♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label Jiwa Hamba. Show all posts
Showing posts with label Jiwa Hamba. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Titipan mencari cinta buat yang masih single. ^^

No comments:
Susahnya mencintai manusia.

Kerana manusia itu tidak sempurna.
Sentiasa tidak lekang dengan kesilapan.

Mencintai manusia akan sentiasa membuatkan kita terluka.
Dan kecewa.

Terkadang aku tertanya-tanya.
Apakah yang membuatkan seorang kekasih setia pada kekasihnya?

Sering benar aku melihat sahabat perempuanku menangis kerana kekasih hatinya.
Malah sanggup berkorban pelbagai untuk kekasih hatinya.

Aku jadi tertanya sendiri.

Mencintai manusia itu tidak salah.
Asalkan kasih kita pada si dia tidak melebihi cinta kita kepada yang Esa.

Yang menjadi tanda tanya dihatiku,
kalau benar berkasih itu kerana ALLAH,
kenapa jalan yang dipilih dimurkai ALLAH?

Aku tidak tahu jika seorang perempuan itu tidak berdosa jika bergayut dengan kekasih hati.
Yang aku tahu, ianya berdosa.
Malah ditegah oleh agama seandainya suara wanita dimanja-manjakan dan tiada urusan penting antara mereka.


Aku tidak tahu jika kasihmu pada manusia bisa menggadai peraturan Tuhan manusia.
Aku benar tidak tahu.
Yang aku tahu,
jika kasih,
pasti mahu sama-sama ke syurga.
Jika cinta,
pasti mahu pimpin tangan bertemu yang Esa
dalam keadaan yang paling istimewa.

Aku terkadang curiga.
Kenapa manusia memilih cinta yang tidak halal.
Sedangkan ia tidak menguntungkan.
Malah cuma memberi beban.

Beban yang bagaimana?
Apa kamu tidak tahu apa bebannya?

Bebannya,
setiap dosa itu satu persatu, kecil ke besar,
semuanya dihitung Tuhan.
Dicatit pencatitmu kiri dan kanan.
Bukan dicatit semata-mata,
malah setiap tindakan tersebut,
dibalas dengan yang selayaknya.
Jika pahala, nikmat.
Jika dosa, azab.

Itulah bebannya.

Apa sanggup kamu menanggung azab seksa Allah semata-mata demi seorang yang kamu cintai di alam yang sementara ini?


Ahhh,
sedang cinta itu tidak kekal.

Berapa ramai yang bercinta bagai nak gila,
tapi bila sudah tua,
rasa cinta hilang entah kemana.

Tak perlu tunggu tua,
setahun dua,
hubungan cinta dah mula hambar.
Kasih sayang telah disambar.

Engkau tahu siapa yang menyambar?
Nah, itulah bahang neraka.
Yang digelakkan syaitan.

Berhentilah becinta yang tidak halal.

Susahnya teramat mencintai manusia.

Melainkan mencintai manusia mengikut yang disuruh Tuhan.

Tuhan suruh kita mencintai sahabat kita.
Mencintai saudara mara kita.
Mencintai keluarga kita.
Mencinta para guru kita.
Mencintai yang halal.

Itulah yang selayaknya buat manusia.

Bukan mencintai yang membawa murka.

Bersabarlah menunggu yang halal.

Kelak pasti akan tiba waktunya.
Andai bukan didunia.
Di syurga nanti tak terhitung nikmatnya.
Yang penting,
harus terus dan terus bersabar.
Menunggu penuh iman.

Insya ALLAH.

Allah tidak akan mengecewakan hambaNYA yang sanggup meninggalkan dosa keranaNYA.

Allah sentiasa ada, buatmu yang merindukanNya.

Semoga yang menjaga cinta, sentiasa terjaga.
Semoga yang menjaga cinta, dirahmati yang Esa.
Semoga yang menjaga cinta, dipertemukan cinta yang teragung buat manusia.
Semulia cinta Muhammad buat Khadijah.


Ya, bersabarlah.
Bersabarlah.

Sementara itu,
bercintalah dengan Yang Maha Esa.
Yakni Allah yang perkasa.

Itulah kecintaan yang hakiki.

Bercintalah dengan ALLAH, sampai akhir usia.
Sampai merentasi alam manusia.
Sampai syurga. ^^


Tinta permata,
Husnataqwa.
Penunggu cinta halal. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, July 27, 2013

Tolonglah pakai stokin. ^^

8 comments:
Saya merayu kepada semua sahabat perempuan saya agar memakai stokin.

Dari atas, tudung dah OK, baju dah longgar dan tutup aurat, tapi tang kaki, tak tertutup.

Suka saya ingatkan, KAKI JUGA AURAT, yang WAJIB ditutup. 



Rugi sangat kalau kita dah tutup dari atas sampai bawah, tapi stokin LIAT sangat nak pakai.

Buat yang tak tahu kaki itu aurat, moga post ini sebagai pemberitahuan.
Buat yang sudah tahu kaki itu aurat, tapi tetap tak nak pakai stokin juga, saya kira post ini jadi peringatan keras. Ingatlah murka ALLAH kepada orang yang tahu tetapi tidak mengamalkannya.

*stokin harganya cuma RM5, tapi pahalanya SUBHANALLAH! Tak ternilai dengan RM5 tu. Panas sikit takpe kat dunia, kat akhirat hidup kita jauh lebih lama.


Status FB saya hari ini berbau agak kontroversi. Ada orang kata saya sedang 'smash' sahabat perempuan saya. Tidak mengapa, jika ada yang terasa di'smash', saya tidak kisah. Yang penting, maksud yang ingin saya sampaikan, diambil ibrah (pengajaran) buat semua.

Bukan saya benci, saya menulis kerana saya sayang. Saya sayang pada sahabat-sahabat perempuan saya. Bukan bererti saya mengatakan, "Hoh, akulah wanita yang paling baek!". Juga bukan begitu.




Saya cuma mahu kita semua, tiada seorang pun yang terkecuali, sama-sama menempah syurga ALLAH dengan menjadi mar'ah solehah (wanita solehah) yang mana harganya lebih mahal dari dunia dan seisinya. 

