♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 03, 2010

lintas langsung dari NIGHT WATCH


Malam ini aku ditugaskan menjadi 'Night Watch' atau dipanggil juga dengan nama HIROSAH dan sebagainya. Banyak sangat nama. Sepatutnya,seperti yang aku war-warkan pada semua orang,aku akan balek ke Seremban pada hujung minggu ni. Memandangkan segala persiapan telah dibuat, tapi perancangan Allah lebih terbaek. Pelbagai rintangan di perjalanan yang menyebabkan aku yang sudah menunggu KTM di Mid Valley terpaksa pulang semula ke CFS. Subhanallah. Aku tidak tahu apakah perancanganNYA. Tapi aku berharap perancangannya terbaek disisi Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.



Hence, bila kat CFS, dapat pulak jadual jaga malam. memandangkan kes kecurian kat KC ni semakin menjadi-jadi. Pening aku pikir. (erk,macamlah aku ni Principal KC..)..



Kes yang berlaku ni memang menimbulkan kemusykilan dan seolah-olah ia dirancang oleh seorang mastermind yang hebat. (tapi tetap tidak mampu menandingi KEHEBATAN Sang Pencipta). Kalau aku perhatikan dengan halus,ia seolah-olah ada rythm saja. Seolah ada rentak yang cukup halus. Subhanallah. Kalau diperhatikan, barangan yang hilang jua berkala. Pertama musim hilang laptop, kemudian musim hilang beg kuliah. Musim hilang wallet dan I/C. Musim hilang duet. Pastu musim hilang handset. Dan sekarnag ni musim hilang buku teks!!



Aku rasa nak je panggil Kamal Afendi (penganalisis Jenayah) datang ke KC. Yelah,sepertimana yang Madam Saayah maklumkan pada aku, bila polis datang buat siasatan kat sini, polis kata,

"tukaq ja tomboi baru.." (setelah ditranslate dalam loghat Kedah)



Aku kesian tengok Madam Saayah dan fellow2 hard work dan pening kepala dalam kes ni. Agaknya apalah yang Sang Pencipta yang Agung tu nak tunjuk dengan sume2 ni. Nescaya ada hikmah yang besar. Aku cuba jua melakukan apa yang patut walaupun aku bukanlah orang yang sepatutnya. (aku bukan representative pun).



Apa yang paling aku takutkan mmg betol2 dah terjadi. Aku semakin risau. Nampaknya Tuhan menguji aqidah penduduk KC. Pada satu malam, kedengaran bunyi loceng di wing Mahallah. Aku pun dengaq jugak. Tapi aku sendiri tak pasti samada itu ilusi aku ataupun fakta. Sebab psiko betoi sume orang cakap dengaq loceng. Tapi aku jadi takot lihat kawan-kawan se-Mahallah aku tampal-tampal kertas kat pintu dan tingkap. Aku tidak menafikan ia satu usaha. Tapi aku bimbang sekiranya mereka menganggap bahawa ayat Quran itu yang menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, sedangkan hakikat yang wajib diketahui adalah,

"tiada satu pun yang boleh memberi kesan kepada zat melainkan DIA."

(sejak blaja kat pondok,mmg aku selalu ingat ayat ni..)



Aku risau bila sesuatu perkara berlaku kawan-kawan se-Mahallah aku jadi takot. Dan aku risau ketakutan mereka melebihi ketakutan yang sewajarnya takutkan Allah. Aku risau jika mereka obses menjaga dan menyimpan barang berharga mereka di tempat yang selamat, tapi mereka lupa untuk menyerahkan segala urusan kepada Allah. Aku tidak menafikan persoalan usaha yang perlu dilakukan. Tapi aku risau usaha itu jaoh terpesong dari jalan yang sepatutnya. Aku benar-benar risau tapi aku masih mampu melihat dan membenci didalam hati tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Sedangkan aku mampu untuk berkata-kata. Ampunkan aku ya Ghaffar..



Konklusinya, malam ni aku bakal hirosah di level aku bermula 4-6pagi. Sekarang pun aku lihat beberapa orang sisters sedang duduk di tepi tangga dan tandas. Menjadi hirosah yang cukop komited. Tahniah dan teroskan bersemangat. Tapi jangan lupa, segalanya mesti wajib kita sandarkan pada Si Dia yang Menguasai. 'Alallahi tawakkalna.......



Aku harap aku mampu lakukan sesuatu untuk Mahallah aku. Walaupun orang laen (yang tiada kaetan dengan Mahallah dan tiada kepentingan dngan keselamatan Mahallah) memandang remeh barangkali persoalan ini. Sedangkan jika kita selami hingga ke dasar, hal ini perlu diungkaikan penyelesaiannya secepat mungkin. Ia melibatkan harta benda dan AQIDAH kita sebagai HAMBA. Tapi sayang, aku lihat ramai yang menganggap ini adalah masalah MAHALLAH KHADIJAH. Sedangkan sekiranya turun bala Allah, nescaya semua bakal merasainya. Lakukanlah sesuatu. Walaupun sepotong doa. Lakukanlah sesuatu. Walaupun hanya dengan perkataan yang baik-baik. Sekurang-kurangnya anda melakukan sesuatu.



