day, OK lagi, radiographer kat ACC hari ini sume baik. Kak Ila dan Kak Fatin. Tak lupa En Kamal yang banyak membantu. Nice for today. Tapi esok, siapa tahu apa yang bakal berlaku.

Yang penting, sebagai mukmin yang sejati, kita hanya  mampu berdoa saja untuk hari esok yang lebih baik. Moga-moga Allah beri rasa cinta untuk bekerja di HTAA walaupun hanya untuk seminggu. Semoga rasa cinta itu memberi rasa suka untuk berterusan mencari ilmu. Br Zainul kata, walaupun U nak jadi lecturer, U must start from the beginning. Work hard even for your practical session. Jangan jaga pointer saja. Skill kena mantapkan.

Terima kasih Br Zainul. ;)

Counting the day to go back home. Home. Home. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, June 23, 2012

Diary Posting : Babai...

No comments:



Alhamdulillah, summa alhamdulillah.

So sad nak tinggalkan Hospital Bentong. Gaining a lot of experiences with nice radiographer. Semua RG baik-baik, ajar dengan penuh kasih sayang. Of course, Ketua Jabatan, Kak Zila pun sangat baik. Cik Mi yang suka buat lawak. En Zuki yang suka kacau. Kak Mai yang comel, dan En Daud yang suara macam DJ Radio.

muka happy Nabilah dan Ezzatul
Seriously rasa sedih nak tinggalkan Bentong. Jumaat lepas, kami kena syif malam. Tak sempat jumpa En Zuki yang suka usik orang tu, dan lagi sedih sebab tak dapat jumpa Kak Zila. ;(

En Zuki

kenangan comel. ;)
gonna miss the momento.
=.=
Al-Kuliyyah waktu takde patient. ;)

nabilah and i, lepaking depan hospital, takde patient sangat kalau syif malam. most of the patient yang kes accident.. 
 
last momento dengan Cik Mi. Sedih, sempat tangkap gambar dengan Cik Mi je. ;(
 
 

Rumah kat Bentong ni pun best sangat. Selesa, walaupun tido tilam takde cadar.

Since dah nak balik ni, mood memasak dah menurun. Kebetulan barang-barang dapur pun banyak yang habis. Sempatlah dua kali merasa makan luar.

breakfast + Lunch = Kenyang!
^__^
Bentong ni bandar yang kecil, tapi sibuk. Jalan raya tu sibuk manjang je. Tak pernah sunyi.

Now, will be going back to Kuantan. Tak tahu pukul berapa nak bertolak. Malas nak bertolak, rasa sayang nak tinggalkan Bentong. ;(

Takpelah, tahun depan jumpa lagi ya, Hospital Bentong!

Actually, sepatutnya saya ke Hospital Temerloh, tapi di saat saat akhir kena tukar ke HTAA. Ya Allah, kuciwa.. Kuciwa.

Kat HTAA, kena banyak banyak sabar sikit. Maklumlah hospital paling busy kat Pahang. Ye ke. Orang kata la.

Padahal dah berangan dah nak gi Temerloh, penuh impian kot. ;(

Sometimes, when we are in the process of learning, kita kena banyak banyak REDHA. Yang penting, IKHLAS, kat mana pun orang 'campak', senyuuuuuum! ;)

Doakan perjalanan kami ke Kuantan selamat ya.

Taksabar nak habiskan satu minggu di Kuantan, dan going HOME!

Ya Allah, permudahkanlah. Permudahkanlah!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, June 22, 2012

Diary Posting : Hari Bapa

No comments:
Selalunya, saya tengok Ibu yang lebih dominan bila anak sakit. Ibu yang selalu bawak anak jumpa doktor. Temankan anak, muka sembab sebab menangis risaukan anak.

Tapi mutakhir ini, persepsi saya mula berubah. Kasih ayah juga tiada tandingannya. Ramai ayah yang menemani anaknya menjalani rawatan. Yang memandang anaknya dengan penuh kasih sayang. Yang mendengar rintih sayu anaknya yang kesakitan.

