♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label OVERVIEW. Show all posts
Showing posts with label OVERVIEW. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Overview : Pesanan buat kalian ^_^

1 comment:
Alhamdulillah. Dah selesai interview kan?

Syukur, sekarang, masanya untuk terus berdoa dan berusaha. Jangan rasa lega lagi, keputusan ada di tangan Tuhan. ;)


Oh ya. Adik-adik yang interview ALLHS, tentu kenal dengan Prof Zainul kan? He is the Deputy Dean of Academic Affair. He controlled all the course under ALLHS, diet,opto, audio and also biomed. When you are here, korang akan lagi kenal beliau. Best lah belajar dengan beliau. Serius, dengan beliau, kalau banyak study pun, tak sempat nak riya'. ;p

selamat

Contoh, beliau tanya soalan. "Husna, any comment?" Dan saya jawab. Beliau akan tanya lagi, "Why?" Nasib baik ada reason lagi, so rasa best je boleh jawab. Tapi rupanya tak habeh kat situ, "Justify your answer!" Waktu ni dah tak tahu nak jawab apa. Seriusly, lelaki seiras Amitha Bachan ni memang 'scary', tapi best belajar dengan beliau. ^_^

Memandangkan beliau ke PJ untuk interview adik-adik pada hari Isnin dan Selasa, kelas beliau ditunda ke hari Rabu.

First thing yang beliau cerita, interview adik-adik di PJ. Tergelak sakan kami dengar.

Fakta yang beliau keluarkan, kos ALLHS nak 180 intake saja, tapi bilangan adik-adik ada 210. Might be some kena transfer to Pharmacy or Dentistry. Takde pulak beliau kata kena transfer to nursing or biotech. But, everything may happen. So, banyakkan berdoa ya!

Wait, something nak tanya. ;)

Selepas sir cerita macam-macam, then kami start belajar. Ehh. Sebelum tu, Sir called me.

"Husna, what do you tell your junior?" Terkejut saya. ^_^ Macamana Sir tahu ni? Am just keep on smiling. ;)

"Ada sorang student tu cerita, kak Husna... bla... bla.. bla... Dan dia kata Kak Husna now very happy ada dalam radiography..bla... bla... "

Alamak. Kantoi. ^_^

"So you are happy Husna?"

Angguk-angguk dengan laju.

Ceyt, nak tahulah sape junior tu. ;) Kalau sape tahu, tolong bagitahu ye. Nak sangat kenal dia. ^_^

Oh ok. Back to the topic. ;)

Lepas tu, Sir kata,

"If you want to help them, please, tell them, DO WELL IN FINAL EXAMINATION. Only that can help them all. I cannot help. We need to follow the system. But, they can help theirself. Focus on final exam."

Sambung Sir lagi,

"Husna, you told them, do not sleep ya. Struggle for final."

Short, but precise. So, untuk mengqada'kan pesanan my beloved lecturer, i do saying this to all my juniors-to-be. ;)


And also, Madam Narina Nordin, Head of Department of Radiography and Diagnostic Imaging mentioned juga ,
"Ramainya junior sebut nama awak, they told me, they read your blog. Nice."

Then, classmate angkat ibu jari. Luckily, saya tiada dalam kelas waktu tu, keluar solat Asar. So, ni classmate yang story. ;)
Katanya ada 10orang yang apply radiography waktu dia interview and all of them did mentioned my name. Madam pun geleng kepala. ;)


Yeah, strive for the final examination. Tinggalkan apa yang tak perlu. ^_^

But, another important thing is; banyakkan solat hajat, banyakkan doa, banyakkan puasa sunat dan banyakkan baca Quran.


Another tips i wanna give you, istiqamahlah dengan Ma'thurat atau Ratib Haddad, atau Hizb Bahr atau Hizb Nawawi. Istiqamahlah dengan mana-mana amalan. Insya ALLAH, it may help you, biiznillah.
BUt, dont forget one thing!

Tinggalkan maksiat, kurangkan dosa.
Mana mungkin doa dimakbulkan ALLAH, kalau buat maksiat dan dosa tanpa henti.
Hati bersih, insya ALLAH nak tuntut ilmu pun senang, kan? ^_^


Maksiat dan dosa, ibarat hijab buat ilmu. Mana mungkin yang haq bercampur dengan yang batil. Mana mungkin kebaekan seperti ILMU bercampur dengan keburukan seperti DOSA. ^_^

So, yang couple, clash lah, for mardhatillah, and also, for the sake of your future.
Yang belum tutup aurat dengan sempurna, berubahlah! Tutuplah aurat. ^_^
Insya ALLAH, disitu ada kemanisan IMAN.

Tapi sep2 UIA ni sep2 jjuruh belake. Mana main couple-couple ni. Aurat pun observe well kan? Alhamdulillah.
Maka tinggal lagi membuat amalan kebajikan. Insya ALLAH, bantuan ALLAh dekat dengan kita. ^_^

Yang pointer tinggi dah pun, jangan sedap duduk sangat, anything can happen. So, still, observe your attitude and jauhi mungkar. ^_^


Pesanan buat para junior yang bakal datang memurnikan bumi KUANTAN. ^_^

Semoga kalian dimudahkan urusan. Diberi rezeki yang berlimpah-limpahan. ^_^

Insya ALLAH, Allah dekat dengan kita bila kita dekat dengan DIA.

Wait, jangan dekat dengan ALLAH semata-mata untuk exam je tau, but for the whole life. WE NEED HIM! ^_+

Ok, thats ALL from me.

May ALLAH bless all of you, juniors~


 Ni satu doa nak share dengan adik-adik. Tapi saya takde software JAWI. Jadi rumi jelah ya.

Allahumma alhimni rusydi,
Wa a'izni min syarri nafsi. ^_^

Maksudnya : Ya Allah, ilhamkanlah aku kepintaran dan jauhkanlah aku dari keburukan diri sendiri.

