♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 13, 2009

buat ADAM..

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah
Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya
dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan
hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong
dari landasan,kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari
kaummu diakhir zaman, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam
bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan
Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak
selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih
dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, Bukan kerana
sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,aku risau, gundah
dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu
bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.terasa berat
pula untukku meyatakan isi perkara…

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk
mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, merhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku danTuhanmu.

Tapi Adam, nyata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan
kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari
jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap
dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti
ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam, mengapa kau biarkan aku
begini?

Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru
kepada anak-anakmu. . Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Adakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang
patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata
jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru
yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-
pengikutmu
kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan
nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!!
Dari itu Adam pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku
kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku..
"
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.