Saya kecewa. Melihat ramai sahabat perempuan saya memakai tudung cantik litup menutup dada. Baju pula sudah sempurna longgarnya. Tapi sayang, stokin seolah dilupakan.


Suka untuk saya bertanya, "kaki itu aurat bukan?"


Saya yakin sekali, jawapan kita tentu "YA!"


Mungkin ada segelintir yang tidak tahu bahawa kaki itu aurat. Jika tidak tahu, anggaplah post ini sebagai pemberitahuan. 


Bagi yang tahu, mengapa tidak memakai stokin?


Alasannya mudah. Tak selesa, panas. Malah ada alasan yang lebih parah, "tak cool lah."


Saya tertanya sendiri, apa erti cool bagi kita?


Kalau tak pakai stokin, tak tutup aurat, macamana nak cool di akhirat?


Kalau nak cool sangat, make sure cool both side la sister, dunia dan akhirat. Baru OSEM!

Sister,

bila tak pakai stokin, 
tendency untuk betis (tibia fibula) terselak juga sangat tinggi. 
Memanglah stokin tu dipandang rendah.
Apalah sangat sekadar sepasang stokin yang harganya RM 5 berbanding tudung yang dipakai harganya RM30!
Tapi, ketahuilah bahawa RM5 tu bakal melindungi kaki anda, betis anda dan boleh jadi lutut anda!

Sister,

bila tak pakai stokin,
memang rasa bangga.
Boleh tayang kaki yang cantik kat semua orang.
Tapi tahukah kalian,
lelaki soleh tak tergoda pun dengan kaki yang cantik terdedah.
Sebab ia MURAH.
Benda mahal ni tertutup.
Dah didedahkan dengan murah.
Oh, MURAH!
Ada ke orang yang mahukan benda murah?
Pergh, konfem lelaki soleh tak pandang! ^^

Sister,

Saya cakap ni sebab saya sayang.
Saya nak semua sahabat saya disayangi ALLAH.
Diberkati ALLAH. 
Diredhai ALLAH.
Nanti masuk SYURGA ALLAH.

Sister, 

tahu tak?
Baru ni saya dengar Ustaz cakap dalam TV,
Ustaz ceritakan keindahan syurga..
Subhanallah sister..
Indahnya syurga.
Tak terbayang rasanya keinginan nak berada dalam syurga.

Sister,

kalau nikmat syurga tak mampu buat kita eksaited nak tutup aurat,
bayangkan pula neraka.
Azabnya MASYA ALLAH!
Seksa sister..
Seksanya hanya ALLAH yang tahu.


Tutuplah aurat dengan sempurna. 

Biarlah sedikit tidak selesa di dunia,
asalkan bayarannya di akhirat kelak adalah syurga.

Seronok tau tutup aurat sempurna ni.

Kat dunia dapat suami soleh.
Kat akhirat dapat hidup dalam syurga. 
Pokoknya, kita dapat redha yang Esa! :)

Saya rasa gembira sangat kalau sahabat saya tutup aurat. Nanti di akhirat, kita berjiran dalam Syurga, nak tak?

Saya dengan Geng Power Rangers, selalu berangan-angan nak duduk berjiran bila kawin nanti.

"Nanti senang kalau suami saya pergi kerja, awak temankan saya."
"Nanti saya masak, saya hantar makanan kat awak."
"Nanti kalau saya merajuk dengan suami, saya cari awak."

Indahnya angan-angan untuk hidup berjiran dengan sahabat.
Bayangkan hidup di syurga nanti macamana?
Tentu lebih indah. ^^

Seronok kan? Kan?

Saya tak tahu lagi apa motivasi yang lebih baek untuk saya cairkan hati awak supaya tutup aurat dengan sempurna. Saya yakin, syurga dan neraka adalah motivasi yang paling tepat.

Awak, jom kita berubah.

Stokin RM5. Kalau awak tak mampu beli, awak PM/SMS saya. Saya berbesar hati nak sponsor satu pasang stokin untuk awak. Saya tak kaya, tapi RM5 insya ALLAH saya affordable. Dan tak kisah pun nak spend RM5 untuk awak masuk syurga dengan saya. ;)

Kan kan?

Penulis dhaif,
Husnataqwa.
Yang nak masuk syurga sama-sama. ^^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, July 13, 2013

Jangan pandang rendah pada dua rakaat itu. ^^

2 comments:
Meskipun cuma dua rakaat, ia disebut di dalam Al-Quran.

Mengapa kita tetap liat.

Untuk bangun dan bersolat.

Memang benar tidur itu lebih lazat.

Dan jauh lebih enak.

Tapi apakah susah untuk sedikit penat.

Demi sebuah kehidupan dunia yang penuh berkat.

Juga kehidupan akhirat yang selamat.

Meskipun cuma dua rakaat.

Syafaatnya besar dan bermanfaat.

Buat sekalian ummat Muhammad.

Tahajud adalah solat yang mesti dibuat!


*Salam Qiyam penuh kasih sayang buat semua pembaca.

Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan Solat Sunat Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya.”   (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)

Semoga Ramadhan ini memberi kita kekuatan untuk melatih diri tidak meninggalkan solat malam. Mampu bangun untuk bersahur,apalagi jika sekadar cuma untuk menunaikan dua rakaat yang banyak manfaat?

Mampu bangun untuk study, apalah sangat jika dibandingkan dengan dua rakaat yang ringan?

Kita memandang tahajud itu dengan pandangan yang berat.

Sebab itulah kita rasa liat untuk buat.

Pandanglah tahajud itu dengan penuh syafaat. Penuh barakaat. Penuh manfaat.

Tentu kita merasa rugi untuk menggadaikan dua rakaat tahajud dengan tidur yang nyenyak.

Semoga Ramadhan memberi impak maksima untuk pencinta tahajud. Insya Allah kita diberi kekuatan untuk menunaikan solat tahajud dengan penuh imanan wahtisaban. Allahumma Ameeen. ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, July 11, 2013

Puasa bukan untuk 'shaping' perut.

