♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Thursday, August 01, 2013

Ramadhan mahu pergi. ^^

No comments:
Puasa bulan Ramadhan terlalu pantas berlalu. Rasanya masih segar kenangan berbuka di mahallah UIA seorang diri dengan penuh ala kadar. Kenangan bersahur dengan megi dan biskut cicah milo. Semuanya kenangan yang mendewasakan diri. Bila teringat, rasa nak senyum panjang-panjang. Sebab dengan kenangan seperti itulah kita lebih menghargai hidup kita yang penuh warna-warni ini. Alhamdulillah. ^^

Penghujung Ramadhan ini suasananya lebih meriah. Di setiap ceruk, orang ramai berduyun-duyun termasuk masjid. Alhamdulillah. Zaman sekarang, orang ramai dah ada kesedaran yang tinggi untuk mengimarahkan masjid. Kalau tahun lepas, waktu beriktikaf di masjid, hanya ada empat lima orang. Tapi tahun ini, subhanallah.. Alhamdulillah ramai. Hampir 20 orang yang beriktikaf. Suka hati sangat tengok. Yang lagi seronok, ada geng yang sebaya. Tapi yang bezanya, dia sudah berkahwin di usia muda. Seronok dengar dia bercerita kisahnya yang menghidupkan Ramadhan dengan suami yang tercinta. Katanya ini Ramadhan pertama bersama suami. Mahu memaknakan sebaik mungkin sebelum kehadiran insan ketiga. Gembira dengar orang yang sedang seronok bercinta bercerita. ^^

Syahdu benar rasa hati bila mengenangkan Ramadhan yang bakal berlalu pergi. Saya kira, Ramadhan kali ini yang paling bermakna buat saya. Terlalu banyak 'perubahan' yang saya buat. Perubahan tersebut, biar ia jadi rahsia. Tapi tidak ada kata lain yang lebih layak melainkan ucapan hamdalah atas rahmat ALLAH yang memberi peluang saya untuk banyak mengubah diri kearah yang lebih baek. Benarlah, ujian dalam kehidupan yang menyapa diri  kita akan lebih mendekatkan kita kepada ALLAH. Jadi, jangan rasa takut dan benci dengan ujian. Sebaliknya carilah hikmah di sebalik ujian yang menimpa kita. Hikmahnya pasti satu, ALLAH mahu kita terus menerus mengadu dan mendekat denganNYA. Ya, itulah hikmah yang paling besar. Subhanallah. ;)

Saya tidak sabar untuk pulang ke UIA dengan jiwa yang baru. Saya rasa begitu bersemangat nak pergi UIA. Kelakar tak? Err, tapi rasa semangat tu tetap tak mampu menghilangkan rasa seronok berada di rumah bersama ibu tercinta. ;)

Malam ini, saya dan Ibu moreh bersama di KFC. Sempena meraikan Jumaat terakhir di bulan Ramadhan. Juga meraikan perubahan positif saya yang menggembirakan hati Ibu. Alhamdulillah, Ibu memang orang yang supportive. Banyak bagi sokongan dan begitu memahami. Syukur kepada ALLAH atas semua nikmatNya yang melimpah-ruah. ^^

Yang mendorong saya menulis malam ini adalah rasa syahdu dan sedih akan pemergian Ramadhan. Sungguh saya merasakan kehadiran Ramadhan kali ini bergitu bererti buat saya. Moga ia juga begitu buat teman-teman sekalian. Saya merasa begitu aman dan bahagia setiap kali bangun pagi untuk memulakan hari di bulan Ramadhan. Malah, rasa bahagia itu saban hari bertambah riang. Semuanya dengan berkat bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah.

Tidak banyak yang mampu saya kongsi. Sekadar berkongsi rasa sedih dan rasa suramnya hari melepaskan Ramadhan pergi. Selama Ramadhan masih bersisa beberapa hari, saya berjanji untuk memaknakannya penuh harmoni. Kelak, andai ini Ramadhan terakhir buat saya, ia boleh menyumbang saham untuk saya menapak ke pintu syurga.

Alhamdulillah, tahun ini juga berjaya khatam dua kali Al-Quran pada 22 Ramadhan. Ibu kata, sempat lagi tu nak khatam lagi sekali. Tapi saya mengambil keputusan untuk mengulang bacaan Al-Quran atau lebih tepat iadah. Satu perkara yang tidak boleh saya lupa, saya adalah hamilatul Quran. By hook or by crook, kena pastikan Quran melekat di hati, melekat di minda dan cair di mulut. Itulah harapan dan cita-cita saya yang sering saya ulang. Tapi sayang, melaksanakannya cukup susah. Ia benar benar perlu pada mujahadah yang tinggi. Semoga nusrah ALLAH bersama kita insya ALLAH. ^^

Saya memohon doa dari anda semua buat saya yang dhaif. Moga kekal dengan momentum untuk berubah dan terus berubah menjadi lebih baik disisi ALLAH.

Antara doa lain yang saya tidak pernah tidak sebut dalam solat, adalah untuk mendapat kasih ALLAH, cinta ALLAH dan rahmat ALLAH. Kerana saya yakin, kasih sayang ALLAH boleh membawa kebahagian di dunia dan akhirat. Allahumma Amiin.

