"kami guru malaysia,
berikrar dan berjanji,
mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita..
pada seri paduka,
kami tumpahkan setia,
rukun negara kita,
panduan hidup kami smua,
dibidang pembangunan,
kami tetap bersama,
membantu,
membina,
negara yang tercinta,
amanah yang diberi,
kami tak persiakan,
apa yang kami janji,
tunai tetap kami tunaikan..."
Walauapapun,
pertama sekali,
hamba nak ucapkan selamat hari GURU yang teristimewa buat manusia yang menjadi guru hamba sejak hamba dilahirkan sehingga sekarang. Beliaulah yang mendidik hamba, mengajar hamba kepada erti kehidupan. Beliaulah Ibunda hamba, yang hamba cinta dan sayang.
Selain itu, tak ketinggalan buat ayahanda hamba. Walaupun hamba tidak rapat dengan beliau(kerana beliau garang), tapi tarbiah dari beliau(yakni bila selalu kena marah,kena kurung luar rumah atau kena hukum tak leh makan sama2) memberi impak kepada ana sehingga sekarang, dalam masa yang sama, menjadikan hamba seorang yang berdisiplin seperti hari ini.(ye ke?)
Tidak lupa seluruh ahli keluarga ana, Abang2 dan Kakak2 ana. Yang ana gembira dan bertuah kerana mempunyai mereka dalam hidup ini. Terima kasih kerana memberi ana peluang menjadi adik kalian yang selalu menyusahkan dan teramat nakal sehingga terpaksa kalian kunci hamba dalam bilik(akanku kenang sampai bila2).
seterusnya buat guru2 ana, sewaktu ana di Sekolah Kebangsaan Tanjung Chenak. Terima Kaseh kerana menerima hamba yang tak cukup umur masuk ke sekolah tersebut dan sanggup melayan segala karenah hamba yang hanyalah murid menumpang. Seawal umur 4 tahun hamba berada di situ dan sejak itu sehingga umur ana 11 tahun, cikgu2 tidak pernah mengenepikan hamba malah mendidik hamba lebih istimewa dari pelajar2 lain dan selalu beri hamba anugerah setiap kali ada peperiksaan. Takkan hamba lupa!!
Seterusnya guru2 ana sewaktu ana menjejakkan kaki ke Sekolah menengah.
Maahad Muhammadi Pasir Mas.
Terima Kaseh kerana sudi menerima kemasukan ana walaupun ana satu2nya calon tunggal yang masuk ke sekolah itu tanpa keputusan UPSR. Terima kaseh kerana mendidik ana dengan ilmu agama sehingga 22 subjek. Terima kaseh kerana saman ana sebab selalu datang lewat ke sekolah walaupun berkenderaan sendiri. Terima kaseh juga kerana tak jemu bawak ana ke medan dakwah walaupun waktu itu ana belum tahu apa itu "DAKWAH" sebenarnya. Terima kaseh ustaz dan ustazah sekalian.. kerana akhirnya hamba menjadi manusia..Tak lupa guru-guru di SMKA Lati. Walaupun hamba berada disana selama 2tahun sahaja.
Namun kasih cikgu terhadap hamba, susah hamba nak cari. KEpercayaan cikgu terhadap hamba,takkan hamba lupai. Segalanya berbeza. Dari Maahad ke SMKA, membuat hamba hilang diri, tapi cikgu tetap membantu dan menggagahkan diri hamba yang hina ini. Terima kaseh cikgu2 sebab selalu tolong hamba setiap kali motosikal hamba bocor. Terima kaseh juga kerana selalu buat tak nampak setiap kali hamba ponteng kelas dan menumpang asrama. Tak lupa jua jasa cikgu mengajar hamba hingga lewat malam wlaupun hamba bukan pelajar asrama. Terima kaseh sebab rakamkan gambar hamba di Sekolah itu sebagai tanda penghargaan terbesar buat hamba. Terima kaseh kerana sehingga sekarang menerima hamba dan mengiktiraf hamba sebagai jurulatih debat dan pidato sekolah. Tak terhingga penghargaan itu. Membuat hamba rasa malu pada diri. Terima kaseh cikgu...
