♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label TALAQI. Show all posts
Showing posts with label TALAQI. Show all posts

Sunday, August 05, 2012

Bersama Ust Azhar @ Qaryah Ramadhan

4 comments:

3 Ogos 2012.

Sewaktu di HRPZ II, ternampak sekeping banner Program Ihya' Ramadhan bersama Ustaz Azhar Idrus di Qaryah Ramadhan. 


Dalam hati, cakap, "Ya Allah, nak pergi...!"

Dan Alhamdulillah, Allah memilih juga akhirnya untuk ke Qaryah Ramadhan. Dah lama niat nak pergi, tapi faktor jarak tu jadi sedikit ujian. 30 mimit perjalanan untuk ke sana. Tak jauh sangat pun, tapi malam-malam. Perempuan pulak. Kena berjaga-jaga. =) Waktu kena takde lelaki macam ni lah, Ibu mula nak cari menantu lelaki lagi sorang. Ceyt.

Pagi Jumaat tersebut meluangkan masa bersama para siswazah Kelantan di Syabab Point. Kattang molek sep siswazah. Gembira tengok ramai muka yang dikenali kat Syabab Point. Alhamdulillah. Ramai jumpa kawan-kawan sekolah lama. Suka. =)

Program tamat di Syabab Point pukul 1 petang. Bersidang meeting dengan Geng Konvoi sekejap dan terus balik Pasir Mas. 

Selepas Asar, bertolak ke Kota Bharu semula. Agak lambat sebenarnya. Program ust Azhar start pukul 5.30 petang. Saya dan Ibu, pukul 5 petang pun masih kat rumah. Padahal dah agak kesesakan lalu lintas yang bakal berlaku.

Seperti yang disangka-sangkakan, memang susah nak cari parking kereta. Nasib baik bawa kancil, senang sikit nak parking. Menyelit je. Itulah kelebihan kancil yang kecik. =)
Jalan sesak tu dah normal dah. Parking susah nak dapat pun normal. Terpaksa parking jauh sikit. Kasihan Ibu terpaksa jalan jauh. Kita yang muda ni tak mengapalah, dah biasa jalan dari Tabari - IMC, 30 minit tak henti zaman muda-muda. Setakat nak jalan sikit tu, takde masalah. 

mana nak cari macam ni bro?
Sampai saja kat tempat ceramah, nak pengsan pulak tengok orang ramai sangat. Confirm dah tak boleh masuk khemah, kena duk kat luar. Mula-mula OK lagi bersila atas rumput. Dengar dari jauh je, nak dok dekat memang tak dapat. Masya Allah, ramainya orang. Ramai sangat. Anak muda. Kanak-kanak. Bukan orang tua je. Subhanallah. Satu fenomena yang memang hebat dan insya Allah barakah. Majlis ilmu, bro. Majlis ilmu.... taman syurga tu.. =)


Sukeee sangat tengok fenomena ni. Macam gembiranya hati waktu tengok ramai sangat orang datang talaqi ustaz Muhadir. Waktu zaman muda-muda jadi pengurus talaqi di Petaling Jaya. Samalah perasaannya, sangat gembira. Bila ramai pelajar datang ke Annex, sampai tikar tak cukup, depa duduk atas selipar. Sampai ke luar Annex, tak dapat tengok muka Ust Muhadir pun, dengar suara pun jadilah. Sama keadaannya. 

Ya Allah, semua orang sudah mencintai majlis Ilmu. Ini satu petanda yang begitu baek. Alhamdulillah. =)

Sedang asyik mendengar pengisian Ustaz Azhar, hujan mula turun. Langit sudah mendung sejak dari rumah lagi sebenarnya, dan dah bawak payung pun dalam kancil, tapi tak bawak keluar. Nak ambil payung dalam kereta, punya lah jauh nak jalan. Terpaksalah berhujan. Lepas carikan tempat teduh untuk Ibu, saya berdiri di tepi khemah. Memang basah kuyup lah. Hujan pula lebat dan semakin lebat. Tapi yang lagi kattangnya, bukan saya sorang yang bermandi hujan kat situ. Ramai kot. Takde orang lagi pun dari kuliah tu. Semua berdiri dengan teguh. Walaupun kena tempias hujan.

Hebat- Sungguh hebat.  Masya Allah.

suasana solat di Qaryah Ramadhan

Lepas ceramah habis, dapat pengumuman makanan mungkin tak cukup. Ibu ajak beli makanan saja di luar. Akhirnya kami berbuka puasa di kedai makan. Tak dapat merasa makanan free. =)

Selepas berbuka, terus masuk khemah awal-awal, booking tempat, solat maghrib dan tunggu Isyak juga solat terawih. Baru puas hati dapat masuk khemah. Walaupun air-cond nya sungguh selesa, tapi keadaan yang basah kuyup menyebabkan terketar-ketar dalam khemah tu. =)


Banyak sangat program best-best kat Qaryah Ramadhan. Tapi tak dapat nak join semua. Faktor jarak bukan faktor besar, ada lagi faktor lain yang jadi penyumbang. Semoga Allah mudahkan, insya Allah.

Hebat sungguh negeri dibawah pimpinan Tuan Guru. Subhanallah. Sewaktu solat terawih di Qaryah Ramadhan, rasa macam kat Mekah pun ada. Walaupun belum pernah sampai pun lagi kat Mekah, insya Allah suatu hari nanti, insya Allah. Insya Allah.

Seronok kalau selalu boleh join program macam ni. Selalu dengar kuliah Ust Azhar ikut CD je, kali ni dengar LIVE.

Ada satu lagi program best di Qaryah Ramadhan. Iaitu bersama Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Masya Allah. Kalau dimudahkan, insya Allah nak attend, insya Allah.

p/s : Tak sabar nak tunggu abang kakak balik kampung. Dah bosan sangat-sangat dah jadi anak tunggal. Nasib baik ada geng konvoi yang kattang. Rasa macam dua hari sekali jumpa geng konvoi. Kuat sangat meeting bersama ni. =) Alhamdulillah, they make my holiday. Mabruk!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, June 15, 2012

Almost END!

No comments:
Pagi tadi, apabila mendapat mesej dari Ustaz Muhadir, berkenaan Jumaat terakhir untuk Rejab tahun ini, sangat sebak rasa di hati.

Sebentar lagi Syaaban muncul menggantikan Rejab. Dan Ramadhan bakal bertandang.

Bersediakah untuk melalui universiti tarbiah Ramadhan kali ni dengan lebih baik? ;)

Sangat gembira sebab puasa di kampung dan dapat bersama Ibu. Have a very nice planning for our Ramadhan this year, insya Allah. ;)

Ramadhan bukan saja soal menahan lapar dahaga dan nafsu, Ramadhan juga soal tarbiah dan juga soal tadhiyah.


