♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, September 20, 2012

saya pilih mengundi.

3 comments:
19 September merupakan hari penamaan calon. maka semalam terpaparlah di board nama candidates yang bakal bertanding dalam pilihanraya kampus yang akan berlangsung 25 September nanti.

Awareness tentang pentingnya mengundi dan memilih pemimpin yang selayaknya sangat kurang di kalangan pelajar UIA sendiri. mana tidaknya,ada yang tak tahu pun tarikh PRK! Apalagi untuk mengambil tahu calon yang bakal bertanding.

kebanyakan pelajar di universiti khususnya UIA sudah mencecah 21 tahun, kalau di dunia sebenarnya pun dah layak untuk mengundi. bermakna, umur sekarang sudah secara amnya dikelaskan sebagai umur yang matang untuk memilih pemimpin yang akan menerajui tampuk pimpinan pelajar di universiti.

Maka rugilah seandainya kita tidak mengambil peluang ini untuk menjadikan PRK sebagai medan latihan di dunia sebenar nanti. latihan untuk apa? Untuk memilih pemimpin yg selayaknya.

Mengundi adalah tanggungjawab bersama. Memilih pemimpin yg paling layak diantara yang layak adalah tanggungjawab semua. kelak kita bakal dipersoalkan Allah sekiranya kita tidak meletakkan orang yang selayaknya untuk memegang amanah yang berat.

Soal SRC bukan saja berkait dengan pangkat,jawatan dan merit, tapi ia adalah tanggungjawab yg besar. satu kaki di syurga, satu kaki di neraka.

Buat calon yang akan bertanding,masih belum terlambat untuk memperbaiki niat di hati.

Buat bakal pengundi, pilihlah yang selayaknya. Yang penting, jangan lupa, saya pilih mengundi..

All the best to all candidates!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, August 10, 2012

Malaysia Book of Record : Qiam With Me

No comments:

Program Qiam bersama Sultan Muhammad V di Istana pada 9 Ogos 2012. 

Participants seramai 6,000 orang.

Alhamdulillah.

Tengok gambar pun dah rasa nak menangis syahdu.

Sapa pergi?
Ce cite. Ce cite. 


Masa depan Islam cerah, insya ALLAH.
Mari doakan!


Mana nak cari Bro?
Lepas ni ada la tu orang tiru.

Gentar punya orang sebelah sana tuuu tengok orang kita.

^__^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, July 02, 2012

Abby Abadi

No comments:
Semalam bersamaan 1 Julai, saya 'memaksa' Ibu menemani saya ke Stadium Mini Pasir Mas. Saya dapat berita dari seorang kawan di FB, ABBY ABADI datang kampung saya malam ni.

Mustahil untuk keluar sorang-sorang kalau malam, walaupun selalu buat kat UIA. Jadi saya paksa juga Ibu ikut saya. Tentulah berjaya. Saya paksa cara baek. ;)

Sampai saja di Pasir Mas, punyalah ramai orang. Rasa macam hari raya pulak. Jem jalan kot. Nasib baik bawak kancil je, senang nak parking. Punyalah gembira dapat rezeki parking tempat dekat. Walaupun kalau siang-siang confirm kena saman dah kat MDPM. ;)


Kami sampai agak awal, walaupun rasanya dah bertolak lambat dari rumah.

Majlis baru bermula sewaktu kami menjejakkan kaki ke stadium.

Terkejut saya. Ini ceramah PAS rupanya!
Saya ingat sekadar forum bersama Abby Abadi saja. ;)


Ibu pandang saya, saya kata, "Alang alang menyelup pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang alang dah redah jem sejam, cari parking berpeluh peluh...."

Ibu pun sambung, "Biar sempat tengok Abby Abadi!"

Kami tak bawa pelapik duduk. Maklumlah, tak sangka orang seramai ini. Mahu penuh stadium tu.;)

Tiba giliran Abby Abadi berucap.
Abby Abadi berucap awal sebab selepas program di Pasir Mas, beliau akan berprogram di Bachok.

Wah Abby, baru je masuk 'dunia' ni, dah sibuk macam tu. Kita ni dah bertahun dalam 'dunia' ni, taksibuk sampai macam tu. Untunglaaa. Salah kita juga tak pandai cari publisiti macam Abby. ;p

Saya kagum dengan Abby Abadi. Rugilah Norman Hakim tinggallah dia. Saya ingat kata-kata Abby semalam,

"Saya dapat hidayah, sebab sepanjang hidup saya rasa saya nak hidayah."

Lagi pun, katanya,
"Saya didik anak saya baca Quran, solat. Sebab saya tak nak hidup mereka susah nanti."

Abby juga menceritakan kisahnya ke umrah. Waktu dia cerita kisah ke Umrah ni, 'hujan' pulak saya disebelah ibu yang duduk beralaskan selipar.

Kemudian saya bisikkan ketelinga Ibu,
"Nak sangat sangat pergi umrah. Tapi duet kakak tak cukup cukup. Harap harap Allah bagi rezeki."

Ibu angguk. Kemudian Ibu balas,
"Rezeki Allah sapa tahu kakak..."


Saya cemburu bila Abby ceritakan pengalamannya di Mekah dan Madinah. Dan disitulah beliau mendapat hidayah. Hidayah itu milik Allah. Ya, benar. Ia milik Allah.


Bila ditanya kenapa Abby tak mahu mengisi borang keahlian PAS,
jawabnya, beliau mahu semua orang dengar apa yang beliau nak kata, without sentimen kepartian.

Petang tadi, sebelum berceramah di Pasir Mas, Abby bertemu TGNA di pejabatnya. Kata TGNA bila Abby memberitahu tidak mengisi borang PAS,
"Takpe, dah duduk bersama majlis-majlis PAS, ye dah tu.."

Sampai saya pun kagum dengan TGNA.

Bila dengar kisah-kisah artis jumpa TGNA, saya teringat sirah Rasulillah.
Bagaimana akhlak Rasulillah menarik ramai orang kepada Islam.

Abby Abadi ada menceritakan sewaktu bertemu TGNA, ada yang bertanya respon TGNA tentang tuduhan terhadapnya sebagai The Father of Kuffar.

Jawab TGNA,
"Biarlah apa orang nak kata. Ikut dia lah."