Oh ya, tak lupa juga doa ini.

"Allahumma zawwijni zaujan soliha"

Ya Allah, kahwinkanlah aku dengan suami soleh.

Kerana saya cukup memahami bahawa kehidupan rumah tangga bersama seorang suami soleh adalah syurga dunia yang menjadi jambatan menuju syurga akhirat. Semoga doa kita sentiasa dimakbulkan ALLAH. Jika tidak didunia, di akhirat kelak pasti. ;)

Ok, jangan lupa baca Al-Mulk sebelum tidur. Jadikan amalan setiap hari, insya ALLAH, kita akan lebih mudah dan gagah untuk bangun qiam. Tapi sebelum tidur tu kena seksiap minta dengan ALLAH untuk beri kita iman yang kuat untuk menepis godaan tidur dan rehat. Allahumma amiiin. ;)





:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, October 06, 2012

Memiliki bahagia sebelum memberi bahagia

4 comments:
Wajah bahagia Munir. =)
Pernah anda ditanya, "Kau pernah sedih tak?"
Soalan tersebut terlalu sarkastik, mustahil ada manusia yang tidak bersedih. Sedangkan siang,ada malamnya, panas ada hujannya.

Semalam, seorang adinda menghantar mesej ke inbox FB saya,
'Saya tengok kak Husna macam bahagia. Apa rahsianya? Kongsikanlah..'

Saya senyum sendiri. Dalam hati termenyanyi lagu Hakikat Kebahagiaan dari UNIC.

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang "

Penilaian adinda tersebut mungkin terlalu random atau lebih tepat dikatakan, boleh jadi beliau belum megenali saya lebih dekat. Saya bukan orang yang mampu membahagiakan orang lain.

Kata ustaz saya, "Orang yang bahagia, adalah orang yang mampu membuat orang lain turut  bahagia apabila memandangnya." 

*Terlalu jauh untuk berada di situ.


Saya sekadar berkongsi, cara untuk menjadi bahagia. Adinda tersebut sepertinya tahu, saya sedang mencari jalan bahagia, dalam pelbagai mehnah. Haruslah mencari bahagia, kerana hati yang bahagia, lebih tenang dan dekat dengan Rabbi Insya ALLAH.

Kalau kita tengok orang bahagia,sometimes we tend to assume, dia dapat semua yang dia mahu. Sebab ada assumption macam tu lah hati kita tak bahagia.

Pandanglah semua orang dengan perspektif bahagia. Tak mungkin ada orang yang dapat semua yang dia mahu,agak mustahil. Dan semua orang ada kelemahan/masalah masing-masing. Termasuk saya,begitu juga anda.

Kehidupan ini adalah persoalan tentang bagaimana kita memandang apa itu hidup.


Hidup ini bukan syurga. Hidup ini adalah dunia. Di dunia, ujian/cabaran/masalah itu adalah normal. Syurga pula,tempat istirehat yang paling sempurna,segala keinginan ditunaikan,segala kemahuan terlaksana. Itu syurga.

Ketahuilah,ini dunia,bukan syurga. Maka,segala masalah dan sebarang kekurangan bukan sesuatu yang pelik. Ia bukan hanya ada pada anda,tapi pada semua orang!

Bahagia itu datang dari hati. Bahagia itu tidak boleh dibuat-buat.


Maka, hati itulah yang perlu dijaga untuk mendapat kebahagiaan. 

Suka untuk saya syorkan kalian membaca buku Terapi Penyakit Hati, karya Ibnul Qayyim Al-Jauzi. Buku ini lebih baek dibaca sebelum kita membaca buku rahsia kebahagiaan yang laen. Saya sendiri,ternyata menemui sesuatu yang begitu berharga padanya.

Cinta pada dunia adalah penyakit hati yang paling susah diubati dan paling besar akibatnya,sengsara.
Macamana cinta pada dunia?

Kayu ukur saya sendiri adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu,tidak ada yang dapat menandingi tanggungjawab kita kepada Allah. Contoh, belajar sampai lewatkan solat dan terbabas Subuh. Dimana kita meletakkan suruhan Allah dihati kita? Adakah ia priority atau sebaleknya?

We tend to set our alarm untuk remind kita for class/meeting, tapi kita selalu lupa nak set alarm untuk bangun solat bila kita tidur. Tidur malam tu satu hal,tidur tengahari pun sama. Tidur pukul satu, bangun pukul empat untuk solat Zohor. Dimana kita letak Allah di dalam hidup kita?

Orang yang matlamatnya adalah mardhatillah, sedikitpun dunia tidak menggugat ketenangan hatinya. Disaat itu,tenang itulah yang memberinya bahagia. Allahu Allah,saya masih jauh untuk sampai ketahap ini,tapi teringin merasainya. Harus gigih berusaha!

Setiap kali datang masalah atau ujian, kurangkan masa meratapi nasib,tapi banyakkan masa mencari penyelesaian dan mengadu pada Tuhan. Saya kerap kali diuji ujian kesakitan dari Tuhan. Dulu,saya sering menangis di birai jendela mengenangkan nasib diri tidak sebertuah orang laen. Rupanya itulah tindakan bodoh yang saya sangat menyesal melakukannya. Meratapi nasib adalah manifestasi tidak redha dengan takdir Tuhan!