Jarang benar, tapi ADA.

abang long dengan anak perempuannya.


Saya kagum dengan seorang ayah yang sanggup ambil cuti untuk temankan anak ke hospital. Sebab sebelum ni, fenomena yang selaluuu saya saksikan adalah berbeza.

abang ki dengan anak lelakinya.

Saya juga selalu ke hospital ditemani Ibu, waktu kecil-kecil. Saya lebih selesa ke hospital dengan Ibu. Ayah tidaklah membuatkan saya tidak selesa. Tapi diakuilah bahawa kasih Ibu ini berbeza dengan kasih Ayah. Cara seorang Ibu menunjukkan kasih sayang berbeza dengan seorang Ayah. Sejak dah boleh drive ni, saya sudah menolak setiap kali Ibu mahu temankan. Tak sanggup tengok Ibu menunggu lama-lama. Kalau kita yang muda ni, tak pe, beli buku, baca sambil menunggu, tak pun pergi usya doktor bujang. Ahha. *desperate sangat bunyinya*

kakak dan abang ayub : parents to be.

Saban hari di Hospital Bentong, saya tengok ayah-ayah ni begitu penyayang. Lihat sajalah pada matanya. Caranya melayan anak, caranya memandang anaknya.

Begitulah sepatutnya seorang Ayah. Tugas mendidik dan menjaga anak tidak boleh diserahkan pada seorang Ibu semata-mata. Sebaliknya Ayah adalah ketua keluarga, yang perlu ambil tahu semuaaa perkara.

Begitulah sepatutnya seorang Ayah. Bertanggungjawab. Bukan bersama anak pada hari kecemerlangannya di sekolah, tapi bersama juga dengan anak menunggu di hospital dan menjalani rawatan.

Begitulah seorang Ayah. Prihatinnya pada keluarga begitu tinggi. Mahu anaknya rasa selamat, rasa bahagia.

Wahai lelaki,
contohilah Rasulillah SAW.
Baiknya Baginda kepada wanita,
kasihnya Baginda kepada keluarga.

Wahai lelaki,
contohilah Rasulillah SAW.
Bertanggungjawab dan prihatin.

Wahai lelaki,
jadilah seorang Ayah yang baik.
Yang bukan cuma mencari rezeki.
Tapi hatinya penuh kasih sayang.
Jiwanya penuh rasa cinta.

Wahai lelaki,
percayalah,
kalian diciptakan untuk melindungi.
Kalian diciptakan untuk menjadi ketua.
Kalian hebat untuk menjadi hebat.

Jun adalah bulan hari bapa.
21 Jun 2012 juga merupakan ulangtahun kelahiran Ayahanda saya, Kamarudin Ab Rahman.

Ibu Ayah dan Nuha di JB.
^__^

Sekarang Ayahanda sudah tidak sihat. Darah tingginya semakin lama semakin memberat. Tapi degil taknak ke hospital. Tak sangka, Ayah takut hospital, dulu Ayah selalu paksa kakak ke hospital. Haha. ;p

Walaupun saya dan ayah tak begitu rapat jika nak dibandingkan dengan Ibu. Tapi saya dapat rasa kasih sayang Ayah.



Teringat sewaktu mulamula Ayah hantar saya ke UIAM Kuantan. Melihat kejauhan asrama saya dan kampus, Ayah begitu risau. Hari pendaftaran di UIA Kuantan, kami lunch di Saji Rahmat. Punyalah Ayah bincang dengan abang nak belikan saya kereta. Tapi syaratnya tak boleh kawin masa belajar. *saja je kan*


our happy family
^__^

Hampir dua bulan saya di UIAM Kuantan, belum dengar apa-apa berita Ayahanda mahu beri kereta.

Selepas Midsem, Ayah menelefon, katanya nak datang Kuantan, hantar kereta Abang untuk saya pakai. Sementara katanya. Bukan main terkejut saya. ^__^

Bila saya tanya, "Why after 2 months ayah?"
Ayah kata, "Sebab nak ajar kakak berdikari dulu. Ajar naik bas dulu, ajar jalan kaki dulu. Tak boleh manja-manja sangat. Lepas ni Ayah Ibu akan mati. Kakak kena belajar hidup sendiri. Kalau manja-manja sangat, kasihan suami kakak nanti. Kakak kena belajar hidup susah. Sekarang kakak banyak belajar kan?"
Terharu, serious terharu.
 