Sungguh, waktu ini saya sendiri terkesima. Akhlak yang cukup bagus. Sepertimana yang diajar Rasulillah.

Ada orang, bila orang kutuk beliau, kutuk di blog, sudah dipanggil mengadap, didenda, naik turun mahkamah. Itu baru orang kutuk sikit, dah guna kuasa dah.
Nampak sangat takut.
Tapi TGNA ni lain. Beliau tak takut dengan semua tuduhan itu. Semoga Allah merahmati ulama' kami, pewaris para Nabi. Insya Allah. ;)

Saya kagum dengan Abby Abadi. Tudungnya labuh. wajahnya mulus, bersih. Dah memang dia cantik, bila ikut Islam, bertambah tambah kecantikannya. Alhamdulillah.

Sekarang ni, fenomena artis berubah, artis insaf, artis masuk PAS, terlalu berleluasa. Mengalahkan gosip hebat Afdlin Shauki masuk UMNO. ;p

Apa yang penting, kita sebagai orang yang sedar akan perjuangan berlandaskan ISLAM dan mahu akan ISLAM, harus senantiasa berdoa kepada artis artis tersebut agar mereka istiqamah dan diberi kekuatan untuk menempuh dunia baru yang mereka ceburi. Saya yakin banyak halangan yang perlu mereka tempuhi. Maka, marilah kita doakan mereka sentiasa diberi kekuatan oleh Allah.

Beri peluang kepada artis-artis tersebut untuk belajar. Berubah tidak bermaksud terus mengetahui segalanya. Jangan expect Abby Abadi dah jadi ustazah sebab dia dah berubah. But give her some times. Saya yakin beliau akan improve herself. Biiznillah. ;)

Mari doakan yang terbaek untuk Malaysia seperti mana Allah telah beri yang terbaek untuk Mesir dibawah pimpinan Dr Morsi.

Ameeen. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, June 24, 2012

Mesir : Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin menang.

No comments:

Mabruk.
Alfu mabruk.


Keputusan Rasmi Pilihanraya Presiden Mesir:-

Dr. Mohammed Morsi 13,230,131 undi. Peratusan : 51.73%
Ahmed Shafiq 12,347,380 undi. Peratusan :48.27% 


Tahniah buat Dr Morsi.
Tahniah buat semua penduduk Mesir dan sahabat-sahabat yang bermusafir ke Mesir.

Saya mengikuti livestream dari Al Jazeera. 
Lama juga menunggu.

Buat pengetahuan semua, Ahmed Syafiq merupakan kuncu kuncu Hosni Mubarak. Sekiranya kemenangan tidak berpihak pada Dr Morsi, nasib Mesir akan sama seperti sebelumnya. Seperti pemerintahan kuku besi rejim mubarak.
Maka, layaklah kita bersyukur dan menyambut kemenagan ini dengan penuh gembira, kerana ini adalah 

BUSYRA dari Allah untuk kita semua.
BUSYRA dari ALLAH untuk semua pejuang ISLAM, bahawa suatu hari nanti, ISLAM akan menang, masanya saja dalam rahsia ALLAH, tapi kemenangan itu adalah PASTI.


Allah buktikan kemenangan ISLAM di MESIR.
ALLAH mahu tunjuk pada pejuang pejuang ISLAM di seluruh negara terutamanya MALAYSIA.
Teruskan berjuang. Jangan lelah.
Saat menang itu sungguh bermakna dan kelelahan itu akan hilang.
Ini adalah ubat buat semua pejuang ISLAM.
Motivasi untuk kita meneruskan perjuangan dan akhirnya memenangkan ISLAM.


Walaupun keputusan rasmi sudah keluar dan menyatakan kemenangan berpihak pada Dr Morsi, calon dari Ikhwanul Muslimin, saya tetap mahu menunggu keputusan rasmi.

Dan alhamdulillah,
penantian itu bermakna apabila Farouq Sultan mengumumkan kemenangan Dr Morsi.

Say
ALHAMDULILLAH.

Masa depan Mesir tampak cerah.
Hilang kabut.
;)

Masa depan Mesir,
nampak indah.

Masa depan Mesir,
nampak sinar.

Tapi bagaimana dengan Malaysia?

Bilakan boleh kita semua bersorak seperti rakyat Mesir di Medan Tahrir sewaktu mendapat berita kemenangan Dr Morsi?

Saatnya pasti akan tiba.

Yang penting,
usaha membantu kemenangan Islam.

Dan tak ketinggalan,
DOA!

Itu senjata orang Mukmin.
;)

Alfu mabruk buat Dr Morsi. Alhamdulillah. Summa Alhamdulillah.

Gembiranya, tatau dah nak cakap macamana.

Kita tunggu apa yang akan berlaku.

Moga moga tempias kemenangan Islam terkena ke Malaysia.

Kita juga mahu ISLAM menang di MALAYSIA!

Teruskan berdoa untuk mereka di Mesir.
Mengisi kemenangan juga adalah satu cabaran yang besar.

Ya, besar.

Dan jangan lupa,
doakan Malaysia juga.

Kita bakal mengisi kemenangan di Malaysia,
tapi sebelum tu,
ISLAM kena menang dulu di Malaysia.

Insya Allah.
Ameeeen!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Mesir : Bezanya Mesir dengan Malaysia.

No comments:

Pilihanraya Mesir 2012 sememangnya unik buat saya. Walaupun saya bukanlah pemerhati tegar pilihanraya-pilihanraya sedunia, mahupun pengkaji yang bermain dengan peratus undi, graf, carta pai, dan sebagainya, namun sebagai seorang warganegara Malaysia yang pernah mengikuti 2 kali PRU pada 2008 dan 2004 secara dekat, memang Pilihanraya Mesir kali ini memberikan pengalaman baru yang cukup bermakna.

3 pengalaman yang saya maksudkan adalah:

1. Ulama'-ulama' di Mesir, apabila tiba pilihanraya, mereka akan mendidik dan menerangkan kepada masyarakat tentang prinsip-prinsip pemerintahan dalam Islam dari Quran dan Sunnah secara neutral, bukan menyeru masyarakat untuk memilih parti tertentu dan mengundi calon tertentu.  Prinsip-prinsip ini sangat penting bagi masyarakat untuk dijadikan neraca membuat sesuatu keputusan dicelah-celah dunia yang dikuasai oleh proksi Barat dari segenap aspek. Mudah kata, ulama' hanya memberikan alat, dan terpulang kepada masyarakat untuk menggunakannya.