No comments:
"Ramai orang mampu menahan lapar dan dahaga, tetapi sedikit yang mampu menahan hawa nafsunya."

Tazkirah Asar di masjid petang tadi sangat menarik.

"Nafsu itulah yang menentukan taqwa seorang hamba, bukan perutnya."

Saya terkesima. Saat itu perut sedang berbunyi, kuat. Maklumlah sahur cuma dengan megi goreng. ^^

Belum sempat saya mengelamun jauh, penceramah terus menikam jantung saya,

"Berapa banyak Quran yang dibaca hari ini kerana nafsu yang mahu? Atau Quran dibaca kerana tradisi di bulan puasa."

Saya tersandar. Nafsu yang mahu? bagaimana tu?

Saya menyelak langsir yang menjadi penghadang antara kawasan solat muslimin dan muslimat. Jemaah lelaki kelihatan ramai, jemaah muslimat, cuma saya dan dua orang makcik.

Ustaz menyambung,

"Puasa ini mahu membentuk taqwa. Bukan nak bentuk perut. Puasa ni peluang untuk tewaskan nafsu. Jasad dah lemah sebab tak makan, tapi nafsu sangat kuat ajak kepada keburukan. Sebab apa? Sebab dalam hati kita tak fikirkan penyucian. Kena sucikan diri dengan taubat. Agar nafsu pun longlai dan lembik. Kena jauhkan diri dari maksiat, agar nafsu pun jadi kering."

Saya terus termenung panjang. Mengenangkan seharian Ramadhan yang baru dilalui. Masih bersisa 29 hari Ramadhan. Mampukah saya melakukan penyucian jiwa?

Jiwa yang suci yang mampu menewaskan nafsu.

Ya, jiwa yang suci.

Suci dengan zikrullah.
Suci dari maksiat.
Suci dari dosa.

Terlalu jauh untuk di kejar, tapi tidak mustahil untuk terus mengejar.

Ramadhan, kedatanganmu benar istimewa buat diri. ;)

Ada yang menganggap puasa adalah bulan terbaek untuk turun berat badan dan mengempiskan perut.

Err, buleh juga untuk medical purpose. Tak jadi masalah.

But, dalam masa yang sama kita pun kena work hard untuk 'shape' kan iman kita, taqwa kita kepada Allah Taala. Jangan eksaited nak 'shape' perut dan body, tapi terlupa iman yang ada dalam hati. ^^

Muhasabah bersama.

Mari jadikan Ramadhan ini yang terbaek diantara yang terbaek.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, July 09, 2013

Sejahtera buat Mesir

No comments:
Mutakhir ini,
Saya jarang membelek mukabuku.
Saya sibuk dengan agenda lain di bumi Kuantan.

Namun,
Setiap kali saya berpeluang membeleknya,
Hati ini gelisah.
Mata ini berair.

Saya terpesona dengan rakyat Mesir.
Semangat yang ada pada mereka,
Bukan semangat yang biasa.
Malah terlalu istimewa dan luar biasa.


Saya kagum dengan rakyat Mesir.
Demi mempertahankan kepimpinan Dr Morsi,
Nyawa mereka sanggup dipertaruhkan.
Mereka memilih berada di dataran.
Yang penuh sesak dengan jutaan manusia.
Sedang mereka mampu istirahat dengan tenang di kediaman mereka.

Namun,
Mereka memilih jihad.
Mereka memilih syahid.
Mereka memilih akhirat.
Mereka memilih syurga.


Celakalah tangan yang menggulingkan Dr Morsi dengan kejam.
Allah tidak akan melepaskan mereka yang zalim.

Mesir...
Suatu waktu dulu,
Bumi itulah tempat idamanku.
Mahu berkelana mencari ilmu.
Mahuku terokai tanah sucimu.

Tapi,
Taqdirku bukan begitu.
Aku disini di taman ilmu dan budi.
Mengemis ilmu buat bekal diri.
Supaya menjadi cahaya menyinari duniawi dan ukhrawi.

Tetap,
Keinginan untuk menjejak tanah Mesir masih bersisa.
Mahuku ziarah sungai Nil dengan yang tercinta.
Moga ziarahku ke bumi Mesir suatu masa nanti,
Dibawah pemerintahan Dr Morsi.
Hasil keringat gigih para mujahideen yang gigih berjuang.
Bukan dibawah pemerintah kuku besi.
Yang sekular dan tidak takutkan Allah!

Para mujahideen,
Teruskan berjuang.
Kuatkan hati, cekalkan azam.
Bekalanmu adalah iman.
Perisaimu adalah taqwa.
Ternyata ia lebih kebal dari senjata canggih para kuffar.

Para mujahideen,
Di hatimu ada Allah,
Di bibirmu tidak kering meratib Asmaullah.
Itulah senjata yang lebih bernilai,
Dari segala jenis senjata yang ada di dunia.

Para mujahideen,
Tangismu bukan lemah.
Tangismu tangis memohon barakah.
Aku yakin Tuhan mendengar.
Aku yakin Tuhan akan permudah!

Sejahtera buat Mesir!
Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, December 04, 2012

Tensi : Puncanya dari hati

10 comments:


Rimas. Lemas.
Manusia biasa. Diuji dan teruji. Bertimpa-timpa.

Terngiang-ngiang suara senior, "waktu kerja,kita kerja. Hal peribadi letak tepi."

Setelah kehulu-kehilir,dari medan ilmu ke medan dakwah, sejak lapan pagi. Menjejak kebilik semula,tepat jam 12 malam.

Telefon bimbit direnung lama. Mesej kerja,mesej masalah diabaikan.

Menekan nombor orang yang dikasihi.
Lama,tidak berjawab. Maklumlah,sudah 12 malam.

Beberapa minit kemudian, telefon berbunyi. Belum tidur rupanya.
Jawab telefon, dengar suara,

"Dekna kenapa tepon malam-malam?"

Senyap. Senyap. Tidak ada jawapan.
Sebak. Sebak. Rasa nak terbang kesana.

"Nak abang..." Akhirnya bersuara. Beserta 'hujan' yang turun dengan lebatnya. Sedu-sedan.