Mereka banyak mengajar saja menjadi berdikari. Tough dan tabah. ;)
Mereka selalu beri saya peluang dan kepercayaan.
Itulah istimewanya Ayah dan keluarga saya. ;)

Selamat hari bapa buat semua bapa dan bakal bapa di dunia
^__^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, June 21, 2012

Diary Posting : Bentong, nice juga. ;)

No comments:
Persepsi awal tentang Hospital Bentong, agak menakutkan. Dengan menggunakan teknologi yang agak ketinggalan di belakang berbanding hospital lain dan juga kerja syif pagi dan petang yang memerlukan pengorbanan.


But, after 4 days, rasa macam dah jatuh cinta kat Bentong. ;)

What a nice life.
Bangun pagi rasa sejuk snagat. Macam dok atas bukit. Walaupun keadaan jalan raya amat menakutkan, tapi saya sentiasa menjadi pemandu berhemah. ;p

Hospital, walaupun sedikit buruk, tapi still provide a good service.
Ketua Jabatan pula, Kak Zila, sangat sangatlah comel dan baik hati.
Bila dia marah pun, macam tak marah je. Tapi kena anggap tu satu teguran.
Dalam process of learning ni, memang kita kena banyak sabar dan kena tabah. ;)

Keropok lekor kat sini sedap. Tak jumpa lagi kat Kuantan keropok macam tu. Sampai RM5 saya beli. Haha. Memang febretlah. ;)

Kami gilir-gilir syif pagi petang. Kalau syif pagi, masuk pukul 8 pagi dan habis kerja pukul 4 petang, tanpa lunch. Memang tough. ;)
Kalau syif malam, masuk 3 petang, dan habis kerja pukul 10 malam.
Kalau syif malam tu, kami dok tengok TV ja, takdak patient sangat pun. ;)

Tak seronok sangatlah kalau syif petang, boring. Dan tak dapat kumpul kes. ;)

Rumah sewa UIA ni best. Apartment. Besar, Selesa pulak tu! Complete semua benda ada. TV ada, walaupun buleh tengok TV 3 je. Tapi kami tak tengok sangat pun. Balik kerja, baring lembik je semua orang. Masak, makan dan tidoooo. ;)

am driving from Kuantan to Bentong, stop solat 30 min di RnR Temerloh ambil masa 2 jam 15 min.

Oh ya, kat rumah ni complete semua peralatan, peti ais, dapur, kuali periuk segala bagai, membuatkan mood memasak saya begitu bagus. ;)
Kami decide untuk masak dan tanak makan luar. Maklumlah, nak jimat dan memang susah sikit nak cari kedai makan kat sini.

telur, bekalan untuk seminggu. Pagipetang siang malam makan teluuuuuur je.
Saya memang suka masak, walaupun tak pandai sangat masak. Dan jarang pun masak kat rumah. Masak pun tak sedap sangat. Tapi perasaan suka masak tu memang marvellous sangat kan. ;)
Pagi-pagi saya bangkit seawal 5 pagi, nak solat, nak prepare bahan-bahan untuk masak.
Then goreng nasi. Tiap tiap hari goreng nasi. Rasa macam dah teror dah goreng nasi. haha.
Depa ni tak boring pulak makan nasi goreng. Hari hari pulak tu!
Apa apa sajalah, asalkan save and safe. ;)


Seronok sangat, seriously. Walaupun agak tough, tapi best. Mostly patient kat sini India, Chinese. Jarang la nak jumpa Malay man. Tapi ok la, we learn a lot. Kadang kadang tu ada patient OA (orang asli). Tapi mereka tak macam OA sangat dah. Dah maju je tengok.
Tukang cuci kat hospital tu semua Indian.

refill case
Kat Hospital Bentong ni agak berbeza suasana berbanding minggu lepas sewaktu saya di Beserah.
Sekarang banyak kes trauma dan kes kecemasan. Meaning, handle kes yang lagi mencabarlah.
Pernah sekali tu saya x-ray tangan seorang kanak-kanak umur 7 tahun. Senyap je, tak bunyi apa pun.
Tapi bila dah siap, terkejut saya tengok tangan budak tu patah dua. Dah la radius ulna, dua-dua patah!