Ramadhan adalah bulan mendidik IMAN. 
Didalamnya ada malam Lailatul Qadar.
Ramadhan datangnya selama sebulan.
Tapi ramai rupanya yang tak sedar. 

Aku berharap, aku sempat melalui Ramadhan kali ini dengan lebih baek dan sangat cemerlang. ;)

Sedang membuat KPI untuk Ramadhan akan datang. Kalau ada idea KPI yang menarik untuk mukminah solehah, cadangkanlah. Sangat berlapang dada menerima cadangan.


^__^
Pemburu Cinta Tuhan.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, April 11, 2012

Bingkisan Cinta Sirah Rasulullah ^_^

No comments:
Bukhari meriwayatkan dari Urwah, bahwa Aisyah ra. isteri Nabi SAW bertanya kepada Nabi SAW katanya: ‘Adakah hari lain yang engkau rasakan lebih berat dari hari di perang Uhud?’ tanya Aisyah ra. ‘Ya, memang banyak perkara berat yang aku tanggung dari kaummu itu, dan yang paling berat ialah apa yang aku temui di hari Aqabah dulu itu. Aku meminta perlindungan diriku kepada putera Abdi Yalel bin Abdi Kilai, tetapi malangnya dia tidak merestui permohonanku! ‘Aku pun pergi dari situ, sedang hatiku sangat sedih, dan mukaku muram sekali, aku terus berjalan dan berjalan, dan aku tidak sadar melainkan sesudah aku sampai di Qarnis-Tsa’alib. Aku pun mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku terlihat sekumpulan awan yang telah meneduhkanku, aku lihat lagi, maka aku lihat Malaikat jibril alaihis-salam berada di situ, dia menyeruku: ‘Hai Muhammad! Sesungguhnya Allah telah mendengar apa yang dikatakan kaummu tadi, dan apa yang dijawabnya pula. Sekarang Allah telah mengutus kepadamu bersamaku Malaikat yang bertugas menjaga bukit-bukit ini, maka perintahkanlah dia apa yang engkau hendak dan jika engkau ingin dia menghimpitkan kedua-dua bukit Abu Qubais dan Ahmar ini ke atas mereka, niscaya dia akan melakukannya!‘ Dan bersamaan itu pula Malaikat penjaga bukit-bukit itu menyeru namaku, lalu memberi salam kepadaku, katanya: ‘Hai Muhammad!’ Malaikat itu lalu mengatakan kepadaku apa yang dikatakan oleh Malaikat Jibril AS tadi. ‘Berilah aku perintahmu, jika engkau hendak aku menghimpitkan kedua bukit ini pun niscaya aku akan lakukan!’ ‘Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !’, demikian jawab Nabi SAW.


Masya ALLAH, hebat sungguh kesan dakwah Rasulillah ke Thaif. Menjadi lebih berat dari peristiwa Perang Uhud. Terimbau sirah perang Uhud.

"Melihat musuh lari tunggang langgang, tentera yang lima puluh orang yang diserahi menjaga celah bukit itu, lupa kepada kewajibannya. Mereka turut mengejar musuh yang lari meninggalkan tempat pertahanan mereka, kerana mengharapkan harta rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Dengan suara yang keras sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tapi tidak diacuhkannya samasekali.

Melihat tempat pertahanan yang stratejis itu telah kosong tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu, segera mengarah ke tempat pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak oleh kuda kenderaan Khalid sendiri. Panji panji Quraisy yang sudah rubuh itu berkibar kembali dipegang oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah binti 'Alkamah namanya.

Tentera Islam menjadi kacau bilau. Sebahagian telah lari pulang ke Madinah, Usman bin 'Affan sendiri terbawa juga. Para sahabat bergelimpangan ke bumi menemui ajalnya. Anak panah dan batu tidak putus putus menghujani tentera Islam yang berkumpul di sekitar Nabi; tiba tiba Nabi dilontar oleh batu, sehingga luka parah dan patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun patah pula.

Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga hilang dari pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan, bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan Nabi dari dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah tengah musuh sebagai singa yang lapar layaknya. Maka tinggallah Nabi dilindungi oleh Abu Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk menangkis segala serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan keletihan, dia pun meninggal. Seorang perempuan Ansar melihat Nabi tinggal seorang diri, lalu menyerbu ke muka menikam setiap musuh yang menuju ke arah Nabi, sehingga perempuan itu pun tewas pula. Perempuan itu Ummu 'Umarah namanya.

Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu, segera menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar bukan main terperanjatnya, sehingga semangat pertempurannya menjadi tergoda kerananya. Melihat itu Anas bin Nadhir berkata kepada mereka:

"Kenapa kamu kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini bagimu? Ayuh! Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula sebagai Nabi sendiri!"

Sebagai teladan, dia segera melompat menerkam musuh. Dia rebah penuh dengan luka-luka sehingga tidak dapat dikenal lagi rupanya. Badan, muka dan jari jarinya putus kena pedang musuh. Hanya saudara perempuannya saja yang dapat mengenal dia dalam keadaan yang demikian itu. Ali, Umar dan Abu Bakar menyusul berjuang mati matian menetak musuh dengan pedangnya. Semangat tentera Islam hidup kembali.

Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik berteriak mengatakan Nabi masih hidup segar bugar, malah beliau pun sedang berjuang mati matian. Dari segala penjuru, tentera Islam menyerbu menyusur ke tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas dari bahaya besar. Mereka lalu merebut kembali celah bukit yang stratejis dikuasai musuh itu. Dengan direbutnya tempat itu, musuh dikepung ditengah tengah. Perlawanan musuh dapat dipatahkan dan akhirnya lari menyusup dilereng bukit Uhud, dimana terjadi pertempuran maju mundur beberapa hari lamanya. Kerana sudah keletihan dan banyak korban, mereka lalu pulang ke Makkah kembali.

Dalam pertempuran itu, ummat Islam menderita kerugian yang lebih besar, tujuh puluh orang tewas. Sedang di pihak musuh hanya dua puluh tiga orang saja yang tewas. Sungguh mahal harganya strateji yang ditetapkan Nabi kerana dengan melengahkan strateji itu dan harus membayar dengan tujuh puluh orang korban dan Nabi sendiri pun dapat luka dan hampir saja menjadi korban."

Sirah Rasulullah adalah kisah terbaek untuk dibaca. Ia mampu menguatkan motivasi. Ia mampu memberi inspirasi.
sayang Rasulullah!


