Seperti tahun-tahun sebelumnya, hari ini bertarikh 14 Jun merupakan ulangtahunku. Kali ini yg ke 19. Bermakna sudah 19 tahun aku menunggu tarikh ini dan seperti biasa-biasanya, sesuatu yang istimewa tentunya dari keluargaku yang disayangi sentiasa. Alhamdulillah. Terima kaseh Tuhan menghadiahkan aku sebuah keluarga yang sangat istimewa.
Nokia N76
kali ini semakin meriah hset Nokia N76 milikku menerima mesej. Semakin galak ia mengeluarkan bunyi 'Power Rangers' itu. Semakin galak ia mengeluarkan mesej-mesej bernada syahdu dan lagu-lagu menyepi rindu. Semakin galak ia menunjukkan bilangan mesej di skrinnya. Alhamdulillah. Semakin banyak ucapan selamat yang diterima. Semoga dengan itu,semakin bertambah keberkatan hambaNYA yang menyambut ulangtahun kelahiran hari ini. Hari ini. Hari yang bersejarah. Tahmid~
Terimalah kaseh dariku buat sahabat-sahaba Maahad Muhammadi Pasir Mas yang maseh mengingatiku sehingga hari ini. Tak lupa sahabat SMKA Lati yang setia mengiringi dan tentunya mesej dari sahabat DQ paling banyak memenuhi inbox dan wall facebook. Sahabat dari UIA tentu tak ketinggalan. Syukran kathir atas ucapan selamat dari kalian. Smoga dengan ucapan-ucapan kalian, hidup hamba sentiasa diredhoi Allah dan Allah sayang kita semua.
Terharunya aku diberikan sahabat seperti kalian. Nescaya aku manusia yang cukup bertuah kerna adanya kalian. Syukran.. syukran sahabatku dunia akhirat..
Paling terharu, ucapan Najwa Hamali melalui blognya.
Inilah kali pertama aku mendapat penghargaan sebegini daripada seorang sahabat. Sahabat seperjuangan...
kEHADIRANNYA SATU KESYUKURAN
Monday, June 14, 2010
Kehadirannya cukup membawa erti buat diriku. Walaupun perkenalan kami masih baru dan mentah, namun pelbagai perkara dah kami lalui bersama. Banyak cerita yang dah kami kongsi berdua. Rahsiaku rahsiamu dan rahsiamu rahsiaku. Tiada jurang antara kami walaupun asal kami berbeza namun langkah dan matlamat kami sama. Dirinya ibarat guru buat diriku. Ilmunya cukup membuatkan aku tergoda. Ketegasannya cukup membuatkanku terpesona. Kepetahannya berkata-kata cukup membuatkanku terkesima.
Pernah aku terjatuh tapi cepat-cepat dia bangunkan aku. Pernah air mataku mengalir tapi cepat-cepat dia sapukan. Pernah aku rasa macam nak rebah, tapi cepat-cepat dia pangku. Ya Allah, terima kasih atas kehadirannya. Akan aku hargai si dia hingga hujung nyawa.
Buat sahabatku NURUL HUSNA KAMARUDIN kaulah nikmat tak terhingga yang Allah kurniakan buat diriku. CAHAYA KEBAIKAN mencerminkan dirimu. Moga pantulan cermin itu terkena pada diriku walaupun bukan semua mungkin sedikit. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19. Semoga ukhwah kita ini sentiasa dalam redhaNya.
Sahabatku,Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah
AKU BERDOA, MOGA KITA BERPIMPIN TANGAN DI SYURGA NANTI..
Syukran najwa.. Syukran sangat. Ana bertuah memiliki enti sebagai sahabat ana. Sesungguhnya Allah menyayangi ana menghadiahkan enti buat ana. Syukran sahabat.
Tak lupa adek beradik usrah MARJAN HANANI.
Namun,dikala aku kegirangan menyambut ulangtahun,
aku terkesima dengan musibah yang menimpa Ustaz Ehsan Fadhli.
Teroskan pembacaan di blog beliau..
Semoga Allah memberi ketenangan hati buat beliau.
Semoga tabahlah beliau menerima musibah ujian dari Tuhan,
tanda kaseh Tuhan berpanjangan....
Semoga semua orang gembira...
1 comment:
salam adikku sayang..
sanah helwah yg ke 19..
semoga panjang umo..
murah rezeki..
diberi KESIHATAN yg berpanjangan..
huhu..
sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah..
luv u fillah abadan abada..
~i had kol u but it sound's trouble.
asif2..
jge diri memolek k..
insyaAllah, nampaknya ramai yg sayang adik..
n i know , they can take care of u!
with love =@
p/s : really mis d tyme with u dear..
huhu
Post a Comment