To parents, jaga anak baik-baik. Sometimes benda tu happen sebab kecuaian kita. Memang Allah dah tentukan, tapi sebolehnya kita usaha sebaek mungkin untuk elak benda tu berlaku.

Apa lagi ya yang best..

Add caption

Semua Radiographer best. Kak Mai, Cik Daud, dan Abang Zuki.
PPK pun baik je.. Abang Mi.

Wah, i think i will miss them all soon. ;)

Banyak nak cerita, tapi rasa cukup dululah. ;)

Jumpa lagi. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, June 18, 2012

Diary Posting : Diari Cinta

2 comments:
Maaf, buat kesekian kalinya, aku berbicara lagi soal cinta. Sebagai peringatan buat aku dan mereka yang membaca. ;)
************************

Jumpa ramai orang, jumpa macam-macam orang.

Banyak kali soalan berbaur peribadi di tanya.

Soal hati. Soal perasaan. Atau lebih tepat, soal cinta.

(Harap maklum, saya bukan bagus sangat, mereka tanya semua orang. )

Soalan seperti ini tidak perlu dijawab, kerana ia agak peribadi. Lagi pula, tanya untuk suka-suka, untuk borak-borak. Tak perlu rasanya.

Kebanyakannya saya senyum. Jawapan "Belum berpunya.", saya kira cukup tepat dalam definasi kamus 'cinta' awam.
Tapi kalau definasi kamus cinta orang yang luar biasa, jawapan, "Sudah berpunya", adalah yang paling paling tepat. Ya, kepunyaan Allah, kepunyaan Rasulillah, kepunyaan Ibu Ayah, kepunyaan keluarga dan tak tertinggal, kepunyaan perjuangan Islam. ;)

Terlalu kerap soal 'cinta' dibicarakan dengan MURAH. Sedangkan bagi saya, ia adalah sesuatu yang cukup mahal. 

Bermakna, cinta itu halal, mendapat tempat disisi Allah. Itulah mahalnya cinta. 
Kalau 'cinta' itu dibicarakan dengan SMS kasih sayang, SMS ingat-ingatkan, telefon tazkirah-tazkirahkan, sayang sekali nilai cinta yang diletakkan begitu rendah martabatnya.

Cinta itu terlalu MAHAL. Tidak dibicarakan soal CINTA melainkan kepada orang yang selayaknya. Orang yang HALAL, tentunya.

Cinta itu terlalu MAHAL. Tidak dibincangkan dengan gelak tawa dan hina. Ya, kerana cinta itu mahal.

Kerap kali saya dihidangkan dengan 'date', marathon phone call dan SMS kasih sayang, saya kira masing-masing tahu dimana letaknya nilai cinta sedemikian.

Kalau kau rasa cinta itu mahal dan suci, kau takkan cakap soal cinta yang haram, soal cinta yang menambah dosa, soal cinta yang mengurangkan pahala. Kerana kau malu untuk merendahkan martabat cintamu.

Orang yang cintanya MAHAL, tidak bercakap soal cinta seperti bercakap soal rancangan di televisyen. Kerana cintanya terlalu mahal untuk ditonton umum. Ya, cinta itu eksklusif.

Entah kenapa malam ini saya semangat berbicara soal cinta. Tidak ada kaitan pun dengan diari di Hospital Bentong hari ini.

Kalau orang tanya saya, macamana Bentong, jawapan saya, "Pemandunya teruk!" ^__^

Cinta itu mahal, kalau ia belum halal, masih di taqdim, masih di tunang, tidak perlu dicanang satu dunia. Meskipun sudah berkahwin, cukuplah soal cintamu antara kau dan dia di bawah jagaan DIA. Tidak perlu kau cerita satu dunia. Kerana cinta itu eksklusif, terlalu eksklusif. 