Pengajaran Peristiwa di Thaif :


Meskipun dakwah Nabi ditolak, tidak ada siapa yang sudi mendengar seruan HAQ yang dibawa Baginda, malah Baginda dilempar dengan batu, sehingga cedera jasadnya. Dakwahnya di tolak tanpa bicara.
Mulianya hati Baginda. Malaikat menawarkan bala untuk penduduk Thaif, tapi Baginda membalas dengan DOA. 

Mulianya Baginda. Subhanallah. Kalau aku ditempat Baginda, mungkin jawapanku, "Hancurkanlah penduduk Thaif, Wahai Malaikat.."

Sungguh, tidak ada sebab untuk aku tidak mengagumi susuk tubuh mulia, Muhammad Rasulillah.
Bagaimana kita? Jangan kata ujian ketika berdakwah, berdakwah pun ON OFF. Kononnya terlalu banyak komitmen lain, sehingga menghalang tugas dakwah.

Pernah kita terfikir? Bagaimana jerih payah Rasulillah dan para sahabat menjaga Islam dan menyebarkannya? Sehingga ISLAM kekal sehingga hari ini. Bertuahlah kita mengecapi nikmat ISLAM.

Tapi sayang, ISLAM hari ini terlalu murah bagi kita. Kita terlupa sirah berdarah Rasulillah untuk menyebarkan ISLAM. Sebab tu, kita boleh, duduk diam, pangku tangan dan cakap kosong macam-macam.

Ya ALLAH, sekiranya aku tergolong dalam golongan yang tidak memperjuangkan ISLAM, ampunilah aku.
Aku yakin, ISLAM, tidak tertegak kerana adanya AKU. Tidak gemilang kerana perjuangan AKU. Walhal, ALLAH yang berjanji menjaga DIINUL HAQ itu. ALLAH yang akan menjaganya. Tapi aku tetap mahu menjadi salah seroang yang menjulang panji ISLAM di tempat yang selayaknya ia berada. ^_^



Pengajaran Perang Uhud.:


Sayang dan kasihnya sahabat Rasulillah kepada Baginda. Namun, sedikit pun tidak goyah keimanannya kepada ALLAH. Kasihnya Abu Bakr kepada Rasulillah. 

Lihat kepada diri sendiri. Bagaimana kasih aku pada kekasih ALLAH itu? Mengatasikah kasihku kepada manusia dan dunia? Atau... Kasihku kepada Rasulillah adalah palsu? 

Kalau benar kasih, dimana buktinya?
Kalau benar sayang, bagaimana saksinya?

Kalau betul cintakan Rasulillah, sambunglah perjuangannya. 

Sambunglah perjuangannya.

Berakhlaklah seperti Baginda.

Turutilah jejak langkah Baginda. 

Kan kata sayang Nabi? ^_^

Kalau sayangkan manusia, kita mahu bersamanya. Kalau sayangkan Nabi, berusahalah untuk bersama Baginda di hari akhirat kelak. Insya Allah, boleh. ^_^

Ya ALLAH, baru sedikit sirah yang berjaya aku titip. Tapi sudah terlalu banyak ibrah yang Kau mahu aku renung. Cuma sedikit dari kalanganku yang suka berfikir. 

Hebat sungguh Rasulillah. ^_^

Semakin mendalami kisah dan sirah baginda, semakin bertambah cinta dan kasih buat Baginda. ^_^


Mari banyakkan SELAWAT. ^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, March 21, 2012

Tinta Ustaz Muhadir untuk IIUMK berselawat. ^_^

1 comment:
Diemelkan oleh Ustaz kepada Ukhti Fatimah. ^_^



Alhamdulillah, ketika menerima jemputan dari Akhi Azri, Bunyamin dan Zulqarnain untuk menghadiri IIUM Berselawat, ustaz ketika itu baru selesai memberi taushiah di Majlis Maulid dan Asma’ul Husna, di Surau Mutiara Damansara pada 15 Feb 2012 yang lepas. Ustaz menyatakan kesanggupan untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini setelah melihat keikhlasan, kesungguhan dan harapan di wajah mereka. Sebelum wada’, ustaz berpesan agar mereka menjaga adab dengan para masyaikh nanti.

Pagi, 17 Mac 2012, ustaz mula bermusafir ke UIA Kuantan ditemani zaujah. Pengalaman pertama memandu sendiri ke Kuantan sedikit merisaukan, tetapi semangat ingin berjumpa dengan ahli talaqi di sana di samping menghadiri Majlis Maulid yang penuh keberkatan, memberi kekuatan. Rehlah sebegini insyaAllah mengikuti jalan para Salafunas Solih dahulu yang berjalan jauh demi agama. Ustaz teringat dengan jilsah bersama Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith yang menceritakan kelebihan Al-Habib Ahmad bin Umar bin Sumaith yang dimuliakan Sayyidul Wujud, Sayyiduna Rasulullah . Pernah seorang soleh penjaga maqam Rasulullah bermimpi melihat Nabi . Ketika menyebut nama para Auliya’ lain, Baginda cukup hanya menyebut nama-nama mereka. Tetapi ketika menyebut nama Al-Habib Ahmad, Baginda menyebut nama, keturunan, pekerjaannya. Begitu sekali Baginda memuliakan Al-Habib Ahmad kerana menyambung tugas risalah Baginda , berdakwah di jalan Allah. Habib Zin juga mengingatkan bahawa berdakwah adalah jalan untuk lebih dekat dengan Rasulullah dan mendapat Ilmu Ladunni…

Setelah hampir 4 jam perjalanan, Alhamdulillah, kami sampai di Gambang. Akhi Azri sudah sedia menyambut kedatangan kami. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, kami melalui kampus UIA Kuantan. 

MaasyaAllah, sungguh cantik pemandangan masjid baru UIA waktu malam. Setelah sekitar 10 minit perjalanan, ustaz sebenarnya terkejut dan terharu dengan beberapa perkara:

i- Ustaz tidak pernah terfikir yang Akhi As’ad dan Akhi Zulqarnain akan sediakan tempat penginapan sebegini (Hotel Zenith). Ustaz dan zaujah benar-benar terkejut. Ustaz sebenarnya memadai jika menginap di masjid atau asrama.

ii- Kehadiran ramai akhawat yang menyambut ustaz dan ustazah malam itu, mengejutkan kami. Syukran jazilan pada Ukhti Fatimah, Ukhti Isdiyanti, Ukhti Nadirah, Ukhti Hidayah, Ukhti Nurhidayah, Ukhti Syafikha, Ukhti Badriah, Ukhti Farihin, Ukhti Najibah, Ukhti Iliyana, Ukhti Zanariah dan yang lain (mohon maaf jika nama tidak disebut, tidak ingat…), atas istiqbal dan khidmat entunna. Ustazah sangat terharu dengan khidmat entunna.

iii- Hadiah minyak wangi Aod dan Al-Quran dari entum sangat dihargai.

iv- Ustaz dan zaujah benar-benar rasa dihormati dengan khidmat yang diberikan oleh ikhwah dan akhawat malam itu. Semoga Allah merahmati entum semua. Dalam pada itu, ustaz berasa gembira dengan adab dan khidmat yang entum tunjukkan. Semoga begitu juga kepada para masyaikh yang lain.