"Ada.. Abang ada. Ada kat sini. Abang jauh, tapi Allah dekat."

Panggilan dimatikan.

Ya, kita ada Allah.
Buka laptop, buka MP3, Quran dialun syahdu oleh Mishary.

Ya, saya ada Allah.

Malam ni, taknak dengar orang lain bercakap, nak dengar kalam Allah je.
Hilang letih. Hilang penat. Hilang sakit. Hilang tensi.

Dapat SMS dari abang,
"Dari tadi teringat awak,rupanya awak tengah serabut. Kami semua sayang awak. Tapi abang takkan selalu dengan awak. Tapi awak ada Allah. Malam ni, awak minta bantuan Allah tenangkan awak. Abang rindu gelak tawa awak,tak suka awak macam ni."
Matikan telefon bimbit. Malam ni nak tidur dengar alunan Quran. Itu saja yang mampu tenangkan jiwa yang serabut.
Teringat pesan Ibu,
"Kita letih ke serabut ke, sebab badan kita penat. Badan kita penat sebab hati kita penat. Hati kita penat sebab hati kita kotor. Kakak kalau serabut, tu tanda jauh dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah, macamana pun ujian, dia tenang dan aman.."
Bukan tensi. Bukan serabut. Bukan banyak kerja.
Tapi rohani tak cukup tenaga.
Sebab tu mudah fragile.
Syaitan dan nafsu berleluasa.

Mendekat dengan Allah,itulah jawapannya!
Meskipun kesibukan ini pergi dan habis, hati tetap akan berserabut selagi ia tidak kembali kepada penciptaNya.
Itulah jawapannya!!
Kesibukan dan kepenatan itu cuma alasan. Hakikatnya,hatimu yang menjauh dengan Tuhan!
Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, November 29, 2012

Baitul Muslim : Erti sebuah MIMPI

10 comments:
Penangan penat berhujan di tengah malam, terpaksa telan ubat sakit kepala. Apabila masuk waktu Dhuha, saya tidur, untuk hilangkan sakit kepala sebagai preparation untuk ke kelas petangnya. Walaupun hati sangat ingin melangkah ke library untuk persediaan kuiz Jumaat nanti. Apapun,migrain ni perlu di'raja'kan dulu.
Sekejap saja kepala mendarat ke bantal empuk, saya terus terbang ke dunia separa sedar.


"Bulan ni awak habiskan baca buku ni ya." kata Encik X sambil menghulurkan tiga biji buku.

Saya diam. Mengambil buku tersebut,membelek dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.

Saya menuju ke sebuah rak buku di tepi tingkap berhampiran sinki berwarna hijau. Kelihatan di situ, sebuah rak buku penuh dengan buku-buku sehingga tiada ruang untuk saya letakkan buku yang baru.

Belum sempat saya pusing ke belakang dan berkata, suara Encik X berbunyi,

"Takpe, nanti kita beli rak buku baru."

Saya tersenyum lagi. Saya pun pelik kenapa saya asyik senyum. Realitinya saya seorang yang talkative teramat, suka cakap, mengomel dan suka buat bising.

Tapi,satu perasaan yg saya rasa, begitu puas melihat rak buku yang dipenuhi buku itu. Perasaan yg tidak dapat dibicarakan.

you and me, sharing and giving. ;)
Kemudian Encik X berkata,

"Saya ada usrah malam ni, lepas tu ada meeting. Kita makan sebelum Maghrib ya?"

Lagi saya mengangguk dan senyum. Pelik,kenapa saya tidak bercakap.

Akhirnya jam loceng henset mengganggu ketenteraman tidur saya. Bila saya sedar, "Eh,kenapa rasa macam tak tidur pun?"

Sakit kepala berkurang, saya bingkas bangun. Saya ada date dengan Tuan Library hari ini. Mesti tunaikan.

Bila di library, saya terpandang rak buku yang penuh, teringat mimpi tadi.

 Saya tersenyum, "Cehh, nak sangat datang library sampai termimpi rak buku." Saya senyum sorang diri sambil menghadap nota Pharmacology.

Tiba-tiba terfikir, "Best jugak kalau mimpi tu jadi realiti kan. A house with thousands of book. Bestnya dapat suami yang cintakan ilmu!"


Tapi, lihat keadaan diri sendiri. Aku ni cintakan ilmu ke tidak? Atau asyik mengelak dengan majlis ilmu? Tu baru majlis ilmu, belum cerita berapa buku ilmiah yang dah habis dibaca. Tak cerita lagi keadaan ummat di Mesir, di Rohingya, di Palestin. Sejauh mana aku update?

Kalau buku akademik,sanggup berhempas pulas baca sampai hadam. Buku Manhaj Daurah Tadribiyyah pun tak habeh baca. Adehh.

Belum cerita Quran. Mengulangnya bila ada semangat. Kalau malas mengulang, nak sedapkan hati, buka MP3 Quran. Hampeh betul.

Part Encik X minta kebenaran nak pergi usrah, siap minta masak awal, boleh pula saya tersenyum. Indahnya rumahtangga kalau begitu. Aku meredhai perginya dia di jalan dakwah. Malah,membantu segala persiapan dia di jalan harakah. Bila fikir semula, diri sendiri pun kadang-kadang liat menghadiri usrah, rasa 'terpaksa' menghadiri daurah, penuh rasa malas datang program tarbiah. Ada hati nak dapat suami yang setia di lorong dakwah?

Kalau diri sendiri masih beralasan untuk ditarbiah, bagaimana nak relakan suami berpergian menunaikan tanggungjawab harakah? Diri sendiri masih belum memahami peri pentingnya gerak kerja tarbiah, bagaimana mahu menjadi tulang belakang kepada pencinta dakwah?

Memang isteri untuk dibimbing. Suami adalah pembimbing. Alangkah bertuahnya aku mampu meringankan tanggungjawab suami dalam mendidik isteri.  Sebagai tanda cinta dan kasih aku pada suami, tidaklah beliau berdosa kerana dosa isterinya.

