♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, November 12, 2010

Ceritera : diam kerana menjaga hati

Diam, merupakan satu ibadah tanpa susah payah. Betol?

Perhubungan kasih sayang antara Zul dan Rahimah berterusan sehingga ke jinjang pelamin. Setelah 2 tahun saling mengenali antara satu sama lain, Zul mengambil keputusan melamar Rahimah sebagai suri hati dan rumah tangganya. Tindakan Zul dikatakan tindakan yang paling tepat, manakan tidak, Rahimah merupakan calon isteri yang cukup solehah. Cantik. Lemah lembut. Dan segala yang dimahukan lelaki, segalanya ada padanya.

Setelah seminggu majlis perkahwinan berlangsung dengan riang gembira, mereka berdua berpindah ke sebuah rumah pemberian Ibu dan Ayah Zul sempena perkahwinan mereka. Memulakan hidup sebagai pasangan suami isteri pada awalnya cukup indah bagi Zul dan Rahimah. Manakan tidak, di saat orang lain masih berumbang ambing mencari calon pasangan hidup, mereka yang berada di tahun akhir pengajian di sebuah university sudah mampu menyelesaikan separuh dari agamanya. Syukur tidak terhingga. Rahimah cukup menyegani suaminya. Zul merupakan seorang yang penyayang dan baik hati. Segala kemahuan Rahimah pasti ditunaikan dan sekalipun Zul tidak dapat menunaikan permintaan Rahimah, pasti permintaan itu ditolak dengan penuh kasih sayang.

Perhubungan suami isteri berjalan baik. Penuh sakinah dan mawaddah. Namun, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami dan isteri. Setelah hampir 4 bulan bersama, dalam kesibukan sebagai seorang pelajar di tahun akhir dalam jurusan Medical, Zul mula berasa tensi dengan Rahimah. Rahimah merupakan pelajar bidang pergigian. Sebagai pelajar di tahun akhir, kedua-duanya mempunyai tekanan yang sangat tinggi. Disebabkan tekanan itu, Zul hampir setiap hari menengking Rahimah. Zul kurang senang dengan bau-bau yang dibawa pulang oleh Rahimah dari kuliah pergigiannya.

"Baju awak ni busuk lah. Awak ni isteri jenis apa. Bau baju busuk macam bangkai!" Zul menengking sewaktu mengambil Rahimah dari kuliahnya. Rahimah tidak mampu berbuat apa-apa. Dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa Zul tidak boleh bertahan dengan bau dari klinik gigi dan kuliahnya. Setiap kali ditengking, Rahimah hanya mendiamkan diri dan sesekali meminta maaf.

"Awak memang tak pandai ke nak jaga kebersihan? Busuk semua barang-barang awak. Saya tak boleh tahan hidup sebegini!"

"Tak perlu nak minta maaf. Saya bosan dah dengar ayat-ayat skeptic awak tu."

Setelah tamat pengajian, mereka berdua telah Berjaya menjadi graduan yang baik dalam bidang yang diceburi masing-masing. Zul merupakan antara pelajar terbaik dalam kampusnya, Rahimah pula memang tidak dapat dipertikaikan lagi kecerdikannya dalam semua bidang. Setelah habis pengajian, Zul mengarahkan Rahimah tidak bekerja. Dengan alasan, Zul tidak mampu bertahan dengan bau-bau Rahimah dari klinik giginya. Zul kadang-kadang membentak pelbagai cara. Entah jin apa yang merasuk dirinya sehingga tidak mampu bertahan dengan bau yang tidak busuk pun sebenarnya.

Demi menjaga dan mentaati suami, Rahimah tidak bekerja. Walaupun ibu bapa Rahimah berat untuk membenarkan keputusan itu, namun Rahimah tidak dapat berbuat apa-apa. Ketaatan seorang isteri pada suami adalah segala-galanya bagi Rahimah. Malahan, kedua ibu bapa Rahimah terpaksa membayar semula biasiswa tajaan anaknya.

Setelah menjadi suri selama hampir sebulan, hubungan mereka kembali baik. Tiada lagi tengkingan Zul yang menyengat telinga. Rahimah gembira, walaupun kerjayanya terpaksa dikorbankan. Baginya, cintanya terhadap Zul adalah kebahagiaan yang nyata.

Pada suatu hari, mereka berdua membuat majlis sambutan ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua. Ramai rakan-rakan sekuliah dan saudara mara dijemput hadir. Sewatu majlis berlangsung, Rahimah sangat gembira. Kedatangan sahabat-sahabat sekuliahnya sangat bermakna. Tak habis-habis Rahimah bertanya pengalaman sahabatnya yang bekerja sebagai doctor gigi. Satu kerugian besar pada wajahnya. Namun dia tetap merasa bahagia berada di sisi sang suami.