Amalkan dan selamat cemerlang. ^_^
Sehingga bertemu lagi,
Poster: Ucapan Sempena Peperiksaan
Ordinary Student, Extraordinary Muslim!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, April 10, 2012

Overview : Interview kos ALLHS

1 comment:
Terimbau segala kenangan, rupanya dah nak dekat setahun meninggal bumi Petaling Jaya.

"I cannot make the class on this day, i need to be at Petaling Jaya for your junior interview session."
Wah, gembira bila lecturer cancel class. Tapi dalam hati terdetik, "alamak, hari tu ada adik-adik suruh share pasal interview."

So, terupdatelah blog ini dengan cerita ini.
Tengok blog ni berhabuk, rasa sedih. Ramai orang tanya, "Eh, sunyi sepi kenapa?"
Jawapnya diri sendiri pun tak tahu. ^_^

Straight to the point.
Dulu, waktu nak interview, tidur mula tak lena. Mandi nasib baik basah. Makan pun lalu je kat Ali Bistro menyantap roti canai planta yang lazat. ^_^

Siang malam fikir, apa nak pilih nanti interview ni. (ALLHS).
Tepon mak, tepon kakak, tepon senior. Tepon semua oranglah yang boleh ditelefon.
Bila berbicara soal masa depan, kita mungkin terlupa, DIA adalah orang terbaek yang mengatur segalanya. Tapi berusaha tetap berusaha. Dengan jalan berusaha itulah insya ALLAH dimudahkan jalan kita untuk dapat yang terbaek.

So, berdoa dan istikharahlah kepada ALLAH moga ditunjuki jalan yang baek. ^_^

At first, saya punya first choice adalah diet. Entah kenapa. Maybe sebab dengar senior kata, diet ni subjek takde kira-kira. Banyak menghafal. So, macam berminat. Dalam hati, terdetik, nak pilih diet la 1st choice nanti. Dah bincang segala bagai dengan mak ayah. HALA TUJU HIDUP. Semua say, OK!

Sampailah on the day yang ditunggu-tunggu. Cek jadi orang nombor berapa. Oh, lambat rupanya. Maka, berlegar-legar di kafe. Sambil berborak dengan rakan yang sama group untuk interview.

Borak punya borak (sebab lama sangat tunggu turn untuk interview), tapi borak baik-baik la pasal kos, takde mengumpat. ^_^
Dia tanya, "Ko nak amek ape?"
"Diet, insya ALLAH." (confident kot jawab).
"Aku nak amek opto....." Dia ceritakan sebab dia nak amek Opto dengan panjang lebar. Saya mengangguk, lemah.
"Diet ni... bla...bla...bla... Dengan kau tak sesuai.. bla... bla..." panjanglah hujahnya segala bagai.

Saya diam je. Dalam hati mula bolak balik.
Betul ke pilihan aku ni.. Betul ke..

Kebetulan, beberapa minit lepas tu, Mak telefon.
"Dah interview? Macamana?"
"Belum lagi. Sekejap lagi. Kakak nak tanya, Ibu rasa, kalau kakak pilih Optometry ok tak?"
"Ok. Ibu pun suka. Kenapa kakak tak nak radiography?"
"Sebab tak familiar sangat dengan radiography tu. Entah apa tah. Macam scary je. Kalau kakak amik optometry, nanti dah habih belajar, kakak buka kedai spek. Pastu kakak sambung belajar. Dah ada Master ke Phd ke nanti kakak jadi lecturer. Dah jadi lecturer nanti boleh jadi penceramah. Ibu setuju?"
"Alhamdulillah, kalau tu jalan yang kakak nak, Ibu suka hati dengar."

Selepas beberapa minit menamatkan perbualan dengan mak, tibalah giliran saya untuk diinterview. Masuk saja ke bilik interview, dengan empat orang ahli group. Razani, Hisyamudin, Mustafa Syawwal, Aina dan saya. Kebetulan, semuanya x-darul quran.

Tiga panel ada di depan. Yang paling saya ingat, Brother Zainul. Merangkap lecturer kesayangan kami sekarang. ^_^

Dan lepas ni pun beliau juga yang akan jadi interviewer adik-adik. ^_^
Jangan takut, beliau memang suka provok, just make sure u have the answer, strong answer. ^_^

First sekali, beliau suruh saya introduce myself. Just cool. GUnalah apa saja cara yang kreatif untuk perkenalkan diri. Jangan skema dan kuno. ^_^ Macamana? Check it out.

Lepas perkenalkan diri, mereka suruh kami state our 1st choice, 2nd choice and 3rd choice.

"My first choice is Optometry. My second choice is.. diet. And my third choice is radigraphy."

"Why you choose optometry?"

Please jangan jawab parents saya suro, saya minat dengan kanta... Tu jawapan lapuk yang akan diketawakan mereka.

Saya lupa apa jawapan saya. But at the end of my turn, saya ingat brother Zainul kata pada saya,
"So, i will wait you prove me that. Make sure."

(padahal malu nak bagitau apa jawpaan saya pada beliau. ;p)

Dan demikianlah yang berlaku kepada tiga orang kawan saya yang lain. Ada yang pilih nak Fisiology sebagai 1st choice. Tapi tak offered lagi sem kami waktu tu. So, selain dari tu, semuanya dapat first choice depa.
Hisyam dapat diet, Syawwal pun dapat diet. Razani pun diet. Aina pun opto. Their first choice.

Dan memang kebiasaannya akan dapat first choice. Tapi saya, got my third choice. Radiography.