Akhirnya, aku menerima hakikat diri yang masih serba kekurangan dan perlu banyak belajar. Perlu banyak memahami dan mendalami. Bercakap soal baitul muslim, bunyinya indah dan gah. Tapi pasti, menghiasinya perlu mujahadah dan tadhiyah.

Aku perlu banyak memberi di medan harakah, agar aku terbiasa untuk terus memberi meskipun kelak keadaannya berbeza.

Aku perlu banyak mencari manisnya berada di jalan tarbiah, agar kelak kemanisan itu berganda bilamana aku sudah 'berdua'.

Soal jodoh adalah peramcangan Allah. Aku cuma mampu bermimpi dan berimaginasi. Mengharap yang datang adalah rijalul harakah, syababul dakwah, yang hatinya terikat dengan Quran, jatuh cinta dengan masjid. Kelak,apabila datang ia kepadaku, aku harus tahu, dia bukanlah malaikat, yang sempurna dan cukup sifat. Tapi, aku dan dia akan menjadikan baitul muslim tapak rasmi menjadikan kami lebih hebat, lebih mantap. Perkahwinan bukan penyatuan jiwa yang sempurna. Tetapi, aku mahu jadi pelengkap dimana kurangnya dia dan berharap dia menjadi pelengkap dimana kurangnya aku.

Nota Pharmacology masih bersih. Aku ambil sekeping kertas dan aku tulis,

"Encik, one day we will walk along the way to Jannah."

 

Simpan kertas tersebut, di tempat yang sukar dicapai. Aku tidak boleh kerap hanyut dengan perasaan dan angan-angan. Didepanku ada pelbagai urusan yang perlu segera aku titikberatkan. Sedang soal jodoh itu, bila ia datang, alhamdulillah. Dan jika belum sampai detik waktu, aku tetap akan menunggumu di batas waktu.

Tarik nafas dalam-dalam. Hembuuuus. Fokus pada nota Pharmacology dengan khusyuk. Dengan harapan my other half juga begitu itqan menuntut ilmu. =)

Such a very jiwang post. Sorry. It just comes from the bottom of the heart. Mimpi yang memberi erti sejuta muhasabah buat diri!


Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, November 04, 2012

Menjejak SYAHIDnya seorang Hanzalah.

1 comment:

Langit itu tinggi, dan aku mahu menggapainya.
Bintang itu indah, dan aku teringin memetiknya.
Mutiara itu jauh didasar lautan, dan aku ingin mencarinya.
Syurga itu indah,dan aku bercita-cita memasukinya

Aku penjejak SYAHIDNYA seorang Hanzalah.

Semoga cinta ALLAH menjadi milik kita. 
^_^

Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga
Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah
Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin
HANZALAH pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya
Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi
Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, October 06, 2012

Memiliki bahagia sebelum memberi bahagia

4 comments:
Wajah bahagia Munir. =)
Pernah anda ditanya, "Kau pernah sedih tak?"
Soalan tersebut terlalu sarkastik, mustahil ada manusia yang tidak bersedih. Sedangkan siang,ada malamnya, panas ada hujannya.

Semalam, seorang adinda menghantar mesej ke inbox FB saya,
'Saya tengok kak Husna macam bahagia. Apa rahsianya? Kongsikanlah..'

Saya senyum sendiri. Dalam hati termenyanyi lagu Hakikat Kebahagiaan dari UNIC.

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang "

Penilaian adinda tersebut mungkin terlalu random atau lebih tepat dikatakan, boleh jadi beliau belum megenali saya lebih dekat. Saya bukan orang yang mampu membahagiakan orang lain.

Kata ustaz saya, "Orang yang bahagia, adalah orang yang mampu membuat orang lain turut  bahagia apabila memandangnya." 

*Terlalu jauh untuk berada di situ.


Saya sekadar berkongsi, cara untuk menjadi bahagia. Adinda tersebut sepertinya tahu, saya sedang mencari jalan bahagia, dalam pelbagai mehnah. Haruslah mencari bahagia, kerana hati yang bahagia, lebih tenang dan dekat dengan Rabbi Insya ALLAH.

Kalau kita tengok orang bahagia,sometimes we tend to assume, dia dapat semua yang dia mahu. Sebab ada assumption macam tu lah hati kita tak bahagia.

Pandanglah semua orang dengan perspektif bahagia. Tak mungkin ada orang yang dapat semua yang dia mahu,agak mustahil. Dan semua orang ada kelemahan/masalah masing-masing. Termasuk saya,begitu juga anda.

Kehidupan ini adalah persoalan tentang bagaimana kita memandang apa itu hidup.


Hidup ini bukan syurga. Hidup ini adalah dunia. Di dunia, ujian/cabaran/masalah itu adalah normal. Syurga pula,tempat istirehat yang paling sempurna,segala keinginan ditunaikan,segala kemahuan terlaksana. Itu syurga.

Ketahuilah,ini dunia,bukan syurga. Maka,segala masalah dan sebarang kekurangan bukan sesuatu yang pelik. Ia bukan hanya ada pada anda,tapi pada semua orang!

Bahagia itu datang dari hati. Bahagia itu tidak boleh dibuat-buat.


Maka, hati itulah yang perlu dijaga untuk mendapat kebahagiaan. 

Suka untuk saya syorkan kalian membaca buku Terapi Penyakit Hati, karya Ibnul Qayyim Al-Jauzi. Buku ini lebih baek dibaca sebelum kita membaca buku rahsia kebahagiaan yang laen. Saya sendiri,ternyata menemui sesuatu yang begitu berharga padanya.

Cinta pada dunia adalah penyakit hati yang paling susah diubati dan paling besar akibatnya,sengsara.
Macamana cinta pada dunia?

Kayu ukur saya sendiri adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu,tidak ada yang dapat menandingi tanggungjawab kita kepada Allah. Contoh, belajar sampai lewatkan solat dan terbabas Subuh. Dimana kita meletakkan suruhan Allah dihati kita? Adakah ia priority atau sebaleknya?