Keesokan harinya, ustaz pertama kali menjejaki kaki di kampus UIA Kuantan. Alhamdulillah kerana tempat pertama yang ustaz masuk di kampus ini adalah masjid. Kesempatan berjumpa dan bersua dengan Habib Aqil, Habib Shahrin, Guru Mulia, Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal, beberapa Haba’ib dan Asatizah, sangat mengembirakan. Semoga pertemuan ini, dirahmati Allah. Melihat wajah orang-orang soleh, menyembuhkan hati. Kesempatan berjumpa dengan ahli-ahli talaqi di UIA PJ dahulu, mengubat sedikit rindu di hati; bertemu kembali dengan Akhi Syed Sufi, Akhi As’ad, Akhi Shahid, Akhi Syed al-Qadri dan lain-lain. Walaupun hanya melihat ahli-ahli talaqi muslimat dari jauh, sekurang-kurangnya ia mengingatkan kembali kenangan bersama mereka di majlis talaqi di PJ dahulu. Semoga entum istiqamah.

Ustaz punyai hasrat bertemu dengan ahli-ahli talaqi peringkat awal dulu di UIA PJ, tetapi belum ditaqdirkan. Mereka adalah kumpulan pertama yang memulakan pengajian talaqi bersanad bersama ustaz sebelum diteruskan oleh generasi ke 4 atau ke 5 sekarang ini. Semoga Allah merahmati entum dan dikurniakan istiqamah. Sungguh, tidak mudah untuk istiqamah…

Ustaz terpaksa balik semula ke KL kerana ada program lain pada sebelah malam walaupun hati ingin bersama para Haba’ib dan masyaikh pada sebelah malamnya. Wada’ petang itu sangat memberi bekas dalam hati ustaz. Adab dan khidmat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli talaqi sangat tinggi dan menyenangkan hati. Secara khusus ustaz ucapkan jazakumullahu khairal jaza’ kepada Akhi Azri, Akhi Zulqarnain dan Akhi As’ad yang secara khusus berkhidmat kepada ustaz. Kepada ikhwah akhawat yang telah berkhidmat kepada ustaz dan zaujah, sesungguhnya entum dekat di hati kami. Segala jasa baik entum semoga dibalas Allah dengan ganjaran yang sempurna.

Semoga bumi UIA Kuantan bertambah berkat dengan adanya majlis-majlis talaqi yang dipimpin oleh Guru Mulia, Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal, Habib Aqil, Al-Fadhil Ustaz Uwais al-Qarni dan masyaikh yang lain. Nafa’anallahu bi him wa bi ulumihim fiddarain, Amin….

Kepada ikhwah dan akhawat talaqi semua, jagalah adab dengan ilmu dan masyaikh kerana padanya ada keberkatan dan ia jalan meraih madad dan nazhrah masyaikh.

Demikian sedikit catatan rehlah dari bumi talaqi ke bumi talaqi…
Wassalam.

Al-Faqir, Ustaz Muhadir, Rabu, 7.15 petang, 21/3/2012



XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sampai saja ke Terminal Makmur daripada JB, saya terus mengambil teksi, tak kisah dah bayar mahal, tak nak menunggu lama. Saya mengejar majlis IIUM Berselawat. Dengan harapan sempat berjumpa Al Fadhil Ustaz Muhadir. 
Tapi saya sedikit malang. Sampai di Mahallah, azan Maghrib berkumandang. Cepat-cepat ambil kunci kereta dan ke masjid. Tanya pada komiti, 

"Ustaz Muhadir ada lagi?" dengan penuh harap.
Komiti tu nak jawab pun cuak. Ehhe. Jadi komiti tu geleng kepala je.  
Saya kecewa. Jelas kekecewaan tu, sampai komiti tu cakap, 
"Tak pe kak Husna, nanti kak Husna jumpa Ustaz kat PJ."
Dalam hati cakap, trauma ke PJ pun tak habis lagi. Ehhe. ^__^

Selepas solat Maghrib, saya sempai mengirimkan satu SMS kepada Ustaz. Menzahirkan rasa kecewa tidak dapat bertemu. Dan Ustaz membalas dengan doa yang cukup istimewa. Puas hati. ^_^

Alhamdulillah, sempat dengar maulid dan qasidah. Paling terkejut, alunan Ya Rabama.

Melayang-layang ingatan ke PJ. Teringat zaman shortsem di PJ. Zaman bilik dipenuhi kitab talaqi dan buku haraki. Allahu ALLAH..
Saat ni jugak lah 'hujan lebat', rindu pada zaman sufi di PJ. ^_^

Kemudian, dialunkan pulak Qasidah Ya Thoibah. Waktu ni memang hujan bukan setakat lebat malah ribut petir taufan sekali lah! ;p

Mendengar tausiah Habib Ali, permulaannya saja sudah mampu menyentuh hati. Sudah mampu membuat hati ini segar bugar. Bukankah hati itu hidup dengan tangisan penyesalan? Hidup dengan tangisan dosa dan taubat? ^_^

Sungguh, indah sekali IIUM Kuantan berselawat. 

Saya yang menghadiri sedikit dari program pun sudah mampu melangkah keluar dengan azam baru dari masjid. ^_^

Cintanya aku untuk bersama orang soleh. Harap-harap dapat suami soleh yang suka majlis talaqi. Yang mencintai Allah dan Rasulullah. ^_^

Terima kasih kepada komiti IIUMK Berselawat. Semoga ALLAH melimpahkan entum semua dengan ganjaran yang baek di SANA kelak. 

Dan buat nama-nama yang disebut Ustaz dalam emel tu, bertuahlah entum. ^_^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, August 20, 2011

Tip Memburu Lailatul Qadar

5 comments:

Bismillahirrahmanirrahim..


