♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, April 27, 2011

Taqdim vs Taqarrub =)



Cukup teruja saya ditemuramah adik-adik. Pada awal mendapat jemputan temuramah, saya bayangkan tajuk-tajuk berat untuk dikongsikan. Maklumlah yang nak menemuramah tu, bukan calang-calang orang, jawapan yang perlu saya beri juga, perlu setaraf dengan orangnya. Apabila nak berdakwah, kena kenal sasaran. Bila kenal sasaran, barulah teknik dakwah berkesan dan menyentuh apa yang perlu.


Sampai saja di tempat kejadian, saya terkejut, bukan seorang yang menunggu. Boleh tahan bilangannya,4 orang. Macam nak buat usrah pula. Saya masuk dengan ucapan salam dan terus duduk. Tak perlu buang banyak masa, kerana banyak komitmen lain yang perlu dilaksanakan. Maka, kata saya pada mereka, "teruskan, tak sabar nak kongsi ilmu dengan adik-adik."

medium tarbiyyah

Akhirnya, saya terkesima dengan soalan yang diajukan. Tidak disangka-sangka, soalannya begitu skeptical dan hilang terus bayangan buku-buku 'berat' hasil penelitian saya.

"Eh, kalau nak tanya benda-benda macam ni, tak payah lah formal sangat. Entum ni… Akak mati-mati ingat nak tanya pasal….. (censored).."

Mereka gelak. Seronok mengenakan saya, barangkali. Saya tersenyum saja. Sudah ada di tempat kejadian, nak menolak soalan yang dikemukan tak mampu dah. Semangat wajah-wajah 4 orang dari mereka menunggu jawapan saya. Sabo je laa. J

"Apa pandangan akak tentang ukhuwwah muslimin muslimat?" Tajuk yang telah dibincangkan dengan panas baru-baru ini. Maka, soalan mereka saya kira, kena pada tempatnya.


Lantas satu dalil Quran saya baca sebelum menyambung dengan huraian yang sepatutnya.

"Muslimin dan muslimat ni memang kena ada ukuwwah islamiyyah, didasari aqidah yang salim. Bukan seperti hubungan orang yang biasa-biasa. Dibenarkan ukhuwwah ni atas dasar untuk? Amar maaruf nahi mungkar. Selain dari itu, ia tidak digalakkan. Makna kata, kalau kita ada urusan DAKWAH, maka, perlu bagi muslimin dan muslimat bekerja, sekapal." Terang saya, ringkas, bukan tidak mahu menerangkan panjang lebar. Tapi ada komitmen lain selepas ini.



"Sejauh mana ia dibenarkan? Maksud saya, kadang-kadang dalam urusan dakwah pun, ada yang gurau-gurau melampau, pastu kat FB Nampak macam 'sahabat terlalu baik' walaupun mengenali atas dasar gerak kerja. Macamana tu kak?" soal salah seorang dari mereka. Saya senyum. Nampaknya, baru beberapa minggu begerak kerja, mereka sudah merasai ada yang tidak kena. Saya kagum pada mereka. tambah pula langkah mereka bertanya, walaupun bukan pada orang yang selayaknya untuk bercakap soal ini.

"Kita walaupun boleh berukhuwwah, batas-batas kita tetap Quran dan Sunnah. Selagi mana perkara tidak diharamkan, maka, silalah. Tapi ingat, orang bertaqwa adalah orang yang takut membuat perkara yang halal yang boleh jatuh kepada perkara haram. Nak jadi orang bertaqwa tak?" soal saya, sekadar mendapat respon dari mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak hanya mendengar.

"Mestilah nak. Taqwa aim besar kot.." jawab salah seorang dari mereka. J Baguslah, kalau Ustaz Syaari menyebarkan aura Al-Fatehnya, biar kita menyebarkan aura Taqwa kepada Allah pula. J

Kemudian, mereka macam malu-malu.

"Eh, nape pula ni? Ada soalan, teruskan. Kalau tak, akak ada urusan lain yang perlu disetupkan." Adakah ini alasan seorang daie? Oohh, tapi memang ada urusan. Bukan tidak mahu berlama-lamaan bersama kalian. J

"Akak, nak tanya soalan peribadi sikit ni. Tak kira, nak pendapat akak sendiri juga." Tanya salah seorang dari mereka dengan senyuman meleret.