Sejak sudah mula dewasa,saya kurangkan masa meratap nasib,tapi saya banyak berbincang dengan keluarga untuk menyelesaikan masalah. Surely,my family help me a lot to stand up!

Satu persatu masalah dapat diselesaikan. Tidak lupa doa dan meminta bantuan dari Tuhan. Dan alhamdulillah,terlalu banyak yang dipermudahkan.

Kadang-kadang, berfikir terlalu panjang hanya membuka ruang kita bersangka buruk pada Tuhan.

Seterusnya, banyakkan senyuman. Sekalipun besar masalah yang mendatang,jangan berhenti senyum. Susah sebenarnya untuk senyum dalam sendu,tapi ia tidak mustahil dan possible untuk dilaksanakan!

Beri senyuman pada orang sekitar kita, insya Allah, senyuman kita berbalas dan rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Awas,senyum berpada-pada,terutama untuk yang berlaenan gender!

Next,fokus dengan apa yang kita laksanakan. Setengah orang,ada masalah dengan kereta,contoh kereta rosak. Tapi masalah tu,sampai dalam bilik, ke tempat meeting dan dalam facebook pun dibawa bersama.

Sepatutnya,dalam bilik, fokuslah pada situasi bilik,tak perlu dicampur adukkan dengan masalah kereta rosak. Dalam meeting,tak perlu fikir soal kereta rosak sampai nak emo tak pasal-pasal, nak masam muka segala bagai. Tak perlu, bukan selesai pun masalah kereta rosak tu,kau masam+emo pun,kereta tu tak elok dengan sendiri!

Minimakan dosa. Dosa adalah punca hati gelisah dan hilang bahagia. Kurangkan bercakap perkara sia-sia. Jaga aurat dengan sempurna. Elak mengumpat dan mengata. Banyak baca quran dan solat sunnat. Banyakkan puasa sunnat dan yang paling penting, jaga ibadah wajib dengan sempurna. Terlalu jauh untuk saya sendiri sampai ketahap ini,tapi tak salah gigih berusahakan?

Orang yang banyak dosa,akan selalu gelisah dan hilang ketenangan. Sedangkan tenang itu adalah sebahagian dari kebahagiaan.

Antara laen,resipi untuk bahagia adalah banyak menghitung nikmat yang Tuhan anugerahkan. Hitung nikmat sampai kita rasa banyaknya Allah sudah beri pada aku, apalah sangat dengan sedikit ujian dan musibah ini.

Contoh,kita hilang henset yang berharga tujuh ratus ringgit. Untuk menghilangkan rasa gelisah dan tidak tenang, cuba hitung berapa banyak Allah beri nikmat pada kita. Lebih berharga dari tujuh ratus tersebut.

 Sebagai contoh, Allah beri kita keluarga yang bahagia, Alkah beri kita akademik yang stabil. Tentu sekali nilai semua itu melebihi tujuh ratus ringgit yang hilang. Kan? Hati akan kebih tenang dan redha.


Hitunglah nikmat Tuhan,usah kerap membilang ujian semata-mata!

Saya, cuba jadi bahagia. Sebab saya yakin, kebahagiaan saya adalah kebahagiaan ibu,ayah,abang,kakak dan adik saya. Juga kebahagiaan sahabat-sahabat saya serta orang sekeliling saya. Saya senang bila menyenangkan mereka,damai sekali rasanya. Erti hidup inikan pada memberi!

Sebarkan aura yang positif. Anda akan mendapat aura yang positif. Mana mungkin memberi najis dibalas bunga. Begitulah perumpamaannya!
Memaafkan adalah ubat kepada kecewa dan derita. Maafkanlah, anda pasti rasa bahagia. Kadang-kadang, masalah kecil pun boleh memberi gelisah pada hati kita.


Contoh, "Ibu, tadi dalam meeting, muslimin itu jahat dengan kakak. Buat muka. Macam tak puas hati je dengan kakak. Tak tahulah apa kakak salah dengan dia. Kakak benci dia buat macam tu pada kakak."


Jawapan Ibu, saya yakin dan pasti, "Kakak, maafkan dia, kakak akan bahagia. Kakak lupakan apa dia buat pada kakak. Maafkan dia."

Hampir setiap kisah/cerita yang saya kongsikan dengan Ibu, pasti itu jawapan Ibu.
Sehingga satu tahap, saya meyakini, kuasa maaf itu benar-benar memberi bahagia.
Sewaktu kita memaafkan semua orang, beban di hati kita hilang dan tenang. Subhanallah, perasaannya begitu hebat sekali. Cubalah! Maafkan semua orang yang menyakiti kita. Samada dalam sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara.
Maaf itu satu perkara yang membahagiakan. Cubalah!
Mana mungkin Rasulullah sendiri menyuruh kita memaafkan kesalahan semua orang sebelum kita tidur, andai  memberi kemaafan itu sia-sia. Rupanya, Rasulullah nak kita kekal bahagia dengan memaafkan kesilapan manusia. Percayalah, its work! Really work!

