♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 18, 2009

The Making Of..

Huh.

Salam sejahtera keatas seluroh ummat manusia.

Salam tahun baru Hijrah buat semua~
Memantap Ukhwah, memperkasa Ummah!

Fenomena 1

Suatu petang, saya bersama kakak melawat ke rumah ibu saudara.
Kebetulan berhampiran dengan jalan keretapi.
Maka,sudah menjadi kebiasaan sejak kecik, apabila melawat kesana, saya pasti melepak di landasan keretapi.
Jika dulu dengan abang2 dan kakak serta sepupu2 yang laen.
Kali ni saya sendiri. Begitu cepat masa mendewasakan saya dan mereka.
Terasa baru saja landasan itu menjadi saksi kami sekeluarga bermaen batu-bata disitu. Sedang melihat dan ‘recall’ kembali kenangan lalu,kedengaran riuh rendah. Rupanya berhampiran tempat saya tu ade sekumpulan orang yang turut sama melepak.

Kononnye peramah, saya menghampiri mereka. Sekadar bertegor sapa. Mereka mengajak saya menyertai mereka. Apa salahnya. Setelah berbual dan bertanya itu dan ini,tiba-
tiba,

Seorang gadis yang berusia 17tahun agaknya. Dengan pakaian yang cukop menjolok mata,ketat sana sini,robek sini sana,bertudung jaoh sekali,
Bangon dan menghampiri sebuah motosikal yang ditunggangi 2orang lelaki. Mereka berbual mesra. Pegang sana, sentuh sini.
Tampar itu, cubit ini.
Melampau budak2 zaman sekarang.


Tiba-tiba, seorang mak cik memanggil lelaki itu, mengajaknya berbual bersama kami,
Katanya, “mai la borak kat sini kot ye pon nak borak dengan anak dara orang..”

Saya memandang,hambar.

Lalu,saya bertanya, kepada seornag kenalan disitu,

“sape mak cik tuh?”

“oh,tu mak budak tu la..”

Ha??

Saya terkejut.

Mak? Huh.



Fenomena 2



Saya dan abang meronda-ronda sekitar Bandar. Tiada arah tuju. Sekadar berjalan dengan kereta “baru” abang.
Abang berhenti membeli sedikit pisang goreng. Saya mengambil keputusan untuk duduk di dalam kereta saje.
Maka, abang keluar membeli dan sempat saya memesan air kelapa kegemaran.

Kebetulan tempat abang parking kereta itu berdekatan dengan bus stand.
Tidak lame kemudian, kelihatan seorang gadis bertudung dengan pakaian sendat, tetapi sedikit sopan berbanding fenomena 1. Kemudian menunggu bas disitu,tetapi macam cacing kepanasan, pandang sana, pandang sini.
Agaknya kenapa ye.
Saya memandang saje dia. Kemudian, kelibat seorang wanita tua, lingkungan 50-an agaknya, berkaen batik, berselendang ala kadar dan berkaki ayam menuju kearah gadis tadi.
Meluru laju.
Gadis itu kebingungan. Lantas, wanita tua itu, saya kira, agak lemah, menghampiri gadis tersebut lalu mengheret tangan gadis itu, lantas
menamparnya dua kali
.

“aku kata balek!! Balek!”

Jeritan wanita tua itu,bertenaga. Beberapa orang di bus stand itu, memandang sepi.

Pasti itu ibunya!
HEBAT!


Fenomena 3

Malam itu saya menemani abang membeli barang2 kereta beliau di KB Mall.
Kebetulan saya juga mahu mendapatkan beberapa barang keperluan.
Singgah sebentar di rumah Bapa saudara kami di Kota Baru. Jam sudah lewat malam, hamper pukol 1 pagi saya kira.
Kami sudah menghampiri kawasan rumah. Lorong masok rumah kami tu sedikit gelap, maklumlah, kampong, hanya di hadapan rumah kami saje ade lampu jalan. Memang gelap.

Pagi yang nyaman itu, abang membelok kereta masok ke lorong rumah kami. Terserempak dengan dua orang lelaki, memegang guni dan mengheret motosikal mereka. Saya dan abang berpandangan. Hairan. Selepas mereka melepasi kawasan rumah orang, mereka menghidopkan enjin motor dan memecut laju.

Saya memandang abang, mengharap penjelasan. Tapi kami tidak berfikir panjang. Pagi esoknya, riuh orang kampong mengadu kehilangan ayam beberapa ekor. Ayam hilang? Sapa curi?

Kemudian, saya menceritakan kepada ibu kesah semalam.
Lalu ibu berkata,

“haa.. tu lah pencurinya.. Dua beranak.”

“dua beranak?” soal saya.

“Yelah, ayah dan anak. Bapak borek,anak rintik.”

Saya terkesima. Ayah dan anak mencuri ayam?


Fenomena 4


Saya: Salam makcik. Semalam saya nampak anak mak cik baru balek ye?


Limah: Ye. Anak aku yang dok kuala Lumpur tu baru sampai tadi. Hah,datang la kerumah

jumpa anak aku tu. Sejak ke Bandar,makin bergaya anak aku tu.



Saya: Insya allah Makcik. Dia balek dengan ape? Cuti sampai bile?

Limah: Semalam si Cairy yang antakan die. Hah,si Cairy tu ade kat rumah makcik la

tu. Katanya seminggu cuti.