Terima kaseh kepada semua orang yang menolong aku secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal ini. Semoga Allah sayang dan memberi perhitungan terbaek buat kita semua!!



p/s: malam ni ada persembahan dari kumpulan NICE kat AMF. Bergegas aku pergi. Tapi sayang, tak sempat nak tengok mereka nyanyi. Aku sempat tengok mereka jalan je. Hampeh. Terlambat. Sempat tengok dikir barat je. Pastu alang-alang dah keluar tu,kitorang nak pergi ambush jika ada situasi yang kurang menyenangkan. Nampaknya malam minggu ni
CFS bersih pulak. Kalau tak..hem..banyak aku nak cerita..mungkin post seterusnya.....
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

15 comments:

siti said...

nape hang tak jadik presiden KC? tengok,sian hang terbeban dgn keja yg bukan keja hang.

Anonymous said...

let me answer..
act, mmg budak ni madam pernah offer jadipresiden KC. but because before this die dikatakan bakal memegang vice presiden medcy,maka pelawaan madam ditolak. at last,dia tak jadi presiden kc mahupun medcy. and till now ku masih mencari2 mengapa namanya tidak dicalonkan sbg vice medcy sedangkan ku sudah mencalonkannya. konspirasi2...

husnataqwa said...

maka,berhati-hatilah dengan apa yang diperkatakan..

sekiranya sesuatu perkara tidak datang dari mulutku,maka belom tentu ia benar...

Anonymous said...

hek eleh.. dulu hafizah medcy dah hebohkan ko deputy medcy. satu cfs dah tau kot. tetiba name ko kat tempat calom pun tadak. tak ke gila namanya? walaupun mungkin apa yang kami denga ni bukan dari ko tapi sumbernya boleh dipercayai. hafizah medcy of course can tell the real story happen behind all this thing!

Anonymous said...

ramai orang balik hujuung minggu sebab takut bilik kena kopak. sedih pulak ase.. manusia skrg dah tak tau takut kat sapa.. hoila..

aisyah said...

tol tu. minggu lepas dua bilik kena kopak. teliti tol a pencuri ni. ak rase a kan,diorang ade geng ni. lau tak takkan teliti n profesional keje diorang ni kan..
aku sendiri pun takut gak. mmg susah a nk betulkan persepsi ni..

husnataqwa said...

takpe. yang penting kita ingat allah lebih berkuasa dan tiada siapa yang boleh menandingi kekuasaan allah. yang penting, kita kena mantopkan akidah kita jugak. same2 jom..

peringatan.. said...

bismillah..
hanya orang yang mengetahui sahaja yang mengerti. walau apa pun,husna layak dipuji dengan segala pengorbanan dan kekecewaan yang ditanggung.

perihal masalah di KC,walaupun engkau bukan sesiapa,tapi kau menyumbang tenaga lebih dari mereka yang sepatutnya menyumbang.

aku doakan kau semakin kuat dan mendapat pembalasan yang terbaik di negeri abadi,seperti yang kau selalu impi. husna, if i be at ur place, i think im not so strong as u..

husnataqwa said...

> peringatan, such a very nice word.......... wallahua'lam...

peringatan.. said...

bismillah..
aku sebagai teman, melihat kau seolah menderita kezaliman, tapi kau masih mampu senyum walaupun sedikit suram.
tidak mengapa teman.. mungkin mereka tidak lihat kerja kerasmu selama ini. mungkin mereka memandang remeh apa yang kau lakukan selama ini. mungkin mereka tidak mengerti usahamu selama ni. tapi aku mengerti. dan sekrang terbukti,kau melakukan semua bukan kerna nama....ataupun kedudukan yang boleh dibangga...

representative mahallah kan dah ada.. husna dah boleh lepas tangan sepatutnya..

peringatan.. said...

dan aku yakin kau tahu sahabat-sahabatmu didalam medcy masih memerlukanmu dan kerja kerasmu..
walaupun kau mahu turun lantaran merasai tidak diperlukan dan merasai hilang keadilan dan bertapak kezaliman.. tapi aku yakin kau masih disitu kerana manusia disekelilingmu yang sentiasa memandangmu penuh harapan yang tinggi..

terbaaeekk!

husnataqwa said...

selagi perkataan itu tak kua dari mulut aku, nescaya kebenarannya wajar dipertikaikan...

malam ni sume kena hirosah ye~
kita same2 jage keselamatan kc kita.. orait friend... hohoho

husnataqwa said...

kalau la melepaskan taklifan begitu mudah keadaannya...
tapi sayang....
huh....

Anonymous said...

husna..... jangan la macam tu......

sahel akmal said...

salam, nk tau, ape mksd bunyi loceng ni?

Apa yang paling aku takutkan mmg betol2 dah terjadi. Aku semakin risau. Nampaknya Tuhan menguji aqidah penduduk KC. Pada satu malam, kedengaran bunyi loceng di wing Mahallah. Aku pun dengaq jugak. Tapi aku sendiri tak pasti samada itu ilusi aku ataupun fakta. Sebab psiko betoi sume orang cakap dengaq loceng. Tapi aku jadi takot lihat kawan-kawan se-Mahallah aku tampal-tampal kertas kat pintu dan tingkap. Aku tidak menafikan ia satu usaha. Tapi aku bimbang sekiranya mereka menganggap bahawa ayat Quran itu yang menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, sedangkan hakikat yang wajib diketahui adalah,


explain sket,sbb KC mmg pelik..=P

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.