♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, December 14, 2009

Salam Percutian bittauhid wattaqwa~

Salam alaik.
Sudah lama rasanya ana tak menjenguk blog ni.
Boleh jadi terlupa passwordnya.
Masya allah.
Kehidupan di kampung memang best!
Tak terasa hari telah pon beranjak ke hari Isnin.
Rasanya baru sekejap beraja di kampong.

Allahu Rabbana..
Hinanya diri kerana gagal dalam menguruskan masa sendiri.
Masya allah..
Masa itu seperti emas.
Tapi bagi ana,
masa itu seperti UDARA.

Kenapa?

Kerana khilaf diri sendiri yang tak pandai menguruskan masa,
meskipon masa itu sangat banyak,
tetapi diri sendiri yang tak pandai manage untuk menyedut "UDARA" yang cukop berharga.

Mohon taubat dan ampun dari Allah,Rabbul Izzati..

Ya Rahman,
Ampunilah hamba dan berkatilah masa hambaMu..

Sebelom pulang ke kampung,memang sangat sebok.
Dek kerana menguruskan Annual Grand Dinner yang bakal berlangsung di Hotel Singgahsana,Insya allah, pada 18 Januari 2010.
Dan untuk program kali ni ana ditaklifkan sebagai Main board.
Timbalan Bendahari, diketuai oleh Akh Syafiq(Sub Comm MEDCY).

Sebelom pulang hari tu sempat kami,(SEMUA BANAT) pergi survey hotel di PJ.

Kenapa sume Banin kami?
Tak tahu kemana menghilang!!
Eh,tade lah,mereka ade kelas..

Malas plak nak cerita panjang tentang hotel ni,
boleh rujuk di blog Ukhti Najwa MEDCY untuk cerita selanjutnya.

http://najwahamali.blogspot.com/2009/12/jalan-jalan.html

Ok,selepas itu pulang dengan BAS PERDANA ke kelantan.
Sebelom naek bas pukol 11 malam,
maseh sempat ana menghadiri meeting bermula pukol 9.30 malam,
dan ana mintak keluar pada jam 11 malam untuk naek bas.
Wah,menakjubkan!!

Terasa beban kesebokan untuk menguruskan projek yang bernilai hamper RM20k.
Ditambah plak ana telah menyerahkan diri sebagai comittee FRC untuk RAFEST.
Ni namanya kerja cari sendiri.
Hah, jika semuanya diniatkan untuk Allah,
insya allah,
dimudahkan semua urusan hambaNYA ni.
Ameen..

Di kampung pula?
Ingatkan mampu untuk tido.
Ganti tido katanya.
Tapi anggapan cukop silap.

Jadual harian penuh dengan pelbagai kerja yang seolah2 tunggu untuk diselesaikan.
Tapi hakikatnya,
tidaklah sesebok di CFS.

Kegiatan yang seolah2 perlu, tentunya membantu meringankan kerja ibu.
Antaranya, membawa nenek yang sudah mencecah 80tahun berjumpa doktor pakar di HUSM.
Oh,nenek sangat banyak penyakit.
Darah tinggi, kencing manis, jantung, gastrik..
Waa.. completed!

Mintak dari Tuhan jaoh dari penyakit2 sebegini.

Dari pagi sampai petang beraja di hospital.
Huh.
Bahagia.

Banyak lagi kerja2 yang maseh tertangguh.
Antaranya tutor Math dan Phy.
Dan antara perkara yang sangat mahu dilakukan tentunya melawat junior2 yang bakal menghabiskan SPM mereka tak lama lagi.

Lama sudah tidak menjamah hati2 mereka dengan peringatan dari manusia yang pernah melalui saat2 seperti mereka awalnya.
Lama sudah tidak bersama mereka menentukan kehidupan dan menambah perasa "iman" mereka.
Rindu pada mereka.
Rindu pada tarbiah mereka.
Masya Allah..

Apa pun,
ini sekadar coretan peribadi.
Menceritakan sebuah kehidupan yang memang takpernah habes untuk diceritakan.
Ramai yang bertanya,

"sebokkah?"
"Kamu memang selalu sebok.."

Sebok ini bukanlah sebok yang dicari2.
Tapi kesebokan ini adalah taklifat dan amanah sebagai seor senang anak,adek,mak saudara,kakak dan cucu serta senior yang perlu dilaksanakan.

Sekurang2nya ada jugak input yang "beragam" dalam kehidupan hamba yang hina dan lemah ini.

Semoga cuti sahabat2 yang dihormati sekalian
penuh barokah.
Keberkatan cuti itu dilihat pada berapa banyak perkara yang berfaedah yang dilakukan oleh kita.
Perkara berfaedah itu pula
terbahagi kepada banyak cabangnya.
Sebagai anak,
kakak,
adek
dan sebagainya.

Dan tentunya yang paling penting,
taklifat kite kepada Allah sebagai HAMBA.

Itu yang cukop penting.
Jagalah hubungan dengan Allah.
Dan semoga Dia merahmati cuti yang seminggu ini dengan berkat dan kaseh sayangNya,
Ameen..

Ok,itu saje stakat ni.
Jumpa lagi di episod yang akan datang!!
Jika panjang umor.
Insya Allah.
Teruskan membaca laman2 Ilmiah yang laen,sahabat!

Moga banyak input untuk diri dan iman kite semua!!

Salam Membaca bittauhid wattaqwa~
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.