Frustrated? 1st day dapat offer letter tu termenangislah jugak. Sebab tanya kawan-kawan semua dapat yang diminta. Menangis sekejap je. Lepas tu OK. Still remember my brother cakap, waktu dok nangis tu,
"Masa depan ni bukan dok kat tangan kita. U do your best dear. Kita dah bincang. Kita dah solat hajat sama-sama. Kita dah istikharah. So, ni yang terbaek Allah nak bagi hasil solat hajat awak, solat istikharah awak. Kenapa tak gembira?"
Then he took me to kedai eskrem yang femes tu. Susah nak ikhlas, tapi mesti cuba,insya ALLAH boleh. ^_^

Lepas tu, i told my parents about the offer letter. Mereka tak terkejut langsung saya dapat 3rd choice. Malah, kata ayahanda,
"Bukan kat DQ dulu kakak memang nak radiography ke?"
Yes, indeed. I do remember. ^_^

Kadang-kadang, kita nak ni banyak sangat, sampai kita sendiri lupa. ^_^

Ada juga kawan yang tak dapat 1st choice, tapi sekurangnya dapat 2nd choice. Saya kiranya kes terpencillah dapat 3rd choice. Seronok apa jadi ghuraba'. ^_^

So, tip untuk adik-adik yang bakal diinterview, istikharah dan bincanglah dengan parents. Itu persediaan yang paling utama dan make sure kena buat.
Then, bila dah ada pilihan, find the concrete reason kenapa mereka kena bagi pilihan kita.
Walaupun, insya ALLAh dapat apa yang kita nak, tapi still kena persiapkan diri. make sure jangan nampak bodoh dengan interviewer. Susah tu, so kena well-prepared. Kalau yang tak biasa cakap depan, dan jenis yang mudah gugup, please well-practice. But, just cool. Ok je. ^_^

Make sure kaji sikit tentang kerjaya yang kita nak pilih.
COntoh, ada my friend tu, dia story pada saya.
"Bila interviewer tu tanya, kenapa nak pilih optometry, ada orang tu jawab, sebab saya suka operate mata orang. HAHA. Kelakar. Optometry mostly conduct lens, bukan operate mata."

Nampak tak? kadang-kadang kita salah faham dengan kos tu, menyebabkan interviewer tu tergelak dan malukan kita. Bila kita malu, mood kita untuk terus diinterview pun rosak.

Tapi takpe, insya ALLAH adik-adik doing well belaka. ^_^

Yang penting, never stop praying ok. Praying ALLAH bagi yang terbaek. Even after dah interview pun, still doa lagi. Waktu tu lah nak doa sehabis baek. Moga-moga offer letter nanti, bila dah publish kat MyIIUM, kita redha. Kita gembira. Kita suka. Mak Ayah kita pun senyum juga. Insya ALLAH, bila dapat offer letter pun keep on praying juga. Moga-moga dalam jalan yang ALLAH bagi untuk kita, kita terus sukses. Konklusinya, jangan pernah berhenti berdoa. ^_^
Insya ALLAH berjaya dunia, cemerlang akhirat.

Rasanya, setakat tu sajalah perkongsian dengan adik-adik. ^_^

wallahu a'lam. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, April 02, 2012

Overview : Radiography and Diagnostic Imaging di UIA

16 comments:
Salamullah Alaik.

Hampir dua semester menjadi pelajar radiography. Terlaluuuu banyak nak kongsi. Tapi ada adik-adik tanya, kenapa kos radiography paling lambat dikongsikan?
Erk, tak tahulah apa sebabnya. ^_^

Dulu, masa nak masuk radio ni, semua orang komplen. Bahayalah. Kanserlah. Tak dapat anaklah.
Tergugat juga diri ini. Sebab 1st choice mintak Optometry. Tapi bila dapat offer letter, lain pula yang dapat.

Dalam ramai-ramai orang yang kata BAHAYA tu, mak ayah tak pernah kata macam tu.
Mak cakap, "Selagi niat kita baik, nak tolong orang, nak bermanfaat untuk orang, insya ALLAH selamat."
Ayah pula kata, "Risiko tu ada, kat mana-mana pun ada risiko. Nak mati ke tak dapat anak ke, semua tu ALLAH punya kuasa. Berpegang teguh dengan agamaNya, insya ALLAH kakak selamat."

Waktu tu memang frust, tapi bila Ibu Ayah dan family macam OK dan sokong, saya gagahkan diri terima kos ni. Tanpa minat sedikit pun. Serius tak minat. ^_^

1st time masuk kuliah, ada satu perasaan yang BEST sangat.

Lecturer semua best-best. Sporting. Alah, kat mana-mana department pun,lecturer UIA memang sporting habeh kot. =)

memang ni lah gaya yang selalu kami buat. Bukan nak eksyen, tapi kena buat. ;p

After 2 weeks dalam kos ni, berputiklah rasa cinta tu. Betul orang tua kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal radiography tu apa, baru rasa, "Wah, macam best je!"

Sampaikan bila Deputy Dean offer untuk tukar ke Optpmetry pun, saya reject dengan hujung mata je. Deputy Dean pun tanya, "Why you are so confident with your choice? Is it optometry your first choice?"
 Saya kata, "Sir, saya dah jatuh cinta dengan kos ni. Allah ajar saya, Dia nak saya tahu bahawa Dia yang tahu apa yang terbaek untuk saya."

Wah, serius seronok.

