♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, May 12, 2010

erti kehilangan

Sepanjang hari bersedih. Mengadu begitu dan begini. Mengeluh dan mengeluh.

Cuba anda bayangkan, anda sayangkan jam tangan anda.. Sangat sayangkan. Bayangkan jam tangan anda sangat istimewa, hadiah dari yang tersayang. Bayangkan juga jam tangan anda harganya tak mampu anda nak beli dengan wang anda sendiri. Bayangkan juga, sepanjang anda di Malaysia, anda belum jumpa jam tangan yang dihadiahkan buat anda,istimewa.

dan anda bayangkan anda kehilangan jam tangan tersebut, siang malam mengeluh. Setiap kali mengangkat tangan untuk melihat jam, rasa marah datang membuak-buak,
"sapa la yang curi jam aku nih."
"jam tu dah lame dah,nak curik lagi."
"mane aku letak jam ni,bengang betol."

tentu kite cari jam kite merata tempat. Bawah katil. Dalam tandas. Kadang-kadang kita sanggup jejak jam kite sehingga ke tempat yang pernah kite pergi. Jauh pun,kita sanggup. Semata-mata nak cari jam tangan. Kerana ape? kerana kita sayangkan jam tangan tersebut dan jam tangan tersebut bererti buat kite,memberi faedah buat kite.
penat mencari,tak jumpa. kat sana tak jumpa, kat sini tak jumpe. akhirnya, aku kate,
"takpe lah. dah hilang,nak buat macamane."

kemudian,aku terfikir, jam tangan, esok boleh beli lagi yang baru.
hilang jam tangan, aku dah pening kepala.

Aku cemburu melihat Syakirah Akyan, Majdi Nadwan, Illeya Ibrahim dan mereka yang kehilangan ayah,ibu, adik,abang kakak aau orang yang mereka sayang.

Mereka kehilangan. Merasai kehilangan yang jauh lebih besar dari aku.
Dan, mereka masih kuat. Berjuang dan berjuang. AKu tak pernah nampak mereka
bermasam muka. Sedangkan aku, kerana seutas jam tangan,habis orang aku hangin, semua kucing aku rasa nak terajang.(hiperbola yang melampau)
kemudian aku tahu kenapa Allah tak uji aku dengan kehilangan ibu dan ayah. Kerana Dia tahu aku belum bersedia. Tapi aku tahu,aku perlu bersedia walaupun aku tidak mahu bersedia.

Aku cemburu melihat mereka yang kuat. Mereka tabah. Diuji pelbagai sudut,mereka tetap begitu.

Aku? Entah baaimana tahap iman aku.
Mereka kehilangan parents, yang pasti,takkan mereka temu ganti didunia. Di akhirat kelak, janji Allah itu pasti.



Post kali ini juga, jawapan buat soalan sahabatku. Beliau bertanya,

"Husna, iman aku macam dah hilang. tolong. ape perlu aku buat."

sahabat,kehilangan iman bukanlah satu kehilangan yang abadi, carilah ia. Kejarlah ia. Jangan bingung dan jangan mengeluh. Fitrah iman, yazid wa yankus.
Sebagai manusia, berusaha sebaek mungkin, semampu mungkin,
mengejar hidayah dariNya Ilahi Rabbi!

Tapi alhamdulillah, aku dah jumpa jam tangan aku.

dan aku bersyukur. kemudian aku teringat,
"Yang buat hilang jam tu Allah, yang boleh kembalikan tentu Allah jugak."

Jadi, senang saje,
kembalilah pada Allah.
Jawapan untuk aku,engkau dan dia. Siapa saja. Itu jalan yang pasti menuju negeri Abadi!

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.