♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, February 14, 2012

Mendalami erti S.O.L.E.H.A.H


Bismillah. Alhamdulillah.



Akhirnya Berjaya melunaskan janji untuk menulis post bertajuk solehah. Selepas seorang hamba Allah meminta pendapat berkenaan solehah, saya mencari-cari. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti apa maksud solehah itu sebenarnya. Apa itu solehah? Bagaimana kita nak tahu kita sudah menjadi solehah atau tidak?

Apakah bench mark solehah?

Solehah itu nyatakan bukan nama mana-mana wanita. Ini adalah satu sifat yang didambakan hamper semua wanita. Mahu menjadi anak yang solehah. Isteri yang solehah. Ibu yang solehah. Semuanya solehah. Tapi kali ni saya bukan berniat berbicara khusus tentang isteri solehah. Tapi kita berbicara secara umum, WANITA SOLEHAH.

Siapa sebenarnya wanita SOLEHAH?

Pada awalnya saya berhasrat meminta pendapat dengan pihak Muslimin, tapi saya nampaknya kekurangan link untuk bertanya pihak mereka. Takpe. Kita selidik sendiri. Dan sekadar bertanya orang yang terjumpa di mana-mana. J



Solehah di mata manusia.



Melihat seorang wanita yang lemah lembut, halus budi pekerti, lawa dan lengkap pemakaiannya, pasti komen tentangnya, "Solehah wanita itu.."

Begitulah nilaian manusia pada erti SOLEHAH. Wanita yang ada gaya yang baek dalam berbicara. Lembut dalam tutur kata. Indah akhlak sesame manusia. Lantas dihukum menjadi wanita solehah.

Tak salah. Itu betul. Dimata manusia, itulah bench mark untuk menghukum.

Lantas wanita yang keras, kasar, jauh sekali mendapat gelaran solehah. Jauh sekali. Wanita yang tidak menjaga akhlak dan budi bahasa, tak mungkin mendapat gelaran solehah.

Maka, solehah itu adalah seorang wanita yang melahirkan perbuatan-perbuatan yang baek daripada tingkah lakunya samada percakapan, perbuatan dan tentu sekali hatinya. Mana mungkin hati yang busuk mengeluarkan perbuatan yang wangi. Mana mungkin hati yang busuk mengeluarkan perkataan yang comel. Solehah itu biasa dilihat pada akhlak,hati,budi dan pekerti. Hipokrit atau tidak, itu bukan persoalannya. Itu terpulang pada empunya badan.
Saya biasa ke rumah sepupu dan terdengar ayat sebegini, "Amboi solehahnya Hajar duduk, bersimpuh comel.."

Hah, tengok, duduk bersimpuh pun orang dah judge sebagai solehah! Senang bukan?

Antara ayat lain yang biasa kedengaran, "Subhanallah, cantiknya budak ni. Solehah sungguh."

Satu lagi nilaian solehah adalah pada paras rupa. Kulit yang halus, wajah yang mulus, pasti dinilai solehah. Tambah pula dilengkapi tudung labuh dan jubah. Tak perlu bicara panjang, title SOLEHAH dalam genggaman.

Wanita, menjadi solehah itu dinilai dari budi pekertimu. Dinilai pada akhlak muliamu. Dinilai pada tutur bicaramu. Dinilai pada cara pemakaianmu. Dinilai pada penampilanmu. Maka, jagalah apa yang kamu mampu jaga. 
Selain itu, ada satu lagi part yang mana wanita mendapat gelaran solehah. "Ya Allah, pandainya Mimi masak, jaga adik.. Memang solehah sungguh Mimi ni."

Itu juga pada nilaian manusia. Pandai memasak, pandai membuat kerja rumah, pandai mengemas, pandai jaga adik, itu juga salah satu ciri nilaian manusia pada erti solehah.

Maka, di mata manusia, wanita yang solehah itu adalah wanita yang lemah lembut, cantik pekerti, mulia budi dan pandai berdikari. J

Lengkap. Orang kata, complete nak buat menantu.



Namun begitu, dimata manusia menjadi wanita berharga, tapi tetap takde makna kalau disisi Allah kita tidak bernilai mulia.


Solehah di mata Pencipta.



Kalau dimata manusia, segala output yang dikeluarkan dari diri itulah nilaiannya.

Di mata Pencipta, ia berbeza. Input yang kita penuhkan di jiwa, disitulah letaknya nilaian Sang Pencipta.

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.

Itulah wanita solehah di sisi Allah.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 
Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bawaha wanita yang menjaga anal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita yang mana dijanjikan Syurga. Malah boleh mmilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah.

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:

  1. Taat kepada Allah dan RasulNya
  2. Taat kepada suami



Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya.maka, sebenar-benar solehah itu ada pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaekan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta.

Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat.



Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. 
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. 
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi. 
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu. 
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.  
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...


Terlalu banyak peranan wanita yang solehah. Ya, itulah contoh wanita solehah. Peranannya mentaati Allah lantas membawa kepada ketaatannya kepada suami. Ketaatan kepada suami merupakan asset penting untuk seorang wanita memasuki syurga. Jika syurga sang anak di bawah tapak kaki ibu. Syurga yang suami di bawah tapak kaki ibu. Tapi syurga sang isteri dibawah tapak kaki suami. Maka, pentingkan ketaatan wanita kepada seorang suami. Lihatlah keberjayaan wanita-wanita diatas. Kerana solehahnya mereka dimata Allah, mereka Berjaya menyumbang kepada Islam. Betapa solehahnya mereka, cukup dinilai Allah, walau mungkin tidak diiktiraf dunia.