"Eh, tanyalah. Kalau mampu jawab, akak jawab. Tapi akak menolak soalan kontroversi yang skeptical." Gelak panjang dihujung ayat, tanda terlalu muak dengan kontroversi skeptical yang melanda sejak akhir-akhir ini. Sabo je laa.

"Apa pendapat akak tentang taqdim?" soal salah seorang dari mereka, merah mukanya. Baiklah, mungkin mereka sedang melalui fasa ini, maka mereka bertanya, jadi saya tidak salahkan mereka, malah tindakan mereka bagus, bertanya sekurang-kurangnya walaupun orang yang ditanya ini bukanlah orang yang layak untuk ditanya. Jauh lebih baek orang lain untuk disoal jawabkan.

Aku + Kau = SINERGI

"Rasanya Ustaz Muhadir dah banyak beri penjelasan tentang ni. Kalau kamu nak akak terangkan pun, persepsi akak tentu sama dengan persepsi Ustaz saja. Tidak jauh bezanya. Sebab memang akak setuju dengan pendapat Ustaz Muhadir." Jawapan saya ringkas, Nampak seperti melarikan diri, tapi sebenarnya tidak. Saya Cuma mengukuhkan jawapan saya dengan menyandarkan jawapan kepada orang soleh dan alim seperti Al Muhtaram Ustaz Muhadir. J

"Kalau akak sendiri ditaqdim, apa respon akak?" soalannya agak direct. Ya, saya tahu apa yang mereka mahu nampaknya. Tak susah membaca masalah yang mereka hadapi daripada soalan-soalan mereka. saya tersenyum panjang, bukan menyindir, tapi seronok untuk berkongsi prinsip sendiri.

"Bagi akak sendiri, ni pendapat peribadilah, taqdim ni satu benda yang akak lihat kesesuaiannya adalah pada orangnya. Tak boleh nak berikan pendapat tentang taqdim secara umum kerana taqdim ni satu perkara yang sangat subjektif. Maka, bagi diri sendir yang serba kekurangan, akak memegang prinsip bahawa, sekiranya proses taqdim itu mendekatkan diri akak pada Allah, maka, bertuahlah akak untuk berada dalam status 'bertaqdim' itu sendiri. tapi sekiranya, bertaqdim, hanya menjauhkan diri akak dari Allah, akak mohon dengan sangat untuk akak mengelakkan perkara sedemikian. Bukan tidak percaya pada keberkatan taqdim yang menggunakan orang tengah dan sebagainya, tapi kurang percaya pada diri sendiri dan 'pasangan'." Jawab saya, serius. Moga-moga mereka faham dengan maksud saya dan tidak disalah ertikan. Saya lihat respon mereka, positif dan makin bersemangat.

"Maksud akak? Mendekatkan diri kepada Allah yang bagaimana?" soal mereka lagi. Yang lain terangguk-angguk setuju dengan soalan yang ditanya.

"Maksudnya, contoh, kalau akak bertaqdim, hubungan kami dijaga. Dan tidak ada atas dasar lain melainkan perhubungan itu atas dasar perjuangan dan Islam itu sendiri. kalau bertaqdim, atas dasar perasaan semata-mata, hem… susah nak kata. Kalau taqdim atas dasar perjuangan, maka diharapkan dalam status bertaqdim, masing-masing menjaga diri, masing-masing berjuang dengan cara tersendiri untuk meraih pahala besar kelak. Masing-masing ada misi yang selari untuk Islam. Makna kata, selepas bertaqdim, akak lebih dekat dengan Dia, lebih jelas misi dan visi perjuangan, lebih ligat di medan dakwah, maka, sangat tak sabar untuk bertaqdim." Jawab saya berjenaka. Mereka tergelak. Saya menyambung lagi,

