♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Baitul Muslim : Erti sebuah MIMPI

10 comments:
Penangan penat berhujan di tengah malam, terpaksa telan ubat sakit kepala. Apabila masuk waktu Dhuha, saya tidur, untuk hilangkan sakit kepala sebagai preparation untuk ke kelas petangnya. Walaupun hati sangat ingin melangkah ke library untuk persediaan kuiz Jumaat nanti. Apapun,migrain ni perlu di'raja'kan dulu.
Sekejap saja kepala mendarat ke bantal empuk, saya terus terbang ke dunia separa sedar.


"Bulan ni awak habiskan baca buku ni ya." kata Encik X sambil menghulurkan tiga biji buku.

Saya diam. Mengambil buku tersebut,membelek dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.

Saya menuju ke sebuah rak buku di tepi tingkap berhampiran sinki berwarna hijau. Kelihatan di situ, sebuah rak buku penuh dengan buku-buku sehingga tiada ruang untuk saya letakkan buku yang baru.

Belum sempat saya pusing ke belakang dan berkata, suara Encik X berbunyi,

"Takpe, nanti kita beli rak buku baru."

Saya tersenyum lagi. Saya pun pelik kenapa saya asyik senyum. Realitinya saya seorang yang talkative teramat, suka cakap, mengomel dan suka buat bising.

Tapi,satu perasaan yg saya rasa, begitu puas melihat rak buku yang dipenuhi buku itu. Perasaan yg tidak dapat dibicarakan.

you and me, sharing and giving. ;)
Kemudian Encik X berkata,

"Saya ada usrah malam ni, lepas tu ada meeting. Kita makan sebelum Maghrib ya?"

Lagi saya mengangguk dan senyum. Pelik,kenapa saya tidak bercakap.

Akhirnya jam loceng henset mengganggu ketenteraman tidur saya. Bila saya sedar, "Eh,kenapa rasa macam tak tidur pun?"

Sakit kepala berkurang, saya bingkas bangun. Saya ada date dengan Tuan Library hari ini. Mesti tunaikan.

Bila di library, saya terpandang rak buku yang penuh, teringat mimpi tadi.

 Saya tersenyum, "Cehh, nak sangat datang library sampai termimpi rak buku." Saya senyum sorang diri sambil menghadap nota Pharmacology.

Tiba-tiba terfikir, "Best jugak kalau mimpi tu jadi realiti kan. A house with thousands of book. Bestnya dapat suami yang cintakan ilmu!"


Tapi, lihat keadaan diri sendiri. Aku ni cintakan ilmu ke tidak? Atau asyik mengelak dengan majlis ilmu? Tu baru majlis ilmu, belum cerita berapa buku ilmiah yang dah habis dibaca. Tak cerita lagi keadaan ummat di Mesir, di Rohingya, di Palestin. Sejauh mana aku update?

Kalau buku akademik,sanggup berhempas pulas baca sampai hadam. Buku Manhaj Daurah Tadribiyyah pun tak habeh baca. Adehh.

Belum cerita Quran. Mengulangnya bila ada semangat. Kalau malas mengulang, nak sedapkan hati, buka MP3 Quran. Hampeh betul.

Part Encik X minta kebenaran nak pergi usrah, siap minta masak awal, boleh pula saya tersenyum. Indahnya rumahtangga kalau begitu. Aku meredhai perginya dia di jalan dakwah. Malah,membantu segala persiapan dia di jalan harakah. Bila fikir semula, diri sendiri pun kadang-kadang liat menghadiri usrah, rasa 'terpaksa' menghadiri daurah, penuh rasa malas datang program tarbiah. Ada hati nak dapat suami yang setia di lorong dakwah?

Kalau diri sendiri masih beralasan untuk ditarbiah, bagaimana nak relakan suami berpergian menunaikan tanggungjawab harakah? Diri sendiri masih belum memahami peri pentingnya gerak kerja tarbiah, bagaimana mahu menjadi tulang belakang kepada pencinta dakwah?

