Berpisah tidak gelisah.
Selepas selesaikan semua urusan AGD yang perlu diselesaikan, teros keluar menuju LCCT untuk pulang atas permintaan kekasihku.
Tepat pukol 5 petang, mendarat tiba di Sultan Yahya Petra Pengkalan Chepa. Disambut senyuman indah si Aleeya anak saudara. Bersalaman, berpelukan.
Meluncur laju ke kampong yang memang sentiasa membuat jiwa tersenyum tatkala membayangkan kenangan didalamnya.
Jatuh bangon, menangis meraung, gelak tawa, kampong itu menyimpan segala pahit maung,manis masam perjuangan kami. Istana itu. Rumah itu. Lebih-lebih lagi. 3 minggu tidak pulang ke kampong, sudah mampu membuat jiwa ini meronta kerinduan pada segala yang ada dalam Istanaku, terutamanya KASEH SAYANG yang ada didalamnya. Sukar dicari ganti.
Melintas kilang abang Taufiq. Nampak pekerja kilang berarak keluar, baru habis kerja barangkali. Memberi mesej untuknya. Lantas beliau menelefon,membalas balek mesej usikanku.
“Ajak sume malam ni kite kua makan. Cakap la dekna nak makan kat mana. Abang belanja.”
“Hotel?”
“Apa saja untuk anda..”
“haha. Bile abang balek.”
“pukol 7 abang sampai. Siap2 cepat. Baru habes keje ni.”
Terima kaseh kekasihku.
Sayangnya memang sukar dicari ganti.
Kasehnya tak mungkin bisa diganti.
Segala kepenatan, kepeningan, kesaket kepalaan, teros hilang.
Selama berminggu memerah otak untuk AGD, memerah tenaga untuk RAFEST.
Segalanya teros diganti dengan perasaan indah, disini. Di kampong ini. Di bumi serambi Mekah ini. Di Bandar jajahan Tok Guru ini. Penoh rahmah dan kaseh.
Seperti dijanjikan. Kami keluar dinner bersama2. AWAS! Tidak di hotel. Kami bukan keluarga hartawan, jutawan, tapi dermawan insya Allah. Gelak tawa malam itu menguburkan sekadar resah yang pernah bertandang 2minggu yang lalu.
Minggu2 yang sangat ku rasa berat untukku lalui. Minggu yang tak habes2 menguji kekuatan hati. Menguji tahap kesabaran dan kebergantungan pada Ilahi.
Terima kaseh kekasihku.Beban yang ku pikol berminggu terasa hilang ditiup kaseh sayangmu.
Keesokannya, proses rawatan bermula. Dan itu mmg matlamat utama pulang ke kampong. Ini part tak best,tamau cite. Balek dari rawatan, belom sempat menyuarakan hasrat perut dan nafsu. Ayahanda siap memasak segalanya. Beliau tahu kegemaranku. Beliau tahu kesukaanku. Beliau benar2 meraikanku.
Terima kaseh kekasihku. Takkan ada yang biasa memahami kegemaranku selaenmu. Masakanmu tiada bias ditandingi sesiapa pon untukku, kerana perisa tambahan “kaseh sayang” itu tak ada untuk ku cari ganti.
Ibu menemankan ku sepanjang hari. Segala keinginanku dipenuhi. Senyuman ibu,cerita ibu, segalanya pengubat hati. Nasehat ibu sangat berguna sekali!
Ibu, dimana manusia yang akanku cari saat kepayahan menggunung tinggi,
Dimana manusia mahu ku dakap disaat semua manusia menudingku jari,
Dimana manusia mahu ku mengusapku tatkala semua manusia ‘menyakiti’ku..
Tiada.. selaen kamu.
Tiada ibu. Belom ku temui penggantimu. Dan aku yakin tak mungkin ada yang bias menggantikan kaseh sayangmu dihatiku.
Terima kaseh kekasihku.
Kini,hatiku sedikit tenang, kesaketanku sedikit terubat.
Terima kaseh kekasihku.
Hadiah ini sangat bermakna untukku.
Akanku kenang kaseh sayangmu,
Supaya aku maseh mampu tersenyum,
Menghadapi segala masalah dan tribulasi.
Supaya aku tetap gagah begitu,
Tatkala aku diuji dengan ‘peluru besi’.
Keluargaku kekasehku,
Apa yang mampu ku hadiahi untukmu
Hanyalah setegok doa tulus dari hatiku dalam tahajjudku.
Semoga engkau,die, dan kita semua,
Menjadi kekasih sesame kite.
Dan menjadikan DIA kekaseh kite.
Keluargaku kekasihku.
Semoga saat2 akan datang lebih indah
Lebih syahdu untuk kite ukir di pentas dunia.
Sambil mengukir jalan ke idaman SYURGA.
Kekasehku kecintaanku,
Aku bakal pergi lagi kerana jihadku.
Aku bakal pergi lagi demi thoriq yang aku pilih.
Usah gelisah. Usah resah.
DIA pasti melindungiku kerana DOAMU.
DIA pasti menyayangiku lebih darimu menyayangiku.
DIA pasti tahu kamu mencintaiku.
DIA pasti menjagaku untukmu.
Aku pergi lagi.
Aku mahu kembali lagi.
Aku menghitung hari.
Aku mahu kembali ke pangkuan kekasihku.
Namun,
Jihadku wajib aku utamakan.
Doakan aku syahid di jalan kebenaran,
Syahid di jalan perjuangan.
Dan kita bakal berjumpa di SYURGA IDAMAN,
Keluargaku.. kekasih kecintaanku..
1 comment:
baru buleh buka streamyx. abe baru bayar takdi. meme sume syg dekna. dekna je tak sayang diri sediri. jage kesihatan. jange lasak2. jgn minum ais..
Post a Comment