♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 12, 2010

Nasihat buat yang berduka

Nasihat orang-orang bukan Muslim kepada mereka yang selalu ditimpa duka dan kesedihan adalah dengan menyuruh mereka duduk di tepi sungai, mendengar muzik, bermain dadu dan bermain ski di atas salji. Kadang-kadang menyuruh mengambil alcohol dan dadah, supaya rasa resah gelisah terbang dari hidupnya.

Tapi berbeza dengan kita. Orang Muslim. Hebat perbezaannya. Apabila musibah melanda, kita disarankan duduk di antara azan dan iqamat di sebuah taman Syurga (masjid), berzikir kepada Allah,melakukan solat, pasrah terhadap qadha dan qadar Allah. Kita juga harus redha terhadap rezeki yang Allah beri. Yang penting perlu ada tawakkal yang tinggi kepadaNYA. Apalah bezanya kita dengan orang kafir sekiranya kita melupakan Allah tatkala musibah dan kedukaan melanda.

Tidak salah sesekali memanjakan diri apabila ditimpa masalah. Bawa diri ke pantai. Rehatkan diri. Tidak salah. Tapi ingatlah Allah, berserahlah padaNYA terlebih dahulu. Melihat keindahan pantai, ingatlah pada yang menciptakannya. Lihat pada sungai yang mengalir, ingatlah pada kuasa yang menjadikannya. Ingatlah Allah yang memberikan masalah. Yang menimpakan musibah. Yang memberi segala ujian dan mehnah.

Tidak salah merehatkan diri disungai, boleh. Kadang-kadang saya juga melakukan perkara yang sama. Kadang-kadang saya membawa diri. Pergi ke Seremban. Bukan bererti lari dari masalah. Bukan benci dengan bebanan yang menimpa. Tapi mencari kekuatan. Mencari jalan. Supaya mehnah yang mendatang, saya mampu hadapi dengan cara sebagai manusia yang berTUHAN. Datang kepadaNYA. Menghadap dan pasrah kepadaNYA. Itu yang terbaek tentunya.

SELAMAT MENCARI JALAN MENDEKATI TUHAN.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.