Pesanan daripada Syeikhuna Al-Fadhil Ustaz Muhadir Bin Haji Joll bersempena 10 Malam terakhir Ramadhan :

Berusahalah beramal bersungguh-sungguh pada
malam ini (21 Ramadhan) dan siangnya, malam 27 dan siangnnya, juga malam 29 dan siangnya. Amalkan juga doa:

 "ALLAAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN KARIM, TUHIBBUL 'AFWA FA' FUANNAA. ALLAHUMMARZUQNAA LAILATAL QADR, FII HAAZIHIS SANAH, WA FII KULLI SANAH, WA A'INNAA 'ALAA QIYAMMIHAA. ALLAAHUMMA INNAA NAS'ALUKA KHAIRA HAAZIHIL LAILAH, FATHAHAA WA NASHRAAHAA WA NUURAHA WA BAROKATAHA, YA A ARHAMAR ROOHIMIINA WA YAA AJWADAL AJWADIN."
 Amalkan juga SUNNAH NABI SAW setiap hari : Selepas salam untuk solat Subuh dan maghrib : (1) tetap di daam keadaan duduk tahiyyat akhir (sama ada tawarruk atau iftirasy jika sakit kaki), jangan rongkaikan kaki dan jangan berkata-kata sehingga selesai membaca 10 kali : LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAH, LAHULMULHAMDU YUHYII WA YUMIT, WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QODIR. (2) jangan berkata-kata sehingga selesai membaca 7 kali ‎: ALLAHUMMA AJIRNAA MINANNAR.





Demikian sekadar perkongsian. Dilarang terlalu taksub. Beramallah dengan istiqamah. Moga dengan karamahnya istiqamah, Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar. Jangan Cuma bangun Qiam pada waktu-waktu tertentu saja. J

Teringin merasai suasana 10 malam terakhir di Makkah. Mak Cik kata, semua orang tak tidur. Ada pesta ibadah! Terang benderang. Semua orang iktikaf. Kat Malaysia ni, susah nak iktikaf. Masjid kunci. Harap juga Malaysia jadi seperti Makkah. 10 malam terakhirnya hidup dengan ibadah, bukan semua manusia menghabiskan duet di kedai-kedai dengan penuh serakah. L

Doanya, semoga kita semua dipertemukan dengan Lailatul Qadar.

Nanti jangan lupa doakan saya juga ya! J 
Oh ya, tadi jalan-jalan di FB, melihat status sahabat-sahabat alam maya. Terbaaca status Ustaz hasrizal yang dikongsikan oleh Najah Solihah.


Antara yang seronok mengahwini seorang doktor ialah, selain sudah tidak lagi ke klinik, kita akan sangat rajin mengulangkaji Google Calendar, sensitif dengan masa dan semua itu menjadikan kita sangat dinamik. Orang-orang bujang keliling saya, tolonglah pertimbangkan cadangan ini. Kahwinlah dengan doktor. Pleaseee!!!

dalam hati terfikir, ada ke perempuan yang tak nak kawen dengan doktor?

Wallahu a'lam.  

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, July 28, 2011

010811- Ramadhan 2011

No comments:

Demikianlah tarikh yang direncanakan bermulanya puasa. Insya Allah, kebiasaannya, tarikh yang diletakkan dalam calendar, sama saja walaupun bila dah tengok anak bulan. Tapi apa-apa pun, kita tunggu jugak Penyimpan Mohor Besar Diraja umumkan tarikh rasmi 1 Ramadhan.
 Insya Allah, ada pelbagai perasaan bila nak dekat dengan Ramadhan ni. Antara yang terlintas kat benak hati, "Boleh ke aku istiqamah dengan KPI aku untuk Ramadhan kali ni?"




Bukan tidak percaya pada diri, tapi mengikut pengalaman-pengalaman lepas, selalunya panas awal-awal Ramadhan, kat tengah-tengah Ramadhan tu suam-suam kuku, bila nak hujung-hujung tu baru menggelegak balik. Masya Allah. Jadi, persoalan yang timbul itu, sebagai satu post-mortem, bagaimana nak kekalkan momentum ibadah dengan efektif. Insya Allah.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini fully puasa di rumah. Ada plan nak ke Johor dan Seremban, tapi setakat ini masih 'beku'. Kadang-kadang terfikir, apa salahnya habiskan Ramadhan tahun ni dengan Ibu Ayah, mungkin ini Ramadhan terakhir bersama mereka, samada mereka yang meninggalkan saya, atau saya yang meninggalkan mereka, wallahu a'lam. Yang pasti, bila ajal mendatang, tidak akan lewat walau sesaat dan tidak cepat walau sesaat. Maka, beringatlah akan MATI dan bersedialah untuknya. Insya Allah. J

Tahun ni, pasti rindu pada Petaling Jaya dan terlebih rindu dengan Ramadhan Mubarak di Darul Quran.
Kalau di Darul Quran, bila tiba Ramadhan, rutin ke Dewan Makan (DM) tidak diulang 4 kali sehari lagi. kalau ada yang rajin, turun bersahur di DM seawall jam 4.30 pagi. Tapi saya memilih untuk bersahur di bilik dengan kurma dan Jacob. Kadang-kadang, sempat makan kurma 3 biji kurma serta buah tiin saja. Penyakit malas nak pakai jubah, malas nak turun tangga, menyebabkan golongan-golongan ini tidak turun bersahur, walaupun nasi dan makanan sahur sudah disediakan, orang hidang lagi, tinggal makan saja. Wah, nikmatnya hidup di Darul Quran. J Kadang-kadang kalau terbangun awal pagi pun, lebih memilih untuk mencari 'modal' untuk tasmik. Semangat mujahadah begitu tinggi. Kalaulah semangat yang sama ada sampai sekarang, masya ALLAH! Paling seronok Subuh di Darul Quran. Kesejukan dingin pagi tatkala melalui rumput-rumput hijau, berlatar belakangkan tasik, berjalan menuju ke Masjid. Sejuknya sampai ke tulang sum-sum! Tapi terubat dengan bacaan-bacaan dari Imam-Imam yang sungguh syahdu dan merdu. Alhamdulillah. pelbagai lagu pulak tu. Mana nak cari, susah dah. J

