♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 30, 2010

Berbicara dengan tulisan

Dah lama rasanya aku beristirehat. Bila terfikir kembali, lama rupanya aku mengambil masa mencari diri. Kasihan pada diri sendiri. Terkecuali dalam banyak perkara setelah aku sedari.

Kasihan pada ibu dan ayah. Risau anakanda di sini tidak mampu bertahan dengan segala tragedi. Kasihan pada abang dan kakak. Risau adinda di sini tak tega istiqamah dgn jalan ini.

Jangan risau wahai kesayangan hatiku. Aku punya Allah yang senantiasa menemaniku.. DIA tidak meninggalkan aku walau sedetik. DIA tidak pernah menjauhi aku. Tetapi aku yang sering menjauhinya. Manusia jenis apakah seorang AKU..

Dua minggu aku lalui dengan payah. Dengan ujian kesihatan yang tak pernah sudah. Mengah. Tapi aku mahu tetap gagah. Melihat mereka yang tabah. Aku jadi tak gelabah. Dengan ujian akademik yang menimpa-nimpa. Hati mula rasa hampa. Mahu bertapak rasa putus asa. Namun Allah yang Maha Kuasa. Apa yang ku mampu hanyalah memanjat doa. Agar aku terlindung dari segala binasa.

Seminggu yang bakal aku lalui, terasa lama. Terasa terlalu banyak taklifan yg perlu diselesaikan. Namun, hati mahu terus berbicara dengan perjuangan.

Duhai jalan yang telahku pilih,

Jangan kau bosan memilikiku,

Jangan kau bosan dengan sikapku,

Kadang-kadang bermutu,

Kadang-kadang lesu,

Memang tak menentu.

Kadang-kadang aku membisu,

Bukan bererti aku malu,

Tapi bisuku bererti aku perlu waktu,

Bukan untuk lari dari tanggungjawab itu,

Tapi untukku mencari kembali diriku,

Yang hilang ditelan kabus maksiat yang beribu.

Terima kasih Tuhan, masih memberiku peluang. Untukku teruskan perjuangan. Biarpun pahit. Biarpun masam. Mahupun masin. Aku mahu teruskan. Aku mahu teruskan. Hingga nyawa bercerai dari badan. Biar aku teruskan. Biar aku usahakan. Bagi aku peluang untuk buktikan. Aku mahu disini. Di jalan ini. Penuh semangat dan lindungan dari Ilahi.

Doakan aku yang terbaek.

Buat ibu di kampung,

Benar, aku mahu pulang. Terlalu mahu pulang. Usah risau tentangku, aku masih boleh bertahan. Dan akan terus bertahan. Sampai nyawa terpisah dari badan. Pintaku, doamu berterusan~

Salam juang buat semua~


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Rafi Harumin said...

Salam..

semoga dipermudahkan segala urusan..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.