Biasanya dalam kelas, sikit je pelajar radiography ni. Dalam 16 orang. 4 laki, 12 perempuan. Kat mana-mana pun ratio memang gitu je. ^_^

Kalau bab belajar, nak kata macam belajar biology, tak juga. Kalau minat Biology, boleh join Biomedik kot. Orang tanya saya, kalau minat radiography, kena teror subjek apa?
Hem.. Jawapan, tak ada. Masuk radio dulu, then anda tahu bahawa subjek mana yang anda kena mahir. Bukan biology, matematik jauh sekali, chemistry pun tak. Fizik? Ohhh. Memang kena amek subjek fizik khususan untuk dua sem. Pertama Medical Physic dan kedua Radiation Physic. Fuh, tapi tak tough macam kat PJ pun physic ni. BIASA JE. =)


Bila sebut radiation, semua orang cuak dan buat muka sedih takut tak dapat anak. Erk, kalau bab dapat anak tu, saya pun risau. Semua orang risau kot. Tapi back to the basic la bro, kita bukan kerja dengan radiasi pun. Kita bukan directly terdedah dengan radiasi sepanjang bekerja pun. Kalau risiko nak kena radiasi untuk radiographer memang tinggi berbanding orang yang kerja polis. Tapi polis pun ada risiko juga kan? Risiko kena tembak dan risiko dapat rasuah. HAHA. ^_^

benda yang kita hasilkan. =)

Pernah tak anda terseliuh kaki? Kemudian anda ke hospital. (Tapi kalo saya terseliuh kaki, pergi jumpa tukang urut je, melainkan kat UIA ni, nak dapat MC.)

Dan doktor bagi satu borang suro ke department pengimejan diagnostic atau nama lain, Bilik X-ray.

Anda pun terkedek-kedek membawa borang tersebut, masuk ke jabatab x-ray dan letak borang yang doktor bagi tadi di kaunter.


best juga sebab bole selaluuuu pakai labcoat. tapi kadang2 boring, tak larat nak basuh labcoat yang mudah kotor tu.. Erkk..
Ya, disinilah kerja radiographer tu bermula.
Tengok dan analisis borang yang doktor bagi. Kena belajar patient tu sakit bahagian mana. Sakit apa. Kena buat x-ray macamana. Position macamana. Then, WE decide that.

Lepas tu, nurse pun tolonglah panggilkan patient. Waktu ni kita tunggu kat bilik x-ray sambil siapkan kelengkapan segala bagai.

Bila patient masuk, kita suro patient tukar pakaian. Remove all radiopaque materials on their body. Sebab material macam besi boleh appear dalam film yang bakal kita hasilkan nanti.

Lepas tu, kalau patient tu seliuh kaki, kita pun x-ray lah kakinya, dengan posisi yang tertentu. Ni yang susah sampai nak terkeluar otak, belajar posisi ni.Nak ingat semua posisi ni, dari dada, pelvis, abdomen, kaki, tangan, kepala.... Masya ALLAH. Hebat ILMU Allah ni. =)

Lepas tu, bila patient dah ready, kita pun keluar dari bilik tu, dan expose radiasi pada patient, dengan niat nak dapatkan imej yang doktor minta, bukan nak bahayakan patient pun. =)

Waktu ni kita tak terkena pun radiasi tu, insya ALLAH kalau kita observe all the safety step yang department dah rule out. =)

Lepas dah siap tu, patient tunggu luar, dan kita process film tu. Tak susah pun process film. Masuk dalam mesin, semua mesin buat, kita duk kat kerusi, tekan-tekan butang sket, pastu ter'print out'lah film yang kita nak tu. Lepas tu tengok jap film tu, kalo macam OK, bagi kat radiologist. Radiologist yang akan comment and write a report on the film.

Kita belajar je apa yang terjadi kat film tu. Kita belajar semua penyakit. Kena hafal. Tapi tak seteruk doktor. Kita belajar kalau orang tu tulang dia jadi macam ni, dia sakit apa. Semua kita kena tahu. Tapi sadisnya kita tak boleh directly contact or advice patient. Kalau kita tahu pun, kita kena diam je. ^_^

Tapi kita boleh assist doktor dan discuss dengan doktor, when needed. =)

Ohhhh YA! Adakah hanya itu?

Tentu sekali tidak. Kita bukan handle x-ray machine je.
Kita handle CT Scan. mamography (untuk breast scanning), angiography (blood vessel), MRI, ultrasound pun tau.
mammography
Banyak sebenarnya yang kita handle, tapi yang orang nampaknya, x-ray machine je. =(

ct scan

Tapi tu paling dominan lah kot.

Nak tahu apa dia MRI, CT Scan, Mammography, IVU, dan banyak lagi, yang tu kena google la. =) Ataupun masuk radio dulu, nanti semua tu kita belajar dengan teramatlah detail. =)

Best tengok CT Scan dan MRI. Memang best!

Cara belajar pulak.. Hem.. Nak kata tough tu, boleh tahan jugak. Sebab banyak praktikal.

Kalo berminat nak amek radiography, kena tough lah. Tu nasihat saya. =)
Tough kelas full, tough kena kesana kemari praktikal kat segala jenis hospital.
Kami 1st year pun dah penat posting sana sini. Tapi mostly on observation la. Kadang-kadang kalo ada rezeki dapatlah direct handle patient. Tapi banyaknya jadi PEMERHATI.

Shortsem tu jangan berangan nak beli tiket honeymoon ke nak kawen sangat la. =) Shortsem tu kami kena posting ke mana-mana hospital. Sebulan tu...

Macam masuk kerja la, 8 pagi hingga 5 petang. Penat? Haruslah.

Praktikal yang 4 jam pun, dah penat rasa macam nak tido 5 hari.

Penat kenapa? Pertamanya kena berdiri. HAHA. Kedua, waktu handle patient tu kena angkat-angkat patient. Adjust peralatan2 tu semua. Thats why saya kata, kena TOUGH lah nak jadi radiographer.

Selain tu, kita bukan kerja kat jabatan x-ray je. Kita boleh jadi kena bertugas di jabatan kecemasan. Kalau yang minat kes trauma tu, boleh lah. =) Duduk di bilik emergency. If ada kes kemalangan dan perlukan scanning dengan cepat, waktu tu la kita kena bertindak.