Memang isteri untuk dibimbing. Suami adalah pembimbing. Alangkah bertuahnya aku mampu meringankan tanggungjawab suami dalam mendidik isteri.  Sebagai tanda cinta dan kasih aku pada suami, tidaklah beliau berdosa kerana dosa isterinya.

Akhirnya, aku menerima hakikat diri yang masih serba kekurangan dan perlu banyak belajar. Perlu banyak memahami dan mendalami. Bercakap soal baitul muslim, bunyinya indah dan gah. Tapi pasti, menghiasinya perlu mujahadah dan tadhiyah.

Aku perlu banyak memberi di medan harakah, agar aku terbiasa untuk terus memberi meskipun kelak keadaannya berbeza.

Aku perlu banyak mencari manisnya berada di jalan tarbiah, agar kelak kemanisan itu berganda bilamana aku sudah 'berdua'.

Soal jodoh adalah peramcangan Allah. Aku cuma mampu bermimpi dan berimaginasi. Mengharap yang datang adalah rijalul harakah, syababul dakwah, yang hatinya terikat dengan Quran, jatuh cinta dengan masjid. Kelak,apabila datang ia kepadaku, aku harus tahu, dia bukanlah malaikat, yang sempurna dan cukup sifat. Tapi, aku dan dia akan menjadikan baitul muslim tapak rasmi menjadikan kami lebih hebat, lebih mantap. Perkahwinan bukan penyatuan jiwa yang sempurna. Tetapi, aku mahu jadi pelengkap dimana kurangnya dia dan berharap dia menjadi pelengkap dimana kurangnya aku.

Nota Pharmacology masih bersih. Aku ambil sekeping kertas dan aku tulis,

"Encik, one day we will walk along the way to Jannah."

 

Simpan kertas tersebut, di tempat yang sukar dicapai. Aku tidak boleh kerap hanyut dengan perasaan dan angan-angan. Didepanku ada pelbagai urusan yang perlu segera aku titikberatkan. Sedang soal jodoh itu, bila ia datang, alhamdulillah. Dan jika belum sampai detik waktu, aku tetap akan menunggumu di batas waktu.

Tarik nafas dalam-dalam. Hembuuuus. Fokus pada nota Pharmacology dengan khusyuk. Dengan harapan my other half juga begitu itqan menuntut ilmu. =)

Such a very jiwang post. Sorry. It just comes from the bottom of the heart. Mimpi yang memberi erti sejuta muhasabah buat diri!


Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, June 05, 2012

Apa lelaki lihat pada perempuan?

No comments:
Antara nasihat Sheikh Ali Tantawi kepada muslimat seluruhnya.

 

Kepada Puteriku

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..
sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. 
Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.



Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. 
Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. 
Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya ALLAH!!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku,
 pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku,
 bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri :
 “Silakan masuk”…
dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. 
Ketika itu barulah engkau berteriak ..
”tolong….tolong...aku kecurian.”

 

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……
dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…
iaitu harga diri dan kehormatanmu. 
Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

 

Wahai puteriku….
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Aku bersumpah lagi:
 “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri."

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!




Kamu berdua bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan….
sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. 
Dan engkau..akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya. 

Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya 
Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru engkau perlahanlahan merasakan sesuatu ayng berat menganjal di perutmu.
Engkau sedih dan muram Engkau bingung dan gelisah.
Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan…..
diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: 
“Dia yang dahulunya sesat, tetapi sekarang sudah insaf”.
Tapi engkau……?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. 
Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.

  White Roses 

Seandainya ketika dia mula merayumu, 
engkau tolak dengan sikap yang tegas……
Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya……
seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya 
dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata yang jelik dan menggunakan tangannya, 
cepat-cepat engkau gunakan tanggalkan kasutmu dan pukullah kepalanya……
kalau engkau lakukan itu, 
pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu ……….
Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

 

Wahai puteriku…….

Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. 

Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.