Waktu kat DQ lah, paling seronok, sebab selalu jemaah 5 waktu setiap hari di Masjid. Alhamdulillah. tapi sekarang susah dah nak ulang sejarah itu. Subhanallah. Lepas berbuka puasa, kadang-kadang beli makanan di café, kadang-kadang ambil makanan di dewan makan, dan kalau yang lagi semangat, keluar ke Bazar Ramadhan di Kuala Kubu Bharu. Selepas azan Maghrib, cepat-cepat bukak puasa, kemudian berkejar-kejar ke Masjid, nak dapat takbir pertamalah katakan. J Seronok benar kenangan 'takbir pertama', bila teringat, asyik rasa nak senyum je. Ish2.. Lepas Solat Maghrib, macam biasa cari modal. Kemudian, solat Isyak dan terawih ramai-ramai. Waktu Ramadhan ni memang saff penuh sampai ke belakang. Kadang-kadang tak muat! Kalau bulan biasa, paling ramai pun 4-5 saff saja. Tapi kalau bulan Ramadhan, sampai ke depan saffnya. Masya Allah. Kagum sungguh dengan barakah bulan Ramadhan. Kemudian, ada tazkirah. Saya masih ingat, tazkirah yang membuat saya sayu dan menitiskan air mata dengan kisah Nabi Yusuf yang disampaikan oleh Ustaz Ihsan Fadhli, waktu itu YDP Darul Quran, mantop orangnya. Tazkirah yang disampaikan saban malam sepanjang Ramadhan, benar-benar bermakna, ada input dan pengajarannya.
Alhamdulillah. selepas terawih, kami teruskan usaha cari modal. Saya lebih suka bermastautin di masjid berbanding bilik. Kalau di bilik, konsentrasi mencari modal terganggu dengan banyak benda, ada tetamu datanglah, tetiba rasa nak kemas mejalah, tetiba rasa nak melawat bilik oranglah,macam-macam rasa timbul, kadang-kadang jadi rajin tak tentu pasal. Kalau di Masjid, tenang dan focus juga lebih baik. Lepas cari modal, dalam perjalanan pulang, ada orang sediakan moreh. Kadang-kadang kuih, bihun goreng, bubur lambuk dan macam-macam lagilah. Seronok. Bawa balik ke bilik dan makan ramai-ramai. Kadang-kadang, tak boleh nak focus baca Quran sebab terfikir, "Malam ni moreh apa ye?" Kenangan sungguh. J

selipar sisters di surau KC waktu Ramadhan. kalau bukan Ramadhan, susah benar nak tengok macam ni. Alhamdulillah.....


Berbeza pula suasananya di Petaling Jaya. Kalau nak ke masjid tu, macam liat sikit, sebab jauh. (alasan.. alasan) Biasanya berterawih di surau KC, atau di level 5 punya surau. Banyak kenangan sangat di surau level 5. J Kadang-kadang jadi imam solat terawih, pakej terus dengan jadi bilalahnya. J Seronok. Waktu ni semangat belajar jadi bilalah. Sampai sekarang pun dah masyi apa yang bilal baca. Kalau sahur pula, sama saja, dengan tiga biji kurma, kadang-kadang ada roti, kalau bernasib baik, ada nasi lemak yang dibeli pada waktu malamnya. Walaupun ada kedai yang dibuka untuk makan sahur, tapi memilih untuk makan di bilik. Nak efektifkan masa, untuk qiam, baca Quran dan sebagainya. Kalau turun makan, dah banyak burn masa. (alasan.. alasan..) takpe, yang penting, kita sahur juga, ambil berkat sahur. Jangan sampai malas nak bangun untuk sahur, itu memang teruk sangat tu. J
Kalau buka puasa pula, selalu cari peluang iftar murah. Bayar RM1, dapat makan nasi lauk ayam dengan air siap hidang. Best juga. Save bajet. Kadang-kadang ada iftar dengan anak-anak yatim dan ibu tunggal. Menarik sungguh. Kat AMF jadi sasarannya. Makan dalam talam. Kadang-kadang terus terawih kat AMF. Sejuk air-cond, memang khusyuk lah, selesa. J (demand.. demand..) Yang lagi seronok, iftar dengan sahabat-sahabat kat bilik. Macam-macam selera ada. Ada yang suka ikan bakar, kerang bakar, air carrot, susu. Masya Allah, selera memang macam-macam. Waktu nak buka puasa, penuh makanan, kadang-kadang sampai tak habis. (nafsu..nafsu..) Seronok membeli. Kadang-kadang keluar ke bazaar ramadhan. Tapi saya jarang keluar, selalu kirim saja pada yang rajin keluar. Jauh nak jalan ke main gate pun rasa malas.

Itulah, kenangan yang pelbagai. Tak kira lagi dengan event-event lain. Subhanallah, terlalu banyak memori rupanya. Bukan sedikit,kalau nak diulang tayang semuanya, mahunya berminggu-minggu. (macamanalah kat Padang Mahsyar nanti bila semua amalan dunia di'siar'kan oleh Allah. Muhasabah. )

Dan kali ni, tiada lagi terawih di masjid Darul Quran, tiada lagi iftar di AMF, kembali kepada zaman kanak-kanak semula, berpuasa di bawah ketiak mak ayah. J

Mungkin tahun ini, Allah mahu ibadah puasa lebih berkualiti. Tanpa kelas yang memenatkan, tanpa assignment yang perl disiapkan, tanpa program yang perlu dihandle, Allah beri peluang tahun ni untuk ibadah habis-habisan di bulan Ramadhan. 
Apa lagi nikmat yang boleh kita dustakan? Kalau kat rumah, insya Allah, sahur dengan nasi, lauk apa pun tak kisah, lalu je nak telan, kadang-kadang telur mata pun sedap. Tiap-tiap hari sahur telur mata letak kicap pun takpa. Alhamdulillah Allah bagi nafsu makan sahur yang molek. Ada setengah orang tu sampai demand macam-macam untuk sahur. Sudah lah begitu, tidak ada komitmen lain. Kalau saya sendiri, sekarang sudah tidak bekerja, duduk 'goyang kaki' di rumah. Banyak masa terluang. Jadi masa luang ni boleh banyak-banyak isi dengan amal soleh di bulan Ramadhan. Kalau Ramadhan kat Darul Quran dank at Petaling Jaya boleh khatam 30 juzuk Al-Quran, kat rumah ni boleh try buat dua juzk sehari pula. Mana tahu boleh khatam 60 juzuk untuk Ramadhan tahun ni. Tentu boleh kalau ada mujahadah yang kuat. Paling tidak pun, kuatkan amalan sunnat yang lain seperti solat sunnat, qiam tu tentu dah wajib, zikir, tambah ilmu dan tsaqafah dan macam-macam lah.

Jangan pula mentang-mentang di rumah, asyik fikir nak buat kuih raya apa, langsir nak tukar ke tak, nak basuh itu, nak basuh ini. Bukan tak boleh, boleh, itupun ibadah juga. Apa salahnya tolong mak buat kuih, basuh langsir, tapi jangan sampai obsess sangat sampai amal soleh terbengkalai. J Aulakan yang lebih aula. J

Persiapan hari raya tu perlu juga. Buatlah sedikit demi sedikit. Esok, tentative keluarga saya, insya Allah nak selesaikan urusan cari baju raya. Setelkan semuanya sebelum puasa, supaya bulan puasa nanti, focus pada benda lain pula. Insya Allah.