Luas sebenarnya tugas radiographer ni. Bukan scope kecik. =)

Dalam seminggu, memang kami pergi hospital atau klinik kat Jalan Hospital College.
Tapi insya ALLAh lepas ni lab x-ray akan establish dah kat kuliah ALLHS tu, so adik2 lepas ni tak penat sangat nak ulang alik macam kami. Dari JHC ke IMC. Tak penat pun kalo ada kereta. Dulu waktu takde kereta, penat menunggu bas. Eh, kalo ada kereta, penat juga kalau jam. Banyak habeh minyak. =)

Selalu juga kena hantar ke Temerloh. Perjalanan Temerloh ke UIA ambil masa hapir 2 jam juga. (1st time pergi je dua jam, lepas tu boleh buat rekod 1 jam 30 minit paling lama pun) ;p

Yang 2 jam tu tak kesah pun, tapi tol tu, boleh tahan juga. RM22 pergi balik. Tapi ok je, bukan selalu pun~

Kalau HTAA kat Kuantan, depan Kuantan Parade tu, tok sah kata la, tempat wajib kunjung tu. =)


Best kot jadi radiographer. =)

Kita bukan saja hasilkan film, tapi kita boleh kritik film. Waktu belajar, part kritik film ni yang paling mendebarkan. Nak present radiograph tu kat lecturer. Kalo sapa tak suka present,jangan amik radiography. Tiap2 minggu kena present. Tapi kalo korang tak belajar present sampai bila2 pun korang takkan pandai. So, ok je present2 ni. Saya rasa tak de masalah. Something we can built. Insya ALLAH.

Tentang peluang pekerjaan. Hemm. Susah nak cerita. Saya sendiri pun belum terjamin peluang pekerjaan. =)

Tapi saya ingat satu saja yang Br Zainul kata, (nanti adik2 masuk ALLHS, adik2 akan kenal sape Bro Zainul ni)

"Tugas anda adalah belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Tuntut ilmu ALLAH dengan serius. Insya ALLAH, lepas ni kalo dapat pointer 3.5 and above, offer kerja dan sambung belajar dengan sendiri datang. Tak perlu minta pun. tak perlu apply. Ramai dah yang jadi macam tu. Brother Iqbal, grad dengan 3.8. UIA tanggung dia pergi belajar di UK, balik nanti otomatik dapat kerja dengan UIA. So, 1st thing to do, strive for the excellence"

Kadang-kadang terfikir juga soal kerja, tapi takpe, itu bukan matlamat utama kita menuntut ilmu. Kalau dapat rezeki murah, insya ALLAH mudah nak apply kerja. Nak apply kerja, jaga attitude, berakhlak dengan akhlak muslim, belajar dan belatih dengan serius, insya ALLAH dengan rahmat ALLAH mudah nak dapat kerja. Tak musthail pun semua tu. =)

a few year nanti hospital UIA maybe dah establish. Not saying that semua pelajar UIA akan kerja dengan UIA, tapi at least, ada tempat kita nak tuju lepas ni. Kalau tak dapat kerja, boleh sambung master. Become a lecturer. Best tu. =)



Saya pun bercita-cita macam tu juga. =)

Ala kulli hal, semuanya pada rezeki. kalau ALLAH mudahkan insya ALLAH mudah. =)


Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorangpun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

QS. Fathir (35) : 2



erk, macam banyak kan saya menulis. Maaf. Terlajak kata. Baru ingat nak taip sikit je. =)

Walaubagaimanapun, nak say sorry sangat kat adik-adik yang tertunggu-tunggu overview kos radiography ni. Sebab wakilnya busy sangat. ;p

Sebarang pertanyaan boleh tanya direct. Tapi jangan marah kalau tak dapat jawapan on the spot. Mungkin ada orang jarang ONLINE akhir-akhir ni. =)

Boleh direct FB juga. =)

Syukran semua. ^_^

-ALFAQIRAH ILALLAH-
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, January 09, 2012

OVERVIEW : Pharmacy di UIA

10 comments:

  • Pharmacy by Maisarah Hadzri



    Assalamualaikum..
    Baru berkesempatan nak menulis, xtau pun tulisan ni akan masuk blog khusna so sebelum ni buat gitu-gitu jer ingat kn nk wat dlm bntuk risalah dan dgn harapan ditokok tambah oleh khusna sendiri. (^_^) sory k husna ..

    PhArMaCY???
    Pharmacy antara kos yg terawal wujud di kuantan selepas medic. Bangunan pharmacy pun nampak baru lg (xpasti siap bila). Bak kata seorang sahabat ni, bangunannya mcm shopping complex especially time malam 


    Seperti yg semua dah tau pharmacy ialah critical course selain drpd medic dan dentistry. Xfaham jgk apa yg dimaksudkan dgn critical course sebenarnya, nk kta susah semua kos susah.. maybe kos critical dari segi peluang pekerjaan dan diperlukan. Tahun pengajian student pharmacy kat uia ialah 4 tahun.

    Ni antara subject yg akan dipelajari kat kuantan ( berdasarkan modul latest tahun 2011/2012)

    Year 1, sem 1
    - Islamic inputin pharmacy
    - Basic anatomy & histology
    - Fundamentals of physiology
    - Intro to pharmacy practice
    - Phy pharmacy 1
    Year 1, sem2
    - Organic chemistry
    - Pharmaceutical microbiology
    - Medical biochem
    - Pharmacology
    - Pharma analysis 1
    Year 2, sem 1
    - Pharmacology of peripheral NS
    - Medicinal chem
    - Anti-infectives agents
    - Phy pharmacy 2
    - Community pharmacy practice
    - Pharma analysis 2
    Year 2, sem2
    - Body system 1,2,3
    - General pathology
    - Immunology
    - Dosage design 1
    - Sterilization and aseptic tech
    Year 3, sem1
    - Research in pharmacy
    - Pharmacokinetic
    - Hospital pharmacy practice
    - PT 1
    - Body system 4,5
    - Dosage design 2
    Year 3, sem2
    - Herbal medicine
    - Body system 6

    - PT2
    - Pharmacy management
    - Pharmacy ethic & law
    - Pharmacognosy
    - Anti cancer chemo
    Year 4, sem1
    - Quality assurance
    - Pharmaceutical biotech
    - Clinical pharmacokinetics
    - Pharmacoeconomics
    - Innovation in pharm practice
    - PT3
    Year 4, sem2
    - PT4
    - Industry pharmacy

    Hush.. banyakkan subject 
    . Klu compare subject2 pharmacy di uia dengan university lain xbyk beza cumenyer di uia sahaja ad Islamic input of pharmacy, subject ni sbgai guideline pd kita how to be a good and professional muslim pharmacist insyaAllah ingatlah sesungguhnya ilmu yang bermanfaat ialah yg akan mendekatkan diri kita pada Pencipta.