XXXXXXXXXX

The end
^_^




With Hope of Allah Pleasure,
Bintu Mujahadah.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, May 24, 2012

Doakan saya dan semua. ;)

2 comments:
Study-study juga, hak Allah jangan lupa. Solat awal waktu. Subuh jangan gajah apatah lagi dinasor. Quran jangan tinggal.

Kalau kita tahu bagaimana Quran itu membersihkan hati kita, tentu kita takkan tinggal baca Quran walaupun sehari. ;)

Doa banyak-banyak Allah bagi kesihatan yang baek. Ramai orang, esok paper, esoknya demam teruk. Kita doa, kalau Allah bagi sakit juga, itu ketentuan yang penuh hikmah, insya Allah. ;)

Jangan lupa doakan saya, alfaqirah ilallahi Al-Qadir.

25 Mei : Imaging Technology : Extremeties
27 Mei : Islam, Knowledge and Civilization
28 Mei : Radiation Physic
30 Mei : Bahasa Melayu Kerjaya
01 Jun : Human Structure and Function II
04 Jun : Analog Image Processing
06 Jun : Instrumentation : Conventional Imaging

Insya Allah balik ke Kelantan 6hb untuk bercuti 3 hari sebelum meneruskan posting :

11- 15hb Jun : Poliklinik Beserah
18- 22hb Jun : Hospital Bentong
25- 29hb Jun : Hospital Temerloh

Permudahkanlah urusan aku dan sahabat-sahabatku Ya Allah. ;)

Mohon doa semua!

Tinta Pelajar Cemerlang,
Bintu Kamarudin. 




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

-From JB tu Indera Mahkota-

7 comments:
Pagi Jumaat itu, saya mesej Abang.

"Tak payah la datang Kuantan. Dah discharge KMC, dan dah sihat sikit. Makan pun OK."

Mesej reply dari Abang
"Kami bertolak pukul 5 petang. Naim dan Nuha nak jumpa Cikna ni.."

Naim yang tak suka saya ambil gambar dan Ali yang posing macho setiap kali saya ambil gambar.


Dua minggu lepas, sempat saya menginap di HTAA 2 hari dan semalaman di KMC. Saya bersungguh-sungguh tidak benarkan Ibu datang ke Kuantan. Kondisi Ibu Ayah yang tidak sihat, dan kalau saya terlantar di katil hospital, siapa yang akan uruskan penginapan Ibu Ayah nanti?
Akhirnya saya senang tidur bertemankan nurse yang baik-baik di HTAA. ;)

Baju Naim, Adik Sayang Tok Guru. Actually, saya beli baju ni untuk semua mereka, tapi Naim sorang yang bawak. Comel. ;)
Tp baju untuk Along muat pulak Papa dia pakai. Aduh. (gambar rumah Abang Yu di Kulai Johor)

Kancil yang banyak berjasa. ;)

Abang-Abang dari JB tetap bertegas nak datang.
Mereka tiba 11 malam pada hari Jumaat. Kami terus menuju ke Sungai Isap Damai, homestay yang Abang tempah. Bertambah terkejut bila Abang kata, "Kami stay kat sini 2 malam."

Naim dan Abi.


Punyalah saya ceramah, "Kenapa lah susah-susah datang. Jauh tu. Dikna dah sihat pun."

Jawab Abang, "Saja nak bagi semangat."
Akhirnya saya yang terdiam dan lari.

Sungguh terharu. Dengan telatah anak saudara, saya memang gembira dan melupakan banyak benda yang berlaku beberapa hari sebelumnya.
they make my weekend. ;)
Ali, Naim, Nuha, Aleeya.

kagum cikna tengok selipar mereka semua Angry Bird!

Sedang saya berborak-borak dengan Abang2 dan Kakak ipar, anak saudara saya bermain di luar anjung rumah. Kemudian, saya keluar melihat mereka, bersepah-sepah daun dan air atas bangku. Saya geram dan bertanya, "Sapa buat ni? Ya Allah. Sapa sepahkan ni?"