Cinta aku buat bakal suami aku, juga, terlalu istimewa dan eksklusif. Insya Allah. ;)

Bila ulangtahun kelahiran baru lepas, memang akan rasa macam ni ke? Ahhaha. Tambah tekanan jemputan walimah banyak sangat raya nanti kut. ;)

Saya terfikir-fikir soal cinta sewaktu memasak nasi goreng untuk sarapan tadi, tiba-tiba lagu ini bermain di minda, memang kenaaaa lah!

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Selamat malam. Berehatlah dengan menyebut nama TuhanMu yang menciptakan cinta dan memberikan rasa cinta. 

wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, June 15, 2012

Diary Posting : Done first week at Klinik Beserah.

No comments:
Alhamdulillah, akhirnya Jumaat tiba juga.

Hari Isnin,rasa macam lamaaa sangat masa berlalu. Rasa macam tak larat, dan nak berhenti masuk IRK. Ahha. ;p

But at last, rasa macam tak nak tinggal pulak klinik Beserah ni. Best. We meet a lot of people. We communicate with people from different background. Btw, i learn a lot.

First thing yang memang paling best saya belajar adalah ,
doing mistakes is not a problem. The problem is not learn from the mistakes.

Of course lah first time posting, first time jumpa real patient, suasananya berbeza. First time kena tinggal dengan Madam kat satu tempat yang kita tak biasa. Seriously rindu Madam Sha, dan sangat rindu Madam Narina. ;)


Dalam suasana bekerja ni, we also learn a lot of new things. Such as, curi tulang. Saya selalu terfikir, even a minutes late pun dah kira tak amanah dengan kerja. Amanah ni Allah hitung satu persatu kat akhirat kelak. Azabnya pedih. Since now, tak pernah lambat lagi. Ehhe. Thats the advantage for being particular with time. ;)

Yang paling banyak saya tengok, ramai pekerja yang keluar rehat awal. That's why kalau kita pergi hospital, kadang-kadang belum pukul 1 pun kaunter dh tutup. Alhamdulillah, for our services, Kak Zi dan Kak Ila sangat particular. 12.55 petang kalau ada patient datang pun, we still smile and complete the examination. Semua ni sangat patut kita jaga.

Macamana kita taknak orang susahkan urusan kita, macam tulah kita mudahkan urusan orang.

Saya dah serik menunggu lama di hospital. Sometimes, it is not due to the system or process, but it is due to the person in charge who doesnt commit well in the job.

Ceyt, kalau taknak commit tak payah nak kerja. Ramai lagi orang nak kerja kat luar tu.


Another thing yang saya belajar, untuk jadi tough. Kerja ni memang penat. Huh, nak earn money tak mudah sebenarnya. 8 am - 5 pm. Lama tu. Berdiri, berlari, berjalan, kesana kemari. Memang kena jadi tough lah!


Lagi satu, of course kena love what we do. Apa yang kita buat kena suka. Kalo tak suka pun, pupuklah rasa suka dan minta Allah hadirkan rasa suka tu. Insya Allah, kalo ada rasa suka, kerja penat macamana pun, tak terasa sangat penatnya. ;)
Macam juga kalau kita cintakan seseorang. Selama mana menunggu pun, tak rasa penat kan? ;)

In addition, respect others. Their privacy, and also theis safety. Most of them dont know how  its effect. Kalau kita tahu, kita usahalah untuk bagi the best service yang tak bagi harmfull effect pada patient. Sometimes kita lupa dan kita tak kisah. Apa nak kisah, dia bukan saudara kita, dia bukan kawan kita, kita tak kenal pun dia. It is not a good thing, friends. ;)

Sape pun dia, hak kita yang tahu ke atas mereka yang tak tahu tetap sama. DOnt give extra harm to patient. Waktu ni memang teringat banyak sangat pesan bro Zainul. Oh Sir, you told me so much and everything is right. ;(

