♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, June 01, 2009

cinta untuk kau dan aku..bacelah..


assalamualaikum...

Masalah percaya atau tidak percaya, bukan pokok. Dan tidak salah jika 
seseorang lelaki itu atas dasarnya ingin mencari calun isteri. Tetapi 
pokok persoalan nya sejauh manakah patut hadir rasa cinta dan cara 
perlaksanaannya. Masalahnya sejauh manakah dia natara kita dapat 
mengawal perasaan sendiri????? Malah apa yang saya lihat, ramai sekali mudah 
jatuh hati pada seseorang tanpa mempertimbangkan unsur-unsur agama ialah 
'sekufu'. Dalam erti mudah, kesesuaian diantara jiwa , hati baik dari 
segi rohani, sifat diri, akhlak, bakcground agama, kekeluargaan, harta dll 
perlu di ambil kira.

Saya telah lihat ramai jatuh hati kerana sandaran nama yang cantik 
yang di bayangi rupa yang cantik, susunan kata kata manja yang menarik 
perhatian, penerusan ungkapan manja yang sekaligus melalaikan kita walaupun baru 
4/5 kali chat dan kemudian di ekori dengan tarikan suara lunak dalam 
telefon yang berterusan. Malah hadiri rasa rindu yang tak terkawal kerana 'asyik' 
tanpa dapat mengimbangi akal yang baik. Memang benar kata orang 'cinta itu buta'. 
Ia akan buta di mata orang yang tidak dapat menilainya dan memikirkan 
secara rasional..Kawallah emosi anda dan sabarlah untuk 'masa'.

Dalam chat ini, saya lihat lelaki dan perempuan tidak segan silu 
menyebut perkataan 'sayang' dan bahasa yang menggoda.Sesungguhnya , bermula 
dari usik mengusik begitu akan membuahkan rasa 'zina hati'. Jika benar 
benar anda ingin kan perempuan itu untuk di jadikan isteri; bersifatlah 
gentleman, bercakaplah berterus terang setelah anda benar benaryakin.

Ingatlah:- " Aku tidak meninggalkan sesudahku satu fitnah yang lebih 
berbahaya kepada lelaki melainkan wanita" (Muttafaq Alaihi)

Simpanlah rasa hati anda dan jika anda benar-benar jujur; beranilah 
berterus terang terhadapnya.Hormatilah pendiriannya dan biarlah secara 
perlahan lahan senan anda tidak mengenali sebenar akan dirinya. 
Manusia bisa menipu untuk menunjukkan kebaikan dirinya sendiri.
Kalau di ikutkan cara pergaulan sebenar dalam Islam; lelaki bukan 
ajnabi tidak layak untuk melihat rupa mahupun berhubungan dengan kaum wanita 
walaupun dalam bentuk tulisan apalagi kalau berjumpa. Selaku kita yang 
terlalu lemah dan dhaif ini dan iman diri tak dapat membentengi 
nafsu....hendak janganlah menghampiri zina..yakni jagalah agar 
perbuatan kita terkawal..Tulislah email dalam kadar batas dan pergaulan yang 
perlu saja. Nyatakan pendirian anda, akhlak mahupun yang baik dan buruk, dan 
jangan menipu; nescaya akan menjerat diri sendiri , sebab andaikata 
ditakdirkan oleh Allah, anda berdua benar-benar menjadi jodoh di 
antara kedua-duanya. Tidak berguna menyesal di kemudian hari sebab tiada 
kerasiandan kesefahaman.

Malah seorang Ustaz pernah bercerita dengan saya di dalam chat MRIC, 
seorang pasangan kenalan telah sepakat untuk berkahwin setelah 
bertukar gambar dan bercakap melalui telefon..Amalan yang khusus sepertimana 
yang di terangkan kepada saya; kamu hendaklah lihat dia secara nyata 
( face to face) bagi memperkenankan pandangan mata masing-masing tetapi 
hendaklah di temani oleh mahram kamu di empat yang tidak menimbulkan fitnah.
Ini tidak......................Saya dengari dari sahabat-sahabat lain ada 
juga yang membuat 'Blind Date' tanpa pengetahuan ahli keluarga dan ia 
menonjolkan sifat pemuda pemudi Muslim yang tidak berakhlak.
Jangan nak kata , orang yang pernah berusrah menganggotai kumpulan 
perbincangan Islam) pun tidak tahan hati.