We tend to set our alarm untuk remind kita for class/meeting, tapi kita selalu lupa nak set alarm untuk bangun solat bila kita tidur. Tidur malam tu satu hal,tidur tengahari pun sama. Tidur pukul satu, bangun pukul empat untuk solat Zohor. Dimana kita letak Allah di dalam hidup kita?

Orang yang matlamatnya adalah mardhatillah, sedikitpun dunia tidak menggugat ketenangan hatinya. Disaat itu,tenang itulah yang memberinya bahagia. Allahu Allah,saya masih jauh untuk sampai ketahap ini,tapi teringin merasainya. Harus gigih berusaha!

Setiap kali datang masalah atau ujian, kurangkan masa meratapi nasib,tapi banyakkan masa mencari penyelesaian dan mengadu pada Tuhan. Saya kerap kali diuji ujian kesakitan dari Tuhan. Dulu,saya sering menangis di birai jendela mengenangkan nasib diri tidak sebertuah orang laen. Rupanya itulah tindakan bodoh yang saya sangat menyesal melakukannya. Meratapi nasib adalah manifestasi tidak redha dengan takdir Tuhan!

Sejak sudah mula dewasa,saya kurangkan masa meratap nasib,tapi saya banyak berbincang dengan keluarga untuk menyelesaikan masalah. Surely,my family help me a lot to stand up!

Satu persatu masalah dapat diselesaikan. Tidak lupa doa dan meminta bantuan dari Tuhan. Dan alhamdulillah,terlalu banyak yang dipermudahkan.

Kadang-kadang, berfikir terlalu panjang hanya membuka ruang kita bersangka buruk pada Tuhan.

Seterusnya, banyakkan senyuman. Sekalipun besar masalah yang mendatang,jangan berhenti senyum. Susah sebenarnya untuk senyum dalam sendu,tapi ia tidak mustahil dan possible untuk dilaksanakan!

Beri senyuman pada orang sekitar kita, insya Allah, senyuman kita berbalas dan rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Awas,senyum berpada-pada,terutama untuk yang berlaenan gender!

Next,fokus dengan apa yang kita laksanakan. Setengah orang,ada masalah dengan kereta,contoh kereta rosak. Tapi masalah tu,sampai dalam bilik, ke tempat meeting dan dalam facebook pun dibawa bersama.

Sepatutnya,dalam bilik, fokuslah pada situasi bilik,tak perlu dicampur adukkan dengan masalah kereta rosak. Dalam meeting,tak perlu fikir soal kereta rosak sampai nak emo tak pasal-pasal, nak masam muka segala bagai. Tak perlu, bukan selesai pun masalah kereta rosak tu,kau masam+emo pun,kereta tu tak elok dengan sendiri!

Minimakan dosa. Dosa adalah punca hati gelisah dan hilang bahagia. Kurangkan bercakap perkara sia-sia. Jaga aurat dengan sempurna. Elak mengumpat dan mengata. Banyak baca quran dan solat sunnat. Banyakkan puasa sunnat dan yang paling penting, jaga ibadah wajib dengan sempurna. Terlalu jauh untuk saya sendiri sampai ketahap ini,tapi tak salah gigih berusahakan?

Orang yang banyak dosa,akan selalu gelisah dan hilang ketenangan. Sedangkan tenang itu adalah sebahagian dari kebahagiaan.

Antara laen,resipi untuk bahagia adalah banyak menghitung nikmat yang Tuhan anugerahkan. Hitung nikmat sampai kita rasa banyaknya Allah sudah beri pada aku, apalah sangat dengan sedikit ujian dan musibah ini.

Contoh,kita hilang henset yang berharga tujuh ratus ringgit. Untuk menghilangkan rasa gelisah dan tidak tenang, cuba hitung berapa banyak Allah beri nikmat pada kita. Lebih berharga dari tujuh ratus tersebut.

 Sebagai contoh, Allah beri kita keluarga yang bahagia, Alkah beri kita akademik yang stabil. Tentu sekali nilai semua itu melebihi tujuh ratus ringgit yang hilang. Kan? Hati akan kebih tenang dan redha.


Hitunglah nikmat Tuhan,usah kerap membilang ujian semata-mata!

Saya, cuba jadi bahagia. Sebab saya yakin, kebahagiaan saya adalah kebahagiaan ibu,ayah,abang,kakak dan adik saya. Juga kebahagiaan sahabat-sahabat saya serta orang sekeliling saya. Saya senang bila menyenangkan mereka,damai sekali rasanya. Erti hidup inikan pada memberi!

Sebarkan aura yang positif. Anda akan mendapat aura yang positif. Mana mungkin memberi najis dibalas bunga. Begitulah perumpamaannya!
Memaafkan adalah ubat kepada kecewa dan derita. Maafkanlah, anda pasti rasa bahagia. Kadang-kadang, masalah kecil pun boleh memberi gelisah pada hati kita.


Contoh, "Ibu, tadi dalam meeting, muslimin itu jahat dengan kakak. Buat muka. Macam tak puas hati je dengan kakak. Tak tahulah apa kakak salah dengan dia. Kakak benci dia buat macam tu pada kakak."


Jawapan Ibu, saya yakin dan pasti, "Kakak, maafkan dia, kakak akan bahagia. Kakak lupakan apa dia buat pada kakak. Maafkan dia."

Hampir setiap kisah/cerita yang saya kongsikan dengan Ibu, pasti itu jawapan Ibu.
Sehingga satu tahap, saya meyakini, kuasa maaf itu benar-benar memberi bahagia.
Sewaktu kita memaafkan semua orang, beban di hati kita hilang dan tenang. Subhanallah, perasaannya begitu hebat sekali. Cubalah! Maafkan semua orang yang menyakiti kita. Samada dalam sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara.
Maaf itu satu perkara yang membahagiakan. Cubalah!
Mana mungkin Rasulullah sendiri menyuruh kita memaafkan kesalahan semua orang sebelum kita tidur, andai  memberi kemaafan itu sia-sia. Rupanya, Rasulullah nak kita kekal bahagia dengan memaafkan kesilapan manusia. Percayalah, its work! Really work!