    Di uia kuantan, pharmacy adalah satu-satunya kos yg guna system sem yang xde mid sem exam. Markah diambil kira melalui quizzes , lab report and assignment. Jadinyer, quiz 2 diibaratkan mid sem. Suasana belajar? Berbeza ngan CFS dan belajar dalam kuantiti yg ramai iaitu dalam dewan kuliah, jgn risau dan insyaAllah boleh focus.

    Selepas tamat 4 tahun di uia, student pharmacy diwajibkan utk mengikuti `FRP’ xsure nama penuh die tapi die lebih kurang macam houseman ship for medical student. Wajid ikuti coz tuk mendapatkan lesen A sebagai pharmacist yg sah di Malaysia. Selepas tu, kita masih ada kontrak ngan JPA selama 6 tahun tuk kerja di sector kerajaan. Untuk peluang pekerjaan di Malaysia, Alhamdulillah banyak cabang boleh pilih contohnya hospital, penguatkuasa, penyelidikan, bisnes dan beberapa sector lain. Maklumat lanjut blh rujuk baca di sini

    http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=134&action=view&retrieveid=296&lang=EN
    http://www.pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=132&action=view&retrieveid=297&lang=EN

    akhir kalam, ahlan wasahlan pada adik-adik yang bakal menjadi family Rx iium kuantan. Sekadar pesanan jangan letakkan target di kuantan hanya nak pulun study jer. Gunakan masa di kampus tuk timba pengalaman dalam organisasi dan tambah ilmu selain akademik coz pharmacist adalah kerjaya yg melibatkan massyarakat sekeling.



    p/s: Thanks Sarah, jadi Kak Husna letak dua-dua post kat sini. Kira ok lah kan. Semoga semuanya bagi manfaat kat adik-adik yang bakal menjejak bumi Kuantan. Insya Allah. 


    Pharmacy? Hm… xtau nk start mcm mn  memandang 
    kan di cfs, semua kos belajar asas yang sama anda semua xnampak apa sebenarnya pharmacy 2.. ni sekadar pandangan beberapa pihak, ‘pharmacy is very enjoy when we enjoy it’, bila masuk 1st year kita akan didedahkan dengan pelbagai jenis ‘drug’ bukan dadah erk, tapi ubat-ubatan. Anda akan belajar teknik-teknik untuk membuat ubat contohnya cream dan sirap penadol, sangat best bila dapat buat ubat sendiri. 






    Memandang semua student pharmacy mendapat biasiswa JPA, selepas tamat belajar pharmacist akan terus diserapkan untuk bekerja dengan kerajaan. Walaupun ada khabar angin menyatakan pharmacist dah ramai sekarang coz mereka ramai hanya menumpu di klinik @ hospital. Skop untuk pharmacist sangat luas contoh, menjadi pensyarah, penyelidikan di kilang-kilang ubat, penguatkuasa bahagian ubat-ubatan dan lain-lain. 




    Di kuantan, pharmacy terkenal dengan kos yang sangat padat masanya kerna biasa kelas akan start 8.00 pagi - 5 ptg@ 6ptg, lg padat dari medic dan dentist. Sangat banyak experiment dan report kena hantar (1st year xbyk lagi). Bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan tapi sebagai persediaan awal untuk adik2. Sejujurnya ramai antara batch kami culture shock dengan suasana study di kuantan. 

    Sekadar beberapa pesanan pada adik2 bagi 
    • Semai minat pada kos pharmacy di cfs 
    • Melatih diri study smart ( jgn study last minit)
    • banyak merujuk senior

    Antara sedikit kelebihan student pharmacy, dapat biasiswa JPA rm5+++ per sem,mempunyai bangunan kuliyyah yang besar, cantik dan lengkap kemudahan. Pensyarah-pensyarah pun sangat baik termsuk pensyarah luar Negara.

    Anything adik-adik boleh contact senior pharmacy :


    Untuk brothers pulak, do contact :



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, December 22, 2011

SAHABAT : Lu pikir la sendiri ^_^

2 comments:
Frust sangat ni dengan presentation hari ni. ^_^ Letak gambar saje pun jadilah. ^_^






Dalam menunaikan hak dan amanah sebagai seorang kawan, aku paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka meminta tolong tetapi liat memberi pertolongan.

Aku paling takut menjadi sahabat yang suka mengambil kesempatan, tetapi tidak suka memberi kesempatan.


Aku paling takut menjadi sahabat yang memilih teman waktu senang dan menyenangkan, tetapi meninggalkan kawan waktu susah dan disusahkan.


A
ku juga paling takut andai aku menjadi sahabat yang suka ditolak ansur, tetapi tidak suka bertolak ansur.

Ya, kita ada amanah dan hak terhadap sahabat kita, jangan cuma kita mengharap hak mereka pada kita.

p/s: Maaf semua orang, kalau tak jadi sahabat yang baek untuk anda. My bad side ^_^

Semoga Allah meredhai semua sahabatku dan moga aku juga diredhai semua sahabatku. Ameeeen!








