♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 05, 2010

Coret-coret

Salam bercuti. Saya kira sudah terlewat untuk saya mengucapkan selamat bercuti kepada rakan se-CFS saya. Mana tidaknya, orang bercuti bermula 30 September. Tapi saya baru mula nak rasa cuti. Apapun Alhamdulillah, berpeluang juga saya bercuti.

Insya allah, cuti kali ini kita manfaatkan dengan sebenar-benar cuti. Bukan senang nak dapat cuti 3 minggu ni. Tambah-tambah orang rajin macam budak UIA ni. Fuh! Cayalah!

Rasanya kali ini saya tidak berniat menulis panjang. Selalunya entri saya panjang. Kadang-kadang ada kawan-kawan yang berleter, panjang sangat, tak ada mood mereka nak baca. Jadi setiap kali saya menulis saya cuba pendekkan tulisan saya. Waktu kat sekolah, bila kena buat karangan pun, cikgu bahasa Melayu saya selalu pesan jangan tulis panjang sangat, malas cikgu nak baca. Tapi saya tetap tak boleh tulis pendek. Kat kertas kajang tu saya nak tulis semua yang saya tahu. Perangai~

Buat sahabat-sahabat saya,

Waktu cuti ni merupakan uujian buat kita. Waktu ni masa lapang terlalu banyak. Jadi, gunakanlah sebaiknya. Jangan disebabkan terlalu ghairah dengan nikmat masa lapang, menyebabkan hati kita jadi mati. Mati kerana tidak mendapat hak yang selayaknya untuk hati. Jagalah hati kita. Jangan kerana kita diberi rehat, hati kita juga mendapat rehat. Bimbang hati menjadi malas dan susah untuk hidup kembali. Sama-sama jaga hati. Dulu, waktu saya sekolah, waktu cuti bukan waktu rehat. Walaupun cuti panjang, ada tuisyen kena ikut. Ada kelas tambahan kena ikut. Tak sempat nak bermalas-malas. Tapi sejak masuk U ni, bila cuti semester, memang buntu tatau nak buat apa! Kalau tak mampu buat banyak, buat sedikit pun takpa, jangan sampai tak buat langsung.

Hari ini saya mendapat panggilan telefon dari seorang rakan. Beliau minta saya turut serta dalam kembara beliau dengan beberapa aktiviti menarik. Namun saya terpaksa menolak. Walaupun aktiviti yang disebutkan menarik. Memang buat saya tertarik. Tapi alasan saya kukuh menolak pelawaannya. Apapun teman, terima kasih kerana sudi mempelawa.

Petang tadi juga, ibu saya dihadapkan dengan kisah seorang anak saudaranya yang berumur 18 tahun, tapi teringin sangat nak kawen. Sampai menangis-nangis nak kawen. Masalahnya yang lelaki tu umurnya pun masih 18. Saya kira masih muda, kerana lelaki lebih lambat matang berbanding perempuan. Anak saudara berkata pada Ibu, dia benar-benar serius. Memang nak kawen. Masya Allah, saya hanya berdiam diri. Tidak berani menjampuk. Akhirnya saya terpana bila ibu berkata,

"Tengokk kak Husna ni. Umur dah 20 tahun. Tak da dok menggatal nak kawen pun. Dia ada duet sendiri dah. Cuba Tanya dia ada brapa ribu dalam akaun dia? Tapi dia tak de dok mengamuk nak kawen lagi. Awak ni duet topap RM3 pun mintak kat mami lagi. Kak Husna gewe pun tak de. Bukan tak de sape nak, tapi reti piker, umur muda lagi, nak kawen nak buat apa? Belajar pun idak!"

Heh, high expectation lah ibu. Mana ibu tahu tak mengamuk nak kawen? Sekarang tak lagi, Alhamdulillah. Lepas ni? Mintak jauh.

Sepupu yang mendengar pun terlopong saja. Pastu datang Tanya, "Kak ada duet berapa?"

Saya gelak saja. "Banyak!"

Dia pun tersipu-sipu masuk ke bilik dan mengurungkan diri. Saya terdiam. Memandang ibu, syahdu. Ibu, baeknya anak ibu ni dalam fikiran ibu. Don't worry. Saya akan jadi macam ibu nak. Apa saja, sejak dulu pun memang saya mengikut kata ibu. Masok UIA, amek aliran sains. Semuanya saya ikut. Dan insya allah, dengan kekuatan dari Allah, saya akan terus mengikut nasihat ibu. Saya yakin, jalan yang ibu tunjuk, ada barakahnya. Moga-moga ibu sentiasa doakan saya. Dan Allah menilai baek usaha saya.

Ya, saya mahu jadi anak solehah.

Mari, bersama saya.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Anonymous said...

tok aci, tak abes ayat bu awak copy.
"ramai doh hok tanyo, tapi dio tok se pun, umur mudo lagi"
hehe.
sepupu, terbaeeekk la awok.

Na said...

tok leh cayo mano tu awok. saya tok baek gitu mooo eh. napok jah baek.
statement tu salah tu. tak dok ore nok pung eh.
awak keno jadi baek lagi dari sayo deh. mari jale dumoh sayo nih. puah sayo dok sore.

Anonymous said...

Na, mari tubik KB la. tu pun kalu ayoh awk bui laa..
sayo ile dok no awak. nati sayo mitok nga abe sayo. kito mesej deh. banggo buleh spupu giinii.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.