Contoh prinsip-prinsip tersebut adalah:

 i- Al-Aslu dalam Islam adalah tidak meminta jawatan. Ini adalah satu pukulan yang sangat menyedarkan tatkala sistem demokrasi ala Barat melalui pilihanraya menyebabkan pemimpin berlumba-lumba mencalonkan diri sendiri. Antara Hadith yang terkenal bila bercakap tentang topik ini adalah apabila Abdul Rahman b. Samurrah meminta jawatan lalu Rasulullah menjawab : " Wahai Abdul Rahman, jangan meminta jawatan. Jika engkau memintanya, engkau akan diberatkan dengannya. Jika engkau diberi tanpa meminta, engkau akan dibantu dalam urusan tersebut.." ( Muttafaq Alaih )

 Saya sempat melihat poster Muhammad Morsi, calon Ikhwan Muslimin. Antara ayat yang dipromosikan pemplet tersebut adalah "..beliau tidak pernah meminta jawatan.." kerana yang memutuskan supaya beliau bertanding adalah majlis Syura dan bukan diri sendiri seperti calon yang lain.

 ii- Pemimpin ummat Islam adalah wakil Rasulullah s.a.w dalam mengurus urusan ummat Islam. Jadi kualiti pemimpin tersebut tidaklah semestinya sama 100% dengan baginda, tapi kalau boleh yang paling dekat. Jadi, ciri-ciri asasi seperti tahap ilmu agama, merujuk Al-Quran dan Sunnah dalam setiap masalah, kesihatan badan, itu semua tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia adalah mandatori.

Antara ciri yang ditekankan juga adalah mempunyai pengaruh yang kuat. Pemimpin diibaratkan sebagai seorang ayah yang apabila ada anak-anaknya yang bergaduh, dengan mudah ia dapat meleraikannya. Tanpa pengaruh yang kuat, beliau tidak dapat memimpin dengan berkesan.

 iii- Masyarakat perlu sedar bahawa undi mereka akan dihisab di depan Allah dan isu pemerintahan ini bukan satu isu yang boleh dibuat main. Jika mereka memilih calon yang merugikan Islam, mereka akan disoal kelak dan begitu juga sebaliknya. Dan jika mereka telah memilih seorang pemimpin, wajib bagi mereka mentaatinya selagi tidak bercanggah dengan nas.

Khutbah-khutbah dan ceramah-ceramah sebegini jarang sekali saya dapat dengari di Malaysia. Hatta ulama' di kalangan Ikhwan Muslimin juga jarang saya dengar mereka memuji-muji calon mereka di ucapan awam, kecuali memberi kaedah-kaedah yang asas ini. Teori saya, apabila sasebuah parti itu menetapkan matlamat untuk menang, maka ucapan mereka akan menjurus ke arah itu. Namun jika sesebuah parti menetapkan matlamat untuk mendidik masyarakat, maka seruan-seruan sebeginilah yang akan keluar.

Ikhwan Muslimin sejak awal keterlibatan mereka dalam piliharaya pada era Husni Mubarak lagi menetapkan matlamat mereka untuk mendidik masyarakat. Inilah antara sebab mereka pada awalnya enggan meletakkan calon Presiden walaupun telah menguasai 80% Parlimen Mesir.

2. Stesen TV di Mesir memainkan peranan penting dalam mendidik rakyat. Di sini, mereka menggunakan teknology 'parabola' yang dapat menangkap transmisi stesen TV dari seluruh dunia. Sebahagian stesen TV Mesir beroperasi dari negara luar seperti Qatar dan Bahrain kerana Husni Mubarak mengharamkan operasi mereka sebelum revolusi 25 Januari berlaku.

Banyak rancangan-rancangan membina yang disajikan, antaranya '10 soalan kepada calon Presiden anda' yang menemuramah setiap calon Presiden dan dihoskan oleh Mahmud Saad, antara pengacara yang terkenal di Mesir. juga 'Debat Presiden' antara Abd Mun'im dan Ahmad Syafiq yang membuka ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan dengan jelas. Bukan itu sahaja, debat-debat antara cendikiawan, forum-forum antara ulama' telah menjadi norma stesen TV di sini.

Tidak seperti Malaysia, sari program-program yang disajikan adalah berasaskan hiburan semata. Isu ini sangat popular dilaungkan sekarang terutama apabila ia dijadikan tuntutan dalam BERSIH. Namun begitu, saya berpandangan ia bukanlah di bawah tanggungjawab kerajaan semata-mata kerana kerajaan hanya memiliki 3 stesen TV, itupun yang kurang popular. Syarikat Media Prima sepatutnya lebih terkehadapan dalam soal ini. 2 siri debat Khairy Jamaluddin dengan Datuk Ambigaa dan Rafizi Ramli baru-baru ini sepatutnya diiklankan di TV dan ditayangkan 'live' supaya masyarakat luar bandar juga mempunyai akses, bukan terhad kepada penduduk Lembah Klang dan empunya laptop sahaja.

Tidak keterlaluan jika saya ibaratkan media massa sebagai guru kepada masyarakat. Jika 'A' yang ditayangkan, maka 'A' lah jadinya. Jika 'B' yang ditayangkan, maka 'B' lah jadinya. Melihatkan keadaan sekarang, 'guru' kita nampaknya sedang mendidik masyarakat untuk menjadi hedonis dan malas berfikir.

3. Pengalaman ketiga agak mengejutkan. Walaupun Mesir dibanjiri ulama' dan kaya dengan institusi agama dan lain-lain, ramai juga dikalangan mereka masih dibelenggu 'Hududophobia', ataupun trauma dengan perkataan  'Hudud'. Ia bukanlah melibatkan mejoriti rakyat, namun amat ketara pada golongan pertengahan dan golongan atasan.

Hukum hudud adalah salah satu hukum dalam Islam yang hanya mewakili lebih kurang 5% dalam syariat Islam secara keseluruhan. Bahkan Islam sebenarnya lebih luas dari itu. Islam meliputi hubungan manusia dengan Tuhan yang dipanggil Tauhid, ibadat, akhlak, sistem kekeluargaan, sistem pendidikan, sistem pemerintahan dan banyak lagi. Hatta, mengalihkan duri yang jalan adalah termasuk Syariat Islam.