Kali ni, saya berpuasa sebagai anak tunggal lagi. (sokmo gini..) ingatkan adik bakal menemani saya berpuasa di rumah. Tapi rupanya tidak. Adik dapat tugasan menjadi iman terawih di Kuala Terengganu. Masya Allah, jauh. Ibu pun macam susah nak lepas, tapi keinginan adik sendiri menyebabkan Ibu tak menghalang. Memang adik saya semangat nak jadi imam terawih. Pada mulanya, dihantar ke Selangor, tapi Ibu memang berat hati, kemudian, tukar ke Kuala Terengganu. Insya Allah lebih tenang, kata Ibu. Biasalah, anak bongsu. Tambah-tambah, adik tak pernah keluar negeri, selalu dalam Kelate saja, selalu ibu boleh jenguk bila-bila masa. Tapi kali ni, jauh. Insya Allah, kami sekeluarga berhajat ke Terengganu hari Ahad nanti. Kata Ibu nak tengok penginapan, makan minum adik kat sana macamana. Risau beanr kat anak bongsu mereka nampaknya. Maklumlah, umur adik pun baru 15 tahun. Muda lagi untuk hidup di tempat orang dan berdikari. Takpe, tarbiyyah untuk adik, insya Allah. J

Kagum den kat dia, Quran masyi, baca sedap, Alhamdulillah, tercapai hasrat ibu ayah, insya Allah. J

Demikian saja coretan Ramadhan dari saya. Tidak ada yang istimewa melainkan disebabkan keistimewaan Ramadhan itu sendiri, maka istimewalah semuanya. Masya Allah. 
Mari bersedia untuk Ramadhan yang lebih berkualiti. J



Sehingga bertemu lagi,

Wallahu a'lam. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, July 26, 2011

Tegur SALAH, tak tegur pun SALAH!

4 comments:



assalamualaikum, kebelakangan ini saya selalu memikirkan bagaimana untuk saya menasihati kawan saya dan mengajaknya kearah kebaikan tanpa menyakiti perasannya... apabila saya ingin menegurnya saya takut dia tersinggung..harap saudari dapat bantu
inilah soalannya di formspring saya. menggunakan identiti sebagai anonymous. Ahlan bik ya Ukhtah. =)

Demikian soalan dari Formspring saya. Pertama kali membaca soalan ini, saya tersenyum. Soalan yang sama selalu bermain di benak hati saya. Benar susah. Tak mudah. Bukan mudah nak menjawab persoalan sebegini. Sehingga kini, saya sendiri masih belum ketemu cara yang paling efektif. Tapi saya kira, ada beberapa usaha yang boleh dikongsikan bersama. Sekadar perkongsian mengikut pengalaman dan pemerhatian saya semata-mata, tidak lebih dari itu. Sebelum tu, izinkan saya menyuarakan pendapat berkenaan soalan diatas, (maaf kepada yg bertanya), 'kawan' disini bermaksud kawan yang bagaimana? Kawan rapat atau kawan kenalan atau kawan sampingan (ada ke?) atau kawan yang bagaimana? Tak mengapa. Mari kita berkongsi secara umumi. J

dakwah itu adalah CINTA. =)


Pertama sekali, pada pendapat saya, kita mesti kenal siapa sasaran (mad'u) kita yang ingin kita seru kearah kebaekan (dakwah). Kenapa KENAL yang mesti dihighlighkan disini, biar analogi ini menjawab persoalan itu. Katakan anda mempunyai 2buah kereta, sebuah kereta berjenama Honda Civic dan sebuah lagi kereta Proton Wira. Sebelum memandu, tentu anda perlu tahu tentang kereta itu terlebih dahulu. Contoh, kereta Honda Civic sebuah kereta yang otomatik berbeza dengan Proton Wira yang manual gearnya. Selain itu, Honda Civic menggunakan system berkomputer, sedangkan tidak bagi Proton Wira. Maka, bila anda KENAL kereta itu, tentu sangat mudah untuk anda pandunya dengan begitu baik sekali. Betul kan? J Begitulah manusia. Bila kita KENAL dia BAGAIMANA, tentu mudah untuk kita mendekat, malah mudah untuk kita 'pandu' dengan nasihat-nasihat dan seruan kepada kebaekan. Insya Allah.

Yang kedua, FAHAM. Faham merupakan 'rukun' yang cukup penting dalam apa saja urusan. Kalau kita guna analogi yang sama, kereta Honda Civic dan Proton Wira tadi. Kereta Honda Civic hendaklah dipandu menggunakan skill otomatik dan berbeza dengan Proton Wira yang perlukan skill manual gear. Itu berbeza. Maka, perlunya 'layanan' yang berbeza. Jadi, suka untuk saya katakan disini, jangan melayan 'mad'u' kita sama dengan diri kita sendiri. jangan pernah samakan kita dengan sahabat kita. Walaupun mungkin kita berasal dari kampong yang sama, sekolah yang sama, university yang sama. Lagikan adik beradik tidak sama, inikan pula sahabat. Hebatnya Tuhan menjadikan manusia berlain-lain sikap dan acuan. Masya Allah. Maka, kita kena FAHAM, bahawa sahabat kita bukan kita. Maka, cara untuk serunya pada kebaekan juga tidak boleh sama dengan kita. Contoh, kita bila dengar Ustaz bagi ceramah, kita dah insaf sampai nangis-nangis, tapi berbeza dengan dia. Kita nangis, dia biasa saja. Itu normal. Masing-masing ada 'hot spot' yang tersendiri. Sebab itulah pertama sekali kita kena KENAL kemudian FAHAM akan hukum ALAM yang diciptakan Al-Khaliq, yakni manusia tidak sama. Subhanallah! J

dakwah itu adalah ibadah. Maka sabarlah dalam dakwah. =)


Seterusnya, selepas kita sudah KENAL dan FAHAM, tibanya untuk kita melakukan 'action'. Action yang bagaimana? Action yang sesuai untuk sahabat kita bertindak balas dengan action yang kita kenakan (react). Ini bahagian yang paling sukar untuk mencari di mana 'hot spot' sahabat kita. Tentunya sahabat punya kelebihan dan punya kekurangannya. Jadi, untuk bertindak, memerlukan kreativiti kita (creative thinking). Ini yang saya sendiri merasakan cukup susah. Namun begitu, sekiranya kita melepasi fasa pertama iaitu KENAL dan fasa kedua iaitu FAHAM dengan sebaek mungkin, tentu kita tak ada masalah untuk mengenakan 'action' yang baek pada 'hot spot'nya supaya dia 'react' dengan baik. Insya Allah.

dakwah bil hal. dakwah terbaek. 

