♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, November 01, 2010

Discovery Week


Bergabung tenaga sebanyak 3 society maka terbentuklah Discovery Week. Pendapat peribadi saya sendiri, bagos kalau gabung tenaga. Dah namanya gabung, jimat sket penggunaan tenaga atas seorang komiti. Sebagai Head PC untuk event kali ni, saya kira tugas saya sangat menyenangkan. Atas bantuan daripada PC society laen. Boleh goyang kaki. Sedikit sajalah goyang. Hari event tak sempat nak goyang. Even kat tajuk post, state 'week', tapi event ni 3 hari saja. Jelasnya, kat AMF ade beberapa exhibition yang kami buat. Note that, ADD DROP SESSION tu bukan kami yg buat. Hehe.






Medcy sendiri mengambil pendekatan baru dalam event kali ni. Bukan hanya exhibition. Dulu, kalau comm. MEDCY dulu-dulu diorang panggil event ni, Here To Heal. Atau nama pendeknya, H2H. but, after colabration, we called it Discovery Week. +___+






Rabu [27 Oktober 2010]






-Telaga Biru






-Jus Tok Guru






-Stormreader






-Falak






-IQ Games






Khamis [28 Oktober 2010]






-Screening Test






-Jualan Buku






-Namee Cordial






Jumaat






-Darussalam Booth






Saya kira, sedikit kelainan yang dibawa Medcy pada kali ni antaranya booth dari PPejabat Kesihatan PJ yang membuat Screening Test. Note that, screening test ni bukan untuk berlakon ke ape. Tapi untuk cek body composition. Best. Boleh tahu tahap kesihatan kita. Kalo tak sihat, dapat pulak consult dengan Medical Officer. Best ape. Bile lagi nak dapat consultation free selain dari consult dengan lecturer kan? Kalo p hospital pakar, harga konsultati mencecah RM50. Kalau sakit yang biasa-biasa. Kalau yang luar biasa, boleh mencecah ratusan ringgit. +___+






Opening Ceremony pulak nampaknya memecah rekod MEDCY kali ini. Talk yang bertajuk Disturbance Of Unseen Forces. Causes and how to armour yourself. By Ustaz Abdul Manaf Jusoh, Pengerusi Pusat Perubatan Islam Darussalam. [hehe]






Dengan tajuk yang menarik dan mungkin jarang dibuat di CFS, kehadiran student mencecah ribuan orang. WoW! Subhanallah. Pada awalnya kami request kerusi sebanyak 600 biji. Tetapi memandang kehadiran pelajar berterusan, kerusi ditambah sedikit demi sedikit. Akhirnya sampai dah tak boleh tambah. Menyebabkan brothers terpaksa berdiri dan mendengar dari luar. Its amazing. Jarang AMF nak penuh. Talk dari Ustaz Manaf pulak memang besttt. Lawak dan penuh dengan unsur2 aqidah yang beshhh lah. Semua komiti tersenyum gembira. Walau penat, tak payah la nak kata kan? +___+






[MEDCY akhir2 ni sering pecah rekod. Tunggu!! Ade lagi rekod yang kami nak pecahkan. Kem Ibadah menanti. Disember ini]






Pada hari Jumaat plak, DnW MEDCY bukak booth Darussalam. Sapa-sapa yang nak cek penyakit, bole datang. Ramai orang. Sampai Ust pun kata kat ana, "Berminat jugak kawan-kawan enti dengan benda2 macam ni." Nampaknya diorang berminat. Tak kira bro ke sist ke. Memang OK! Alhamdulillah. Saya tengok komiti DnW pun memberi komitmen yang bagos walaupun mereka semua daripada student 1st year. Entum memang buat akak bangga. J [sebab saya EX-Officio mereke OK]








Pada hari Sabtu dan Ahad, Family Day MEDCY diteruskan. Pada hari Sabtu, Tournament Futsal belah Bro sajalah. Ahadnya menyaksikan sukaneka yang beshh jugak dari Biro Sport And Rec. Tahniah saya ucap pada Nik Aina dan Alfateh atas Family Day Instant yang dirancang dalam masa 1 minggu. [walaupun saya rasa dah bagi task ni sejak dua bulan. J] walaubagaimanapun, ia menjadi. Dan saya enjoy. J its enough. Ooh, orang yang tak turun tu, saya tatau lah kan. J tapi suka untuk saya katakana, Family Day memang memuaskan. J Tak percaya? Nanti saya upload gambar. Insya Allah sumber gambar bukan hset sendiri, tapi FB. Jadi untuk banyak gambar boleh click kat [sini]. Keceriaan Family Day ditambah dengan kemenangan besar bagi negeri Che Siti Wan Kembang [kampung saya la tu] di Bukit Jalil semalam. Alhamdulillah. Kemenangan yang besau dah tu. Tapi harap2 beroleh kemenangan yang lagi besau. Ya dakk? Mohon doanya.







Demikianlah alkisah Discovery Week. Pendek sajalah. Kalo nak tahu cerita panjang, kena Tanya sndirikk. Tu lah, sape suro tak join kan. Huuu. +_____+






Kesah di PPUM pun bakal diceritakan nanti. +_________+






Insya Allah…


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.