Seriusly terkejut dengan stat blog ni. Meningkat mendadak.
Ni semua dek kerana penulis-penulis hebat yang menyumbang tulisannya disini berkenaan kos di UIA Kuantan. Tahniah. Memang objektif kita sampai, insya Allah,ada sumbangannya. ^_^

Bila macam ni, rasa macam kena muhasabah diri. Apa aku tulis kat blog ni?
Makin ramai orang datang, dan baca, makin banyak kelak aku dipersoalkan.

Astaghfirullahal 'aziim. ^_^






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, December 20, 2011

OVERVIEW: Nursing kat UIA ^_^

No comments:

Nursing by Nabilah Othman

~Life of nursing student~
Bismillah wa syukrulillah.Segala puji bagi ALLAH yg tlh menciptakan alam ini dgn bermacam hikmah dan pelajaran.Hanya org yg betul2 mendengar dan berfikir sahaja dapat memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. Di harapkan coretan kali ini dapat memberikan adik2 manfaat dan clear vision dlm kehidupan adik-adik. Untuk pengenalan kepada kuliah nursing silibus belajar baru diperkenalan.Jika kebiasaan,di akhir semester wajib ada posting,tapi bermula dengan intake baru,posting di hospital akan dilakukan hanya pada short sem sahaja selama sebulan lebih.Tempat belajar akan sentiasa berubah,meaning to say,student nursing tiada kuliah yang tetap.Kita akan sentiasa merantau ke kuliah kuliah lain dan Jalan Hospital Centre(JHC) untuk kelas. Beruntunglah kita dapat mersa banyak tempat.=) Selain itu,Jadual sebagai nursing student agak padat.Kelas akan bermula seawal 8am until 4 pm. Walaupun kita tiada kuiz,tapi assignment  yg banyak akn sentiasa menanti especially assignment yg berbentuk eap.So,hopefully,before adik2 masuk ke main campus, biasa dan persiapkan diri dengan kemahiran membuat research paper yg mengikut format dan betul.


                Adik2 juga kena persiapkan diri dengan suasana student2 nursing yg agak suka bersosial kerana ini adalah salah satu  skill yg mesti ada pada student nursing.Bidang nursing menuntut agar kita pandai berkomunikasi kepada semua orang tanpa mengikut gender dan usia. Tapi peliharalah adab dan batas.Lecturer nursing walaupun mereka sangat baik dan prihatin,tapi hati2.Mereka ini sangat sensitive hatinya dan kadang2 tegas.Kalau boleh jaga kawan-kawan batch masing2 agar tidak membuat perlakuan yg x sopan kepada mereka kerana rata2 budak nursing ada yang suka buat hal.Tidak kira generasi dlu dan sekarang.Hopefully,generasi kini dan akan datang dapat menjaga sahsiah diri yg baik.Adik2 juga akan masuk lab yg baru dibuat special untuk budak2 nursing buat practical kat situ.Dia lebih kurang macam bilik2 yg ada di hospital seperti emergency room,labour room,etc.Cuma bezanya,kita bermain dengan anak patung.Kitorang pangil self direct learing(SDL).ada dlm jadual dan silibus.Sebelum dilepaskan ke medan hospital dan berjumpa dengan patient yang sebenar,adik2 akan practise macamana nak bed making,asheck blood pressure,pulse rate,angkat patients,etc.Semua ini akan dipelajari bawah subject Health Assestment.At least,korang kena practise 50x satu sem untuk buat kesemua procedure yang dipelajari.dan kepada sesiapa yang buat lebih akan dpt star sbg anugerah .UNtuk permulaan,subject core yg dipelajari like health assestment,anatomy and physiology,biochemistry,behaviour in nursing and professional nursing.So,bole la survey2 kat internet sume subject tu dan buat preparation yg mantap before masuk main camp agar ada gambaran awal apa nak study nanti.

Wish you all the best dan satu pesanan.Buatlah solat Istkhirah untuk pilihan yang bijak tentang career masing2 kerana bidang ini tidak semudah seperti yang adik2 sangka.Kita bermain dengan nyawa patient dan banyak pengorbanan yg dituntut kalau nak jadi nurses in future.Kalau tiada minat dan azam yg kuat,kita akan tersungkur di pertengahan jalan. Tapi.rata2  lecturer kitowg yg jadi nurses tak ada minat pon nak jadi nurses.Tapi,bila dah masuk in real situation(hospital),kita akan rasa keseronokan membantu orang.Itulah pesanan mereka. So think as deep as possible. Kehidupan menuntut pengorbanan. Sebaik2 manusia adalah  yang dapat memberi manfaat kepada orang lain=D


Anything due to nursing, adik2 boleh contact Mazlan Razali. (FB Mazlan Razali). Mazlan Razali ni ketua batch Nursing untuk batch kami. ^_^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, December 19, 2011

OVERVIEW : Audiology in UIA ^_^

7 comments:

Audiology by Syarifah Nur Aqilah Sayed AlWI

Department of audiology and speech language pathology
Department of Audiology And Speech Language Pathology is the one department in Kuliyyah of Allied Health Sciences. It frequently known as AUDIO and the students in this department will be known as AUDIO STUDENT. Once you step in this kuliyyah, you will find everything what being questioned in your mind.

In our Kuliyyah, there is 5 departments,
·         Department of Audiology and Speech Language Pathology
·         Department of Optometry and Visual Science (DOVS)
·         Department of Nutrition Sciences
·         Department of Diagnostic Imaging and Radiotherapy
·         Department of Biomedical Sciences

Before I explained about my course, please tell yourself why you choose Audiology? Whatever your reason, I hope you will say that you choose Audiology because of Allah. This is the first question that you will ask by lecturers once you enter the class. Be prepared with the answers soon.

