>
Eh. Kemana aku nak pergi ni. Jalan mana yang aku mahu pilih.
Eh, kat mana aku ni? Betul ke jalan ni?
Persoalan demi persoalan terlantun pada diri sendiri.
Kemana aku mahu pergi. Dan sejauh mana aku mampu pergi di jalan yang aku pilih.
Persoalkan pada diri.
Kalau hari ini kita nak naik motor pergi sekolah.
Kita mesti ada matlamat.
Aku naik motor dengan kelajuan 100KM/J. sampai kat sekolah dalam masa 12 minit.
Aku nak ikut jalan shortcut kat kampong Kubang Panjang dan bakal sampai ke Lati ikut jalna parit.
Itulah hitungan bila kaki dah memijak pedal motor setiap kali DAM1905 saya pandu merempuh embun pagi.
Hamper 5tahun menjadi pemandu yang cukup berhemah. J
Matlamat. Nak naik motor pergi sekolah pun ada matlamat.
Inikan pula dalam hidup. Jangan sampai kita takde matlamat sehingga kita hilang arah tuju.
"Please explain to me what will happen to you within 5 years?"
Tercengang saya berfikir. Menjungkit bahu. Tanda tak pasti, bukan tak tahu.
Saya ditempelak.
"Nak naik motor pergi sekolah hang tau apa matlamat. Hidup hang sendiri hang tatau!" (sebab tu kat atas cerita pasai motor, sebab kena tempelak pun disebutkan pasai motor)
Setelah bergaduh begitu dan begini. Akhirnya yang bertanya mengalah.
"Jadilah apa yang kamu mahu. Carilah matlamat kamu. Jangan sampai kamu hilang arah dan tiada matlamat. Ibarat laying-layang terputus talinya. Terbang tak lama. Kelak menyembah bumi. Wlaupun laying-layang tu hebat macamana sekalipun, andai putus talinya, kelak bumi jugak yang diciumnya. Usah pertikai itu dan ini. Sediakan anganmu. Lakarkan matlamatmu. Kelak aku mahu engkau terikat pada perancanganmu dan menyerah pada perancangan Allah."
Sungguh. Letaklah matlamat kita. Siapa. Dimana. Bagaimana kita selepas 5 tahun dari sekarang. Tanyakan soalan itu pada diri sendirii. Hanya Allah ada jawapannya. Tapi anda berhak merancangnya.
Maka, merancanglah dengan ikhlas. J
p/s : Tertanya-tanya, agak-agak orang yang couple ni ada matlamat tak? Kalau ada matlamat, tak mungkin jalan itu yang mereka pilih. Maka fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment