Salam bittauhid wattaqwa..
Ramai yang lahir pada bulan Jun merupakan mereka yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jadi, kepada seluruh sahabat yang lahir pada bulan Jun, ana ucapkan selamat ulangtahun dan semoga Allah sayang. Mereka adalah:
Jun 1 : Nur Fadiah Ab Rahim.
Merupakan classmate untuk kelas tasmi di DQ dan jiran sebelah bilik waktu kat DQ. Teman pergi shoping SOGO dan teman beli makanan kat Cafe DQ. Sekarang berada di Maktab Bangi.
Jun 5: Nafizah Khairiah Kamarudin. (Kakak)
Merupakan anak kedua dalam keluargaku. Sudah bersuami dan mempunyai seorang anak lelaki,Abdul Munir dan sekarang bekerja di SMK Panchor Negeri Sembilan. Rumah beliau merupakan port lepak setiap hujung minggu daripada segala keserabutan sementara di CFS PJ.
Jun 13: Najihah Mohd Anuar dan Nurul Athirah Hamzah.
Najihah merupakan junior DQ G10 dan sekarang berada di CFS IIUM PJ mengambil course ALLHS. Athirah pula rakan se-uia berasal dari Bukit Setongkol dan mengambil jurusan MEDIC di IIUM PJ.
Jun 14: My own birthday. No explanation needed.
Jun 16: Munirah Zulkifli.
Teman semenjak di Darul Quran Jakim. Merupakan bekas perwakilan IQRaC DQ. Berasal dari Kedah dan sekarang sedang mengambil jurusan MEDIC.
Jun 17: Ashikien Mohd Zin
Sahabat sekolah menengah. SMKA Lati. Selalu pergi sekolah sama-sama. Balik sekolah sama-sama. Outing beli barang sama-sama. Naek motor round Pasir Mas pun sama-sama sambil kongsi cerita kanak-kanak waktu sekolah.
Jun 21: Kamarudin Ab Rahman (Bak)
Ayahanda ku yang bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 60. Ayahanda yang melindungi anakndanya dan sangat garang tentunya. Mendidik dan mengajar banyak perkara tentang kehidupan. Bekerja sebagai 'petani' setelah penat bekerja hampir 40 tahun. Beliau mengambil keputusan untuk berehat memandang kesihatan juga semakin tidak mengizinkan.
Jun 24: Nabihah Muhd Arin dan Izwan Najib.
Nabihah merupakan sahabat se-uia yang sedang mengambil jurusan AED dan berasal nun jauh di Sabah. Mengenalinya baru sekejap,tapi memberi erti yang banyak insya allah. Izwan Najib merupakan senior sekolah merangkap pimpinan Badan Dakwah Maahad. Selepas menamatkan diploma di Darul Quran,beliau menamatkan zaman bujangnya dengan banat DQ,merupakan pimpinan Perkemat DQ iaitu Dafiqah. Dan sekarang sedang meneruskan pengajian di peringkat ijazah bersama isteri tersayang di Syria.
Jun 25: Khatimah Muhammad
Sahabat yang dikenali ketika di Maahad dan merupakan rakan semeja sewaktu di Tingkatan Dua. Sangat otai tapi baek. Sekarang beliau belajar di Politeknik Machang Kelantan.
Jun 27: Liyana Zakiah.
Sahabat yang dikenali di SMKA Lati. Sangat bising walaupun nampak lembut. Rajin study. Sekarang belajar di UiTM Shah Alam dalam bidang Sains Kesihatan.
Jun 28: Zahraa Hanafe
Jua sahabat yang dikenali di SMKA Lati. Merupakan anak cikgu Hanafe. Sekarang dah top,lawa dan bergaya. Dulu selalu tak puas hati dengan beliau sekarang dah ok dah. Sekarang beliau belajar di UiTM jugak, amek kursus IT.
Jun 29: Farah 'Aqilah Abdul Hamid
Classmate sewaktu di DQ. Pelbagai ragam dan kesah lucu. Pimpinan IQRaC DQ. Sekarang sedang belajar di CFS IIUM PJ dalam bidang Engineering selepas bertuar daripada bidang Dentistry. Seorang yang dikenali dengan kehebatan peribadi yang tersendiri. Beasal dari Melaka dan bersekolah di Imtiaz Dungun.
Semoga Panjang Umur dan Murah rezeki hendaknya.
Sesiapa yang takde dalam list,boleh tambah sendiri. Mungkin tertinggal atau tiada dalam catatan. Asif Jiddan.
Semoga Allah Sayang!
5 comments:
husna, pasni leyla wat utk july pulak...yeayyy!!! ^^
no hal zati..haha
for the sake of laksa penang kuah pekat hari tu. no hal la..haha
kak hsna,saya takmasuk list puuunnnnnn.....hemmm sediiihh
syukron husna..selit jgak kat situ treman g sogo..mcm2 la mu ni..eheheheheh..suka2...:)
Post a Comment