Saya berharap benar agar sahabat-sahabatku semua agar faham dan 
jagalah maruah diri masing masing .Jangan terlalu berani dan tanamkan sifat 
malu kerana firman ALlah Ta'ala "Sesungguhnya orang orang yang beriman itu 
bila di sebut namaAllah maka gementarlah hati mereka" dan "bertambah-tambahlah 
keimanannya". Jika anda hanya ingin bersahabt biasa ajepun, jikalau teringin 
mengenali bagi kedua belah pihak pun; eloklah juga ditemani mahram bagi 
menghindarkan fitnah. Kuranglah bertelefon kerana masa yang panjang dan kekerapan 
hanya akan membenarkan syaitan melunakkan hati masing masing dalam keadaan 
asyik. Gunakanlah suara yang mendatar dan bercakaplah secara formal. Apa 
salahnya guna kaedah email yang nyata lebih terancang dan lebih berhati.,Malah 
masukkanlah ingatan akan pergaulan cara Islam yang bisa mendidik hati sendiri dan 
teman anda untuk memperbaikikelemahan masing masing.Salinglah tegur menegur 
dan nasihat dan menasihati ,Itulah cinta yang hakiki. Ia bukan sahaja sebagai benteng
 pertahan diri. Janganlah pula anda bersalah sangka akan 'kebaikan' seperti 
si perempuan tidak mahu beri no telefon atau kurangkan bilangan dan masa bertelefon; 
Hargailah pendirian teman anda. Sesungguhnya segala kebaikan akan kelihatan 'gharib/asing' 
buat kebayakan manusia. Jika anda menghajati seseorang untuk di jadikan calon 
suami/isteri atau mencitai seseorang tetapi teman anda seolah tidak 
dapat memberi keputusan atau perasaan anda ditolak; redhalah dengan hati 
yang tenang kerana orang yang beriman akan tenang; redha dan memperhalusi 
gerak gerinya sendiri.Kesabaran dan kebijaksanaan akan membuahkan hasil yang 
cantik dan nyata. Jangan mengambil jalan yang singkat kerana tuntutan hawa dan nafsu.

Gunakan artikel ini, sambil edarkan artikel Islam dan nasihatlah untuk sama sama kita renungi
dan menjadi peringatan buat kita sendiri.Sentiasa belajarlah dan tuntutlah ilmu kerana: 
Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim) " Kamu sentiasa menjadi 
alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... 
kamu telah menjadi jahil". Wahai semua sahabat tenet yang ku kasihi,Sesungguhnya rasa sayang 
terhadap sesama sahabat tak dapat kita bendung.Adakala kita tersalah tafsir akan perasaan 
diri sendiri dan ada juga teman tersalah tafsir akan kata kata kita....So, bagimemudahkan 
pemahaman yang jelas ....nyatakan perasaan anda secara jujur . Ada juga oleh kerana ruang masa 
berchat mengisi kekosongan hati mereka yang menyebab kan mereka terlalai.Bergurau biarlah 
sekadar asas gurauan yang baik dan berchat biarlah asas kata -kata yang baik dan berhikamah.
Sesungguhnya ia akan melatih dan mengikis sifat sifat mazmunah (sifat sifat keji) pada diri sendiri..

Janganlah kamu jatuh cinta ke dalam perangkap samar seorang wanita yang kelihatan seperti 
rupawan. Janganlah guna ayat pujuk rayu sehingga menggoda perasaan orang.
Malah Saidina Ali (r.a) telah berkata, akhlak dan laku adalah asas pokok iman. Orang yang 
mencintai Allah , dia berhati hati kerana Sabda Rasulullah (s.a.w)"Kebekuan air mata itu 
dari kerasnya hati, Kekerasan hati itu dari banyaknya dosa, Banyaknya dosa itu dari sebab 
banyaknya angan angan mencintai dunia dan cinta dunia itu sumber segala dosa"

Oleh itu janganlah menghampiri fitnah, yakni pergaulan yang tidak 
terbatas dalam Islam..Bukan masalah sombong, dan main main tetapi pokoknya iman 
dan akhlak hendaklah dijaga. Sesungguhnya 'Jihad hati' yang perlu kita tangani bersama.
Cinta yang hakiki hanyalah pada Allah sahaja; sesungguhnya cinta kepada manusia
hanya sementara; jika benar anda ingin tebarkan rasa cinta pada lelaki dan wanita itu ; 
tebarkanlah oleh kerana mengharapkan keredhaan Allah.. Janganlah sahabat sahabatku 
menjadi perosak iman tetapi jadilah pembimbing keimanan.

Dan akhir sekali, ada satu cerita mengenai betapa perempuan dan lelaki wajib menjaga
hawa nafsu masiing-masing.