Saya sendiri kadang kala tetap gagal menguruskan emosi,walau berkali ingatkan pada diri untuk mengawal emosi. Lumrah manusia, sesekali gagal dan terkandas. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti berusaha menjadi bahagia. Percayalah. Kadang-kadang ada waktunya saya overstress, terbawa dalam meeting, dalam persahabatan dan kadang kala dalam medan akademik. Muka jadi masam. Emosi tidak stabil. Jiwa berserabut selirat. Waktu ini, mohonlah bantuan Tuhan,agar Dia beri kita kekuatan untuk mencari tenang dan bahagia. Waktu peak hour macam ni,saya suka bawa diri ke masjid. Tapi tentu sekali tidak lama. Jangan ambil masa berminggu-minggu untuk recharge energy.

Ada orang beranggapan,kita akan bahagia bila sedang bercinta dengan manusia. Eh,bercinta dengan Tuhan berganda bahagia tau. Sebab kita takkan kecewa,terluka atau terseksa. Eh,sape kata orang single tak bahagia?
Saya single, saya OK dan saya bahagia!

Kadang-kadang persepsi orang yang buat kita menderita.
Cool. Cool.
Sekadar itu tinta bahagia dari saya. Kalau boleh,selamanya dan sampai bila-bila saya mahu bahagia,kerana hanya orang yang bahagia yang boleh memberi kebahagiaan kepada orang laen.

Sape yang terfikir nak kawen, kena jadi orang yang bahagia dulu. Sebab how can you make your love one bahagia kalau anda sendiri tandus dengan kebahagiaan.


"Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki"


Sehingga bertemu lagi,dengan bahagia!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, August 05, 2012

Ramadhan : Separuh masa kedua untuk bermusafir

1 comment:
Ramadhan sudah separuh meninggalkan kita. Cepatnya, masya Allah.




Sudah 17 Ramadhan. Its Nuzul Quran.

Memegang taklifat sebagai hamalatul Quran adalah satu amanah yang perlu dimuhasabah menjelang Nuzul Quran. *Actually kena muhasabah every second.


Sekarang Imam solat terawih dah masuh juzuk tengah-tengah dah. Juzuk 15-16. Dah mula teragak-agak dah nak ikut. Dah mula lupa page mana. Lupa nak sambung ayat apa. Lupa lah pokoknya.

Kadang-kadang kita selalu selesa. Sampailah ada orang yang lebih baek dari kita, baru kita tahu, kita tak bagus sangat pun. So, kadang-kadang tu, kita perlu tengok orang yang lebih baik dari kita untuk muhasabah diri kita.

mencinta pencinta ALQURAN
Jatuh cinta dengan orang yang jatuh cinta dengan ALQURAN. Kecintaan pada AlQuran adalah kecintaan kepada Agama. Kecintaan kepada Agama adalah kecintaan kepada Allah. Dan sungguh, kecintaan kepada Allah adalah segala-galanya.

 

Ramadhan masih bersisa separuh masa lagi. Masih punya waktu kalau kita mahu memanfaatkannya. Make sure Ramadhan yang bersisa, lebih baik dari separuh masa yang sudah berlalu. Bangun awal sikit dari biasa. Tambah-tambah sepuluh malam terakhir sudah hampir sangat. Masya Allah. Subhanallah.

Insya Allah, bakal bermusafir di separuh kedua bulan Ramadhan. Musafir mencari erti. Tapi masibe berbelah bagi. Macam kesian pulak nak tinggal Geng Konvoi buat kerja. Dah la ada 4 orang saja, kalau saya cabut bermusafir, tinggal tiga orang. Macam lagu 10 budak nakal pulak. Lepas sorang, sorang collapse.
Insya Allah, kalau Allah mudahkan bakal bermusafir. Nak sangat musafir, tapi nak kena setelkan dulu urusan Ifthar Tarbawi yang bakal berlangsung tak lama lagi.

Kadang-kadang, bila kita keliru, kita perlu pergi jauh dari keadaan itu. Kita perlu mencari diri dan pendirian yang kukuh. Kadang-kadang kita kurang pergantungan pada Allah, menyebabkan kita banyak keliru dalam pelbagai urusan. Pergantungan dan tawakkal kepada Allah adalah segalanya. Bukan mudah menentukan kehidupan, memilih jalan di hadapan. Semakin kita dekat dengan pilihan, semakin banyak kita diberikan cabaran. Hanya Allah yang tahu apa yang baik untuk kita. Wajarlah kita 'bermusafir' mencari kasihNya. 

Hati kita Allah yang pegang. Hati kita Allah yang pegang. Carilah Allah dalam setiap langkahmu. Carilah Allah dalam setiap langkahmu.  


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, June 05, 2012

Apa lelaki lihat pada perempuan?

No comments:
Antara nasihat Sheikh Ali Tantawi kepada muslimat seluruhnya.

 

Kepada Puteriku

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..
sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. 
Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.



Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. 
Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. 
Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya ALLAH!!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku,
 pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku,
 bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri :
 “Silakan masuk”…
dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. 
Ketika itu barulah engkau berteriak ..
”tolong….tolong...aku kecurian.”

 

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……
dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…
iaitu harga diri dan kehormatanmu. 
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

 

Wahai puteriku….
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi:
 “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri."

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!




Kamu berdua bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan….
sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. 
Dan engkau..akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. 

Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya 
Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru engkau perlahanlahan merasakan sesuatu ayng berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram Engkau bingung dan gelisah.
Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan…..
diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: 
“Dia yang dahulunya sesat, tetapi sekarang sudah insaf”.
Tapi engkau……?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. 
Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.

  White Roses 

Seandainya ketika dia mula merayumu, 
engkau tolak dengan sikap yang tegas……
Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya……
seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya 
dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata yang jelik dan menggunakan tangannya, 
cepat-cepat engkau gunakan tanggalkan kasutmu dan pukullah kepalanya……
kalau engkau lakukan itu, 
pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu ……….
Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

 

Wahai puteriku…….

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. 

Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

XXXXXXXXXX

The end
^_^




With Hope of Allah Pleasure,
Bintu Mujahadah.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, June 02, 2012

bila cakap soal jodoh diri sendiri

6 comments:
Text Message Received

Salam Kak. Saya XXXX. Kita pernah jumpa di XXXX XXX. Ingat lagi?

XX :
Wassalam. Ya. Ingat2

Text Message Received

Saya ada something nak bagitau. Akak busy tak?

XX:
Oh, sila. tak busy unt sms, tapi untuk call, agak busy. 

Text Message Received

Akk, kita nak kenalkan akak dengan abang kita. Yang kita jumpa kat XXXX XXX tu. UTP graduate. Kerja dengan Petronas kat Miri. Akak nak cuba tak?

XX:
Erk. Cuba macamana tu?

Text Message Reveiced

Abg kita tu nak kata baik, bole la, still improve diri. Find orang baik macam akk. 
Cuba tu maksudnya yelah akak pun tak kenal lagi dia. Takut akak taknak pulak kat dia. Tu kita kata cuba dulu kenal-kenal. Ok ke kak?

Cut!


********************

Aku selalu berdoa pada ALLAH,


"Ya Allah, jauhkanlah aku daripada cinta selain daripada yang halal. Jauhkanlah aku daripada zina. Jauhkanlah aku daripada maksiat."

Since aku pun bukan yang baik sangat, tapi niat nak cari yang terbaek untuk diri sendiri. Yang terbaek kat dunia ni belum tentu terbaek untuk diri kita. 


Profesor aku selalu kata,
"I just pray the best for you, dunia and akhirat. The rest, i left it to Allah. Belum tentu 4.0 is good for you. Belum tentu A is good for you."

Tiba-tiba aku terfikir,
betul jugak kata lecturer aku. Benda yang terbaek dalam dunia ni belum tentu terbaek untuk kita. 

Dalam soal jodoh, 
aku jarang bincang lebih-lebih dengan keluarga.
Sesekali kakak ipar aku bertanya sudah punya calon atau belum.
Memandang aku merupakan next coming pengantin to be,
so semua prepared nak sambut bakal ipar dari aku pulak.
Adehh.
=,=


Dalam soal jodoh,
mak aku tak terlalu particular. 
Dia ikut je.
Semua anak-anak yang lain pun sama.
Mak tak particular pun.

Tapi mak aku pernah paksa kakak aku terima abang ipar aku.
Waktu tu kakak aku ramai peminat.
Dan dalam ramai-ramai,
mak aku berkenan jugak kat abang ipar aku yang sekarang (Abang Ayub).
Mak aku PAKSA kot kakak aku terima dia dan kawin dengan dia.
Tapi at last,
kakak aku bahagia je.
Dan kakak aku kata,
lepas mak aku paksa,
tiba-tiba rasa sayang tu datang dengan sendiri je.

Tapi,
abang aku sangat particular.
Terutama dengan aku.
Kakak kakak aku semua dah besar, 
aku anak perempuan bongsu
yang mereka nak jaga.

Abang aku memang banyak kali marah aku,
bila aku kawan dengan lelaki
waktu aku muda remaja dulu.

Pernah juga dia nak jodohkan aku dengan kawan dia.
Sebab aku asyik lawan cakap dia.
HAHA.

Tapi aku refuse la.
Sebab aku ada perjuangan yang aku nak jaga.

Setelah lama aku tak pernah kawan dengan lelaki,
tiba-tiba harini aku dapat satu pengajaran.

Prinsip aku, 
tak de istilah cuba-cuba dalam rumah tangga.
Kalau suatu hari nanti 
aku terlibat dalam urusan rumahtangga
aku akan serius.
Dan hanya mendatangi yang serius saja.

Dan 
aku rasa,
the one yang layak untuk accept bakal suami aku,
tentulah mak aku. 
dan abang kakak aku.
Kalau mereka kata tak,
mungkin aku pun tak.
Tapi kalau aku kata tak,
mereka kata ya,
insya Allah
aku ikut kata mereka.
selepas istikharah.

Aku rasa aku dah makin tua dan tidak makin muda.