Namun begitu, hudud telah dijadikan momokan oleh musuh Islam untuk menakut-nakutkan rakyat yang mahu memilih calon Islami. Begitu juga halnya yang terjadi pada Mohd Morsy. Malah, diantara sebab yang menyebabkan Abdul Futuh begitu popular di kalangan rakyat atasan adalah kerana menifestonya yang tidak melibatkan Syariat Islam, walaupun beliau merupakan bekas ahli Maktab Irsyad Ikhwanul Muslimin yang popular dengan slogan ' Islam adalah penyelesaian'.

    Kesimpulannya, masih banyak yang perlu dilakukan untuk membaiki kefahaman masyarakat kita. Walaupun Mesir baru sahaja 'merdeka' dari regim Mubarak, namun usaha pendakwah dari dahulu tampak telah membuahkan hasil. Teori saya adalah, jika mahu melihat tahap pemikiran masyarakat sesebuah negara, lihat saja pemimpinnya, kerana mereka dipilih oleh rakyat dan mereka mencerminkan pemikiran mejoriti rakyat tersebut. Jika rakyat liberal, maka mereka akan memilih pemimpin yang liberal juga, begitulah seterusnya. Justeru, untuk menaikkan pemimpin Islamik, perlulah kepada masyarakat yang Islamik juga.

Wallahu a'lam.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, June 14, 2012

14 JUN : Tahniah dan Takziah ^__^

No comments:
Alhamdulillah.

14 JUN akan datang, target setiap tahun adalah berbeza. ;)
doakan saya ya.
Kalau dipanjangkan umur.
entah entah 14 JUN 2013, dah jadi arwah.
Moga moga dimatikan dalam husnul khatimah!


14 Jun satu masa dulu adalah satu tarikh yang ditunggu-tunggu. Waktu ni lah nak dapat kek.
Teringat zaman kanak-kanak. Pada tarikh ini, saya akan setia menunggu Ayah pulang dari pejabat di beranda rumah. Saya menunggu dan menunggu. Bila Ayah pulang, saya akan menjenguk ke dalam kereta, melihat samada Ayah belikan saya kek atau tidak. Itulah rutin saya saban tahun. Pernah Ayah terlupa belikan kek, terus saya merajuk. Diam, tidak bercakap, muka masam, dan tak keluar dari bilik. Dan lagi teruk, tutup pintu bilik atau pintu tandas dengan kuat, tanda protes. Kemudian,selepas Maghrib, Ayah keluar dapatkan saya kek. Kek comel dua tingkat berwarna biru. Masih segar diingatan saya. Waktu itu Ayah juga belikan KFC. Satu set saja, hanya untuk saya. Waktu tu kami sekeluarga tidak 'banyak duit'.


Tersenyum saya dengan kenangan zaman lampau. Itu zaman kanak-kanak.

Zaman persekolahan pula, bila tiba 14 Jun, lukisan moral penuh di papan hijau. Macam-macam ucapan selamat di tulis. Kemudian dapat pula sekeping kad yang ditanda tangan oleh semua ahli kelas. Waktu tu bukan kad sangat pun, cuma satu kertas A4 yang dilipat dua. HAHA. Tapi bertahun juga saya simpan kad tu waktu muda-muda dulu. Ingat lagi tampal di dinding bilik, bila Ibu nak buang, saya kata JANGAN. Maklumlah kertas tu dah usang dan tak nampak rupa dah. Tapi ia tetap nostalgik bagi saya. Yelah, waktu muda-muda, ada tanda tangan jejaka yang kita minat kat kertas tu, mestilah nak simpan kan? Ehhe. ;)

Bila meningkat dewasa, caranya pula berbeza. Bila tiba 14 Jun, hadiah memenuhi ruang laci meja. Dengan kad yang cantik. Hadiah paling comel dari kawan sekolah menengah adalah sebiji replika kapal layar yang besar. Wah, ini budak lelaki kelas saya yang bagi. Besar sangat. Ada orang bagi coklat, letak di laci dengan kad. Tapi tak tahu sapa. Waktu ni mulalah nak perasan kita ada secret admire. Ahha. Padahalnya kot-kot kawan sebelah je yang letak. ;)



Di Darul Quran pula, sambutan 14 Jun juga berbeza. Biasanya dibuat di dalam usrah. Pukul 12 malam, ramai-ramai datang ke bilik, menanyikan lagu SELAMAT dan makan kek coklat atau kek dari KKB. Walaupun kek tak berapa nak sedap, tapi sebab manisnya ukhuwwah waktu tu, memang sodap jo jadinyo. ;)

UIA,
kenangan manis,
kenangan pahit,
semua adaaaa....
^_^


Di Petaling Jaya, paling sweet bila bangun dari tidur, buka pintu untuk ke toilet, ada kad dan poster,
HARI INI ULANGTAHUN NURUL HUSNA KAMARUDIN. SAY HAPPY BIRTHDAY TO HER! 


sambutan waktu di PJ. So sweet moment. ;)

Dan kad dari Fatihah Jaffri, Emilia Mustafa dan of course tak lupa roomates. ;) Waktu kat PJ, ramai orang sambut birthday dengan buat prank dan sebagainya. Ada yang baling dengan tepung, telur dan air. Saya pantang benar dengan sambutan yang begini. Cara siapa? Mengenakan orang sehingga menyusahkan mereka. Pernah saya sedang khusuk belajar di bilik study, tiba-tiba kebuk putih memenuhi ruang study. Sampai terbersin bersin, rupanya ada orang baling tepung satu bilik tu. Punyalah nak hangin. Bagi saya sendiri, kalau nak buat prank hari jadi macam tu, jangan buat pada saya. Boleh jadi bertukar hari menangis satu dunia kena ceramah. HAHA. ;)



Kalau di rumah, ulangtahun bila sudah dewasa jarang benar disambut. Kadang-kadang, orang yang beli kek adalah orang yang diraikan. Beli kek pun untuk Ibu Ayah. Sebab sudi besarkan dan didik kami adik beradik. Tapi sebab Ibu Ayah tak suka makan kek, kami ubah dengan makan sate, murtabak raja, atau apa-apa yang digemari Ibu Ayah. Jarang benar ada kek, melainkan hari jadi anak saudara. Tapi sejak akhir-akhir ni, kami adik beradik jadi penggemar kek Fresh Cream Home Made. Seriously sedap kek tu. Sampai kami adik beradik pernah beli kek tu tiap-tiap hari. Dah semua suka. Mula-mula abang belanja. Lepas abang yang lain pula belanja. Tapi tak muak pun makan kek tu. Seriously sedap. Fresh Cream Blueberry Cake, home made pulak tu. Ooooh, tiba tiba rasa nak makan sekarang. ;)

inilah fresh cream blueberry cake tu.
sangat sedap lah!