Mereka bertiga ( Naim, Aleeya, Ali) beratur dalam satu barisan. Saya bertanya lagi dan akhirnya,
Ali angkat tangan,
"Saya. Saya masak tadi Cikna." dengan pelatnya dia menjawab sambil angkat tangan.
Tak jadi nak marah, tergelak terus.

pandai cikna siapkan Nuha kan. ;)
Ali tu memang lawak.
Lepas bangun tidur, saya ajak mereka bermain di luar, tiba di tempat parking kereta sedang dia main kejar-kejar dengan Naim, boleh pulak dia berhenti lari dan tengok ke arah rumah dan kata,
"Rumah sape ni?? Rumah sape ni??"
Dengan nada marah dan tak puas hati.
Sweet lah anak saudara saya semuanya. ;)
Kak Long (kakak ipar) with Nuha and her Along.


Tak ada kata yang saya boleh ungkap untuk mereka. Mereka tahu apa yang saya rasa. Dan dengan mereka, memang saya tak mampu menipu. ;)

Dialah Abang, Dialah penjaga yang terbaik Allah hadiahkan untuk saya. ;)
Alhamdulillah. ;)

Keesokannya, kami plan untuk berjalan-jalan sambil singgah di KMC untuk further consult.
Paling best, bila saya diberikan kuasa veto untuk memilih tempat yang ingin dituju.

Akhirnya saya memilih Air Terjun Sungai Pandan. Tak pernah saya jejak, walau dekat. ;)
Have a very nice moment with them. ;)

they eating coco crunch. ;)
Naim ask me,
"Umah cikna takde mangkuk ke?"
Sweet lah.
Sampai tengahari di Sungai Pandan, saya bawa mereka solat di Masjid UIA dan makan di Jungle. Saya juga baru sekali makan di Jungle, itu pun dengan group PBL sebab ada jamuan.

Waktu kat Jungle tu, si Ali menangis satu 'hutan' dengar. Saya tengah solat Asar di surau Jungle pun dengar. Mengamuk apa pun saya dah lupa. ;)


bajet comel la tu posing. ;)
Lepas makan di Jungle, kami ke Teluk Chempedak. Oh Allah, saya tertunggu-tunggu bila masa saya akan sampai ke Teluk Chempedak. Beberapa kali nak pergi, tapi sokmo tak jadi. Rupanya Allah simpan 1st time untuk jejak TC dengan yang terchenta. ;)
Penat layan depa gaduh main belon.
Ali with Papa.
Papa with Along and Ali.
Family Abang Yu.





Jakunlah 1st time sampai TC. ;)

Sampai Maghrib kami di TC. Bergaduh-gaduh dengan anak saudara nak beli macam-macam kat TC tu. Pening nak layan. ;)

Ali gunting rambut.

Malam pula, kami memasak. Saja buat aktiviti bersama. Memandangkan homestay pun lengkap dengan segala bagai kelengkapan. Seronok masak dengan kakak-kakak ipar. ;)

Malam pula, saya minta izin untuk ke UIA, untuk bertemu mata dengan mereka yang sedang berFD. ;)

Saya janji untuk pulang pukul 11 malam.

Tapi, dah alang-alang bertemu ramai orang, terlewat pula 30 minit. Laju-laju drive balik Sungai Isap Damai, tengok Abang dah tertido tunggu saya depan TV.

Sedar-sedar je terus dia borak dengan saya macam-macam. Sampai akhirnya kami tertido di ruang tamu.
Tapi boleh pulak esok paginya dia tanya, "Semalam balik pukul berapa?"
Agaknya dia ingat tak apa yang saya cerita 'rahsia' malam tu? ;p


best la homestay ni. RM200 semalaman. Parking kereta luas. Ruang nak main pun luas. Sesuai lah dengan anak saudara yang nakal-nakal tu. Kereta Naza punya besar, kakak ipar kata, TAK MUAT tau. Sebab budak-budak kecik itu sangat hyperactive. ;)
Have a nice holiday with them. ;)
12 tengahari mereka bergerak pulang ke JB.
Sebelum balik, Abang sempat juga survey rumah sewa untuk saya.