Saya sendiri kadang kala tetap gagal menguruskan emosi,walau berkali ingatkan pada diri untuk mengawal emosi. Lumrah manusia, sesekali gagal dan terkandas. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti berusaha menjadi bahagia. Percayalah. Kadang-kadang ada waktunya saya overstress, terbawa dalam meeting, dalam persahabatan dan kadang kala dalam medan akademik. Muka jadi masam. Emosi tidak stabil. Jiwa berserabut selirat. Waktu ini, mohonlah bantuan Tuhan,agar Dia beri kita kekuatan untuk mencari tenang dan bahagia. Waktu peak hour macam ni,saya suka bawa diri ke masjid. Tapi tentu sekali tidak lama. Jangan ambil masa berminggu-minggu untuk recharge energy.

Ada orang beranggapan,kita akan bahagia bila sedang bercinta dengan manusia. Eh,bercinta dengan Tuhan berganda bahagia tau. Sebab kita takkan kecewa,terluka atau terseksa. Eh,sape kata orang single tak bahagia?
Saya single, saya OK dan saya bahagia!

Kadang-kadang persepsi orang yang buat kita menderita.
Cool. Cool.
Sekadar itu tinta bahagia dari saya. Kalau boleh,selamanya dan sampai bila-bila saya mahu bahagia,kerana hanya orang yang bahagia yang boleh memberi kebahagiaan kepada orang laen.

Sape yang terfikir nak kawen, kena jadi orang yang bahagia dulu. Sebab how can you make your love one bahagia kalau anda sendiri tandus dengan kebahagiaan.


"Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki"


Sehingga bertemu lagi,dengan bahagia!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, August 10, 2012

Musafir kasih Tuhan. =)

5 comments:
Alhamdulillah, musafir yang tiga hari banyak memberi erti. Pada awalnya, ingat nak keluar dari Kelate, tapi takde pula orang yang nak temankan. Terpaksa musafir dalam Kelate. Nanti ada teman baru seronok musafir jauh-jauh.


Hari Khamis petang, dah terpacak depan pintu. Ibu dengan sinisnya bertanya,

"Haik, dah balik? Baru tiga hari?"
Saya senyum saja. Ibu sambung, "Hari tu kata nak pergi seminggu."

Eh, Ibu ni macam tak suka pulak saya balik. Balik awal-awal pun gara-gara plan berubah tiba-tiba. Geng Konvoi ajak meeting di Pasir Mas. Alang-alang dah meeting dekat dengan rumah, hati memang rasa nak balik. Tambah pulak meeting habeh pukul 6 petang. Nak ke tempat musafir semula, rasanya jauh dan jalan sesak.


"Dapat apa 3 hari?" soal Ibu.

"Dapat tenang la." 

"Tenang kat masjid dekat Pasir Mas pun boleh dapat. Yang pergi jauh-jauh tu ingat nak bawa balik calon menantu ke sorang."

Mahu terbeliak biji mata. Kesitu pulak. Pada awalnya, Ibu memang kurang bersetuju saya bermusafir. Sebab sorang diri. Abang kadang-kadang saja menemani. Itu pun busy. Tapi lepas pujuk-pujuk, Ibu bagi juga. Bila balik, saya layankan saja celoteh Ibu. Ibu bising-bising sayang tu. Ibu risau-risau sayang. ^__^

Bila kita bersendirian, kita punya lebih masa dengan Tuhan. Kita punya banyak ruang meminta dan mengadu. Kita punya lebih masa untuk merasai manisnya saat-saat bersama Tuhan.
Ramadhan; sejak 3 tahun yang lalu, sangat bermakna. Waktu inilah waktu yang paling sesuai untuk  muhasabah. Waktu yang paling indah untuk beruzlah. Percayalah, Ramadhan itu cukup istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Istimewanya Ramadhan, kesannya untuk setahun sehingga bertemu Ramadhan akan datang.

Nikmat sihat yang Allah beri adalah satu nikmat yang cukup besar. Kalau di masjid, kita lihat ramai orang yang tidak mampu menunaikan solat terawih dengan sempurna. Kita yang boleh berdiri dan berlari ni kena banyak bersyukur.

Tapi bila cakap soal sihat jasad ni, teringat pula kata Ustaz Rifa'ie. Kata beliau,


Orang yang sakit jasad, tak datang masjid tu ramai. Tapi ada yang jasadnya sihat, tapi  hatinya sakit, lebih ramai yang anti-masjid. Yang hatinya sakit inilah yang payah nak ubat. Tak ada hubbul-masjid. Tak ada hubbul-diin.

 
Comel betul kalau kita tergolong dalam golongan hubbul-masjid. Hubbul-Quran. Kalau ada dua benda ni, yang lain terus jadi cantik. Insya Allah.

Agama tip-top. Akhlak mantop. Mana nak cari bro? Susa.. Susa. Kalau jumpa, jangan lepas. 

Ramadhan; masih bersisa beberapa hari saja lagi. Rasa terlalu berat mahu melepaskan Ramadhan pergi. Berlalu Ramadhan, datangnya Aidilfitri. Lepas tu kena register tahun dua di Kuantan. Ooooh. Lambatlah masa berlalu pergi. Rasa tak puas lagi mengisi cuti. ^_^

14 Ogos 2012, tarikh yang BESAR. Mana tak besarnya, fikir pun rasa dah penat. Ahha. Tapi sebab tarikh ni, Geng Konvoi jadi erat dan rapat. Seronok pula tu buat kerja-kerja amal sama-sama.  Dah pergi Kuantan nanti, berpisahlah Geng Konvoi. Ooh, gonna miss all the momento. ^_^

Ramadhan juga; menyatukan Geng Konvoi! Alhamdulillah. ^__^

Aidilfitri  bakal menggantikan Ramadhan ini. Ibu dah siap-siap dah kemas rumah tunggu abang kakak balik. Ibu bagi peluang saya uruskan rumahtangga. Habeh bunga-bunga saya buang. Ibu bising rumah tak cantik takde bunga lah, takde seri lah. Tak comellah. Then, i said, " I am the flower in the house." Ibu terus diam dan tak kata apa. Layankan sajalah ragam anak dia. ^__^

Seriously, tak sabar nak tunggu anak saudara balik. Rindu budak-budak sangat dah ni. ^__^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, August 05, 2012

Ramadhan : Separuh masa kedua untuk bermusafir

1 comment:
Ramadhan sudah separuh meninggalkan kita. Cepatnya, masya Allah.




