Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam
syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya
tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat
menyenangkan.
Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak
pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang
tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?"
tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam,
untuk mereka yang memberikan makan kepada yang
memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa,
dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam
mimpinya."
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam,
dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam.
Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk
orang-orang yang membiasakan berpuasa. Mereka yang
solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu
ia bererti termasuk orang yang solat malam di saat
orang-orang sedang tidur lelap."
Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada
sahabatnya.
6 comments:
bismillah walhamdulillah
Boleh x nak tau status hadith/athar/khabar nih..Mintak maap ek kalo menyusahkan..kalo bg nm kitab pon jadikla
erk.. not too sure. one day i hope i can give the name to u. may i?
heheh
pliz.. of course.. just write it here..i frequently visit this site..insya Allah.
tapi ni sape eh?
yeah. im trying,finding,completing,understanding..
adelahh
oh,adilah namenye..
Post a Comment