Sekarang, bila sudah terlalu dewasa. 20-an bukan satu umur yang boleh dapatkan kek dan mainan sebagai hadiah ulangtahun. Sekarang, ulang tahun adalah satu muhasabah. Muhasabah buat diri sendiri. Prestasi yang dicapai sepanjang tahun. Ada peningkatan atau sebaliknya. Saya sangat particular, untuk setiap tahun, saya set up satu bench mark untuk dicapai. Kebanyakannya tercapai, alhamdulillah. ;) Tapi ada juga yang kurang cemerlang pencapaian. Sekurangnya, kita ada tujuan dan wawasan sepanjang tahun.

Pssss... Sekarang ni azam saya nak belajar sungguh-sungguh sampai boleh buat Master, jadi pejuang yang komited, istiqamah, dan kawin dengan yang soleh, yang boleh beri kebahagiaan yang baek didunia dan akhirat. Ameeeen. ;) Tolonglah aminkan juga. Ehhe. ;)

Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan saya. Saya gembira membaca semua wall post anda semua. Semua doa kalian, saya harapkan diterima Tuhan. Saya sukaaaa sangat bila kalian doakan saya. Kalau boleh, hari hari nak hari jadi. Nanti semua orang doakan kita. Ehhe. ;)

kawan kawan yang mendoakan saya. ;)


Doa yang baik, ucapan yang baik, nasihat yang baik, semuanya indah di ulangtahun kali ini. Terima kasih. Beruntunglah saya dikelilingi kawan-kawan yang soleh dan solehah. ;)



Tak kiralah di FB wall, FB inbox, SMS, call, email, semuanya comel dan menarik. Semuanya saya suka. Alhamdulillah. ;)


peringatan yang paling baik

Tapi disebalik kegembiraan menyambut dan membalas semua ucapan dan doa di FB, saya terkejut dan menitiskan air mata dengan berita pemergian Ustaz Yahya Othman. Beliau adalah murabbi tarbiah gerakan Islam yang cukup mantap bagi saya. Pernah sekali kami menziarahi rumah beliau, sungguh sudah saya jatuh hati dengan beliau. Hemah dan hikmah beliau benar-benar bukti keimanan.

Innalillah buat Allahyarham Ustaz Yahya Othman. Beliau juga merupakan Mantan Exco PAS Kerajaan Negeri Kelantan pada satu masa dahulu.

-ALFATIHAH-


Perasaan yang saya rasa sewaktu mendapat berita ini sungguh syahdu dan sebak, seperti saya menerima berita pemergian Arwah Tuan Guru Haji Abdullah Pondok Lubuk Tapah. Saban bulan sewaktu muda-muda, saya selalu benar mengunjungi Pondok Lubuk Tapah. Disitu saya banyak berubah dan mula jatuh cinta pada Masjid. Waktu itu, orang lain ke Pasar Malam, saya lebih bermiinat untuk menadah kitab bersama nenek daripada Tuan Guru Haji Abdullah. Berita kematiannya saya dapat dari seorang kawan swaktu sedang mengulang Al-Quran. Kawan menelefon saya, dan mengajak saya pulang. Tetapi ajakan itu terpaksa saya tolak, memandang dua hari lagi saya bakal menduduki peperiksaan akhir semester di Darul Quran.

Perasaan yang saya rasa hari ini sama. Sebak sekali. Sangat. Saya pasti, kalau Nenek masih ada hari ini, tentu dia akan berkongsi rasa dengan saya. Pemergian Ust Yahya Othman pasti meninggalkan banyak amal jariah. Boleh kata, hampir semua pejuang gerakan Islam hari ini adalah hasil didik dan air tangan ust Yahya Othman.

Bagaimana saya tidak syahdu, buku Usrah Tunjang Tarbiah pun belum habis saya khatam. Saya berhajat dengan seorang sahabat untuk sama-sama menadah kitab itu dari Ust Yahya Othman sendiri bila berada di Kelantan nanti. Tapi hajat tu... Tak mungkin menjadi realiti. Tapi siapa tahu di syurga nanti ada ruang dan peluang untuk kami bertemu dengan pejuang agama yang hebat seperti Arwah.

Rupanya, 14 Jun juga merupakan tarikh ramai orang hebat dijemput menghadap Ilahi.
Bukan mahu berbangga dengan tarikh lahir saya, tapi ia adalah satu peringatan yang baik. Saat saya seronok membalas komen di FB dan SMS di phone dengan ulangtahun kelahiran, saya diingatkan dengan kematian. Satu peringatan yang sungguh bijak. Allahu Allah. Berkatilah aku. LIndungilah aku dan berikan aku husnul khatimah seperti mereka yang beriman kepadamu. ;)
Ameeeen. ;)

Oh ya, sejak posting ni, saya selalu collapse awal. Pukul 10 dah lelap. Tapi masalahnya, pukul 4 pagi dah tak boleh pejam dah mata ni. Nak pergi toilet pula cuak. Sebelum ni kalau bangun awal, tak pernah cuak, tapi setelah berlaku kes dua lelaki pecah masuk ke asrama, saya sedikit berhati-hati. Tambah pula, kedudukan bilik saya sangat tidak strategik. ;)

Tapi pukul 5 pagi saya gagahkan juga. Bawa senjata siap, untuk mempertahankan diri. Segala doa saya baca sebagai perlindungan dari syaitan dan juga dari syaitan yang bertopengkan manusia. Susah hati betul saya. Harap-harap cepat balik kampung, nanti tak takut nak bangun awal. Sebab setiap kali saya bangun awal, Ibu pasti sudah ada di sejadah. Atau kadang-kadang bangun saja dari tidur, saya sudah dapat menangkap bait bait sayu alunan Al Quran dari Ibu. Sungguh banyak hikmah yang aku dapat dari seorang Ibu. beliau yang mendidik aku dari kecil sehingga aku menjadi besar gedabak macam hari ni. Dan beliaulah orang yang mengajar saya istiqamah dengan Qiam sejak form 3, Ramadhan yang sangat bermakna buat saya. Ramadhan yang membuka pintu hati saya kearah jalan kebaekan. Alhamdulillah. ;)

Terima kasih Ibu. Terima kasih Ayah. Terima kasih Abang Yu. Terima kasih Kak Elly. Terima kasih Abang Ki. Terima kasih Abang Fiq. Terima kasih kakak. Terima kasih Adik.