Nasihat. Addinunnasihah. (rujuk hadis 40).agama itu adalah nasihat. Apa maksud nasihat? Tidak semestinya kata-kata, tidak semestinya ceramah panjang lebar atau yang lebih kasar, 'condemn'. Bukan itu tafsiran nasihat. Ada dakwah billisan, seperti kata-kata nasihat dan tulisan-tulisan hikmat dan ada dakwah bil hal. Sesungguhnya, yang paling baik adalah dakwah bilhal. Kalau tak silap, itu kata-kata ulamak, tapi kurang ingat, siapa. (akan dirujuk kemudian,insya Allah). Tentu bukan biasa-biasa, dakwah bil hal adalah dakwah yang cukup indah. Jangan menyangkakan, saya memakai tudung labuh, memakai jubah, menutup aurat dengan sempurna, maka saya sudah sempurna dalam dakwah bilhal. Tidak. Itu silap. Dakwah bilhal ayng sempurna adalah setiap gerak langkah serta kelakuannya meskipun sekecil zarah hingga ke sebesar-besar perbuatan, itulah dakwah. Termasuk semuanya. Merangkumi semuanya. Sebab itu, dakwah dengan perbuatan adalah sebaek-baek dakwah.

tetap menjaga ukhuwwah dalam dakwah.

Baiklah, macam banyak pulak merepeknya. Maaflah, kalau dah menulis tu banyak yang nak dicerita, tak habis. Nasib menulis, reti juga rasa penat tangan, kalau bercakap, lagilah panjang lebar. J

Secara praktikalnya, saya lebih suka mengklasifikasikan kepada beberapa bahagian.

  1. Sahabat baik
kalau sahabat yang ingin diseur itu sahabat yang baek, selalulah bersamanya. Apabila selalu bersama, lebih banyak peluang untuk kita berdakwah. Ikhlaslah menemaninya serta niat untuk menegurnya. Apabila sering bersama, gunakanlah peluang itu untuk sedikit demi sedikit membawanya menuju 'cahaya' disamping dalam masa yang sama, tunjukkan juga minat kita untuk menuju 'cahaya' tersebut. Contohnya kita nak seru sahabat supaya baca Quran. Apabila selalu bersama, pesan padanya untuk baca Quran. Tak cukup sekadar pesan, kalau boleh, kita sama-sama dengan dia membaca Quran. Baru betul. Ramai orang sekarang, bila menasihati kawan baek, dia suka 'sembur' dengan ceramah panjang-panjang, lepas tu tinggal macam tu saja. Kan lagi elok kalau lepas 'sembur' tu,kita sama-sama dengan sahabat kita membuat kebaekan. Ajaknya setiap kali kita nak buat kebaekan. Jangan pernah tunjuk bahawa kita lebih baek dari dia. Tapi tunjukkan bahawa kita dan sahabat kita sama-sama berminat dan mahu mencari jalan kebaekan. Insya Allah. Kebersamaan itu kuat auranya. Saya yakin, kalau kita selalu bersama dan lakukan maaruf bersama-sama, mudah urusan kita untuk dakwah padanya. Bila dia percaya pada kita, insya Allah, dia sendiri akan mencari dan mendampingi kita.

  1. Sahabat biasa
Kalau dia bukan sahabat yang akrab dengan kita, maknanya tak selalu bersama, maka perlahan-lahannya 'menuai' dan jangan gelojoh mahukan hasilnya. Mulakan dengan perkara-perkara kecil seperti mengajaknya berbual bersama,makan bersama dan membuat aktiviti yang digemari bersama. Lakukan usaha-usaha yang dipandang kecil, contohnya, cuba minta pendapatnya tentang apa-apa masalah berkenaan hukum agama. Contoh, cuba tanya pendapatnya, "Apa pendapat awak tentang couple eh?" Mulakan perbualan dengan 'non-official'. Bila dia utarakan pendapatnya, terima saja dan hargai. Biar dia rasa kita hargai dia. Kemudian, kita carilah artikel-artikel yang berkaitan couple dari Ustaz Hasrizal ke, beri kepadanya. Kemudian, selepas itu, tanya lagi pendapatnya. Tentu berbeza pendapatnya yang sebelum membaca artikel dan selepas membaca artikel. Insya Allah. Yang penting, kita jangan memandang remeh dengan usaha kecil. Kalau sahabat yang biasa-biasa saja dengan kita, kita gunakan pendekatan yang lebih halus dan lembut. Biar lambat, asalkan tercapai matlamat. Ramai orang yang gelojoh dalam soal dakwah, hasilnya? Hasilnya mad'u lari entah kemana. Lebih teruk, mad'u memandang 'hina' pada golongan-golongan daie. Nauzubillah. Jangan gelojoh. Mesti BERHIKMAH. Insya Allah. Mungkin boleh baca ini (link) dan ini (link). Kesabaran juga adalah aspek yang cukup penting insya Allah. J

Dari dunia hendak ke syurga. =)


Rasanya sekadar itu perkongsian saya. Sekadar perkongsian yang sederhana. Menulis sementara menunggu azan Isya' berkumandang. Terima kasih kepada yang bertanya. Dalam masa yang sama, menyedarkan saya dan membuatkan saya berfikir. J

Pesanan saya kesekian kalinya, dalam usaha dakwah, kita perlu pada SABAR dan perlu pada HIKMAH. Dan jangan sesekali pun kita pula, ALLAH yang memegang hati-hati manusia. Maka, jangan henti berdoa dan berdoa. 
Tahniah kepada yang bertanya kerana punya kesedaran yang tinggi dalam dakwah malah berusaha mencari jalan terbaek tanpa menyinggung perasaan sahabat. Moga balasan Allah besar untukmu, Cik Anonymous. J

Akhirul kalam, perasaan 'tegur salah, tak tegur pun salah' tak patut ada dalam hati kecil kita. Mesti usaha dan jangan pernah berhenti untuk berdakwah dan teruskan berdakwah.

Kata Guru saya, Ustaz Muhadir, "Dalam urusan dakwah, tidak ada noktah dan titik. Tidak ada perkataan putus asa dan berhenti. Mesti teruskan dan teruskan." Insya Allah, saya pegang pesan ini. Mesti teruskan dakwah, walaupun dengan sekecil-kecil usaha. 
Wallahu a'lam.


oh, ini ada lagi satu soalan yang saya kira SANGAT MENARIK. =)
Pun dari anonymous. Syukran Ukhtah kerana bertanya. =)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.