" Tak pa, kita tak dapat keje pun ,kita dapat bahagiakan suami kita, kita pun rasa bahagia."

"Tapi Ima, awak belajar lama-lama, penat-penat, takkan suami awak tak bagi kerja? Kontrak awak dengan kerajaan lagi? sebab bau busuk tu awak kena behenti kerja?" soal sahabat rapatnya. Rahimah hanya tersenyum. Hujung tahun nanti mereka bakal menimang cahaya mata. Maka, Rahimah sentiasa berlapang dada dengan suaminya.

Semua tetamu sudah beransur pulang. Rahimah masih di ruang tamu melayan sepupu dan mak ciknya. Zul pula sedang berkemas-kemas apa yang patut bersama dengan anak saudaranya. Rahimah berbual-bual dengan sepupunya yang juga merupakan doctor gigi di klinik swasta.

"Kak, saya rasa akak kena bawak suami akak pergi jumpa doctor gigi. Saya tahu akak doctor gigi, tapi.. Akak paham kan maksud saya?" kata Maisarah.

"Sara, Abang Zul tak suka bau klinik gigi. Akak tak nak nanti Abang marah-marah pulak."

"Tapi kak, semua orang tak mampu nak tahan dengan bau tu. Macamana akak mampu bertahan? Dua tahun akak tahan. Sepatahpun akak tak pernah bising pada Abang Zul."

"Sara, kita sebagai doctor gigi, kita tahu kan kenapa mulut Abang Zul berbau. Akak tak kisah Sara. Akak boleh tahan dengan bau tu. Kat klinik dulu akak dah biasakan diri dah dengan bau mulut yang macam Abang Zul tu. Dia suami Sara. Kakak tak sanggup nak bagitau yang mulut Abang Zul tub au macam… Longkang. Akak risau Abang Zul kurang keyakinan diri pula nanti. Akak takut Abang Zul trauma kalau kena pergi jumpa doctor gigi. Sepanjang akak jadi isterinya, pernah dua kali kakak muntah dengan bau mulutnya. Tapi tak mengapa, asalkan Abang Zul bahagia, akak pun senang. Sara, kalau Sara dah jumpa ubat terbaik untuk hilangkan bau mulut melampau Abang Zul, Sara bagitahu kakak ya! Kakak minta tolong sangat dengan Sarah."

Satu susuk tubuh yang mendengar perbualan itu dibelakang langsir ruang dapur terkesima. Tidak disangka-sangka, selama dua tahun isterinya menyimpan rahsia sebegitu. Rupanya isterinya Cuma mendiamkan diri dengan bau busuk dari mulutnya. ZUl menyedari mulutnya berbau, disebabkan beberapa kondisi dan masalah gusinya. Namun tidak disangka isterinya terpaksa bertahan sehingga begitu. Difikirnya, isterinya tidak menghidu bau mulutnya dek kerana isterinya tak pernah menyuarakan sebarang keluhan dengan bau tersebut. Tahulah Zul bahawa isterinya memang sebaik-baik isteri. Dan dia adalah lelaki yang sangat mementingkan diri.


Note: Kadang-kadang kita suka Nampak kebusukan yang ada pada orang lain. kita tak mampu bertahan dengan perangai dan sikap orang sekeliling. Kita rasa stress. Kita rasa sakit hati dengan perangainya. Tapi pernah tak kita memikirkan kekurangan kita? Mungkin orang sekeliling hanya mendiamkan kekurangan kita, untuk menjaga hati kita. Tapi kita selalu mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati tentang kekurangan orang sekeliling kita. Kita suka kondem orang, mengeluarkan keaiban orang lain. tapi kita mungkin tidak pernah sedar, mungkin orang sekeliling kita bersabar dengan segala bau busuk yang ada pada kita. Bukan bermaksud tidak boleh menegur bau atau kekurangan orang sekeliling kita. Boleh menegur, tapi dengan hikmah, dengan perkataan yang tidak menyakitkan hati. Itu lebih baek!

p/s: jangan disangkankan diamnya orang sekeliling kita kerana kesempurnaan kita, mungkin diamnya untuk menjaga hati kita. Maka, soal kembali pada diri, sejauh mana kita menjaga hati orang sekeliling kita? Sesungguhnya perkataan yang tajam dan pedas itu menyakitkan dan boleh memudaratkan. Percayalah!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

2 comments:

Nurul Fatehah said...

salam..
SubhanaAllah..
artikel yang banyak pengajaran..=)

halimatonsaadiah said...

salam..
kak husna ,
membaca post ini menyedarkan diri saya..sngt bermakna..syukran!

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.