Terima kasih sebab bersama saya menjadi dewasa. Bersama mendidik peribadi saya, membina modal insan seorang HUSNA. Kalian banyak membantu, banyak memberi tunjuk ajar dan yang paling penting, banyak memberi kasih sayang walaupun diri ini banyak melakukan kesalahan.

Terima kasih kepada guru-guru, dari sekolah rendah masuk sekolah menengah, ke darul Quran, ke UIA PJ dan sekarang UIA Kuantan. Terima kasih banyak. Kalian banyak mencorak rasa cinta pada ilmu dalam diri seorang HUSNA.

Terima kasih kawan-kawan. Kalian banyak bersabar dengan seorang HUSNA, kalian banyak menasihati, kalian banyak menerima dan memberi. Kalian mewarna-warnikan hidup saya dengan lukisan yang indah dan memberi pengajaran yang bermakna. Terima kasih teman. ;)

terima kasih juga buat adik adik yang banyak mentarbiah diri saya swaktu saya mentarbiah mereka.
RIndu semua.
;)

Terima kasih PERJUANGAN. Kerana dengan adanya PERJUANGAN, aku yang bernama HUSNA menjadi gagah dan tabah. Menjadi cinta pada ISLAM melebihi diriku sendiri. Mencintai Allah melebihi segalanya.

Dan juga,
terima kasih kepada semua orang, semua medium yang pernah mencorakkan hidup seorang HUSNA samada secara langsung ataupun tidak langsung. ;)

Kalian semua bermakna dalam hidup HUSNA. ;)

Insya Allah, yang penting selalu selalulah kita saling mendoakan antara satu sama lain, semoga Allah menjaga kita dan kita menjaga Allah sentiasa. Insya Allah. ;)

Tak sangka panjang pula post kali ni. Ingat nak tulis pendek je.
Tapi bila HUSNA menulis, memang bertompok-tompok idea turun dari langit. Tak nak berhenti menulis rasanya. Ehhe. ;)

Ok,jangan lupa doakan saya. Semoga Allah beri saya kebaekan dunia dan kebaekan akhirat.

^_______^


Tinta Birthday Girl,
HusnaTaqwa.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, June 09, 2012

Words for authorities : We want traffic light!

1 comment:
Its happen, again and again.

No one understand how much we are afraid to cross the road when we come back from the classes.
No one understand how much we put a high hope on the authorities to keep us save.
No one understand how much our parents worry everytimes there was an accident there.
No one understand how much we need the traffic light or what-so-ever that can prevent the accident there.
Anything, please do something.

Yes, we know that everything happen is from Allah. Kun Fayakun. But as a human being, caliph on the earth, we should prevent and do anything good to reduce the rate of accident there.

Even throw out a thorn on the road is a SADAQAH. What if you give us traffic light?

How much you spend for the Hari Belia, cant you spend some for the traffic light?

We are seriously sad. With hope, we are try for the best. Our SRC doing a lot of things to help us. To protect us. By Allah will, insya ALLAH, the traffic light will be there, and no more accident cases there. Insya ALLAH.

Good Job SRC!

Dear MPK and who-so-ever that have authority, please listen to our voice. Please do something. Before you urself got the accident there, or your son, or even your wife/husband, just do something and please dont close your eyes like you didnt see.

Remeber, what you are doing people, that is how Allah will do that to you. If you dont want to do something to protect the people, of course, Allah dont want to protect you.

So, for Allah blessing, please do something. Show me that you are concern. You are listen to us. Even we are only minorities.

ALLAH, help them to help us. Insya Allah. ;)

The new accident happen in front of my hostel, very bad.

credit picture to Hisyam Lois.

Dear friends, dont forget to send your report to MPK. Lets help and strive for the traffic light or anything. ;)

(go to the link and fill in the form)

Have a nice day, everyone!


;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, June 02, 2012

Kulihat hijau : Kau bersama atau tidak?

1 comment:

Himpunan Hijau ke Putrajaya.
Apa tu?


Ya Allah,
terperanjat saya melihat gambar-gambar ini di dinding FB.

Benarkah?

Atau ia cuma gambar edit?

Jom, nantikan berita di TV3 esok.......



Bila saya tengok gambar ni,
saya tanya pada diri sendiri,
Allah pilih mereka,
aku bagaimana pula?

Moga aku juga dipilih Allah berada dalam barisan kemenangan Islam ini
Insya ALLAH.

Anda bagaimana?
Bersama mereka tau tidak mahu?
Masih mahu memberi tugas menggapai kemenangan Islam kepada mereka sahaja?
Dan masih tidak mahu terlibat?

Nak menang,
kena usaha sama-sama bro.
Kalau tak
tak rasa manisnya kemenangan tu
Peace!








Sangat sedih sebenarnya tak dapat attend.
Perasaan sedih ni sama dengan perasaan tak dapat attend BERSIH 2.0 dulu.

kekangan ado sokmo. 

Takde rezeki nak join.

Apapun,
terbaek lah.