Bila salam-salam nak balik,  Abang pesan,

"Take care." Sambil tengok muka saya yang dah mula 'suram'.

Mereka bertolak, saya mahu ke Taman Gelora mengejar sahabat-sahabat di sana, tapi sudah terlambat. Akhirnya, saya ambil buku di Tabari dan study di homestay sampai petang.

Tidak terhingga ucapan terima kasih saya pada mereka ; Abang Yu dan Family, dan Abang Ki dan family.
Kedatangan kalian bukan saja pengorbanan masa, jua pengorbanan wang ringgit.
Dan sungguh, saya tambah bersemangat dengan kedatangan kalian. Semangat untuk belajar, semangat untuk terus bersemangat. ;)

Thank you Allah, for all the blessing. ;)


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, May 22, 2012

Tribute Untuk Bakal Isteri

9 comments:

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."
Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi




elakkan tabarruj di majlis yang penuh barakah. ;)


Bukanlah saya orang yang sesuai untuk menulis tribute untuk Isteri. Tetapi memandangkan atas dasar tanggungjawab dan menunaikan hak seorang sahabat ke atas sahabat, saya menulis. 

Hak muslim atas muslim yang lainnya ada enam.

Para sahabat bertanya: “Apakah wahai Rasulullah?.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ucapkanlah salam jika berjumpa dengannya,”
“Jika ia mengundang kamu, maka penuhilah undangannya,”
“Jika dia meminta nasihat, maka berilah nasihat,”
“Jika dia bersin dan memuji Allah, maka ucapkanlah tasymit (Yarhamukumullah),”
“Jika ia sakit, maka ziarahilah dia,”
“Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya,” 



Pertama yang terlintas di benak fikiran saya, apabila dimaklumkan tentang pernikahan awak, lafaz ALHAMDULILLAH yang pertama saya ungkapkan. 
Bersyukur kerana dengan pernikahan itu terselamatlah dua anak Adam daripada godaan syaitan dan daripada dosa besar menghampiri zina.

Rasulullah bersabda, bermaksud: "Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya."




Hadis ini sering menjadi tarikan sejak dari Darul Quran 
(satu klu, sahabat saya yang bakal mendirikan rumah tangga adalah satu batch DQ GEN9.)
Dan saya mula merasakan cemburu, bertuahnya awak, menjadi salah seorang wanita yang dijamin keberkatannya.
Dimudahkan urusan perkahwinan.

Mendengar kisah bagaimana taatnya seorang anak, menerima pilihan jodoh ibu bapa, bertambah rasa kagum dan penuh barakah perkahwinan ini. Seriously, kalau saya berada di tempat awak, belum tentu saya segagah awak.
Melihatkan kegembiraan dan seri wajah awak, saya mula yakin,
awak gembira kerana awak telah  menggembirakan hati kedua orang tua dan keluarga awak. 

Mana nak cari kisah cinta seindah ini. 



(kalau awak taknak buat novel, biar saya buat.)

Setelah dijamin dengan keberkatan,
stage seterusnya adalah meletakkan mahar.
Saya yakin,
sebelum saya memberitahu,
awak sudah lebih dari tahu.
Kan awak juga yang mengaku dah baca banyak buku? 
Ahha.

Moga-moga mahar pernikahan nanti lebih-lebih memberi keberkatan dalam hidup awak.
Dua ciri yang Habibi Rasulillah sebutkan,
Murah maharnya.
Mudah perkahwinannya.
Dua-dua awak rembat.
Memang beruntung dan bertuahnya awak. 
:)




Maka,
pesan saya untuk awak,
janganlah dirosakkan keberkatan itu dengan perkara-perkara yang tidak nampak.
Penyakit-penyakit hati,
ibadah yang terjaga,
aqidah yang sejahtera.
Antara perkara yang wajib kita semua teliti.