"Tapi.. Sekiranya bertaqdim, kita tak menjaga hubungan, bebas ber'sms' dan bertelefon, tidak ada maknanya bagi akak. Malah, membuatkan hati ini lebih jauh dari Tuhan. Yelah, mana ada hati yang boleh dekat dengan Tuhan kalau hati itu penuh noda dan dosa. Kalau akak bertaqdim, tapi masing-masing tak dapat control diri, asyik terlalai, akhlak berubah makin teruk, yelah, hati yang kotor kemudian digambarkan dengan akhlak yang tercela. Maka, akak rasa alasan akak wajib menolak taqdim tersebut. Sekiranya taqdim itu menjauhkan akak dari perjuangan, menyelewengkan akak dari niat sebenar berjuang, sia-sia saja mencari keberkatan dalam urusan taqdim yang begitu.." saya menoktahkan jawapan saya dengan nada untuk berundur, berharap tidak ada lagi soalan. J

Mereka terangguk-angguk dan semakin khusyuk mendengar. Saya menjeling jam tangan di tangan. Mula berkira-kira masa yang tinggal untuk bersama mereka.

"Macamana nak pastikan taqdim tu mendekatkan diri kepada Allah atau sebaliknya?" soal yang Nampak meragui statement saya.

"Jawapannya mudah. Lihatlah pada diri kita, kuat atau tidak. Kalau kuat untuk menjaga diri, kemudian faham bagaimana hukumnya muamalat muslimin muslimat walaupun dah bertaqdim…kemudian, tengok pula disebelah yang satu lagi. kalau di pihak muslimin pun, kuat dan strong untuk menjaga diri, Alhamdulillah. Kalau akak yang lari, biar dia yang syadid, kalau dia yang lari, biar akak yang syadid. Sebab hubungan ni kena jaga, untuk keberkatan. Bukan nak kata akak terlalu syadid, tidak sama sekali. Tapi begitulah prinsipnya. Contohnya kita bertaqdim dengan muslimin yang kita sering bergerak kerja bersama dengannya, kita mesti professional, masing-masing kena professional. Gerak kerja adalah gerak kerja, soal peribadi terlalu kecil untuk dibincangkan berbanding gerak kerja. Bukan mengenepikan soal hati dan peribadi, pandai-pandailah tengok aulawiyyat. Ishk, cakap pasal ni, tak sabar pula nak menjejak jejak langkah Kak Nurul dan Ustaz Syaari. Pasangan "AMIR-AMIRAH" seperti yang ditayangkan di RTM1 dalam rancangan Adam Hawa. Seronok kan kalau boleh jadi macam tu? Itulah sinergi terbaek yang dicari. " jawab saya lagi. menjawab persoalan mereka dengan hikmah. Biar kelak, jika mereka melalui fasa sebegini, mereka mafhum dan tahu bagaimana untuk menguruskannya dengan baik. J



"Hem, maaf, akak rasa akak kena pergi sekarang. Akak ada temujanji di level 1 pula sebenarnya. Macam ni sajalah, akak boleh bagi sedikit konklusi, ukurlah baju dibadan sendiri. kalau rasa diri sudah boleh menjaga diri dan menguruskan diri sendiri, silalah melangkah selangkah kehadapan. Tidak salah, tapi mesti ambil syariat jadi pegangan. Jangan menjadi nafsu tunggangan. Pastikan anda bertaqdim, meningkatkan iman anda, sekiranya ada perubahan negative berlaku pada anda, muhasabah kembali diri, untuk apa taqdim ni? Kalau kerana nafsu semata-mata, lebih baek tidak perlu. Urusan taqdim tidak dilihat sebagai urusan yang biasa, tapi urusan taqdim adalah selangkah menapak dalam soal perjuangan. Memilih orang yang betul untuk sama-sama menyambung perjuangan bukanlah perkara yang mudah dan boleh diremehkan. Akak rasa itu sajja mampu akak kongsi. Nanti kita jumpa lagi."
 saya mula menggulung perkongsian. Kemudian mahu bergegas ke level 1, bertemu ahli1, untuk melunaskan tanggungjawab terhadap saudara seaqidah. Kalau tiada siapa yang sanggup, biarlah saya melakukan apa yang boleh saya buat semampunya.
"Akak, cepatnya. Nak jumpa dah la susah. Bila jumpa sekejap pula." Saya hanya senyum.

