♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, February 18, 2012

Mengenal erti RINDU. ^__^

Pernah tak anda merindui seseorang sehingga anda menangis?
Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tak?


Bila berlaku situasi seperti ini, melihat gambar orang yang anda rindu pun sudah boleh membanjirkan meja study anda. Apatah lagi mendengar suaranya di corong telefon. Semakin kuat anda tersedu-sedan menahan tangis.

Pernah atau tidak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.

Rindu, bukan untuk orang yang jauh dari kita. Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2011 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa rindu.


Tapi sayang sekali..
Seandainya rasa rindu itu, terbazir pada orang yang tidak sepatutnya.
Merindui lelaki ajnabi yang statusnya entah dimana di hati kita.
Merindui wanita ajnabi, yang dirinya belum tentu halal buat kita.

Alangkah ruginya.. Andai rindu itu tersemai di celah-celah maksiat?

Ya, terlalu rugi.

Rindu seorang anak kepada ibunya, boleh jadi pahala.
RIndu seorang anak kepada ayahnya juga boleh jadi pahala.
Rindu seorang adik kepada abang/kakaknya pun pahala.
RIndu seorang kakak/abang kepada adiknya juga dinilai pahala.
RIndu seorang isteri kepada suami atau sebaliknya berganda-ganda pahala.

Tapi kita juga rugi, andai kita terlupa satu rindu yang membuah pahala yang besar.

Iaitu rindu pada kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.

Pernah atau tidak hati ini, yang mana dianugerahkan dengan rasa rindu, terdetik merindui Rasulullah?


Andai belum, rugilah hati itu.

Hebat sekali orang yang boleh merindui Rasulullah. Tidak pernah bersua wajah mahupun bertemu kata, SMS dengan video cam pun jauh sekali. Namun rindu buat baginda Rasulillah tetap membuah. Lebat dan masak ranum. Ya, terlalu rindu.


Malah manifestasi kerinduan itu bukan biasa, tetapi terlalu luar biasa.

Rindu seorang kekasih kepada kekasihnya boleh menjadikan dia seorang komposer, penyanyi, penyair...

Tapi rindu seorang ummat kepada Rasulnya, bukan sekadar itu. Malah boleh menjadikannya seorang yang soleh dan bertaqwa. Kerana apa? Kerana rindu itu manifestasinya berpegang dengan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulillah dan menolak al-hawa'.

Masya Allah. Hebatnya kuasa rindu.

Ada lagi yang hebat.

Ya, anda betul.

Rindu seorang hamba kepada Penciptanya.


Meskipun dekat, tapi terasa jauh.
Jauh dipisahkan oleh dosa dan maksiat.
Jauh dipisahkan oleh noda dan kelalaian.

Sesekali hati terdetik rindu pada Sang Pencipta.

"Ya Allah, Engkau dekat denganku, tapi aku merasakan aku terlalu jauh denganMu. Aku merinduiMu Ya Allah. Merindui berada erat dalam dakapan kasihMu.."

Hebat. Rindu pada Sang Pencipta. Manifestasinya juga terlalu luar biasa.
Bibir tidak hendak memohon keampunan pada semua kesalahan. Hati tidak henti memohon doa agar didekatkan dengan Tuhan.


Ya, itulah manifestasi rindu.
Ditambah pula dengan alunan Kalamullah sebagai perisai.

HEBAT! Ya, terlalu hebat.

Alangkah ruginya andai hati ini tidak pernah merasa rindu pada susuk indah Rasulillah dan zat mulia Rabbul Izzati.

Terlalu rugi.
Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Ya, tidak tergolong.


Hati orang yang tidak ada rasa rindu pada Rasulillah dan Rabbul Izzati, mungkin ada sesuatu yang 'kurang' buat hati itu. Perhatikan dan sellidikilah, apa masalahnya.

Ya, perasaan rindu itu indah, bila kena pada tempatnya.

Perasaan rindu itu anugerah, bukan kepada semua. Tetapi kepada yang mencari HAQ dalam kebatilan.

Aku rindu padamu Ya Rasulillah!

Aku rindu padaMu Ya Rabbul Izzati!


Moga rindu ini pelembut hati kami... Ameeeen!


Ya Allah, aku juga merindui keluargaku. Terlalu rindu. Ya Rabbi, Kau lindungilah ibu ayah serta semua ahli keluargaku. Jagalah mereka sehingga satu saat aku bisa pulang menatap wajah mulus mereka yang aku cintai.

Andai tidak sempat untuk itu, Kau pertemukanlah kami di syurgaMu. Ameeen.

Ibuku.. Ratu hatiku. =)
Ya Allah, mereka terlalu baik dan istimewa di hatiku. Moga Kau juga istimewa di hati kami, kerana kami mahu menjadi yang istimewa di mataMu.

Rindu.... Sakit, tapi hikmah!



Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

nadia said...

ingat kak husna nak cite rindu kat sape tadi. hehe
baik sangat la akak ni..

husnataqwa said...

=)

nanti dah kawen akak cerita rindu kat orang lain pulak. belum kawen takboleh, kontrovesi.

tapi nak tunggu kawen tu lambat lagi, awak kena carikan calon dulu unt akak. ^__^

Nadia, awk hutang akak,jangan lupa! =)

nadia said...

Of course i do remember la dear sis. dont worry ok.
murabbi kena kawen lu, klu tak saya takleh lompat bendul kak. ;p
yelah sangat takde calon. satu sen pun tak percaya. wekkk~

husnataqwa said...

satu sen takpercaya. 50sen percaya. tak percaya sudaaaa.

Ok, jumpa nanti ^_^

abu naim said...

ibu kate dekna nak tinted kete sebab panas? panas sangat ko? nt ade outstation pekan, abe turun. tanyo la saing2 mane tempat boleh tinted. abe sibuk nak turun. takdok ke saing awok ore kuantan? cari la sorang saing ore kuantan. tanyo dio. mintak tolong la. awok jauh, abe takleh turun sokmo.

Anonymous said...

manjanya budak nih.

SuAra_JemAri said...

Saya juga mempunyai perkongsian tentang rindu ini.. yang ini mungkin boleh membuatkan anda merasai apa itu erti rindu.. jom cuba disini.. insya'allah..

http://www.youtube.com/watch?v=e8fN_PSuEIc

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.