Diceritakan : dari Asy Syaikh Al Imam Abu Nashir As Samarqand .....
"Adalah Hasan Bashri semasa mudanya, tampak segak mengenakan pakaian yang 
serba indah dan sering berjalan mengelilingi kota Basra.Tiba-tiba dia terlihat wanita 
cantik jelita bertubuh padat dan berisi maka Hasan Bashri mengikuti di belakangnya.
Si wanita itu menoleh ke belakang seraya berkata : 
"Apakah engkau tidak malu ??? " 
"Malu kepada siapa?", kata Hassan Bashri 
"Malu kepada Dzat (Allah) yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan 
apa-apa yang terletak di dalam kalbu", jawab wanita itu.
Oleh kerana timbul rasa cinta, tidak sabar dan tidak terkuasai nafsunya, Hasan Bashri 
terus menerus mengikuti wanita ini.
Jawab wanita itu : "Mengapa engkau selalu terus mengikuti ku?" 
Kata pemuda itu : "Sesungguhnya aku terpesona dengan pandangan matamu"
Jawab wanita itu : "Kembalilah, nanti saya akan kirimkan padamu, apa-apa yang engkau 
inginkan" Hasan Bashri mengira, bahawa wanita itu telah merasa bahawa cintanya 
disambut maka dia pun kembali.

Maka datanglah seorang pelayan wanita mengadap Hasan Bashri dengan membawa 
sebuah nampan yang tertutup dengan saputangannya.Hasan Bashri membuka penutup, 
terpandang akan sepasang mata wanita tadi.
Kata pelayan itu : "Sesungguhnya berkata ... saya tidak inginkan mata yang menyebabkan 
timbulnya fitnah (terpesona) seseorang"
Gementarlah hati Hasan Bashri, berdirilah bulu romanya serta dipegangi dagunya seraya 
berkata,
"Sungguh celaka engkau, sudah berjanggut tidak lebih malu daripada wanita itu "
Diapun menyesal dan bertaubat dari saat itu, berterus-terusan menangis semalaman.
Pagi-pagi harinya, dia datang ke rumah wanita itu, untuk meminta maaf dan menghalalkan 
kesalahannya tetapi pemilik mata tersebut telah meninggal dunia.Hasan Bashri menangis 
sehingga 3 hari lamanya dan pada malam ketiga bermimpi melihat wanita itu sedap duduk 
di dalam syurga dan Hasan Bashri berkata kepadanya dalam mimpi."Halalkanlah olehmu segala 
kesalahan saya "
Kata wanita itu ;"Sesungguhnya semua telah saya halalkan kerana saya telah memperoleh
 kebaikan yang banyak dari Allah, oleh sebab engkau"
Kata Hasan lagi ; "Berilah aku nasihatmu" 
"Kalau engkau bersendirian, berzikirlah (ingatlah) kepada AllahTa'ala dan setiap pagi dan petang 
beristighfarlah kepadaAllah serta bertaubatlah kepadaNya."
Pemuda itu menerima nasihatnya serta melaksanakannya sehingga dia menjadi orang terkenal 
di kalangan masyarakat kerana kezuhudannya serta ketaatannya kepada Allah Taala.Dan diapun 
memperolehi darjat tinggi lagi mulia di sisi Allah, serta 
menjadi seorang wali Allah.

DARI TANGAN YANG MULIA LAGI FAQIR DAN DURHAKA, 
yang mengharapkan rahmat Tuhannya yang Maha Kuasa kelak pada hari ubun-ubun dipungut 
(Qiamat) yaitu Ustman bin Hasan bin Ahmad Syaikh Al Khaubawany sebagai sumber rujuk silang 
dan kita Durratun Nasihin.

Aku memohon kemaafan dari Allah sebagai kefaqiran dalam ilmu dan keredhaanmu ... Ya Allah
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dan perjuangan menempuh onak dan 
duri penghidupan... "

wallahua'lam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Anonymous said...

macam besh...
anyway bile diuji dengan cinta ni..minta dekatkan diri dengan allah..itu yang terbaek..sayang husna sangat2..trime kaseh,post ni menyntuh hati..bersame menjadi mithali,i'allah..
teroskan perjuangan..

ayong said...

adeq,nice post..
~ya Tuhan kami, jganlah Kau jadikan hati kami condong kpd kesesatan sesudah Kau beri petunjk kpd kami, dan kurniakalah rahmat dri sisi Engkau, krn sesungguhnya Engkaulah maha pemberi kurnia..(3:8)amiin
moga kite terus istiqamah!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.