♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, August 12, 2010

Indahnya bulan ini



Bismillah walhamdulillah.









Syukur kepada Allah kerana kita sama2 sempat menjejakkan jiwa dan raga ke Bulan yang Mulia nih. Yakni Bulan Ramadhan.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Doa bukak puasa. Semua dah tahu kan? Alhamdulillah..

Tahniah kepada anda semua yang telah mampu menyempurnakan ibadah puasa selama 2hari ni. Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah. Bukan semua orang dapat nikmat berpuasa. Dapat hidayah untuk berpuasa dan mampu berpuasa.














banyakkan berdoa. Banyakkan berdoa di bulan yang mulia ni. Insya allah makbul. Yakinlah kita pada janjiNYA.



banyakkan jugak berzikir kepadaNYA. Mengingatinya merupakan ubat terbaek untuk ketenangan. Tak percaya? CUbalah. Ingatlah Allah. Nescaya Allah mengingati kita. Yakinlah pada janji Allah. Ingat Allah, hati tenang. Wajah pun berseri-seri. Tak payah pakai simplicity pun... Haaa..






banyakkan jugak membaca Al Quran. Al Quran dibaca memang diberi ganjaran oleh Allah. Tapi kalau dibaca di bulan Ramadhan. Allah melipat gandakan pahala kita. Besar pun ganjaran dari Allah. Jangan lepaskan peluang. Kalau boleh nak dua kali khatam sempena bulan mulia ni. Yelah, dari kecik asyik sekali khatam je. Bila pulak nak buat anjakan paradigma kan? Berani? Jom sahut cabaran..! tapi lakukan kerana Tuhan dan keberkatan. Huuu...




Oppp... Jangan lupa niat puasa ye. Setiap amalan kita kena start dengan niat dulu. Kalau tak.. Takde makna.. Takde nilai disisi Allah. Betol tak? Ni hadis pertama dalam hadis 40. So, niat dulu ye sebelum kita berpuasa. Insya allah dinilai dan diterima Allah. Insya allah. Insya allah..





Amalkan jugak doa ni dan mana2 doa yang baek. Berdoalah! Berdoalah!


Jangan lupa bukak puasa dengan kurma. Ikut sunnah! Kalau tade kurma,makanlah makanan yang manis2. Seperti air ke. Kuih muih ke. Ingat, puasa, puasa jugak. Tapi kesehatan tu kena jaga. Jangan pulak sebab puasa kita lemah dan tak cukup tenaga. Sebenarnya, kita kena pandai2 lah. Jaga makan. Amek makanan berzat dan berkhasiat. tambah2 kita yang sedang belajar dan berjuang nih. Setuju??

Haaa! No makanan! No minuman! Walaupun anda tak puasa (muslimat tentunya), hormatilah golongan yang berpuasa. Jangan makan terbuka sangat. Sian orang laen. Kena ingat, semua orang ada nafsu. Huu. Kesian orang yang berpuasa. Jagalah adab-adab kita ye.
okai. Salam Ramdhan. Salam keberkatan. Terawih dan solat sunnat laen jangan dilupakan. Tambahkan amalan sunnat ye. Jangan lupa tuh. Perbanyakkan amalan. Supaya diri kita biasa dengan amalan2 sunnah. Nanti dah keluar dari universiti Ramadhan, kita jadi graduan yang istiqamah mempraktikkan amalan2 sunnah. Okai.
All the best fi hazihi syahru ramadhan.
Dear friends, please do forgive me for every khilaf. Please.
May Allah bless you. and me too.

Ramadhan kareem. Allahu akram.













:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.