♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 30, 2010

Kita suka..



Kadang-kadang, kita suka nak orang ikut cara kita. Kita suka makan mee goreng kita nak orang lain pun suka mee goreng. Kita tak suka makan donut, kita pun tak mahu orang lain suka donut.


Lupakah kita pada manusia yang diciptakan berbeza-beza dan pelbagai?


Kadnag-kadang kita sanggup menarik muka masam bila orang lain tak buat apa yang kita suka buat. Kita tak suka jalan-jalan, dan kita pun tak mahu orang lain suka jalan-jalan.


Kadang-kadang kita nak semua orang ikut cara kita.


Kita suka tangguh kerja, kita nak orang lain pun tangguh kerja jugak. Haih. Kita kena hormat orang lain, insya Allah orang lain akan hormat pada kita.


Jangan samakan sikap kita dengan sikap orang lain. mungkin ada yang sama. Tapi bukan semua. Kadang-kadang ada orang yang tak boleh terima. Kadang-kadang ada orang yang boleh terima. Bersikap terbuka dalam bersahabat. Menerima pendapat orang lain. tidak ego dengan pendapat sendiri. Tidak marah jika pendapat ditolak. Jangan terlampau taksub dengan pendapat sendiri. Kerana pendapat semua orang memang betol, tapi bagi setengah orang ia mungkin tidak. Maka, jangan memaksa mereka berpendapat seperti anda. Anda ingin mengeluarkan hujah boleh, tapi jangan memaksa.


Kita suka orang layan kita dengan baek, tapi kenapa kita susah nak layan orang dengan baek?


[peringatan untuk diri sendiri]


Selalu berada diluar. Sinonim berada di luar. Kadang-kadang cemburu dengan mereka yang berada di dalam.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.