Jangan lupa untuk bersyukur.
Bukan saja bersyukur dengan perkataan HAMDALAH,
tapi berakhlak, berkelakuan,
persis gaya orang yang bersyukur.



Ini sekadar peringatan dari saya.

Jagalah keberkatan hubungan dalam tempoh pertunangan. 
Moga-moga sedikit kesilapan pun sedaya upada kita elakkan. 
Sedikit dosa dan maksiat,
seboleh mungkin kita jauhkan.



Kadang-kadang,
boleh jadi perkara yang kecil,
boleh merosakkan sebuah keberkatan.

Jalan yang awak lalui sudah cantik,
tinggal lagi awak dan dia,
memperindahkannya. 
;)


tidak digalakkan meniru aksi ini dihadapan orang ramai.
;)
Masa yang ada, 
gunakan sebaiknya untuk mendalami ilmu agama.
Walaupun Encik Suami bakal mendidikmu,
tidak salah seandainya awak meringankan bebannya.
Tambah pula dia doktor,
tanggungjawab terhadap ummat
besar.




Teruskan menyokongnya di bidang perubatan.
Teruskan menyokongnya dibidang dakwah dan tarbiah.
Awak jadi penguat dia.
Awak jadi wanita yang hebat disebalik kehebatannya.


Sukanya andai kat sini saya mampu nyanyikan awak sebuah lagu,
Isteri Solehah,
nyanyian The Zikr.

Isteri cerdik yang solehah,
penyejuk mata,
penawar hati,
penajam fikiran.
Dirumah dia isteri,
dijalanan kawan,
sewaktu kita buntu,
dia penunjuk jalan.

Selebihnya lirik, awak cari sendiri. 



Menjadi seorang isteri yang solehah,
mudah tapi hakikatnya susah.
Saya pernah terbaca dalam sebuah buku,
Denyut Kasih Medik
(kalau belum baca, sila baca)
tulisan Farhan Hadi,
katanya,
seorang lelaki yang memiliki isteri solehah lebih berharga daripada dunia dan seisinya.
Ia satu motivasi yang baik untuk kita, 
kaum muslimah,
menjadi yang solehah.


Awak,
menjadi isteri nanti,
jangan mengharap dilayan bak bidadari.
Tapi jadilah suri,
jadilah permaisuri.
Jadilah orang yang menyenangkan Encik Suami
sewaktu dia susah.
Memudahkan Encik Suami,
sewaktu dia payah.
Meringankan Encik Suami,
sewaktu dia berat.

Perkahwinan itu bukan milik suami.
Walaupun dia ketua bahtera rumahtangga,
tapi tanggungjawab mengharmonikan rumah tangga
terletak di bahu keduanya.

Walaupun bayt muslim yang bakal di bina adalah
JARAK JAUH,
jangan sesekali memandang senang pada jarak.



Ramai orang kata,
kawin duduk jauh,
senanglah.
Tak kena selalu ada dengan suami.

Bagi pendapat saya,
sebaliknya.

Bagaimana jasad yang tidak ada disisi suami ini dirasai kehadirannya oleh suami?
Hebat tu kalau awak boleh buat. 
;)

Awak,
saya tahu,
sekarang awak busy bincang majlis kahwin.
Sekadar peringatan dari saya, 
bagaimana susahnya kita merancang majlis kahwin,
majlis itu hanya sehari atau dua hari.

Sedangkan,
perjalanan awak dan bakal suami,
lebih dari puluhan tahun.

Maka, 
perjalanan itu lebih perlu pada perancangan yang teliti.
Merancanglah.

Jangan asyik membincangkan majlis kahwin,
sehingga terlupa berbincang perancangan selepas kawin.

Apakah matlamat bayt muslim ini?

Tentu sekali bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tuntutan keluarga dan tuntutan diri,sebaliknya ia adalah memenuhi tuntutan Allah.

Renungkan kembali kenapa Rasulillah menyuruh ummatnya berkahwin.
Bukan sekadar berkahwin, malah Rasul juga memberi pelbagai guidelines dalam memilih pasangan.