Orang kata,
tak payah fikir soal jodoh.
Kau tahu tak,
sebab orang tak fikir soal jodoh, rumahtangga, 
sebab tu ramai yang couple tak senonoh.
Couple nak seronok seronok.
Bukan nak kawin.

Aku selalu terfikir,
lepas ni when i stick to someone,
aku taknak pk lain melainkan kawin je
dan segala benda yang perlu selepas kawin.


Kau tahu tak,
kenapa remaja zaman sekarang ni
menyedari tersalah pilih suami/isteri 
selepas kawin?
Sebab sebelum kawin
tak fikir pun hidup selepas kawin.
Fikir seronok je.


Kau tahu tak,
aku selalu rasa,
kalau datang seorang lelaki yang sempurna agamanya, baik akhlaknya,
selari aqidah perjuangannya dengan aku,
mak dan abang kakak aku ok,
kenapa aku nak tolak?


Aku takperlu cuba-cuba kenal dengan orang yang dipercayai baik agama dan akhlaknya,
orang yang selari aqidah perjuangannya.
Sebab bagi aku,
perkahwinan tu bukan CUBA-CUBA.
Tapi ia adalah tanggungjawab.


Bila aku tengok kawan aku kena 'paksa' kawin dengan mak,
tapi aku tengok dia steady je.
bahagia je.
tak couple pun.
buatkan aku terfikir,
pilihan mak selalu tepat kan untuk anak dia?

Sejak akhir-akhir ni,
ramai gila kawan aku yang dah nak kawin.
Yang tunang pun belambak.
Aku selalu juga story pada mak aku.
Mak aku diam. 
Tak kata apa pun.
Tapi pernah sekali mak aku cakap,
"Kakak kalau ada calon bolehlah!"
Tapi aku kata kat mak,
"Mak pilihkanlah!"
Aku pun terumbang ambing lagi nak kawin.
Aku rasa aku tak puas lagi jadi budak-budak dalam keluarga.
Tapi abang aku cakap,
kau kawin pun kau jadi la budak.
Kalau tak,
tak best la family ni.
Perjalanan ni jauh lagi.




waktu kakak abang kawin hari tu,
rata-rata orang tanya bila majis untuk aku pula,
aku rasa mak pun fed-up.
aku pun bosan.
tapi mak jawab je
"kalau ada yang nak ambillah!"
haha.
desperate sangat jawapan tu!

Soal nikah kawin ni bukan tak fikir,
fikir.
tapi bukan benda utama yang nak kena fikir.
Setakat keadaan aku hari ni,
soal nikah ni
di kategorikan
dalam kategori
PENTING TAPI TAK SEGERA.


 

Memang soal nikah tu penting,
tapi buat masa sekarang,
ada yang lebih penting.
BELAJAR aku.
Sekarang tengah final exam kot.
PERJUANGAN aku.
Sekarang pun tak stabil lagi.
Banyak benda aku nak capai belum capai.
QURAN aku.
Aku kena masyi Quran kalau tak semua pun separuh.

Tapi kawin tu 
bila bila pun boleh jadi
benda
yang
PENTING dan SEGERA
untuk korang
dan untuk aku juga
bila tiba masanya.

Yang entah bila.
:p


Tak sabar rasanya nak spend 2days holiday at Pantai Tok Bali with Mum and girl's story. 
;)

Mak, 
kakak makin lama makin besar.
Tapi kakak rasa,
mak yang paling tahu apa yang kakak perlukan.
Allah pasti ilhamkan mak yang terbaek untuk kakak.
Sebab kakak tahu.
Mak selalu doa yang terbaek untuk kakak kan?

;)

Satu benda yang aku paling yakin
berbanding segala benda yang aku tulis di atas ni,
aku harap,
aku dapat seorang lelaki



yang dipilih Allah untuk aku.
Bukan aku yang memilihnya semata-mata.
Pilihan Allah pasti terbaek. 
Sebab tu kita doa je kasi banyak. 
:)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, May 16, 2012

Coming. No waiting.

No comments:
Apabila keluar timetable exam, kita bersiap sedia untuk menghadapinya.

Buat jadual study siap-siap. Complete study all the subject.

Kita prepare habis-habis. Tapi sape tahu tiba-tiba being hospitalized and dapat MC seminggu.

Kita merancang, tapi perancangan ALLAH itu adalah ketentuan. ;)

Kalaulah kita tahu mati itu bila, tentu kita tak berani untuk menuturkan wala sepatah perkataan yang sia-sia. Apatah lagi perkataan yang menyakitkan. Lagi-lagi lah perkataan yang tidak benar, dusta dan fitnah.

Kerana kita tidak tahu mati itu bila, kita tidak MAHU bersedia.

Tapi orang beriman, mereka berbeza.

Mereka tahu mati itu bila.

Bila ditanya pada mereka, mati itu bila?

Jawapan mereka, 

"Mati itu dekat!"

Kerana itu mereka sentiasa bersedia.

Kita bagaimana?

Mari menjadi yang beriman. 

Seperti mana peperiksaan itu akan datang pada tarikhnya,
seperti itulah MATI itu akan tiba bila waktunya.
Tidak lewat mahupun cepat walau seminit.
Bersediakan kita?

