Alhamdulillah. Kembali sedar diri setelah beberapa hari 'hilang diri'. Hilang diri, bertambah iman tidak mengapa. Risau hilang diri,hilang iman. Parah itu.
Selesai saya menjalani 11 Oktober. Dengan penuh perasaan. Alhamdulillah. Syukurlah walaupun saya rasa tidak berapa selesa. Moga-moga apa yang Allah beri itu yang terbaek. Abang kata, jangan buruk sangka dengan Allah. Abang kata, ada hikmahnya, kena sabar. Abang kata abang nak jadi manager kilang macam hari ni pun tak mudah. Macam-macam. Kata-kata abang buat saya jadi murah air mata.
Tidak mengapalah.kita kena terima apa yang Allah bagi. Ikhlas kan hati. [susah]
Takkesah la kalau pinggan nasi saya tertukar dengan pinggan sayur. Sebab timbunan sayur penuh sangat. Takkesah. Takkesah kalau dalam peti ais tu penuh dengan susu segar yg kena minum. Gugusan anggur yang kena makan [sukesuke]. Takkesah kalau nak gerak pun rasa susah. Takkesah semua tu. Betol tak kesah. Yang penting, nikmat Iman dan Islam masih sudi bersama saya. Masih berjiwa hamba. Itu sangat bermakna bagi saya. Walaupun banyak benda yang saya suka buat saya dah tak boleh buat. Takkesah. Janji iman dan Islam masih sudi Allah nikmatkan untuk saya. Saya sayang Allah.
Saya kata pada Abang, kasihan ibu kena bela [biawak hidup] macam saya. Abang marah. Saya cakap betol lah. Saya rasa tak guna. Tapi Abang kata kena sabar dulu, lepas ni insya allah Allah bagi jalan yang indah untuk tempuh. Abang selalu kata macam tu. Saya nak Tanya, [ada ke Bang waktunya nanti?] mesti Abang kata saya tak percaya pada Allah. Tak lah! Saya percaya pada Allah. Saya yakin apa yang Dia beri adalah yang terbaek. Cuma kadang-kadang saya suka Abang, Ibu, Kakak atau takkesah la sapa-sapa ingatkan saya. Saya suka kalau kalian bagitau saya, [Allah Sayang Saya]. Sukee.. [.]
Saya dah makin baek. Alhamdulillah. Esok saya Wirdah dan Zakirah will spend our day kat Pantai Seri Tujoh. Ambik angin. Ibu berat jugak nak benarkan. Tapi saya [rayu]jugak. Kemudian ibu benarkan. Insya allah, saya harap saya semakin baek selepas mengambil angin esok hari. Doakan saya.
Steady sudaa.. Saya selalu cakap kat orang, rilek sudaa. Sekarang saya kena terima perkataan itu untuk diri saya sendiri.
Semoga Allah beri yang terbaek. Buat saya awak dan semua.
1 comment:
chumel lah kanak2 ini. hiii. :)
Post a Comment