Saya: Cairy tu sape makcik? Tunang die ke?

Limah: mana la anak aku tu ade tunang lagi. Tu kawan2 die aje. Hah,kau pergi la

rumah aku,jumpa dengan Siah tu. Nanti kau Tanya die sendiri. Aku nak ke kedai ni.

Saya: Yelah makcik. Lame jugak saya tak jumpa Siah.

Di rumah Siah.
Saya lihat pintu berkunci. Gelap aje dalam rumah, kata Mak Cik Limah tadi, Siah ade di rumah.
Kereta kancil pon tersergam indah diparking di garaj kereta. Amboii..
Saya sekadar menjengah ke belakang rumah. Kedengaran satu suara. Renggekan manja wanita.
Diselangi tawa garau si lelaki. Saya mula rasa tak sedap hati. Saya beranikan diri. Mengintai.
Subhanallah.
Keadaan yang sangat mencurigakan. Saya teros memberi salam, sekuat mungkin. Siah keluar melayani saya. Kemudian ajak saya naek kerumah. Tidak lama kemudian, Cairy keluar pula, bertegor apa dengan saya. Mesra sangat mereka berdua.

Mak nya bagaimana??



Inferens.


Itu hanya 4 fenomena yang mampu ana nukilkan. Kalau dikira, banyak lagi fenomena laen yang berlaku sekeliling kita. Sedar atau tidak, dunia semakin berubah.


Jadi, post kali ni bukan nak mengumpat mane2 pihak, mahupon memburuk mane2 pihak.
Cume sekadar mengajak kite semua berfikir,

Ibu dan bapa fenomena manakah pilihan kite?

Baek atau buruk?

Dan anak2 jenis manekah yang bakal kite lahirkan?

Tepok dada Tanya iman.

Abang bertanya,

Nak anak canne?

Tentunya jawapan kite,

Soleh,baek,indah akhlak,beragama,berilmu.

JAwapan abang,

Jadi seperti itu terlebih dahulu.

Jangan harapkan gangsa melahirkan emas.

Jangan harapkan ayam bertelor lembu.

Jangan harapkan pasir menjadi mutiara.

Semuanya bermula dari pokoknya.

Hanya tiram yang melahirkan mutiara.

Hanya emas melahirkan emas.

Renung kan bersama.


Mendidik anak bermula dari mencari bakal suami/isteri.

Inginkan anak yang berdedikasi,berkredibiliti,

Lihat dulu ibu dan ayahnya.

Insya allah.
Hebat ibu dan ayahnya,

Hebat jua bakal jundi yang dilahirkan.

Maka, didikan anak anda bermula dari sekarang,

Yakni anda mendidik diri anda.

Elok pekerti,buruk budi,

Andalah cerminnya!!

Andalah coraknya.

Mana tidak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasik.

Mana tidak terbangnya kapal terbang, kalau bukan ke langit,kan?

CArilah bakal suami/isteri bukan pada parasnya.

Bukan pada hartanya. Tetapi pada kebolehannya,kebertanggungjawabannya untuk

menjaga,mendidik,mentarbiah amanah yang paling besar,yakni ANAK yang bakal Allah

anugerahkan.

Mencari bakal suami/isteri itulah langkah pertama kite membentuk anak2 kite.

The Making Of disini bermaksud sebalek tabir.

Benarlah kata saya,

sekiranya kerja sebalek tabir yang kite lakukan hebat,

tentu hebat filem yang bakal kite lahirkan.

Sekiranya filem tu arahan Ahmad Idham, Keluaran KRU, pelakon Fasha Sandha.

Tentunya filem yang dilakonkan tip top! Bukan>

Same juga dalam kehidupan kite!

Sekiranya pengarah itu Allah, Skripnya ALQURAN, pelakon contohnya NABI MUHAMMAD,

tetnunya lakaran sebuah kehidupan yang bakal kite nukilkan lebih hebat dari filem

arahan Ahmad Idham itu!

Sedarkah kite, dunia itu pentas lakonan dan kite adalah pelakonnya?

Suatu hari nanti akan tiba hari penganugerahannye??

Trofinya syurga atau neraka?

Tepok dada, tanya iman!

Syurga;
anda pilih, anda bahagia!

Itu aje.
Moga same2 menjadi renungan untuk kite tahsinkan lagi akhlak kite semua.

Insya allah.

Semoga Allah memberkati usaha kita melahirkan bakal khalifah di muka bumi ini yang hebat untuk memakmurkan bumi Allah ini.

Insya Allah.

Semoga dirahmati~

Salam Satu Islam!!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Anonymous said...

subhanallah..
post yang menarik.

ade jugak orang yang alim2 melahirkan anak perangai teruk2..
macamane pulak tu?
memang salute la post ni.

pena said...

alah,
tu keje Tuhan.
Tu lain cite la.
Yang penting kite usaha nak didik anak dengan cara yang paliiing baik.

Anonymous said...

Salam.

post memang best.

hanya tiram yang melahirkan mutiara.

Betul2.

Kite kena jadi yang hebat sebelum mengharapkan yang lebih hebat!

Caiyok2..

husnataqwa said...

salam.
betol3
yang penting usaha kite untuk mendapatkan sesuatu,
insya allah.
usaha,doa dan tawakkal moga dapat yg terbaek..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.