Tepuk dada, tanya iman.
Exam Final semakin menunjukkan bayang-bayangnya selepas majlis Yaumul Barakah di Exam Hall KAHS tadi. Tahniah komiti HEALS. Rasa macam zaman sekolah muda-muda dulu pulak buat majlis RESTU ILMU.

Ohh. Rindu zaman muda~ ;)
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, April 25, 2012

Belajar untuk berubah ^_+

No comments:
Teguran adalah sesuatu yang menyakitkan, tetapi kalau dipandang dari sudut positif, insya ALLAH ia adalah sesuatu yang baik.

Saya selalu terfikir,
Aku ni bukan Nabi, ALLAH tak turunkan wahyu untuk tegur kesilapan aku. Allah hantar manusia untuk tegur aku. Depa medium aku mendapat teguran dari ALLAH. Depa juga medium aku dihantar ujian dari ALLAH.

Kenapa bersedih bila ditegur?


Kadang-kadang, teguran yang diberikan tidak berhikmah. Tempat,keadaan, masa nak bagi teguran pun kena strategik. Kalau tak, manalah tak tension orang yang dapat teguran tu. ;)

Berkali-kali saya ditegur, kata mereka, saya garang. Wajah saya serious. Saya sombong. Orang takut nak dekat dan sebagainya. Sedih jugak, tapi tak mungkin depa cakap benda yang tak ada. Kalau dah semua orang cakap, takkan tipu lagi kot. ;)

Kalau bab garang tu, saya perasan. Kalau orang buat salah, mudah juga panas. Tapi semua tu perlu azam untuk berubah. Boleh nak berubah. Tapi kena berusahalah. Kalau orang datang lambat bila berjanji dengan saya, memang panas, minta maaflah. ;)
Dulu, bila orang lambat, saya diam je. Tak cakap sepatah pun.
Sekarang, ubah sikit, tak cakap, tapi senyum. Nak lawan nafsu ni. Nak tewaskan nafsu.

Dan alhamdulillah, rasa bahagia sangat bila sikit-sikit boleh ubah dan tahan rasa marah.
Waktu ni rasa nak berterima kasih kat orang yang selalu tegur, selalu bagi nasihat selalu komplen. ;)

Terima kasih sangat kat orang yang tak pernah bosan tegur kita. Sebab dari merekalah kita dapat tahu kekurangan diri kita.

Mustahil kita sempurna. Tapi bergerak ke arah sempurna itu tidak mustahil.


Banyak sebenarnya kekurangan diri kita. Mintalah pada ALLAh untuk beri kita kekuatan mujahadah melawan nafsu dan mengubah diri kearah kebaekan. Insya ALLAH semua OK. ;)

Belajar untuk berubah.

bagaimana kita nak orang terima teguran kita, macam tulah kita terima teguran orang lain. Berlapang dada, insya ALLAH, disukai oleh ALLAH. Dan Allah ada sebut dalam surah Al-Asr.

"Dan mereka yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran."

Moga-moga kita tergolong dalam golongan itu, insya ALLAH.

Sakit sangat ke kena tegur?


Mak saya kata, kalau orang yang tak boleh terima teguran, dalam hati dia ada penyakit bernama EGO. ;)

Ego ni sejenis penyakit yang boleh mengeraskan hati tau. ;) So, berhati-hatilah. ^_+

Buat pada penegur, pemberi nasihat, jangan lupa untuk pilih tempat,masa, keadaan dan kata-kata yang sesuai untuk beri nasihat. ;)

Both side kena kerjasama each other untuk keharmonian bersama. Insya ALLAH boleh. ^__+


Untuk menjadi yang terbaek, kita memang tak boleh lari dari pengorbanan. ;) Berkorbanlah sedikit, hati akan tenang dalam lindungan ALLAH, insya ALLAH...


BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI
BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI
BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI
BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD
MENENTANG KEZALIMAN
OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG

JANGAN TAKUT
JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, April 20, 2012

11th week

No comments:
Tiba-tiba rasa nak update on 11th week.


Sedar tak sedar, dah masuk minggu ke 11 berada di semester 2. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru je drive dari Kelantan ke Kuantan untuk memulakan semester dua.

Teringat lagi, i take my diary on 2nd February, and wrote

"Today, am going to Kuantan. Bring mum and dad's hope. Dear ALLAH, help me."

Ahha. Bila tengok tulisan ni kat planner, terus rasa bersemangat. Teringat lagi waktu kat verandah rumah menulis ayat ni. Sebelum kemas barang masuk dalam kancil untuk di bawa ke Kuantan. First time waktu tu drive sendiri ke Kuantan. 5 hours journey, stop sekejap di Masjid Muadzam Shah untuk makan dan solat. Laju, sebab takde orang. Best lah highway Jabor tu! ^_^

Itu cerita di awal sem. Segar bugar lagi di ingatan.


