♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, July 05, 2010

Buat Miroku Chan~~ dan UKJ3

(awAThIF, i-SYAH, Khadijah Abbas, Muna Adila, Atiqah Razak)
KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???
p/s: Miroku-Chan, aku mungkin bukan kawan yang baek. Walaupun kita jiran Mahallah,tapi aku mmg kawan yang tak berapa nak baek. Kita tetap kawan. Kita tetap geng UKJ. Kita maseh team yang perlu kuat. Wajib kuat demi Islam.Miroku,percayalah, tak terdetik pun secebis perasaan yang laen selain daripada perasaan kawan dan sahabat antara kita. Malah mungkin lebih dari itu. Nanti ada masa kita jalan-jalan ya! Kalau la kita kena kembara tujuh kolah lagi, kan best! Boring-boring intai la video tujuh kolah tu!
Kita geng UKJ3 selamanya..
Bila la agaknya kita nak buat reunion UKJ. Rasa jaoh sangat..
Nak macam dulu..
......
(awAThIF, I-SyaH, Khadijah Abbas, Muna Adila, Atiqah Razak)

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

Anonymous said...

http://nurjeehan.wordpress.com/2007/01/30/sahabat-sejati/

aisyah said...

salam kak usna.
miroku tu sape? haa....

Anonymous said...

kenangan yang terbina persis sekuntum bunga meskipun kini kita terpisah demi kasihnya,
namun cebisan kenangan kita sentiasa bermain dibayangan mata.
detik waktu yang berlalu
menjadi memori indah kau dan aku..

nurulhusna said...

.........................
sesungguhnya kenangan sesuatu yang sukar untuk berulang.

nurulhusna said...

oh,miroku tu kawan akak. budak uia jugak. saje tak sebut nama sebenaq die. hee..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.