Tak pernah kurang jua ucapan jutaan terima kaseh kepada guru-guru tasmi. Ustaz Wan. Ustazah Hasni. Ustazah Fatimah. Dan Ustazah Aizah.
(kelasku paling unik,punyai paling ramai ustaz tasmi!)
KErana sudi mendengar bacaan hafalanku walaupun kadang2 lekat tak tentu2. Terima kaseh kerana sudi marah hamba setiap kali modal tak cukup 5muka. Terima kaseh sudi denda hamba bila tak siapkan tahriri. Terima kaseh marah hamba bila hamba bangga diri. Terima kaseh pesanan2 buat hamba hingga hamba menjadi seperti hari ini. Terima kaseh cubitan2 manja hingga hamba tahu erti hidup seorang HAMALATUL QURAN. dan terima kaseh kerana selalu mengingatkan hamba sehingga hari ini tentang tanggungjawab hamba kepada Quran serta tanggungjawab hamba kepada dunia hari ini Terima kaseh jua buat tenaga kerja Darul Quran. Terima kaseh Pengarah Darul Quran sudi duduk semeja denganku berbincang tentang masa depan kami. Terima kaseh Pendaftar Darul Quran sudi menerima sahabatku di IKMAS. Terima kaseh Unit Rekod kerana selalu jaga surat yang ibuku poskan untukku. Terima kaseh HEP kerana selalu marah setiap kali aku balek lama ke kampung halamanku. Terima kaseh ustaz Jihadi kerana menerima asbabku tanpa mendenda setiap kali aku meminta kebenaran. Terima kaseh ustaz Dasuki dengan segala nasihat. Terima kaseh ustaz Rauf belanja aku makan kedai kek. Tak lupa Pak Cik Prebet dan Pakcik Guard DQ. Terima kaseh Pak Cik Jo selalu hantar aku pegi KTM. Terima kaseh Pak Cik Zaman sanggup ambil aku kat KTM pagi2 buta. Terima kaseh pak cik Arif Misai kerana tak pernah marah aku walaupun buat salah sedangkan orang laen sume Pak cik hentam. Terima kaseh DQ, ENGKAU GURU TERBAEK UNTUKKU!Walaupun sekejap, tapi kenangan bersamamu paling bermakna buatku!!Tak lupa jua kakitangan UIA dan teristimewa buat pensyarah UIA. Terutamanya Sir Mahadhir sebab selalu jemput hamba pergi bilik Sir tapi hamba tak pernah pergi. Sir Azrul sebab sangat baek. Madam Harlina Damiri. Madam Norafizah. Madam Ayu. Serta Sepupuku, Ustaz Nasiruddin Ahmad. Madam Saodah. Serta lecterur BI.. Terima kaseh atas ilmumu. Ia bermakna buatku. Tak lupa Madam Saayah, Miss Hartini, Madam Asmazura dan semuanya!
"Berburu ke padang datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi"
..Memori lama.. Setiap tahun pasti aku mendeklamasikan sajak ini buat GURU2ku. Kini tidak lagi. Aku cuma mampu menulis di alam maya. Dan aku sendiri tidak pasti cikgu,samada engkau membacanya atau tidak. Namun harapanku, hati ini mempu membuat kau rasa betapa aku berterima kasih kepadamu Cikgu! Dan doaku tidak pernah henti buatmu GURUKU..
3 comments:
owh...ustaz nasiruddin tu sepupu hang ka? baru taw...huhu
oh,ko x taw ke zati.nape x tnye aku? hehe.
em husna, thanx sebb da tolong ucapkn slmat hari guru utk Dq n Uia.
bile bce ase cam da ckup puas. xya wish dah.. kan2.. erk..
zati- tu pon ttau eh? muka ak dengan die dah dekat nak same ape..
aina- ak tau sebab ko rase puas sebab sume lecturer kite same je. sebab kite asyik sekelas je...haih. sampai bile2 pon sekelas dengan ko. laenkan ko tuka kos medik!! haks!!
Post a Comment