First of all, let’s I tell you about this course in terms of history. The Bachelors of Audiology (Hons) is offered under this department starting the academic session of 2004/2005. So when you enter Kuantan in this department, you will be known as GEN9 of Audio Student, Batch 2012/2013. Actually as the first year student, I don’t have power to tell you about audiology as I also don’t have more knowledge in this course. as we are learner, we will know everything time to time.
There is only 3 IPTA that offered this course, UIA, UKM and UITM. For the IPTS, I didn’t know how much this course had offered in. You may check and do some research about this course later. As I know, mostly students of Audilogy in UIA get the jobs, except students who stopped their career and get married. I want to tell you one interesting story, there is a wedding interdepartment; student 3rd year Audio and 4th year Opto. So sweet, right? Oppsss, back to our discussion…

As student of Audiology, they should know the objectives of their course. Soon, they will able to fulfil all the objectives according to UIA mission and vision.
The department offers undergraduate educational programmes that prepare undergraduates for professional and research careers in the profession of Audiology and Speech & Language Pathology. 
The objectives of the Department of Audiology and Speech Language Pathology are:
1.        To produce quality graduates in Audiology who are competent in the prevention, diagnosis and rehabilitation of hearing and balance disorders
2.      To nurture future audiologist with the ability to integrate faith (iman), knowledge (ilm) and good character (akhlak) in their life and audiology practice
3.      To contribute to the improvement and upgrading of the Audiology field in Malaysia
4.      To excel in research and publication towards the enhancement of Audiology field for beneficent of the ummah

Once you read these objectives, I hope you will more excited to be as AUDIO student. Before starting the lecture, you will meet your seniors and get a long brief on this course. You may ask more questions about what you don’t know.

There is 2 components that you will study; Department Core Courses and University Required Courses. Below is the sequence of courses that you will learn in four years of study.

YEAR OF STUDY
NAME OF COURSE
YEAR 1
SEMESTER 1:
·         LANGUAGE DEVELOPMENT
·         BASIC LINGUISTICS
SEMESTER 2:
·         INTRODUCTION TO PHONETICS
·         BASIC COMMUNICATION DISORDERS
·         ACOUSTICS FOR AUDIOLOGY AND SPEECH SCIENCES
·         ANATOMY, PHYSIOLOGY AND NEUROLOGY FOR AUDIOLOGY
YEAR 2
SEMESTER 1:
·         OTOLOGY
·         PAEDIATRIC AUDIOLOGY AND SPEECH
·         INTRODUCTION TO CLINICAL PRACTICE
·         PSYCHOACOUSTICS AND BASIC AUDIOMETRY
SEMESTER 2:
·         TECHNIQUES IN AUDIOLOGY
·         SCREENING FOR IMPAIRED HEARING
·         PAEDIATRIC AUDIOLOGY
·         LEARNING PROCESS AND SPECIAL NEEDS
·         COUNSELLING IN COMMUNICATION DISORDERS
YEAR 3
SEMESTER 1:
·         AUDIOLOGY CLINIC 1
·         AUDITORY AMPLIFICATION
·         AUDITORY ELECTROPHYSIOLOGY
·         EPIDEMIOLOGY AND RESEARCH METHODOLOGY
SEMESTER 2:
·         BIOSTATISTICS
·         ADVANCED AUDITORY AMPLIFICATION
·         AUDIOLOGY CLINIC 2
·         VESTIBULAR ASSESSMENT
·         AURAL REHABILATION 1
YEAR 4
SEMESTER 1:
·         RESEARCH PROJECT 1
·         AUDIOLOGY CLINIC 3
·         AURAL REHABILATION 2
·         INDUSTRIAL AUDIOLOGY
SEMESTER 2:
·         RESEARCH PROJECT 2
·         AUDIOLOGY CLINIC 4
·         SEMINARS IN AUDIOLOGY
·         PROFESSIONAL ISSUES

 
For year 1 and year 2 students will learn more on theories. When they enter year 3, they will practise what they had learnt in year 1 and 2 in the hospital. So as my seniors said to me, please remember what had learnt in year 1 and year 2 as our lecturer will ask us when in clinical study. We will do clinical in the hospital in Pahang area in year 3. So you will know how an audiologist works.

As I had taken UNGS in CFS IIUM, so our schedule is not packed like my seniors. So you have more time to do many things, swimming, jogging, outing with your friends, going to talks, involving in societies and many mores. You will know later…

As I am 1st year student, I’m in the process of learning. 2 subjects that I take now, Language Development and Basic Linguistics, are very interesting and make open your eyes, ears and mouth. You will study about the language, sound of the alphabets, how language develops from the baby until adult, component of the language and many mores. These subjects are important for audiologists as they will practise what they studied in year 1 to their patients. Good news for all of you, if you are not good in Physics, you may choose audio as audio just only have little parts in physics whether than opto.  

About the number of students in audio, audio is the least number of student that kuliyyah had. For 1st year, there are 16 students, 3 boys and 13 sisters. For 2nd year, there are 16 students. For 3rd year, there are 20 students. For 4th year, there are 15 students. Because of the number of student is less, the lecturer will remember your name and faces. So if you sleep in the class, the lecturer will remember you until the next semester. And the bad news for all of you, you will never escape the class as the lecturer will recognize student that absent on that day due to the least number of student. So please put away your niat to escape the class.

As the conclusion, kita merancang, Allah jua merancang. Dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Kepada adik-adik, pilihlah course yang betul-betul menjadi pilihan adik-adik. Kami, abang2 dan kakak2 di sini hanya memberi just a short brief about the course, tetapi yang menentukan adalah diri adik2 sendiri. Seek for the Allah’s pleasure and ask Him to give the answer if you don’t know what course you should take. All four courses in this kuliyyah have their own strength. Good luck in your interviews that will come soon and all the best.

TULISAN TANGAN YANG TAK SEBERAPA~ syarifah nur aqilah bt sayed alwi

For further info you may contact FB Audiology student




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.