Dalam proses belajar pun, kena marah, kena tegur, banyak tanya tu benda biasa. Kita kena banyak sabar, banyak study. ;)
Banyak juga soalan yang saya kena tanya. Maklumlah, budak UIA, degree pulak tu. Macam-macam soalan kena 'tebuk'. Alhamdulillah, so far, not too bad lah performance. ;p

Our advisor, Kak Suzilawati dan Kak Fazila sangat baik. Kadang-kadang ada juga dia tertinggi suara bila filem yang kami sediakan ter'cut-off' atau hampir-hampir kena reject. But still, marah untuk mengajar. Of course lah, mereka pun faham kami budak baru belajar. Salah sikit kena tunjukkan.

Saya ada juga buat salah. Waktu hand x-ray. Tak cukup obliquity in positioning. Kesian patient kena dose radiation banyak kali. ;(

Tapi a good news la after a week, dah boleh handle case extremities, abdomen and of course chest. Oh, also lumbar sacral. Cuma sekarang belum confident untuk handle kes skull. Sebab tak belajar lagi dan tanak buat mistakes dan beri overdose pada kepala otak patient. Too bad. Of course.

Kadang-kadang, bila kita tahu kesan x-radiation ni tak baik sangat pun especially for children and baby, rasa kesian sangat bila ada patient yang kecik-kecik comel datang. ;(


For parents, observe ur children well. Kesian anak-anak kecil, kena x-radiation kat skull sebab jatuh katil. Should improve on that, dear parents!

Thanks to Kak Zi, Kak Ila dan Encik Zul. They make my week. And also, Nusaybah's.
Allah, thanks to give me a chance to learn a lot of things. Alhamdulillah. ;)
Thanks to mum, told me not to skip my dhuha for Allah's blessing for this 3 tough weeks. ;)
Thanks to friends who ever help me and pray for the best for me. ;)

Alhamdulillah Allah. ;)

Next week ---> Hospital Bentong.

Mereka kata di Bentong susah. Kena kerja syif. Malam. Pagi. Patient ramai. Penat. Kena masak sendiri sebab kedai makan susah.

When i told mum, she said,
"Jangan ada persepsi sebelum pergi ke sana. Selama ni kakak dapat lalui lebih banyak benda payah dari tu. Yang ni, tentu mudah untuk kakak. Lapangkan dada dan minta Allah mudahkan jalan. Sayang Allah, insya Allah semua orang sayang kakak."

What a nice advise, mum. ;)

Wassalam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, June 14, 2012

Diary Posting : Kasih buat yang jauh. ;)

No comments:
Saya sedang menyemak buku log posting di kaunter pendaftaran.

Datang seorang lelaki tua, jalan terhenjut-henjut. Wajahnya gelap, tapi senyumnya manis. Wajahnya kelihatan letih dan penat.

Beliau kelihatan mahu bertanya sesuatu kepada saya, tetapi berhenti sebentar kerana lelah.

Kemudian beliau bertanya,
"Dik, benda ni apa ni? Kena buat kat mana ni? Pak Cik tak tahu. Tadi orang kat bawah tu cakap Pak Cik tak paham. Dah pergi bilik sana, dia kata bukan kat situ.."

Seriusly, mukanya sangat tulus, penatnya berjalan jauh belum hilang. Agaknya sudah ditawaf satu level ni.

Saya terangkan padanya, tunjukkan jalan ke bilik yang tepat untuk beliau.
Saya terfikir, kasihan pakcik ini datang hospital sorang-sorang.

Setelah beliau sampai di destinasi, saya terus teringatkan Ayah di rumah. Ibu di sekolah.

Agaknya mereka sihat atau tidak?

Ibu Ayah juga selalu ke hospital, dan saya jarang sekali berpeluang menemani mereka. Apatah lagi bersama mereka dengan doktor. Terlalu jarang.

Agaknya, ayah saya juga dilayan begitu bila ke hospital. Barangkali Ayah saya juga pernah tawaf satu hospital dan termengah-mengah mencari bilik yang betul.

sebak. Sungguh sebak.