Konklusi



Solehah di mata Pencipa itu lebih utama. Maka usahakanlah untuk menjadi solehah dengan beriman denganNya, taat pada perintahNya, menjauhi segala laranganNya. Serta berusaha mendekatiNya. Nilaian pada Pencipta lebih utama. Bukan bermaksud ketepikan pandangan manusia. Tapi biarlah seimbang. Menjaga hubungan dengan Allah serta menjaga hubungan dengan manusia. Menjadi solehah dimata manusia, tapi usahakan dulu untuk menjadi solehah di hadapan Pencipta. Tak guna solehah di manusia, andai hina disisi Pencipta.
Jagalah akhlakmu pada Allah dan Baginda Rasulillah. Jagalah hatimu dengan mencintai Allah. Jagalah ibadahmu. Jagalah peribadi dan akhlakmu.

Solehah itu terlalu luas tafsirannya dan tidak mudah mendapat title SOLEHAH yang SEJATI.

Mudah digelar solehah, tapi benar-benar layak untuk mendapat gelaran itu adalah SUSAH. Memerlukan USAHA yang INDAH. Kerana wanita seolah itu adalah seindah-indah hiasan DUNIA. Maka, siapa lagi dapat menandinginya?

Kalau kita melihat Mawar adalah secantik-cantik bunga kerana kesempurnaannya dari segi rupanya, baunya, serta khasiatnya. Begitulah manusia. Jadilah seperti mawar. Indah luaran, cantik dalaman. Pandai menjaga hubungan dengan Tuhan dan tak lupa makhluk sekalian alam.
Jangan mudah goyang dengan title SOLEHAH dari seorang manusia. Kita perlu usaha lebih untuk mendapat title SOLEHAH disisi agama. Bukan susah, tapi memerlukan pengorbanan dan usaha gigih. Tak perlu takut jika anda tidak mampu menjadi yang terbaek buat manusia, tapi berusahalah untuk menjadi yang paling terbaek disisi Tuhan Yang Berkuasa.



Resolusi

Berusaha untuk menjadi solehah di mata Pencipta dengan pertingkatkan amal ibadah dan apa-apa jalan yang boleh membawa kita lebih dekat dengan Tuhan Alam Semesta.

Berusaha untuk menjaga akhlak, budi pekerti dan tutur bicara dihadapan manusia kerana suruhan Allah, bukan semata untuk menadapat pujian dan diminati ramai.
Menjadi solehah tidak menjadi penghalang untuk berjuang sebagai PEJUANG KEBENARAN. Jangan jadikan title SOLEHAH penghalan untuk anda berHARAKI.
Menjadi wanita yang berusaha menyempurnakan diri dengan segala kelengkapan untuk memenuhi criteria-kriteria SOLEHAH.

Antara amalan-amalan untuk menjadi SOLEHAH,

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah " kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya.  Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.



Ingatlah, walaupun kita WANITA, kita tak pernah boleh lari dari medan juang. Kita perlu menyumbang bakti. Usah bebankan semuanya pada kaum lelaki. Kita perlu membantu. Solehahnya kita biar bermanfaat pada yang lain, lebih-lebih lagi agama. Jangan sampai untuk mengejar title SOLEHAH, kelak setelah berkahwin, dilupakan peranan untuk berada dalam medan juang. 

Jangan kerana mengejar SOLEHAH, kita menjadi lembik dan hilang dalam barisan perjuangan.

Tidak, itu bukan alasan. Solehahnya kita adalah buktinya kita lebih hebat mempertahankan agama. Mencintai akhirat melebihi cinta pada dunia.

Insya Allah, bersama menjadi SOLEHAH. Bukan saja ISTERI YANG SOLEHAH, tapi WANITA YANG SOLEHAH.

Kalau isteri solehah, taatnya Cuma pada suami. Kalau anak yang solehah, taatnya Cuma pada ibu bapa. Maka, jadilah WANITA SOLEHAH. Taatnya pada Allah, suami, ibu bapa.. Insya Allah.


Menjadi SOLEHAH bukan untuk mendapatkan SOLEH. Tapi mahu menjadi hamba yang BERHARGA disisiNya.
Tajdidkan niat dan berusaha menjadi yang terbaek. Insya Allah. J



Pengejar Solehah disisi Pencipta dan Manusia,

Husnakamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

Anonymous said...

aiyooo... =)

nurulhusna said...

bakpo pulokss??

halimatonsaadiah said...

Syukran jazilan kak husna atas keterangan ini....
mohon dikongsi...

WANITA SOLEHAH idaman hati..InsyaAllah ..doakan diriku,dirimu dan mereka jua...sama2 mengejar SOLEHAH ...ameen....:)

.:. NaiMy .:. said...

ingin menjadi seperti itu T_T

hamba cinta said...

nak jugak NAIMY....la haula wala quwwata illa billah...solehah bersama...

nurulhusna said...

=) betul tu.

me too. =(

the person who type everyhting here. may i come strong. =(

lets us come along and get together..
affirm our faith to God and ..... sambung sndirik. =)

sahabat said...

husna ukhtiku, awak sudah cukup solehah bagi saya :)

nurulhusna said...

ya sahabati, thats too much lah. =)

anyway, hope soooo..one day.. =)

Anonymous said...

husna, baca ayat SAHABAT tu sejuk je hati. hemmm.... bertuah anda mempunyai SAHABAT sepertinya.

nurulhusna said...

might be our SAHABAT. because ME myself pun tatau siapa. So, anyway, i'm glad to be her SAHABAT.
Rasa sayang hei rasa sayang sayang hei!!

Houri Haura said...

wa , alhamdulillah , entry yang baik dan brmanfaat..haura minta izin utntuk share n copy ye :) syukran ya ukhti ^_^

husnataqwa said...

@Houri Haura, silakan. ^_^

ku mencari redhamu said...

ilmu yg berguna mudah-mudahan mnjadi panduan buat sy

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.