Kemudian, menamatkan pertemuan dengan surah Al-Asr dan kaffaratul majlis. Sesungguhnya usrah bermula selepas bacaan Al-Asr. Maka, moga-moga perjalanan ini diteruskan dengan baik. Muhasabah diri sendiri dengan kata-kata diri sendiri. kerana kata-kata yang keluar dari mulut ini telinga sendiri yang paling dekat mendengarnya. Hati ini yang paling rapat menganalisisnya. Moga-moga akal ini yang paling mapan menyimpan janji dan prinsip-prinsipnya.

Dinukilkan disini sebagai sebuah prinsip diri sendiri. kelak, andai terlupa, mahu diselak kembali helaian ini, moga jadi peringatan buat diri, insya Allah. J





p/s: Hari ini sedang makan roti canai planta seorang diri di kedai Mamak, mendapat sekeping mesej dari Abi Naim (Abe Ki),
"Dik, hantar gambar dik. Ce hantar.. Ce hantar… Nk tengok muka adik. Ce hantar.. Ce hantar.."
Lawak dan menyenangkan hati sungguh abang saya. J Selepas plan mereka nak ke Si Rusa Port Dickson tak jadi disebabkan saya "outstation",mereka kononnya merajuk, tak balas SMS saya dan tak menelefon saya, tapi carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. J Gembira pula rasanya mendapat mesej 'rindu' dari Abi Naim. Tak lama lagi Naim nak dapat adik. Kakak Ipar sudah dua bulan mengandung. Alhamdulillah. Tak sabar menunggu kedatangan anak saudara yang kelima. J Allahu Allah, moga-moga mujahid yang bakal dilahirkan menyambung mata rantai perjuangan Rasulillah. J Alhamdulillah. *Suka sangat kat budak-budak** RIndu pula pada anak saudara. J
Abang, kalau ada rezeki kita round Port Dickson, kita jalan-jalan Seremban, lepas tu kita melawat Shah Alam. J Ahha.. Insya Allah, moga Allah sampaikan hajat kita, kalau tak, kita jelajah Kelantan sajalah bulan 
Jun nanti~ J




Tinta Mujahidah Muda,
NurulHusnaKamarudin

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

13 comments:

Anonymous said...

susah kami nak berkongsi dengan orang busy ni... alhamdulillah dapat kongsi sikit pun jadilah..

nurulhusna said...

bukan busy sangat pun.. kebetulan waktu entum cari tu akak ade urusan lain yg perlu diaulakan. soal aqidah muslim.. asif sangat. takpe, nt kita jumpe lagi. sogan den dengan entum sebenarnya

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nurulhusna said...

ASIF la terpaksa delete komen tu. bukan marah tapi.. susah nk cakap.. faham entum bergurau.. tapi tu lah, klo dah selalu diusik2 ni, bimbang takot timbul masalah hati pulak.. setakat ni cukup harmonis dengan keadaan sekarang..
tanak la merosakkan sebuah hubungan 'kekeluargaan' dengan benda2 yang tak selayaknya.. Huhu. harap2 faham.
no more kontroversi skeptikal

nurulhusna said...
This comment has been removed by the author.
adinda said...

alhamdulilla

skulmate said...

Salam Husna. Terubat rindu akhirnya. SYukran atas jawapan persoalan yg bermain di benak.

Berfikiran jauh nampaknya sahabat saya yang sorang ni.

Benarlah, cinta Allah yang kita cari, maka sebarang jalan menuju Allah yang kita mahu. Dan sebarang jalan yang menyimpang dari jalan kebenaran, kita jauhi, walaupun taqdim tu cukup indah pada bahasa dan istilahnya. sayang sangat kalau orang yang bertaqdim, tapi tak membawa diri dekat pada Allah.
Pencerahan yg begitu baik. Alhamdulillah.

Tak sabar nak tengok Husna dengan sape nanti. Moga2 rumahtangga menjadi medan tempur untuk usaha dakwah berpanjangan. Moga dapat jodoh terbaik.

Husna, jangan lupa datang rumah nanti ye. Insya Allah, kita ada kejutan nanti. :)

nurulhusna said...