^_^


lebuhraya kelate.
Lebuhraya rakyat.
saya bangga
^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, May 20, 2012

Yo! Fest : Kenapakauada

3 comments:
Jumaat :


KUANTAN, 14 Mei - Orang ramai dijemput hadir ke program Sambutan Hari Belia Pahang "Yo! Fest 2012" di Taman Bandar Indera Mahkota bermula dari 18 hingga 20 Mei ini. Program yang bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam itu akan diserikan dengan berbagai acara menarik untuk pengunjung. Antara acara tersebut ialah persembahanBelon Udara Panas, Pertunjukkan Kereta dan Motor Berhias, Drif Drag, Capoeira, Nitro RC Car, Skyrunner, KMX Spider Drift dan sebagainya Turut diadakan ialah pertandingan Drag Motor dan Kereta, X-Games, Karaoke, Kucing Cantik dan pertandingan Ayam Serama. Turut akan diadakan acara berbentuk kerohanian termasuk Solat Hajat dan Tahlil, Seminar Usahawan Produk Halal, Kenduri Bersama Jabatan Mufti Pahang, Belia Berselawat, Soal Jawab Beliau Bersama Ustaz, Cerapat Langit Bersama Ahli Falak dan Karaoke Nasyid. Turut akan diadakan ialah Seminar Keusahawanan, Temuduga Terbuka daripada 30 buah syarikatyang turut serta dalam program itu nanti. Info lanjut klik facebook Yo Fest

*************

Surat Bantahan yang dihantar oleh SRC dan MRC kepada Pengarah Yo!Fest, Encik Awang. Terbaek SRC.


rombongan orang yang PEDULISM dengan aduan pelajar ke tapak PESTA untuk menghantar surat bantahan.


respon positif En. Awang menerima surat bantahan.
Wakil SRC menyerahkan surat bantahan, Saudari Aminah Imran. ;)
Terbaek Kak Min. ;)
berbincang penuh hikmah. Harap2 ada perubahan. insya ALLAH.
Tahniah Presiden MRC Tabari, Azam Yusuf.
 ***************************
On the way ke kelas, terpandang banner BoboiBoy. Koko Tok Aba dan kokotiam. Oh, sempena Yo Fest

rupanya. Youth Festival. Program ini berlangsung berdekatan dengan asrama kami menetap. Jalan kaki pun sampai. Itulah tempat kami jogging (kami ke?) dan berusrah saban minggu.

Kelas saya full sampai petang. Petang pula kami keluar ke Giant. Dapat berita dari sahabat di Tabari, ada maulid dan BELIA BERSELAWAT di Yo Fest.

Pandangan saya terhadap Yo Fest, berubah. Oh, islamiknya program ni! Ada forum islamik, ada maulid. Subhanallah.. Lantas saya berhasrat ke Yo Fest. Tapi malam itu saya ada tuntutan urusan  lain, maka terpaksa tunda ke keesokannya.

bukan saya yang bulatkan wajah mereka. Tapi PahangOnline yang buat.
"Susulan pendedahan kami berkenaan sambutan hambar yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang terhadap program yang melibatkanPerdana Menteri Malaysia di Taman Gelorapagi semalam, maka ramailah yang menuduhkenyataan itu hanyalah fitnah dan spekulasi semata-mata. Namun, dari gambar yang dipaparkan itu membuktikan sebaliknya.Hambar, bukan bermakna tidak ada langsung orang yang datang tetapi ia menunjukkan program itu gagal mendapat sambutan.Mereka yang ramai hadir hanyalah yang dipaksa oleh kerajaan menerusi pekeliling tertentu. Bagi menunjukkan lebih ramai yang hadir maka seperti biasa para pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) digunakan. Adalah lebih elok para pelatih PLKN itu dibenarkan memakai baju "casual" agar tidak nampak sangat mereka pelatih. Namun, akibat kealpaan penganjur maka mereka semua dipaksa memakai baju PLKN yang membuktikan merekalah yang telah meramaikan hadirin yang menyambut Najib Razak pagi semalam. Soalnya, ke mana pergi penyokong UMNO BN yang ramai itu. Mana pergi rakyat yang dikatakan sudah mula menyokong kerajaan?. Semua ini membuktikan rakyat sebenarnya sudah muak dan jemu dengan taktik-taktik kerajaan terutamanya UMNO yang memaksa rakyat hadir termasuk memberi gula-gula kepada mereka. Apapun, sambutan yang diberikan kepada Najib semalam jelas sekali memalukan Kerajaan Negeri Pahang. Mana mungkin, pentadbiran Adnan Yaakob tidak menjemput rakyat untuk hadir berbondong-bondong ke program PM. Justeru, PDO cuba membongkarkan rahsia semua ini bagi bolehkan rakyat Pahangseantero dunia untuk menilainya."
Sambung baca di SINI

Sabtu :



RELA dan polis memenuhi jalan utama kami keluar. Paginya ada exam. Eh eh, rasa macam di BERSIH pula bila jalan raya penuh dengan kon dan khemah serta papan tanda POLIS.

Sekembalinya ke Tabari dari IMC urusan peperiksaan, kami tidak dibenarkan masuk ke asrama. Kereta disuruh parking diluar. Bila kami 'merayu', "Ni asrama kami pakcik. Kami baru habis exam ni."

Kami ditempelak. Katanya notis sudah seminggu dikeluarkan. Erk, kat mana keluarkan? Tak pernah jumpa pun. Disebabkan kami baik dan tak mahu buat provokasi dengan polis, kereta diparkir di luar. Ehhe. Gembiralah tu polis bila kami mengalah.

Maka berjalanlah kami dengan keadaan cuaca yang sangat panas menggigit tulang sum sum dan UV yang terkena di kulit boleh menyebabkan kanser kulit. Tambah pula merah muka menahan marah pada RELA yang lagak seronok menghalang laluan ke 'rumah' kami.


program di IIUM Kuantan, ni baru betul untuk remaja.

Seorang sahabat bertanya,
"Pukul berapa bole masuk ni?"
"12 malam." jawab RELA bertugas.
"Kenapa tak boleh masuk ni?"
"Ada drift." jawabnya sepatah sepatah. Sabau je lah.

Rupanya bukan kami saja yang ditimpa nasib serupa. Ramai lagi kawan-kawan seangkatan yang terpaksa memarkir kereta jauh di luar dan berjalan masuk ke rumah sendiri. Ramai kawan-kawan yang mahu membuat urusan di bandar juga terbengkalai.

Ramai juga sahabat-sahabat yang meminta nombor Mr President dari saya, Akh Sharif Ahmad.
Cadang saya, report pada Presiden MRC dulu, kemudian biar Presiden MRC berbicara dengan Presiden SRC. Whoa, macam birokrasi pula. ;)

Lantas nombor Sharif Ahmad dan Nurazam Yusuf saya tinggalkan kepada mereka.