Semoga Ibu Ayah sentiasa dijaga Allah disana. Semoga Allah melindungi mereka dan memudahkan urusan mereka. Ameeeeen. ;)

satu masa dulu..
Sewaktu Ibu Ayah masih sihat dan larat.
;)




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, June 12, 2012

Diary Posting : Kasih sayang sampai tua ;)

1 comment:
Poliklinik Beserah
Department Radiologi
(Depan kaunter)



Saya serahkan filem x-ray yang sudah siap di proses kepada seorang Mak Cik. Berumur 63 tahun. Mak cik yang disyaki menghidap PTB. Ditemani suaminya.

Kemudian mak cik itu bertanya pada saya,
"Lepas ni nak buat apa?"

Kata saya,
"Lepas ni Makcik jumpa doktor ya.."

Kemudian si suami menyampuk,
"Sebab sayang lah tu doktor nak jumpa lagi"

Dengan nada gurauan yang cukup mesra.

Kemudian saya terfikir, bahagianya mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Si suami berkopiah hitam, si isteri bertudung labuh. Gaya-gaya Pak Aji dan Mak Aji di kampung.

Saya hampir menangis. Sebab?
Teringat pada Ibu Ayah di kampung. Saya cukup cukup berharap Ibu saya juga sedang bahagia. Sedang tersenyum lebar. Sedang bergelak tawa.

Mammy Daddy,
semoga terus sihat,
senyum,
gembira,
senang hati
selaluuuuuu
^_^


Sebab lain?
Sebab saya terfikir, suatu hari nanti, bagaimana saya dan rumah tangga saya? Adakah seperti itu? Atau lepas ni datang hospital sorang-sorang, suami entah kemana.
Kalau betul sebuah rumah tangga yang mawaddah warahmah yang saya impikan, tentu ia bermula dari pemilihan calon. Makna kata, ia bermula sekarang.

Saya risau seandainya baitul muslim saya tidak seperti mereka. Bagaimana anak-anak saya kelak?

Sungguh saya pasti, memilih calon zauj itu tidaklah semudah memilih ikan di pasar. Yang paling baik, yang paling murah tapi segar, itu yang kita ambil. Tidak. Sama sekali tidak.

Sebaliknya ia berbeza. Malah lebih dari itu.

Orang kata, nak cari suami ni macam nak beli durian. Lihat kulitnya, isinya bila makan nanti baru tahu bagaimana rasanya. Sebab tu waktu beli durian kena bawa orang pro-durian untuk pilih durian terbaek. ;)

Sungguh. Saya rindu Ibu saya. Saya rindu keluarga saya. ;)


Sehingga bertemu lagi di bingkisan Diary Posting akan datang ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, June 10, 2012

Come back to UIA ;(

4 comments:
Alhamdulillah. Sudah ada di UIA. Summa Alhamdulillah. ;)

Pagi tadi sewaktu di hantar Ibu ke stesen bas, memang serius sebak. 3 hari spend time with mum, rasa macam tak nak pergi posting je. ;)

Sampai UIA pula sudah lewat malam. Sunyi sepi. Menetap pula di Tabari 3. Seriusly homesick.

Masuk bilik yang bakal dihuni seminggu, lagi tragis. 3 orang je? Semua orang tengah study, alamak, tak study lagi ni.

11pm : Nak call Ibu pun tentu Ibu dah tido. Homesick. Homesick.

Perlu mujahadah untuk dapatkan ikhlas.

Ikhlas, ke hospital untuk timba ilmu baru.
Ikhlas untuk bantu institusi kesihatan negara.
Ikhlas. ;)

My first week posting at Poliklinik Beserah with Nusaibah Amran. Harapharap dia banyak bersabar dengan saya nanti. AHha. Jauh juga tempat tu dari sini. Memang kena bertolak awal.

Macamana keadaannya pun saya tak tahu. Semoga Allah memudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat semua.

Seronoknya mereka yang sedang bercuti. Saya pun seronok menghabiskan masa di hospital.

I will make sure it benefit me a lot. Promise! =,=



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.