Sudah 17 Ramadhan. Its Nuzul Quran.

Memegang taklifat sebagai hamalatul Quran adalah satu amanah yang perlu dimuhasabah menjelang Nuzul Quran. *Actually kena muhasabah every second.


Sekarang Imam solat terawih dah masuh juzuk tengah-tengah dah. Juzuk 15-16. Dah mula teragak-agak dah nak ikut. Dah mula lupa page mana. Lupa nak sambung ayat apa. Lupa lah pokoknya.

Kadang-kadang kita selalu selesa. Sampailah ada orang yang lebih baek dari kita, baru kita tahu, kita tak bagus sangat pun. So, kadang-kadang tu, kita perlu tengok orang yang lebih baik dari kita untuk muhasabah diri kita.

mencinta pencinta ALQURAN
Jatuh cinta dengan orang yang jatuh cinta dengan ALQURAN. Kecintaan pada AlQuran adalah kecintaan kepada Agama. Kecintaan kepada Agama adalah kecintaan kepada Allah. Dan sungguh, kecintaan kepada Allah adalah segala-galanya.

 

Ramadhan masih bersisa separuh masa lagi. Masih punya waktu kalau kita mahu memanfaatkannya. Make sure Ramadhan yang bersisa, lebih baik dari separuh masa yang sudah berlalu. Bangun awal sikit dari biasa. Tambah-tambah sepuluh malam terakhir sudah hampir sangat. Masya Allah. Subhanallah.

Insya Allah, bakal bermusafir di separuh kedua bulan Ramadhan. Musafir mencari erti. Tapi masibe berbelah bagi. Macam kesian pulak nak tinggal Geng Konvoi buat kerja. Dah la ada 4 orang saja, kalau saya cabut bermusafir, tinggal tiga orang. Macam lagu 10 budak nakal pulak. Lepas sorang, sorang collapse.
Insya Allah, kalau Allah mudahkan bakal bermusafir. Nak sangat musafir, tapi nak kena setelkan dulu urusan Ifthar Tarbawi yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Kadang-kadang, bila kita keliru, kita perlu pergi jauh dari keadaan itu. Kita perlu mencari diri dan pendirian yang kukuh. Kadang-kadang kita kurang pergantungan pada Allah, menyebabkan kita banyak keliru dalam pelbagai urusan. Pergantungan dan tawakkal kepada Allah adalah segalanya. Bukan mudah menentukan kehidupan, memilih jalan di hadapan. Semakin kita dekat dengan pilihan, semakin banyak kita diberikan cabaran. Hanya Allah yang tahu apa yang baik untuk kita. Wajarlah kita 'bermusafir' mencari kasihNya. 

Hati kita Allah yang pegang. Hati kita Allah yang pegang. Carilah Allah dalam setiap langkahmu. Carilah Allah dalam setiap langkahmu.  


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, July 20, 2012

Academic Calendar : Perancangan Awal. =)

No comments:


Ramai orang cari-cari Academic Calendar. 
Saya pun. ^_^
Take a look.
Senang nak rancang holiday.
Oh ya,
dan yang nak rancang bertunang.
Ataupun kahwin.
Atau yang lebih penting,
pergi umrah.
^_^

p/s :
ohh macam tak sabar nak masuk sem.
Nak kerja keras.

btw, Alhamdulillah just finished Jaulah Anak Kelate.
Next post insya Allah share.
Best walaupun penat.
^_^


ACADEMIC CALENDAR 

SEMESTER I, 2012/2013 SESSION 


LECTURES    :
 10/09/2012  -  21/10/2012
  6 weeks  
      

BREAK     :
22/10/2012  -  28/10/2012
  1 week  
      

LECTURES    :
 29/10/2012  -  23/12/2012  
8 weeks  

   
REVISION PERIOD  :
  24/12/2012  -  27/12/2012
  4 days 
     

EXAMINATION   :
 28/12/2012  -  13/01/2013  
 2 weeks 3 days 


INTER SEM.    :
 14/01/2013  -  03/02/2013  
 3 weeks  




NOTES  :

 Malaysia Day      
16 September 2012    
     Sunday

 Sultan of Pahang’s Birthday 
 24 October 2012  
  Wednesday

  ‘Eid Ul-Adha  
    26 October 2012  
  Friday

 Deepavali   
   13 November 2012  
  Tuesday

 1 Muharram    
  15 November 2012   
 Thursday

 Sultan Selangor’s Birthday 
11 December 2012  
  Tuesday

 Christmas Day    
  25 December 2012   
 Tuesday

 New Year    
  1 January 2013  
   Tuesday

 Maulidur Rasul   
   24 January 2013   
 Thursday

 IIUM 28th
 Convocation   
6 - 8 October 2012  
  Saturday - Monday

  School Holidays   
  10 Nov 2012  - 1 Jan 2013
  Saturday – Tuesday



ACADEMIC CALENDAR


SEMESTER II, 2012/2013 SESSION




LECTURES    :
 04/02/2013  -  24/03/2013  
  7 weeks  


BREAK     : 
 25/03/2013  -  31/03/2013 
   1 week


LECTURES    : 
 01/04/2013  -  19/05/2013  
  7 weeks  
         

REVISION    : 
 20/05/2013  -  23/05/2013 
   4 days

EXAMINATION   : 
 24/05/2013  -  09/06/2013   
 2 weeks 3 days
    

INTER SEM.     : 
 10/06/2013  -  23/06/2013  
  2 weeks






NOTES  :

 Chinese New Year
      10 – 11 February 2013  
  Sunday - Monday


 Labour Day      
    1 May 2013  
  Wednesday

 Hol Day of Pahang     
   7 May 2013   
 Tuesday


 SPB Yang Di-Pertuan Agong’s Birthday  
  1 June 2013 
   Saturday



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.