Petang :


Saya ada urusan di IMC, ramai sahabat-sahabat terpaksa berjalan kaki kerana kereta tak dibenarkan keluar masuk dari 'rumah' kami sendiri.

Petangnya, saya dapat berita Mr President SRC sudah bertemu dengan Pengarah Yo Fest untuk aduan yang diberikan penduduk Tabari yang menderita seksa. Hebatlah Mr President!

Saya kagum dengan tindakan Sharif Ahmad. Memang patut beliau jadi President SRC. Bakal ayah ini tidak pernah 'hilang' bila pelajar mencarinya. Mana nak cari President macam ni? ;)

Malam :



Sesuai dengan musim mengulangkaji pelajaran, saya tekun mengulangkaji nota Anatomy dan Physiology.
Ajakan kawan untuk melawat tapak Yo Fest, saya ketepikan dulu. Bukan marah dengan RELA sampai tak mahu pergi melawat, tapi rasa tidak berkepentingan untuk pergi jika dibandingkan dengan nota-nota anatomy yang masih belum habis di'highlight' kan sebagai tanda 'sudah baca'. ;)

Ketekunan itu terganggu bila bunyi bising dari jalan raya mengganggu konsentrasi saya dan roomates dari menghadap nota-nota tersebut. Rehat diambil untuk melegakan telinga yang panas hampir berasap. Tapi bunyi bising itu sehingga 2 pagi masih belum berhenti. Sorak sorai, dan bunyi 'drift' kereta/motor (saya tak pasti) benar-benar mengganggu dan menyakitkan.

Tidakkah mereka tahu mereka sedang drift di hadapan 'gedung ilmu' yang mana di dalamnya ada ramai bakal-bakal doktor yang bakal menyelamatkan nyawa mereka dari penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis tak lama lagi? Tidakkah mereka tahu di 'gedung ilmu' berwarna putih ni ada ratusan orang yang sedang berusaha keras untuk memberi khidmat pada mereka pada masa akan datang? yang akan mencabut gigi buruk anak mereka, yang bakal menyambut kelahiran anak cucu cicit mereka, yang bakal menjaga pemakanan mereka, menasihati mereka penjagaan telinga mereka dan macam-macam jenis health provider yang ada di dalam bangunan putih ini.

Tidakkah mereka kisah?

Sambil berfikir, saya melelapkan mata dengan nota Integumentary System di tangan kiri. Alarm disetkan pukul 5 pagi.

Deringan alarm telefon bimbit berbunyi. Sepulangnya dari toilet, saya terkejut dengan sorak sorai manusia yang masih kedengaran. Allah, tak tidur kah mereka ni?

Lantas persepsi saya terhadap Yo Fest sudah totally berubah!

Program ini anjuran siapa?
Bermula dengan maulid dan ceramah agama, tapi pertengahannya begini?

Tidak ada di dalam fikiran saya siapa yang menganjurkan program sebegini.

Orang yang berfikir tidak akan melalukannya. Tidak sama sekali.

Bukankah seawal 5 pagi waktu terbaek untuk kita berada di tikar sejadah memohon rahmat kasih sayang serta pandangan Allah. Bermunajat dengan dosa rakyat Pahang dan Malaysia yang semakin hari semakin banyak bayi dibuang. Belum lagi nak sebut isu Irshad Manji. Pufff~

Bukankah 5 pagi waktu paling musjatab untuk berdoa dan memohon ampun? Waktu paling comel untuk mengalunkan kalimah suci dalam keadaan tenang? Bukankah begitu? Tidakkah mereka terfikir?

Saya semakin benci dengan program-program sebegini.
Baru saja persepsi saya dengan program anjuran kerajaan berubah. Tapi rupanya, indah khabar dari rupa. Perubahan itu sekadar mahu menyedapkan hati, menyerikan seri program.



Sedih bertambah bila mengetahui cerita-cerita sahabat dekat bahawa ada ramai golongan yang mengambil kesempatan di PESTA untuk berjalan berdua-duaan di taman tasik bandar.  Siapakah yang lebih memalukan disini? Allahu Allah.

Negara ini sudah terlalu uzur. Pemerintahannya sudah perlu ditukar untuk menyelamatkan mengara ini dari terus uzur.

Negara ini perlukan 'air' yang menjadi penyubur kepada MAARUF, bukan mungkar.
Negara ini perlukan AGAMA yang menjadi benteng untuk membuatnya terus SIHAT.

Ya, negara ini perlu perubahan.

Sudah penat melihat keuzuran Malaysia. Fuuuuh~

Ini kali pertama saya terdedah dengan program begini, kalau di Kelantan, saya tidak pernah tahu kewujudan program sebegini HOT.

Akhirul kalam, sedih dengan program PEMBANGUNAN REMAJA yang ada.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 15, 2012

Nakbah Day : Palestine, you will be free. ;)

No comments:


Hari ini Hari Nakbah. Tahukah anda apa dia Hari Nakbah? Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut. Mari sama-sama kita juga mengingati peristiwa-persitiwa ini untuk sama-sama memacu perjuangan Islam ke hadapan"


Wallahu'alam


-Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree-

Satu hari nanti,
kebatilan tetap akan tewas.
Yang HAQ akan menang.
Itu sunnatullah.
Cuma masanya saja rahsia ALLAH.

Sama ada kita penyumbang kepada kemenangan ISLAM atau tidak,
kita sendiri yang memilihnya.

Pilihlah untuk menyumbang.

^_^

Kadang-kadang kita tak rasa mati itu dekat,
sebab tu kita liat.
Orang suruh dakwah kita rasa takde manfaat.
Sebab pahala tak dapat dilihat.
Kita suka duduk rehat-rehat.
Kat akhirat nanti tunggu dan lihat.
Siapa yang diazab siapa yang diangkat darjat.
Sebaek-baek manusia adalah bermanfaat.

;)

The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history.. Lets change our profile pictures to let the world know about it.
Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days
Don't let the international media bury their case, all these prisoners are asking for are their basic rights as prisoners of war, visitation rights, right of education and other rights that are declared by international law.




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.