ALhamdulillah wawa. =)

Eh, dah dapat agak dah kejutan tu. Saya takkisah, walaupun saya paling 'matang' tapi kalo entum nak 'melangkah kehadapan' dulu apa salahnya.
Segan saya nak cakap dengan orang yang dah nak melangkah ke stage tarbiyyah seterusnya selepas pembinaan fardu muslim yang cukup mantap.

Wawa, maaf, dah dapat berita. =)
takpe, totap datang rumah juga nanti. Kan dah janji. Insya Allah. Tapi itupun kalo wawa sudi teman saya ke kuliah tok guru hari jumaat. Kasihan saya, sejak abang kerja, dah susah nak ada peluang ke tempat macam tu. =(

Syukran atas doanya wawa. Rumahtangga lapangan unt Islam, itu pasti idaman semua. Tak sabar nak jadikan rumahtangga diri sendiri macam rumah Al-Arqam. Tempat berkembangnya dakwah Islam.
Saya mungkin lambat lagi, jadi saya serah pada wawa dulu lah. =)

skulmate said...

*wink* *wink*

malunya ya allah.. Dah tahu ke? cepatnya berita sampai. Ingat nak ajak face to face. Takpe, nanti jumpa saya bagi kad pada Husna. Istimewa kadnya, bukan minta datang kenduri je, tapi minta doa dan tunjuk ajar juga. Ya, husna paling matang antara kita, tapi jodoh tu semua di tangan Dia. ALhamdulillah, tak pernah minta ia datang seawal ini, tapi allah mudahkan. Speechless. Nanti kita cerita panjang.

Apapun, moga-moga usaha Husna diberkati Allah. Yang penting, moga2 cepat la bina mahligai syurga, kemudian boleh rancang mantap2 untuk gerakan islam. ;)

Insya Allah kita pergi kuiah tok guru. Husna, abang Husna dah busy, tak lama lagi dia pun nak berumah dah, tak boleh layan Husna selalu. Kalau nak muhrim, kawen la... ;)
nanti senang nak pergi kuliah. Bernaskan idea ni?

Husna, saya dah hilang no husna. Nanti Husna bagi email, saya beri no saya. Husna misscall tau. FB saya dah delete. Dalam proses menjaga iman sebelum menjadi isteri. Doakan saya ye Husna. ;)

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

assalamualaikum=)
nak tanya,taqdim tu apa? maaf sebab saya x tahu maksudnye..
org kelantan ye? saya baru je habis belajar kat nilam puri,x lama pun,hampir setahun je saya kat sana..
saya pun sedih sbb lepas ni dah xdpt gi dgr kuliah dhuha hari jumaat di KB..(jika ditakdirkan memang xdpt gi kelantan lagi)

Jazakillah=)
Barakallahu fik!

nurulhusna said...

wassalam.
Mudahnya, tadqim tu "COP". makna kata, klo saya suka perempuan tu, saya 'taqdim' dia, sebelum melangkah ke alam tunang dan kahwin. tu mudah kata la~ klo cerita panjang, kita cerita nanti~

Oh, belajar di nilampuri.. nanti mesti sambung di UM petaling Jaya kan?
Ahlan...Ahlan.....

Kuliah kat kelantan tu mmg "SYURGA" klo dapat pg dengar. mmg bertuah rakyat kelantan. jadi mesti kekalkan pemerintah sedia ada.
kalo negeri laen nak yang sama, pilihlah pemerintah yang selayaknya~
Wallahu alam.. =)

Salam ukhuwwah =)

MUJTAHIDAH SOLEHAH said...

owh..alhamdulillah,boleh faham..=)

a'aa,insyaALLAH hujung bulan 5 ni saya masuk UM Petaling Jaya..pandai akak agak kan?he..

ye2..saya pun harap kelantan akan kekal sbg 'negeri membangun bersama islam',amin..

Salam ukhwah kembali yg disulam dgn benang mahabbah^_^

Syukran atas balsan jawapan..

nurulhusna said...

Afwan. Jazakillah sudi membaca dan berkongsi pendapat~

May Allah bless~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.