Terasa lama tak jengok laman ini. Kosong tanpa pengisian. Terbiar tak terupdate.
Beberapa masalah menggamit diri, bukan masalah. Barangkali satu 'petunjuk' dari Ilahi.
Terima kaseh Tuhan, membuat aku sedar hidup berTUHAN tak sesenang mengatakannya.
Hidop atas nama Islam dan semudah melafazkannya.
Aku juga teringin berterima kaseh kepada beberapa individu yang banyak memberi sokongan, langsung atau tidak langsung kepada aku yang banyak lalai dan leka.
Rasanya tak perlu nak sebot nama individu2 terbabit. risau ade yang tertinggal, merajok, tak reti nak pujok. Maslahah yang lagi besar, risau nama2 yang disebot, menimbulkan fitnah, spekulasi, pilih kaseh dan sebagainya. (tiru ayat artis)
rindu benar untuk menatap laman ini, tapi urusan laen yang jaoh lebih penting, membuatkan segala kerinduan terubat dengan pengorbanan pada jalan TUHAN.
Lagipon sebab yang lebih kukuh, tentunya bil broadband yang tak dibayar...??
Alhamdulillah.
30 Januari 2010: Ana dikurniakan seorang anak saudara lelaki, hasil benih cinta abang ana yang sulong, Khairul Azinor.
Segunung tahniah ana ucapkan buat abang.
Walaupon ana memang tak smepat nak ucap pon secara live pada abang.
Harap abang tak kecik hati kerana jaoh di sudut hati ana, ana sangat gembira menambah koleksi anak saudara-anak saudara yang insya allah bakal menjadi HIZBULLAH suatu masa nanti.. Ameen..
Ana mencari masa mencari diri. Mencari kemana hala tuju sebenar seorang ana.
Alhamdulillah. Sekarang ana mampu tersenyum. Beliau menunjukkan ana jalan. Beliau membantu dan menguatkan ana pada jalan perjuangan. Beliau meyakinkan ana bahawa jalan yang dipilih insya allah benar. Beliau benar2 kukuh untuk ana bergantung dan meminta pendapat. Beliau pemikir yang hebat. Ana kagum pada beliau. Alhamdulillah. Allah mentakdirkan ana dekat dengan beliau. Dan mentakdirkan hidop ana dilengkapo dengan kekuatan beliau, menemani perjuangan secara tidak langsung. Alhamdulillah.
Terima kaseh TUHAN..
Ok la. Tak larat bercoleteh panjang. Compilation Mathematic 2 menunggu disisi minta diselesaikan secepat mungkin. TUHAN< segala jalan yang aku pilih tentunya tiada yang lebih baek melaenkan ditentukanMU. Maka, tunjuklah aku keBAEKan dan keBENARan untuk aku meLAYARi sebuah keHIDUPan sebagai penDAKWAH demi ISLAM.
Doakan ana.
Dan sekalung penghargaan dan terima kaseh buat BELIAU.
Semoga ALLAH memberkati.
Ameen.
Doakan ana jugak.. FInal Exam bakal menjelma. Dan ana perlukan anjakan paradigma.
Doakan ana,terbaek.. Ameen.
Terima kaseh sahabat yang sudi mendokong ana, sudi menelan pahit dan kelat seorang HUSNA meskipon pelbagai mehnah dan tribulasi menduga keIMANan..
Wassalam~
No comments:
Post a Comment