Apakah matlamatnya?

Bayt dakwah.
Bayt Haraki.
Bayt tarbiah.

Apa saja nama yang ingin awak beri kepada bayt muslim yang dibina, 
saya tak nak tanya.

Tapi kemana hala tuju perkahwinan itu dibawa,
itu yang perlu ditekankan.

Sekadar peringatan,
sekiranya awak terlupa.


purple gelap macam ni eh? 

Peringatan itukan bermanfaat bagi orang mukmin.

Saya harap,
suatu hari nanti,
awak menjadi 
teladan buat kami.

Kami yang bakal mengikut jejak langkah awak,
walaupun tak tahu bila,
tapi insya ALLAH,
bakal.


 Di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :
"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Sempurnakan taqwa.
Separuh sudah sempurna, tinggal lagi separuh.
Separuh inilah yang akan membawa kita ke syurga. Ya, dengan taqwa.
Semoga bayt muslim tidak membuatkan awak hilang dari medan amal islami.
Semoga bayt muslim juga tidak membuatkan awak kaku di medan dakwah.
;)
Harapan saya, awak dan bakal suami, punya hala tuju yang 'meriah' dengan dakwah dan tarbiah dalam rumahtangga yang bakal dibina. 
Insya Allah. 
Saya dan sahabat-sahabat,
mendoakannya.

Banyak memberi, kurangkan mengharap.
Sudahkan awak khatamkan bacaan Women From Venus, Man from Mars?
Saya belum.
Tapi awak kena hadamkan buku ini.
Teringat saya pesanan Ustaz Hasrizal kepada yang bakal mendirikan rumah tangga. Antara cadangan buku yang diberikannya adalah buku tersebut. Mungkin bukan mudah untuk kita berjalan sama perlahan, berlari sama laju dengan bakal pasangan. Tapi usaha untuk mencari kesatuan itu yang perlu. Mustahil awak dan bakal suami sama. Sedangkan kalian melalui tarbiah yang berbeza, keluarga yang berbeza, background pendidikan yang berbeza.
Atas dasar perbezaan inilah,
perlunya tolak ansur dan toleransi.
Jua,
perlukan pengorbanan untuk saling memahami.


Awak,
berkahwin bakal menyatukan keluarga dan keluarga bakal suami.
Cetuskan suasana yang harmoni dan sentiasa sematkan dalam diri,
syurga suami tetap di bawah tapak kaki ibunya.
Sebagai anak lelaki,
benarkanlah dengan rela dia bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Sepatutnya berbanggalah apabila dia menjadi anak yang soleh, 
kerana
itu adalah
kuncinya untuk ke syurga.
Dan kunci awak untuk ke syurga,
ada padanya.
;)

Seronok hidup berumah tangga.
Seronok itu subjektif sebenarnya.
Jadikan bayt muslim itu,
waktu senang pun seronok,
waktu ada masalah pun seronok.


Awak,
lepas ni hidup awak bakal berubah.
Saya sentiasa doakan yang terbaek buat awak.
Saya doakan awak istimaqah.
Saya sentiasa mahu awak bersama kami.

Awak,
Andai kata satu hari nanti saya nak kawin,
awak kembalikan post ini untuk saya,
supaya saya juga mengambil segala mutiara nasihat ini,
untuk bayt haraki saya kelak.


Akhirul kalam, 
akad nikah itu penamat kehidupan bujang.
tapi
sebenarnya ia adalah satu permulaan baru
kepada kehidupan yang lebih mencabar.

Sediakan mental, fizikal, dan rohani yang mantap.


Awak,
nak hadiah apa untuk perkahwinan nanti?
;)

p/s :
Jangan lupa announce,
dah ramai orang tertanya-tanya tu.

Nak nak je saya sebut nama 'awak' kat sini.
Sabau-sabau.

Kita tunggu empunya diri yang announce.
;)

Sehingga kita sentiasa bertemu andai kita istiqamah,
HUSNATAQWA.
abnaul harakah. 
;)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.