Sekarang, sem pun dah nak melabuhkan tirainya. FInal exam schedule pun dah keluar. Cuak dah cuak, kena hadapi juga. Bersedia ke tak, itu lain cerita. ^_^

Sem ini, walaupun cepat masa berlalu, terlalu banyak tarbiah yang ALLAH beri. Macam-macam ujian yang DIA hadiahkan. Sweet sour sem ni, tak terakam pada planner. Memang sem ni, sem tarbiah. ^_^

Cukuplah ditinggalkan oleh sahabat-sahabat, kemudian diuji dengan 'on call' yang mencabar. Akademik yang tough. Dan tarbiah lain yang mengubah diri dan hati lebih dekat dengan ALLAH. Alhamdulillah, sem ni ALLAH beri kesihatan yang baik. Walaupun sesekali kaki terseliuh, dan beberapa kali juga berjumpa doktor di poliklinik Nisa, tapi better berbanding sem lepas. ALHAMDULILLAH. ^_^

Kadang-kadang rasa macam tak sabar nak habiskan sem dua. Sebab lepas ni, dah boleh jadi 2nd year!
Dah jadi semakin dewasa. Menariknya perjalanan hidup manusia. ;)
Tapi macam berat hati nak meninggalkan zaman budak-budak yang comel.

Sekarang pun dah tak best.
Abang-abang dah mula cakap,
"Think wise. Awak kan dah besar gedabak."
When i ask permission nak pg KL ada kerja,
"Tak boleh nak sekat-sekat. Pergilah, but do take care. Jaga kesihatan k."
Kalau dulu,
"Nak pergi buat apa. Dengan sape. Sape drive. Berapa hari. Dok kat mana."
Sekarang takde dah soalan-soalan bertubi-tubi, alhamdulillah, i've gained their trust on me. ;)
Erk, bukan senang tu.

Mula-mula bawa kereta ke Kuantan, Abang turun Kuantan. Katanya nak carikan workshop kalau-kalau kereta saya rosak. Then, dia cari kawan dia yang dok Kuantan, and make a deal with him. Ingat lagi kakak ipar cerita,
"Abang tu sampai pergi jumpa orang tu, belanja makan siap. Dia pesan lagi, nanti tolong tengok-tengok kereta adik aku kalau dia ada masalah. Aku harapkan kau ni."

Sehingga satu masa, saya dilanggar orang dari belakang. Balik Kelantan, he find a policeman. Lawak pulak.
Dia pesan kat saudara kami yang kerja polis di Beserah, "Kalo apa-apa jadi kat adik aku, ok je kan roger-roger kau? Aku minta tolong la kau tengok-tengok adik aku kat Kuantan tu. Aku kat JB, jauh nak turun sokmo."

See, risau sangat mereka. ^_^
Bertuahlah juga kadang-kadang bila fikir.
Memang bertuah. ^_^


That's why some people dont understand kenapa saya taat dan patuh pada mereka. ;)
Tengoklah how much they love me. Ehhe. ^_^


Sekarang ni dah mula dah terhidu bau exam. Macamana bau dia? Tu depends kat hidung dan deria bau masing-masing.

Apapun, doakan saya dan kawan-kawan satu batch dan semua orang lah, berjaya melepasi semester ini dengan riang gembira. Insya ALLAH.

Dengan nama ALLAH, kami meneruskan perjuangan ini. ALHAMDULILLAH. ^_^


11th week, i hate exam. But i like holiday. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, April 10, 2012

Tanda kasih ALLAH. ^_^

No comments:
 


Sering sangat terlupa,
ujian itu datang dari ALLAH.
Boleh jadi kerana dosa-dosa kita.
Kerana maksiat kita.
Kerana kelalaian kita.
Kerana kita melupakan DIA.
Atau kita terlalu cintakan dunia sehingga lupakan akhirat.

Kerana itu dihantar ujian.
Besarkan jiwa menempuhnya.

Insya ALLAH,
sehingga tiba satu saat,
bila hati penuh ikhlas dan redha,
sebarang ujian pun yang datang bertandang,
pasti senyum mekar dibibir mu,
pasti nama Tuhan diratibmu.
Pasti dengan Tuhan cuma tangismu.
Manisnya waktu itu.
Lebih manis dari saat bercanda dengan insan tercinta.
 ^_^

Ya Tuhan,
tuntunilah aku ke jalan yang benar.
Mudahkan urusanku.
Bantulah aku berjalan atas syariatMu,
menegakkan kalimah tauhidMu,
memperjuangkan agamaMu. 

Ya Tuhan,
Acap kali jiwa ini mengeluh.
Bukan benci dengan ujian,
tapi seringkali tertipu dengan syaitan.
Acap kali jiwa itu merintih.
Bukan takut dengan ujian,
tapi hati ini kurang iman.

Ya Rabbil Izzati,
terimalah aku disisiMu,
terimalah sujudku untukMu.
Lindungi aku dan mereka yang aku sayang,
dibawah lindungan rahmah dan maghfirahMu.

Sesekali aku tertawa pada diri sendiri.
Dulu bilang pada diri, "Aku harus kuat",
Tapi bila tiba saat diuji,
lemah terduduk dengan ujian.

Dikala itu,
terbuktilah,
kata-kata harus diteguhkan dengan tindakan.

Insya ALLAH,
aku akan terus kuat.
Kuat.
Dengan izin kekuatan itu dari DIA.

^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.